النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: ((لاَ یُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى یُحِبَّ لِأَخِيْهِ مَا یُحِبُّ لِنَفْسِهِ )) رواه
البخاري ومسلم.
InsyaAllah, di atas permintaan sahabat2 yang dikasihi, inilah dia serba sedikit mengenai Jaulah Cinta kami.
"Allah, rahmati cinta antara kami..."
Ukhuwah yang terbina persis sekuntum bunga, meskipun kini kita terpisah demi kasih-Nya. Namun cebisan kenangan kita sentiasa bermain di bayangan mata. Detik waktu yang berlalu menjadi memori kita bersama...(tukar sikit)
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
Setinggi2 lafaz kesyukuran dipanjatkan kepada Allah Maha Kuasa kerana dengan izin-Nya, Ziarah Raya Akhawat dapat diadakan mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Tidak dapat diungkapkan dengan kata2, penghargaan jazakillah kepada semua akhawat yang terlibat sama ada secara langsung mahupun mereka yang mendoakan kelicinan ziarah ini dari jauh. Hanya Allah yang mampu membalas jasa2 kalian. Antunna sangat best!!!
Jutaan jazakillah kepada:
Para P.I.C
Para pilot dan tuan kerata
Para tuan kamera
Para tuan rumah
Para penumpang
Tanpa membazir masa, begini jalan pengkisahannya…
P.I.C akhawat (hebahan, confirmkan kedatangan) : Sarah Hamizah
P.I.C guru2 (inform guru): Faizah
P.I.C transport dan cenderahati: Nawal Saudah
9.00 - 9.25 pagi-Sekolah hidayah dan lain2 tempat.
1. Inilah lokasi pertama kami. Lokasi ni adalah tempat pengumpulan para penumpang yang akan mengikuti ziarah kami. Sekolah dipilih kerana ianya untuk mengumpulkan mereka yang berada di sekitarnya manakala lokasi sekitar kempas dan taman universiti, ada pilot yang akan mengambil mereka. Selepas semua pilot mengambil para penumpang masing2, kami pun menetapkan satu tempat yang akan menemukan kami semua. Tempat itu adalah Shell berhampiran Pejabat JIM. Jom,gerak~~
9.50-9.53 pagi-Shell
2. Wah, sampai akhirnya kesemua pilot2 kami. Sedar tak sedar, rupanya ada 5 kereta semuanya. Alhamdulillah..Banyaknya kereta! Perasaan itu mula bercambah. Apa? Gumbira!!!
Setelah pilot2 berbincang, kami mula bergerak ke lokasi ziarah pertama kami. Tidak lain tidak bukan, rumah Ustazah Rashidah Mat Jadi. Hati berbisik, “eh,wani ada!” juga “siapa ada dalam kereta sana?”. Sabar ya. Sekejap lagi kita buat perjumpaan :)
10.05 pagi-Rumah Ustazah Rashidah
3. Kami selamat mendarat di lokasi pertama. Setelah semua pilot parking kereta masing2, hah..mulalah acara salam menyalam dan bertanya khabar di tengah2 jalan (kereta tiada,tempat strategic la tu). Rindunya sahabat2. Rindunya akhawat. Setelah dikira, rupanya bilangan penumpang kami seramai 24++. Subhanallah! Bilangan yang kami kira besar untuk dikumpulkan. Inilah masanya untuk kita ziarah sambil reunion kecil2 an. Maaf ya akhawat yang ada urusan lain. Kami faham. InsyaAllah, lain kali kita buat lagi.






~ Kita perlu teruskan amalan ziarah guru2. Ternyata mereka SANGAT berbesar hati menerima kunjungan kita. (InsyaAllah,ustaz dan ustazah!)
~ Di rumah guru2, kita saling bertanya mengenai keadaan masing2. Mengenai tempat belajar, usrah, keadaan sekolah, adik2, tarbiyah dan juga bab ni kahwin(ops! sensitif).Ternyata, jaulah ini sangat terkesan di hati kerana kita bukan sahaja menziarahi tuan rumah, namun berkongsi cerita, bertanya khabar,senyum, ketawa...Subhanallah..indahnya...tarbiyah ini..
Alhamdulillah, inilah yang dapat ana kongsikan. Maaf, sekiranya ada yang terkhilaf.
Moga Allah rahmati jaulah cinta kita ini dan juga ukhuwah yang dibina seterusnya membawa kita bersama hingga ke syurga-Nya. Ameen~
Memori kita bersama. Bertemu berpisah kerana-Nya.
Jaga diri beserta iman ;]
xgen di hati,
by,ukhti cinta :)
Kalau tertinggal bas solat Jumaat, habislah..
Irfan & Zahid
Amir, Halim dan Muaz baru tiba