16 September 2012

puas dgn gelaran MUSLIM?

bismillahirrahmanirrahim

akhirnya jumpa gambar yang tutup aurat [link]

pernah menyertai pertandingan lumba lari?
atau pernah tak menyaksikan pertandingan lumba lari?

macam pelik pula kalau x pernah kan?

sekarang, cuba bayangkan..

Setelah wisel ditiup, semua pelari terus pantas melangkah laju memecut ke garisan penamat. Pelari di barisan tepi sekali sedang mendahului, akhirnya sampai paling awal di garisan penamat. Dengan rasa bahagianya, bersedia untuk diumumkan sebagai juara. Namun, apa yang berlaku? Ops, orang lain pula yang dinobatkan sebagai juara. Dengan keadaan tak puas hati, pelari tadi berjumpa pengadil. Dan akhirnya jawapan pengadil membuatkan dia diam dan akur, "Maaf, cik bukan dalam senarai pelari kami. Cik tak berDAFTAR!"

Begitulah juga dengan kehidupan aturan Ilahi. Bagaimana bagus pun usaha seorang manusia, walau usaha bagai "nak rak" pun, tetap juga perlu berDAFTAR untuk dinilai amalan bagi mendapat piala Allah taala di akhirat kelak. Ya, hanya yang berDAFTAR sebagai MUSLIM mampu memperolehi ganjaran itu.

Amboi, kamu dah mula bahagia? Senyum2 tersengeh2 seorang diri? Yelah, kan kamu dah dikira layak kerana telah terDAFTAR sebagai muslim di kad pengenalan? Malah kamu sudah pernah mengucap kalimah syahadatain, tanda dan bukti penDAFTARan.. Cop, tapi adakah kamu rasa cukup sekadar itu??

Maaf. Maaf, kawan2 sekalian.. Walau dah berdaftar, tolong ikut aturan pertandingan! Bolehkah lari mengikut arah pusingan jam, sedangkan pelari2 lain mengikut arah lawan jam? Atau bolehkah berlari di luar track? Atau bolehkah pula kalau berlari sambil membawa batang kayu dan menghayun2kannya ke kanan ke kiri sambil mengganggu pelari2 lain?? Atau bolehkah terasa penat berlari 50m, kemudian berhenti berbaring terlentang membuat aksi renang gaya bebas di atas track? Cukup, cukup. Sudah tentu kamu jawab, "Mestilah tak boleh! Ni pertandingan kot..". Huh, banyak benar kan peraturannya yang perlu dipatuhi.. Jadi, sudah tentulah  yang berdaftar pun tak semestinya berjaya merebut piala kan? Kecuali bagi yang hanya benar2 ikut peraturan yang layak.

Kawan2.. Please.. Jangan pernah terlena dengan statusmu sebagai seorang muslim!! Sudah menjadi kecenderungan dalam hati, di mana merasakan diri sudah cukup puas dikategorikan sebagai muslim tanpa mengetahui bagaimana seharusnya menjadi seorang muslim yang sejati. Dah, jangan kamu nak berangan2! Ingat lagi x pesanan Hasan alBasri? 

"Janganlah kau tertipu dengan keterangan bahawa seseorang akan berkumpul dengan sesiapa yang dicintai, sebab ketahuilah bahawa engkau tidak akan mencapai tingkatan mereka yang taat dan berbakti., kecuali jika kamu mengikuti perbuatan mereka. Ketahuilah bahawa orang2 yahudi dan nasrani, juga ahli bid'ah cintakan para Nabi dan rasul tetapi tidak dapat berkumpul dengan mereka di akhirat kelak.."

Hah.. Sekarang kamu harus berasa cemas! Yup, agar kamu sentiasa berhati2 mengikut peraturan-Nya. Kerana firman Allah juga ada menyebut, (19: 71-72) 

"Dan tidak ada seorangpun daripadamu, melainkan mendatangi neraka. Hal itu bagi Rabbmu adalah satu ketetapan. Kemudian, Kami akan menyelamatkan orang2 yang bertakwa, dan membiarkan orang2 yang zalim dalam keadaan melutut" 

Dah cukup? Masih rasa terselamat jika hanya bergelar muslim tanpa pernah merasai amal yang dilakukan sehari2an itu merupakan ibadah atau maksiat?? Jangan pernah kamu berasa puas atas semua amal yang telah dilakukan. Pernah suatu hari, A'isyah ditanya oleh seseorang , "Bilakah saya mengetahui bahawa diri telah berbuat baik?" Jawabnya, "Bila kamu merasa belum baik..."

Sentiasalah perbaiki diri demi menjadi JUARA di hadapan-Nya. Ingat semula tujuan penciptaan manusia (KITA) bukan untuk main2. Teringat ketika belajar di Tadika Nurul Iman dulu2, datang seorang makcik mengajarkan kami 1 nasyid yang teramatlah simple. Bunyinya begini, "Apa guna main2.. Apa guna main2.. Budak soleh x pernah main2.. Apa gunanyalah main2.."

Simple kan? Tapi sebenarnya baru sekarang faham makna lagu tu walaupun sebenarnya dah "terang tang-tang" tertulis dalam surah al-Mukminun, ayat 115;

"Maka apakah kamu mengira, bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main2 (saja), dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami??"

Kalau masih ingat, kisah Nabi Yahya, sejak kecil lagi diberikan hikmah seperti yang diceritakan dalam surah Maryam, ayat 12. Diceritakan, pada suatu hari, kanak2 sebaya mengajaknya bermain. Namun, tahukah kamu apa jawapan nabi Yahya? Jawabnya, "Aku diciptakan bukan untuk bermain." Husy, dahsyat! Yelah, nama pun Nabi, memanglah special. Tapi kawan2, x salahkan kalau belajar dari kedewasaan dan ketajaman fikiran insan istimewa ini? 

Baik, jika contoh itu terlalu jauh untuk dihayati, begini pula kisah seorang yang tidak pernah lelah melakukan kebaikan, diberi nama Said bin Saibah atThaifi. Suatu hari ketika sedang berbincang2 dengan Sufyan ats-Tsauri, Said ditanya, "Kenapa engkau menangis, sedang aku bercerita tentang kisah orang yang baik (ahlul khayr)?" Jawabnya, "Bagaimana aku tak menangis, sedangkan aku berbeza jauh sekali jika nak dibandingkan dengan mereka!"

Ya Allah, hebatnya mereka itu. Tak pernah merasa cukup membuat persiapan untuk mengembara ke daerah seterusnya. Kawan2 sekalian, jika suatu saat kamu mendengar kisah tentang orang2 baik (ahlul khayr), sudah seharusnya kamu bersedih hati kerana masih belum menjadi seperti mereka. Dan bersamalah berusaha mencapai darjat yang telah mereka raih. Kuatkan hasrat hati untuk bersegera melakukan segala kebaikan. Ingatlah, 

"Seseorang tidak akan mencapai kemuliaan kecuali dengan rajin beribadah, berakhlak mulia, melaksanakan kewajipan2, menjauhi segala larangan-Nya dan bergaul dengan orang2 soleh.."

Itulah peraturan2 yang harus kamu patuhi di atas track kehidupan ini

peringatan sblm berakhir [link]

..wassalam..    







  



 
Related Posts with Thumbnails