Showing posts with label special. Show all posts
Showing posts with label special. Show all posts

25 April 2011

izinkanlah aku untuk terus tinggal di sini

"Sesiapa yang ingin mencontohi seseorang, maka ambillah contoh daripada mereka yang telah mati. Kerana orang yang masih hidup belum terjamin kesudahan hidupnya" (Kata-kata Salaf)
~*~
Membuat keputusan hidup mati di hadapan insan yang menjadi sebab kewujudannya bukanlah suatu yang mudah. Tapi, sejarah telah menulis keputusan yang diambil olehnya; membunuh syirik pada insan tersebutayahnya. Ada sesuatu yang terpacak kuat dalam dirinya yang memungkinkan keputusan itu diambil tanpa ragu.

Ada lagi kisah yang menarik.

Suasana perang Uhud tidak memihak kepada tentera muslimin. Benteng pertahanan mula goyah. Musuh berjaya menembusi barisan tentera islam. Perhatian tentera musyrikin ditumpukan kepada Muhammad Rasulullah. "Tunjukkan aku mana Muhammad!!" teriak tentera yang menerima kekalahan besar di medan Badar. Dalam keadaan genting, musuh menerpa masuk ke kawasan Rasulullah. Bagaimana untuk mempertahankan Rasulullah? Seorang sahabat membiarkan dadanya menjadi benteng dan perisai kepada tombak yang menjunam dan panah yang dilepaskan dari busur.

Selesai perang, ternyata Rasulullah mengalami kecederaan. Gigi baginda patah, kulit dahinya terkoyak dan di pipinya, terbenam dua mata rantai baju perisai baginda. Seorang sahabat mencabut mata rantai itu menggunakan giginya sehingga gigi kacipnya patah jatuh ke bumi. Boleh sahaja dia menggunakan tangan untuk mencabutnya, tapi itu akan menyakitkan Rasulullah. Lalu dia mengorbankan giginya.

Ada lagi kisah yang menarik.

"Hulurkan tanganmu, aku ingin berbaiah kepadamu." pinta Umar al-Khottob. Lalu dia menjawab, " Aku tidak ingin mendahului lelaki yang dilantik Rasulullah mengimamkan kita dalam sembahyang."

Ada lagi kisah yang menarik.

Air mata Umar al-Khottob, khalifah kedua, mengalir kerananya. Syam ketika itu dilanda wabak taun. Seorang demi seorang meninggal dunia. Seorang sahabat yang memimpin tentera Islam menawan Syam menerima surat daripada Umar memintanya untuk keluar dari Syam. Sahabat itu menjawab, "Sesungguhnya, aku merupakan salah seorang dari tentera Islam. Aku tidak ingin untuk menyelamtkan diri daripada bencana yang menimpa mereka. Aku tidak akan meninggalkan mereka sehingga Allah membuat keputusan untuk aku dan mereka...Izinkanlah aku untuk terus kekal di sini."

Selang beberapa waktu, ruhnya dijemput oleh Allah.

...dan sahabat itu ialah Abu 'Ubaidah bin al-Jarrah..antara sepuluh yang dijamin syurga...

Apa yang boleh kita pelajari dari beliau? Sambung di ruangan komen di bawah~

Rujukan: Suwar min hayaat as-shohabah

04 July 2010

Seperti Dedaun Ini



Seperti dedaun ini

Aku bermula dengan pucuk Rahmat

Bertunas di makmal Tarbiyyah

Disiram dan dibaja dengan sesungguhnya

Bersama campuran tepu Ilmu dan Ukhwah

Diberikan pencahayaan Rezeki yang secukupnya

Agar proses pertunasan berlaku dengan jayanya

Seperti dedaun ini

Aku juga hidup dengan Fitrah

Mengikut manual hidup Al-Qur'an dan Sunnah

Mengamalkan fotosintesis Ibadah dan Islam

Merealisasikan pendebungaan Senyum dan Salam

Mempraktkkan respirasi Soleh dan Musleh

Meregulasikan Amar Makruf dan Nahi Munkar

Seperti dedaun ini

Aku kini tegantung asing

Merasa diri kian jauh dan futur

Menggalas sendiri bebannya Amanah

Merintih suramnya amat cuaca Dakwah

Mengadu mendungnya awan kelabu Jihad

Hanya berpaut pada tangkai Redha dan Tawakkal

Bertahan pada teguhnya dahan Syariat

Seperti dedaun itu

Aku sedih meihat

Banyaknya yang menguning dan mengering

Mereka terbang tanpa arah seiring kencangnya ribut maksiat

Berpusing-pusing dalam taufan keasyikan

Akhirnya gugur jatuh menyembah bumi yang fana

Seperti dedaun itu

Aku kagum dengannya

Ia masih hijau walau dicicip syaitan beluncas

Ia masih tergantung walau kepompong tangungjawab Amanah berat bergayutan

Ia masih segar walau dipukul kerasnya butir ujian hujan

Ia masih harum walau disembur fitnah asid benzoik si pengawet

Lantas hati pun mendamba teduhan rendang Doa dari murabbi

Mengharap embun Ikhlas Rabithah dari sahabat dan teman

Agar sama-sama setia berpaut di pohon Hidayah ini

Buat sahabat xGen yg disayangi~

Selamat menggegarkan kampus antum...

.:X-Gen Bersama Menggegar Dunia:.

Related Posts with Thumbnails