11 February 2009

Dah Doa?

Assalamualaikum sahabat2 sekalian.

Apa khabar iman anda semua? Moga kondisinya baik2 sahaja. Apa khabar pula fizikal dan mental anda? Harap kesibukan kita tidak menjauhkan kita daripada Allah bahkan semakin mendekatkan diri kita kepada ALlah.

Kat sini saya nak tanya,

Sudahkah kita mendoakan sahabat kita Di palestina hari ini? Kalau belum berkesempatan, jom kita mendoakan mereka. Moga Allah menetapkan hati mereka, moga hati2 mereka sentiasa ikhlas di jalanNya. Dan semoga kita tidak menjadi muslim yang yang tidak beriman hanya kerana kita tidak mengingati mereka walau hanya sekalam doa.

Kat sini saya nak berkongsi sedikit nasyid bertajuk Palestina Tercinta by Shoutul Harakah

Untukmu jiwa-jiwa kami
Untukmu darah kami
Untukmu jiwa dan darah kami
Wahai Al-Aqsho tercinta

Kami akan berjuang
Demi kebangkitan Islam
Kami rela berkorban
Demi Islam yang mulia

Untukmu, Palestina tercinta
Kami penuhi panggilanmu
Untukmu, Al-Aqsho yang mulia
Kami kan terus bersamamu

Kami akan berjuang
Demi kebangkitan Islam
Kami rela berkorban
Demi Islam yang mulia

Ya Robbi, izinkanlah kami
Berjihad di Palestinamu
Ya Alloh, masukkanlah kami
Tercatat sebagai syuhadamu

Haa..lagi satu. Kita sekarang ni tengah sibuk dengan isu Palestin, tapi harus diingat, jgn kita lupakan perjuangan mujahidin di Chehnya, Mindanao, Afghan dan lain2nya. Jom kita doakan untuk mereka jugak!

Salam mahabbah
Moga Allah mudahkan kerja2 kita

10 February 2009

SEUNTAI MADAH

Bismillahirrahmaanirrahim pembuka bicara.

Alhamdulillah, segala puji dan puja kita rafa'kan hanya kepada Allah, rabb dan ilah kita, yang telah menunjukkan kita jalan yang lurus. Segala puji bagi Allah juga kerana kita masih diberi dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat iman dan islam. Semoga Allah menetapkan hati2 kita di dalam dua nikmat ini hingga kita kembali bertemu dengannya.

Hmm..ana rasa gembira dan bersemangat nak menulis entry kali ni. Sahabat xgen semua, kaifahalukum? Sungguh lama rasanya kita tidak bersua muka, bertemu pipi dan bagandingan tangan, apatah lagi duduk bersama seperti dulu..Rindu.

Sahabat seperjuangan,
Bagaimana dengan cuti antum setakat ini? Apa yang ana tahu dan dengar, ramai diantara kita yang berkerja mencari pengalaman, ada juga yang menimba pengalaman di negeri seberang, ada juga yang menjadi sukarelawan, dan ada juga yang menjadi sura dan suri rumah tangga.. Sekadar memesan, pastikan saat2 yang kita lalui dalam hidup ini sama ada sibuk atau lapang, tidak disia-siakan di sisi Allah sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Asr. renung2kanlah sejenak yek!
bagi yang telah menimba pengalaman, bila lagi ingin berkongsi? Ana sentiasa menunggu perkongsian daripada antum semua

Orite..sahabat2 xgen sekalian,
Sebagaimana yang kita malum, hidup ini sangat singkat kan? oleh itu, kita perlu tahu kerja2 yang palign penting dalam hidup ini ialah kerja2 untul memelihara keimanan kita kepada Allah dalam semua tindakan. Sesungguhnya adalah mudah atau senang bagi kita sekiranya Allah menghendaki untuk kita taat kepadaNya, agungkan Allah hanya pada beberapa perkara atau situasi tertentu sahaja tetapi yang Allah kehendaki dan redha ialah ketaatan dan ketundukan kita kepda Allah dalam seluruh aspek kehidupan. Namun di sinilah ramai di antara kita yang GAGAL. Hebat dalam suasana tertentu tetapi tewas dalam suasana yang lain.

Sahabat2 xgen,
Sesungguhnya kita tidak mungkin mampu untuk Istiqomah dalam syara' tanpa hubungan hati yang berterusan kepada Allah secara berterusan, dan sesungguhnya semua ini memerlukan proses yang berterusan dan tiada henti-henti. Kita juga tidak mungkin mampu untuk melayari bahtera millenium ini tanpa sedikit pun hati-hati kita tertarik kepada hedonisme, dan gejala futurisme. therefore, sangat lah penting untuk kita warga xgen saling ingat mengingati, nasihat menasihati, dan saling berhubungan agar iman yang kita peroleh ini sentiasa terjaga.. Betul tak?

Therefore, ana harap DC ini benar2 dapat membantu kita semua untuk memperoleh kesinambungan atau penerusan proses tarbiyah meskipun kita telah keluar dari pada Lubuk Tarbiyah yang amat kita sayangi, SMI Hidayah.

Ana sangat berharap agar xgend dapat menjadi qudwah kepada generasi atas dan bawah kita, dan ingatlah janji2 kita yang seing kita laungkan..."Xgen bersama menggegar dunia!"
tak mungkin kita akan menggegar dunia, kiranya kitatidak mempersiapkan diri untuk hari yang mendatang.

Setakat tu dulu untuk hari ini,
Salam mahabbah daripada ana.
Moga Allah sayang kita

MENYINGKAP TABIR BADAR

Esei ini ditulis sempena pertandingan esei 'Malam Badar 2008'


Tanah merupakan persoalan kedua. Tanah hanya akan bermakna sekiranya dihuni oleh ‘manusia baru’ iaitu mereka yang terhasil daripada ledakan ’iman’ yang melanda jahiliyah. Madinah al-Munawwarah menjadi penting kerana dihuni oleh manusia yang dianugerahkan hidayah dan tanah tersebut telah menjadi objek penting dalam jiwa kaum muslimin. Lembah Badar bermakna kerana telah menyaksikan pertarungan hebat antara hak dan batil. Manusia juga hanya akan bermanfaat sekiranya mereka merdeka. Merdeka pula hanya dapat dicapai dengan bebasnya jiwa daripada penjajahan yang membinasakan. Pembinasaan tersebut merupakan pembinasaan diri seorang hamba bila mana dia tidak lagi hidup berpaksikan tuhan. Dengan kata mudah, ada tiga kata kunci untuk menjelaskan ’manusia baru’ ini iaitu : hidayah, merdeka dan Badar.
Catatan agung memberi gambaran tepat tentang ciri manusia yang diberi petunjuk.

’Kitab (Al Qur'an) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa. (al-Baqarah : 2).

Al-Quran itu diturunkan untuk umat manusia bukan sebagai bait-bait syair yang menyejukkan hati apabila mendengarnya. Tetapi, sebagai dustur (perlembagaan) untuk menjawab persoalan kehidupan manusia. Begitulah generasi awal Islam memahaminya dan bila mana mereka menghayati serta mendalami jawapan persoalan tersebut, mereka menemukan hidayah di sebalik kalam agung tersebut. Al-Quran itu memberi petunjuk yang mampu merubah keyakinan dan pemikiran bila mana Allah telah memilihnya menjadi ’manusia baru’. Manusia sekeras Umar al-Khattab lemah mencair ketika ayat surah Toha menikam kekufuran dalam dirinya lantas membunuh kegelapan yang selama ini membayangi dirinya. Disebabkan petunjuk inilah Syed Qutb menulis ayat-ayat Fi Zilalil Quran di balik jeriji besi yang akhirnya menemukan syahid di tali gantung. Petunjuk inilah yang telah memandu para du’at menapak tetap di jalan dakwah tanpa kenal lelah menandatangani kontrak perniagaan yang paling menguntungkan.

’Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka’. (at-Taubah : 111).

Sekiranya petunjuk itu mampu memberi nafas kehidupan kepada mereka yang terdahulu, apakah mustahil kita juga diberikan petunjuk tersebutdan kita harus meminta...

Laungan ’MERDEKA’ menghiasi setiap ruang di dalam stadium dengan sambutan puluhan ribu manusia. Sekiranya ketika takbiratul ihram kita mengucapkan Allahu Akbar tetapi hanya keluar begitu sahaja dari mulut kita sedangkan hati kita tidak membenarkannya, bagaimanakah ’merdeka’ itu memberi erti? Berapa ramai anak merdeka itu yang dijajahi oleh doktrin-doktrin penjajah? Pengertian ’merdeka’ telah disempitkan sehingga membawa maksud bebas daripada penjajahan fizikal sahaja. Hakikatnya, merdeka itu memberi pengertian yang lebih luas. Jiwa yang merdeka ialah jiwa yang membebaskan diri daripada unsur-unsur yang bertentangan dengan fitrah dan fitrah merupakan elemen hakiki manusia. Manusia tidak akan bernilai tanpa fitrah dan Islam itu merupakan fitrah.

Pertarungan antara hak dan batil di lembah Badar menyimpulkan kedua-dua unsur di atas, hidayah dan merdeka. Memang benar pasukan yang diberi petunjuk merupakan golongan minoriti. Tetapi, apakah yang menyebabkan keputusan akhir pertarungan itu berpihak kepada mereka? Allah telah menjawab pertanyaan tersebut dalam surah al-Anfal secara jelas bahawa bilangan yang sedikit mampu mengalahkan lawan yang ramai sekiranya mereka sabar. Dua kata kunci yang penting di sini ialah sabar dan tujuan. Mereka sanggup bersabar kerana mengetahui tujuan hidupnya adalah untuk Allah semata. Walaupun kekuatan persenjataan mereka kurang lengkap berbanding musuh, mereka telah menang. Mereka menang kerana sebelum langkah mereka tiba di Badar, mereka telah pun menang. Sebelum pedang mereka memenggal leher kaum musyrikin, mereka telah pun menang. Mereka telah menang di alam jiwa sebelum menang di alam nyata. Sesungguhnya kemenangan di alam nyata adalah buah hasil kemenangan di alam jiwa dan mereka telah membuktikannya. Jiwa mereka telah merdeka. Bebas daripada ketaatan kepad taghut. Inilah pandang sisi Ghuzwah Badr al-Kubro dari sudut yang sering dilupakan.

Generasi awal menerima al-Quran sebagaimana kita menerimanya. Tiada satu kalimah atau ayat yang berbeza. Sekiranya wahyu itu telah berjaya melahirkan manusia merdeka, tidak mustahil kita juga boleh mendekati mereka. Al-Quran itu tidak berubah, dahulu, kini dan sampai bila pun kerana dipelihara oleh tuhan yang Maha Memelihara.

Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Qur'an, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya. (al-Hijr : 9).

Tiada siapa boleh mendustakannya. Menyingkap tirai Badar membawa umat menuju gerbang jaya.



قلب قلم
16 Ramadhan 1429H


09 February 2009

SEJARAH dan KITA


Alhamdulillah, pada hari Jumaat lepas ana sempat menghadiri Ceramah yang disampaikan oleh Dr Hafidzi (Penulis Jejak Risalah di Nusantara). Syukur kerana tak sangka dapat dengar talk beliau.

Pagi tu, ana ke sek seperti biasa ada urusan yang perlu diselesaikan a.k.a jumpa adik2. Ada la seorang ikhwah bgtahu yg pd pukul sepuluh nanti ada 'talk on history'. Rancangan awal untuk pulang pada 9.30 terpaksa ditangguhkan demi mencari ilmu..So, ana ke 'talk tersebut'

Dengar cerita, talk ini bertujuan untuk menaikkan semangat serta minat pelajar SMIH untuk mempelajari sejarah bukan sebagai mata pelajaran semata, tetapi sebagai pelajaran hidup..

Sebagai sharing, ana tuliskan beberapa point penting:

Apa itu Sejarah?

-berasal dari perkataan syajarotun (pohon). Ertinya sejarah menjalar sehinggalah kepada kita dan kita mempunyai hubung kait yang rapat dengan sejarah.
-sejarah bukan nostalgia.

Sifat-sifat sejarah :
1. Sunnatullah
2.Neutral
3. Satu kitaran (cycle)

Satu kata-kata menarik yg ana dapat " Tamadun mati kerana membunuh diri sedniri bukan kerana dibunuh"

Apa erti sejarah bg seorang muslim?

Jihad yang dilakukan di Tanah Melayu dahulu adalah Jihad Internasional (jihad ummah). Cth: Tok Janggut brjuang di Kelantan bukan kerana tidak bersetuju dgn cukai dll semata, tetapi plg utama kerana menyahut seruan khalifah yg menyeru utk membebaskan tnh masing2 drpd penjajahan British..Ketika Melaka diserang Portugis, bukan hanya tentera Melaka yg melawannya, tetapi mendapat bantuan dr kerajaan Demak, Sulu, Pasai, Turki, Sri Lanka dll negara Islam.

-Kita belajar sejarah untuk memartabatkan Ummah.
-Yg penting bukan tarikh atau tempat sesuatu itu berlaku, tetapi pengajaran yg dpt diambil drpdnya. Itulah sebabnya al-Quran tak menyebut tarikh atau tempat sesuatu kisah itu berlaku spt kisah ashabul ukhdud/kahfi, kisah2 nabi. Kerana Allah inginkan kita mengambil pelajaran.

Oleh itu ikhwah akhwat sekalain, jom belajar SEJARAH...jgn kita mengulangi kesilapan kita berulang kali...

sekian
ws

p.s-jom kaji sama2 sejarah Islam

05 February 2009

Bukan Untuk Si Manja..

Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.


Dakwah bukan
untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.


Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.


Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.
Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.
Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami,


-yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan.
Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain
.

-yang cepat mengalah,

-yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara ‘penting’ yang lain.


-yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong


-yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.

Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’ hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.


Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute.
Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.
Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.

Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.


Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.

Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.

Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.


Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.

Cuma tanpa pencerahan,
Tanpa tarbiyyah,
Tanpa dakwah
Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.

Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa. Dakwah tak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.
Berbahagialah seadanya.

Saya menghitung diri.
Terlalu kerap menuturkan.
“saya busy..saya sibuk..saya penat..saya letih..”
Adakah ini petandanya saya terlalu manja?
Ya Allah, tabahkan hamba-Mu.
“amanah ini bukan hak milik, tp anugerah dr Nya”

Related Posts with Thumbnails