25 September 2009

Salam Aidilfitri



Salam aidilfitri ana ucapkan kepada semua, segala kesilapan yg pernah ana lakukan selama ni, harap dimaafi. Kalau ada izin-Nya, harap boleh bersua muka kembali.

P/S: Design diatas boleh di-download / dijadikan wallpaper dsb.

21 September 2009

Eid Mubarak



14 September 2009

adakah sempat untukku....

bila lagi merasakan 'berdua' denganNya...

Mampukah aku mengerti apabila Allah mensyariatkan pelbagai bentuk ketaatan? Semuanya melibatkan seluruh anggota tubuh dan hati. Di antara yang paling ketara dan besar kedudukannya adalah sunnah yang dilakukan insan mulia dengan menyendiri bersama Rabbnya, tunduk kepadaNya, bermunajat sambil mengakui segala khilafnya.

Abu Hurairah meriwayatkan, "Adalah Rasulullah saw selalu i'tikaf di setiap Ramadhan selama sepuluh hari. Pada tahun di mana beliau diwafatkan, beliau beri'tikaf selama dua puluh hari."

Ibnul Jauzi menasihati, "Alangkah indahnya uzlah itu! Andaikan pun di dalam uzlah itu tidak ada yang dilakukan kecuali memikirkan bekal perjalanan yang panjang dan menyelamatkan diri dari buruknya pergaulan, maka itu sudah cukup."

Salah satu hal yang mampu membantu kita memperbaiki hati dan menyembunyikan amal adalah dengan menyendiri, sesuai yang disyariatkan Islam. Seorang hamba seharusnya menyediakan waktu untuk dirinya bersama si Dia, menata hati dan memohon ampunan dariNya...

Mereka yang mengingati Allah dalam kesendiriannya lalu gugur air mata kejernihan dari lubuk matanya, adalah satu dari tujuh golongan yang akan mendapatkan naungan dari Allah, di hari yang tiada naungan kecuali naungan-Nya..

meski kita tahu bahawa setiap detik di bulan Ramadhan adalah saat-saat yang utama dan mahal, namun tidak setiap hari kita mampu optimal dalam beribadah. Ada hari-hari yang kita sangat minim dalam amal...mungkin
kerana kesibukan
kerana kelas
kerana sakit
kerana tugas
sehinggakan target yang sudah direncanakan tidak terpenuhi.




di sinilah kesempatan kita menampal semula hari-hari bersama Ramadhan yang mungkin berlubang sana sini.Dengan beri'tikaf, kita mampu menambah yang kurang dan mengganti yang tertinggal...
ku ulang kembali...mampukah aku mengerti?

hasil terjemahan
'hati' & majalah tarbawi
24 ramadhan 1430

05 September 2009

My love..

Kerana mulanya kita adalah sama..
Kerana kita adalah satu..
Kesatuan itu tiada yang membataskan..
Di alam realiti maupun maya..
Teruskan doa..
Supaya dia menjayakan usaha ini~

Related Posts with Thumbnails