02 November 2010

Xgen vs Melaka

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, setelah beberapa lama menanti, akhirnya akhawat Xgen (beberapa orang) datang Melaka..
 Ingatkan seorang dua je, tapi last2 sampai 10 orang!
Nak cerita semua, banyak sangat. Biarlah jadi kenangan pada part2 yang tertentu tu.

Ok. Serba serbi cerita.

Sahabat2 team A (faizah, syakirah,sufiah,syamila), tiba Melaka Central (MC) jumaat malam sabtu.
Atas permintaan sufiah, kami terus round2 sekitar Banda Hilir. Naik Melaka River Cruise yang sangat cantik pemandangannya diwaktu malam... lepas penat berjalan, kami menginap di rumah sewa nadiah.


river cruise
tunggu lama daa~


Esoknya(sabtu), lepas breakfast di gerai berdekatan rumah ana (1km++ dari rumah nadiah), kami ke Raudhatuss Sakinah Melaka. Ana minta maaf pada akhawat yang turun ni, sebab ana tak maklumkan awal2 yang kita akan ke RS. Sebab malam sebelum tu pun agak pening bincang2 dengan nadiah. Since nadiah sibuk dengan urusan konsertnya, ana pula kena ke RS. Tak tahu nak buat macam mana, last2 decide bawa antunna sekali. Tu last minute baru bagitahu yang nak bawa antunna ke RS. Maaf ya…
Tapi berbaloi kan?

breakfast
kereta akhawat










Xgen di RS
beberapa akhwt UTeM+Xgen



kepenatan.baru balik dr RS.












Tengah hari, sahabat2 team B (nadhirah,majidah,akmal)pula tiba Melaka. Disambut oleh nadiah yang ada di MMU sibuk raptai konsert (kami masih di RS waktu tu).

Petang tu, kami beramai2 jumpa di rumah nadiah. Bertambah fenuh rumah tu.memang tergambar di muka masing2, bila dah lama x jumpa.... gembira yang teramat...
Maghrib, kami bertolak ke Mydin, makan RFC. (semua tahu kan RFC?).
Sambil yang lain orderkan, satu kereta ke MC untuk ambil angah. Angah datang! :)
On the way ambil angah, dapat pula call dari muna. Muna pula datang! :)
Ramainyeeeeeeee…….

promote RFC. sinilah tmpat feveret students utem.(selain mcD)


Lepas makan, kami bertolak ke MMU. Memang terkejar2. Sebab dah agak lambat….
Alhamdulillah, konsert ni sangat best.. kami sangat gembira waktu ni. Terutama bila sahabat kita, cik mila pergi naik pentas untuk sesi soal jawab (nak dapat cd free punya pasal). Bukan senang! Amir dengan Abdullah pun tak naik…. (mungkin mereka dah beli cd). syukran buat nadiah... :')

mila dan mirwana. (kami bagi moral support dari bawah!)

Habis konsert, kami ke Bandar pula. Sebab dah janji nak bawa naik Pirate Ship. Huu, tak perlu ana cerita apa jadi waktu kat kapal ni. Tapi memang paling kelakar di duniaaa….. semua ingat mak terussss…sampai mengalir air mata ana tengok semua..(bukan sedih ye...). tambah sesat di bandar lebih sejam (maaf, tak mahir lagi selok-belok sana). tapi sesat2 pun, dapat laa tengok bangunan pelik2 kat melaka tu ye :b

sebelum kapal gerak.. lepas gerak,,,,,,,,,

Balik tu, kami ramai2 menginap di rumah ana.
Alhamdulillah, mak guard buat tak layan nampak kami yang berdereeet masuk..
Semua kepenatan. Berehat sehabis2nya.
Ahad pagi, lepas subuh, team B terpaksa bertolak pulang. Dengar kata, ada program.
Angah dan sufiah juga balik awal, ada hal penting.
Yang lain2, sempat ke Jusco, jalan2 sikit. Makan2 sikit.petang baru bertolak ke U masing2.

mila, sya, faizah nak balik dah. (mila, sampai ke tu?) ;b




‘ala kulli hal,
Ana dan nadiah tak tahu nak cakap apa. Kami rasa sangat2 gembira, bila ramai datang.
Menjadi pengubat hati kami, menghilangkan segala resah yang menekan jiwa kami.
Moga kita dapat berjumpa lagi, kita turun area lain pula ye… Melaka dah tak best dah. Korang dah datang semua tempat. Binatang kat zoo pun taknak tengok muka kita~

dan juga, aasif jiddan, sebab clash dengan program2.
lain masa, cari yang mutut2 free ya.....


lepas concert. bersama cd limited edition mirwana.

ni antara luahan rasa yang ana sempat dgr dan save dalam kepala:
[faizah: rasa lain bila berkumpul dgn akhawat...... susah nak gambarkan..huhu]
[angah: sumpah best dpt jumpa korang!]
[mila: bestt gileee turun melaka. tak sabar nak cerita kat ibu!]
[nawal: dah lama x jumpa pun, perangai semua still sama.. ^_^ ]

*masih tak percaya nadhirah bawa kereta....


hati2 nadhirah....













*maaf andai ada salah silap dalam mengetaip.

01 November 2010

aisehmen. Lupa.nk.letak.tajuk.



1. Sejak sekolah lagi, ana agak benci waktu cuti
2. Seorang demi seorang kenalan-kenalan kita akan hilang dari pandangan mata
3. Yang tinggal hanya kesayuan kosongnya pemandangan bilik-bilik dan bangunan tidak berpenghuni
4. Tiada lagi insan-insan yang berlari-lari anak di tangga-tangga, tiada lagi insan-insan yang mempermainkan ketaatan lif
5. Tiupan angin membina getaran-getaran yang menghasilkan bunyi-bunyian daun-daun pintu dikuak
6. Lamunan demi lamunan pun mula mengorak langkah
7. "padan muka kau amir, siapa suruh balik lambat,"

ramainya.insan.di.us.

8. Kita manusia tidak boleh hidup keseorangan dan bersendirian
9. Lantas perkara ini mencipta keperluan kita untuk tinggal dalam jamaah


10. Kerana kita manusia
11. Manusia yang merupakan makhluk emosi
12. Apabila berdepan dengan makhluk yang mempunyai emosi, segala konsep yang didengari dan dipelajari hendaklah dibumikan
13. Jikalau dahulu hanya ada hitam dan putih, kini kita perlu membancuh warna kelabu


14. Annasu maasi ( bukan hadith annasu maadin)
15. Cuba senaraikan perbuatan-perbuatan dosa dan pahala yang kita lakukan sehari-harian
16. Dan bandingkan amalan di pihak mana yang lebih banyak
17. Identify perbuatan-perbuatan dosa yang mampu dihindari (ya, semua perbuatan dosa perlu dihindari, tetapi apa salahnya jika kita bermula dikit-dikit)
18. Cambahkan lagi amalan-amalan kita yang membuahkan pahala (insyaAllah)


19. “sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian” [103:2]
20. Di bulan ramadhan yang lepas, kita telah berjaya khatam tilawah al-quran sebanyak 2 kali (katakanlah)
21. Tetapi, kenapa kita tidak khatam 3 kali? Jika sudah 3 kali, mengapa tidak 4?  Dan begitulah seterusnya
22. Apply-kan pada semua amalan, insyaAllah ianya akan membuang sifat riak dan memandang rendah kita kepada orang lain
23. ...sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu... [49:13]

[amirS] aasifu jiddan atas kelewatan

26 October 2010

Melaka Memanggil [konsert+prog akhawat]



Assalamualaikum kakak2 dan abang2 Xgen yang dirahmati Allah.
Nama saya Aliya. Saya orang Muo. eh, sebenarnya bukan nak cakap pasal saya.
saya nak tolong promote je. Semoga akak2 dan abang2 baik2 belaka ya...
sila baca dibawah. saya x reti baca lagi.. so tak dapat den nak nolong akak2 dan abang2 baca 
wassalam.




klik untuk besar punyaaa version
Jom ramai-ramai datang!
Bagi yang berminat, sila contact cik Nadiah Mokri. (seperti termaktub dalam poster)


Bagi akhawat,
insyaAllah ada aktiviti tambahan.
Sempena Melaka Maju 2010 ni.

Antaranya ialah:
+Rehlah di Bandar Hilir 
+Melaka River Cruise
+ prog lain2 (RS Melaka++)



Jemputlah beramai2. Ini juga antara program kecil2an buat akhawat Xgen. 
Tapi yang konsert tu, ikhwah dijemput juga.
bak kata sorang sahabat kita, release2 tension dulu sbelum masuk study week :)


Moga program ini menjadikan ukhwah kita bertambah erat dan hati kita bertaut kernaNya.
apa2 problemo, contact ana(Nawal)


wassalam.

25 October 2010

X-RS 2


Bismillah

20.10.2010


This is XGen at Raudhatus Sakinah.
Another step to share.
A beautiful moment with beautiful people.



Ice breaking. Starting the day with merriment.

..Dam Dam Dara..


Farhana was preparing her presentation, the first talk slot for the day. She has not been presenting for almost a year, this slot made her heart raced fast enough.

But she turned out to be the most humorous speaker!
With the best body language, and the best real-life experience! (ehem..)

But her nervousness couldn't beat my cold hand. Right?


The last minute backdrop.
"Agar bidadari cemburu padamu."

at the end of the day, it became,
"Agar bidadari cemburu padaKU."

yeah.


In the making of 'Botol Keazaman'
(now you got the name eyh, Faizah?)


***


Not much to share, and I found it so hard for me to post this so-simple post +.+ If you are interested to know what had happened behind the scene, click here. And to highlight, it was my fault.

There is not much picture for every slot, since the camera ran out of battery at the very last minute. And as we enjoyed the moment so much, we forgot to snap using our camera phone.

This time, the people were new, than the ones we met at X-RS 1 last time. So it was still felt like the first time, with anxiety of acceptance. But as usual, the love blossomed when the end was near.. but we still need to go, hoping to come another time to meet the same people.

What I learnt, we are not much different than them. Well, at least, for me, who can still be considered as 'new' in tarbiyah, and still struggling to leave behind the old sins. They are in total 'hidayah' state, for 13 months, to discover everything about changing oneself, that's a priceless bonus to them. While we are in the midst of our student life, striving for something more 'worldly', except for those who realize.

Beyond our discernment, every one of us, is given the same opportunity to enjoy the pleasure of having Hidayah. It is just that it approaches everyone in a totally different, unique, and unexpected yet remarkable way. The one who succeed is the one who realize that God is actually knocking his heart, throughout either hardship or prosperity.


Each second counts. Realize that He is always there.


Wallahua'alam.




24 October 2010

kami di RS

bismillah..


Nampaknya program kali ini bukan Xgen sahaja yang terlibat

Kami menjemput sekali adik-adik g11 yang berkelapangan untuk turun padang.
Satunya, sebab tak confident, lagi-lagi dengan sarah yang on off.
Keduanya, dah lama tak buat program membuatkan kami macam kurang idea.

Ana sebenarnya minta jannah yang post. Sebab ada sesuatu yang terjadi waktu kami di sana. Rasa macam dah ada yang tahu :)
Banyak yang kami dapat, sangat terharu.
Awal-awal pengenalan bila kami cakap program insya Allah sampai malam.. Terus mereka tanya, "akak-akak bermalam di sini tak?" Kami cakap, "tak bawa bajula.." mereka dengan semangatnya jawab "tak pe, pinjam baju kitorang.."


Bermula dengan sesi ice breaking yang pada awalnya nampak juga muka-muka kurang senang.
Mungkin sebab mereka diberitahu lambat tentang kedatangan kami, mood pun kurang stabil.
Adik-adik g11 yang aturkan, dengan bantuan modul dari sarah. Jazakillah ye ukht, sibuk-sibuk nt sempat lagi datang rumah ana nak bagi modul. :)
Mereka mula ceria setelah sesi 1 tamat dan disambung slot 2 dengan tema kami, "Agar bidadari cemburu padamu.."
Penyampaian awal-awal farhana yang bagi dan bergilir dengan ana agar penyampain lebih menarik. Terharu melihat ada yang mengalirkan air mata bila ada part yang menyentuh hati. Kami pun turut terkesan dengan modul ini. Siapa-siapa yang nak, boleh minta ye.


Slot 3 mula lepas zuhur, g11 yang pegang dengan membawa mesej berkaitan ukhwah. Sarah baru je sampai waktu ni  disebabkan kekangan lain. Kami tengok cerita c u d IPT dan beberapa video lain. Waktu ini agak kritikal sebab sesuatu terjadi. Yang penting kenangan manis,kan? Slot 4 sebelah petang, riadhah ringan untuk mengeratkan lagi ukhwah. Kami bagi sarah yang handle. Gembira riang ria!


Usai berjemaah maghrib, slot 4 yang dipegang jannah bermula. Credit to jannah! Ana memang suka slot ni. Satu tazkirah yang membawa kepada mengenal diri untuk mengenal Pencipta dengan tajuk "Taaruf diri mengenal pencipta." Selepas itu nyah jahiliah dengan menyuruh mereka tulis segala perkara yang mereka janjikan dengan Allah. Hanya mereka dengan Allah, kami tak baca. Air mata keinsafan mengalir. Moga mereka diberi kekuatan~
 
Akhir sekali kami meninggalkan mereka dengan slot membuat botol keazaman. Botol kaca yang telah  mereka bersihkan dilukis tentang cita-cita dan bayangan masa hadapan dan dilengkapkan dengan kata-kata yang kami kumpulkan sebagai panduan dan pembakar semangat mereka. 3 orang terpilih dapat hadiah buku bila mereka bentangkan tentang botol mereka. Fungsi botol tersebut, setiap hari mereka akan tuliskan apa perubahan yang ingin dilakukan dan masukkan dalam botol. Bermakna, makin penuh botol mereka menjadi semakin baik..


Seronok,bertuah dapat berjumpa mereka.. Kami jadi macam artis pulak bila dah penutup tu. Masing-masing bagi buku untuk kami coretkan sedikit pengenalan dan kata-kata. Yang penting,kami tinggalkan contact no dan email agar dapat mereka rujuk bila mereka keluar nanti.Alhamdulillah, selesai sudah.. Masing-masing memasang azam "aku ingin menjadi bidadari" :)


Maklumat lain akan ditambah oleh jannah,dengan gambar dan sebagainya. Insya Allah akan datang kita buat lagi. We are not just learn and share, we are spreading~ right? :)
Dedikasi buat:
Ukht Jannah
Ukht Farhana
Ukht Sarah(nak jugak datang walaupun terpaksa **** kelas) hee
Ukht Maryam Rufaidah
Ukht Najihah Md Nor
Ukht Farah Farhana
Ukht Nadhirah Rizuan
Ukht Aisyah Ishak
Ukht Amirah Pauzi (adeq,bile plak? )


Dan semua yang membantu dalam proses untuk menjayakan program ini.
Jazakumullahu khair~ 
Allahu yubaariku fiikum :)






Related Posts with Thumbnails