24 December 2011

.:jengjengjeng:.

jom undi ;)


kenapa?
kerana; link

20 December 2011

sujud kemerdekaan




Sujud itu menundukkan dahi, tetapi

Memuliakan muslim yang bertakbir kepada Allah dan bertasbih padaNya

Si jahil menyangkanya belenggu ke atas hamba

tetapi sujudlah yang memusnahkan segala belenggu

Di dalam kemuliaan sujud, semua akan tunduk kepada muslim yang sujud

Seluruh alam takut kepada kata-kata dan perbuatannya

Wajah dan seluruh anggotanya diletakkan di bumi

Tetapi dia menggoncangkan gunung-ganang

Meruntuhkan syirik, was-was di dalam diri si jahil

tetapi membangunkan segala generasi dalam ketenangan

kerana hati ada perjalanan yang menundukkan bumi

lantaran kehebatan dan kebesaranNya

Sujud kepada Allah dan mengesakanNya, lalu mantap dan kuat

Terhapuslah setiap penzalim yang sombong

Barangsiapa menghayati sujud ini,

dia menikmati kepimpinan dan ketuanan

di muka bumi, dengan keagungannya, rahmat dan keindahannya...

16 December 2011

bagi @ terima?

bismillah..



zaman tadika
"ni gula2 untuk awak,
esok awak bawakla pulak utk kita eh
xkesahla sebiji ke, dua ke, tiga ke.."

sekolah rendah
"mak kita bagi duit utk beli nasi lemak,
kita kongsila tau!"
..esoknya..
"semalam kita da belanja awak kan,
hari ni awak xnak belanja kita pulak ke?"

sekolah menengah
"awak xsempat siapkan homework ni ea?
xpela, kita bagi pinjam dulu buku ni tau"
..dlm hati..
"hmm, esok lusa tulat tubing kalau saya x siap,
harap2nya dia bg la plak pinjam dia pny
ameen.."

sekarang
????????
(tepuk dada tanya iman)

rasakan!
itulah revolusi peribadi
(xsegan langsung - segan sket, cakap berlapik - bisik dlm hati je - ???)



sebenarnya teringat kata2 seorg adek ni
dr al-amin bangi
waktu sesi tazkirah
pesannya:
"mak ana selalu ingatkan, kalau kita bagi orang sesuatu, kita jgn asyik mengharapkan balasan darinya walaupun sedikit..."

yup! betul kata2 tu
tapi, susah jgk kan nak jaga hati
x terungkap d mulut namun kadang2 terlakar d hati
argh..
syaitan itu perosak segala!

"hari ini ana menasihatkan ukht,
nti jangan ........................................
spy suatu hari nanti kalau ana terpesong, 
nti pula yang akan ingatkan ana.."

hurm, ini yg biasa diungkapkan
(mungkin org lain x)
nampak cam bagus je kan?
tapi sebenarnya seolah2 mengharapkan balasan manusia semata
dan dengan tidak semena2
kita telah mengecilkan skop hadiah Ilahi

apatah lagi ini

"owh, berani erk korang buat gini, 
xingat dulu aku da banyak tolong wkt zaman skola dulu
(dalam hati je)

yuk kita fikirkan
ubah orientasi perasaan kita
memberi sesuatu kpd manusia, 
bukan dengan harapan memperoleh sesuatu kembali darinya semata

tapi
ingatlah..
balasan Allah lebih besar dr semua itu
dan akan jadi lg best pun!!

cuba kita bayangkan
kita ajar si A subjek maths
adakh kita nk harapkan 
si A jugak yg akn ajar kita accounting kalau subjek tu lg dia x paham?

hurm, 
jadinya apa ya?

jadi, berilah sesuatu tanpa mengharapkn balasn manusia
kerana Allah akn bagi kita lebih baik dr apa yg kita harap2kan

kita ajar si B subjek java
nanti2 mungkin Allah akn kurniakn kita
seorg yg boleh buatkn kita faham topik dlm statistics

atau Allah bg lebih mudah utk kita faham subjek tu
atau Allah bantu berikn ruang masa utk kita study subjek tu
atau Allah bg ketenangan wkt study subjek tu..
atau Allah mudahkan perjalanan kita wkt nk pergi dewan periksa
atau Allah melembutkan hati lecturers utk bagi markah tinggi2
atau... atau... atau...
banyak yang xmampu dsenaraikan
kerana ketahuilah bhw ALLAH MAHA BERKUASA
mampu melakukan segala2nya walau d luar kotak pemikiran manusia..

wah, bestkan hadiah ALLAH?
tu baru dalam konteks pelajaran
ana percaya, byk lagi yg dapat dlihat dlm seluruh aspek kehidupan

kita tegur kesilapan orang secara berhikmah
ALLAH akn tegur kesilapan kita secara cantik dan halus
mungkin melalui kefahaman akan maksud firman d dalam kitab-NYA
secara lembut menegur kesilapan kita..

subhanallah..

ada pun 1 lg perkara yang sentiasa diingatkan
akan hadith Rasulullah saw
dari Hakim bin Hizam r.a katanya
"tangan yang di atas (org yg mmberi) adalah lebih baik dari tangan yang di bawah (org yg menerima)...."
[al-Bukhari]



pilihlah yang mana
menjadi yang memberi
atau hanya yang menerima?

isy, x seronok kan bila kita ni dkatakan menagih2 kasih manusia?
oleh itu, biarlah kita menjadi orang yang memberi
tanpa menjadi seorang yang mengharapkn pemberian dr manusia lainnya

usah ubah diri
daripada menjadi yang lebih baik
kepada yang lebih buruk
na'uzubillah min dzalik

dan tetiba teringat kata2 dr John Kennedy;
"Jangan kau bertanya apa yang negara mampu berikan kepadamu, tetapi bertanyalah apa yang mampu kau berikan kepada negaramu.."

hmm, apa pula ya dr konteks d universiti itu sendiri?
fikir2kanlah

moga ini ruang utk sama kita perbaiki diri
mengejar maghfirah dan cinta dari-Nya

akhir kalam, ingatlah..

jangan sesekali mengecilkan skop hadiah Ilahi

kerana sesungguhnya..

IA Maha Pengasih,
kasih-NYA tiada berpilih..

IA Maha Penyayang,
Kasih-NYA tiada berbilang..

p/s: maaf atas kepelikan bahasa ibunda yg dgunakan

..wassalam..

11 December 2011

masih buntu mencari tajuk..

hasratnya untuk menjadikan post kali ini, post yang ke-300
haha, namun post kali ini tetap akan menjadi post yang ke-301

hidup tu cmnih la,
sekali kita terlepas, dah xdpt lg dh

jarang ya, peluang yg sama dtg dua kali..

dialog; yargh, amikkao..!!!

sejak penubuhan DC ini, selepas spm 2008 dulu
banyak yang telah kita (baca; antum) sumbangkan, kongsikan

mencecah 300 post pada 9 dec lepas

kini setelah 300 post, apa yg kita dapat? apa yg antum rasa?
banyak, ana yakin banyak. jom kita kongsikan ;)

jujurnya, ana merasakan kasih sayang dan kerinduan terhadap kawankawan

walaupun dulu kita selalu gadogado, x sekepala
tp slps kita main ziarahziarah, kutukkutuk, rehlahrehlah, iftariftar, etcetc (baca postpost ber-tag diari ziarah xgen)
best, mmg best bila kita tahu ada org yg akan stand utk kita..

best baca blog nih, selalu ada peringatan utk ana..
(yg panjang, yg pendek, yg gmbr saje pun sumer ade ;p)

so, apa kata antum?
betul ke ape ana ckp (baca; tulis) nih..?

jzkklhu khoiran ^^,

[amirS] ultimately, apa yg kita cari sbnrny adalah ketenangan. dan alhmdlh, di sini, ku temui ketenangan itu..

09 December 2011

O Allah


Barangkali ramai yang sedang kebuntuan, gelisah, diuji dengan pelbagai mehnah..
Moga Allah sentiasa bersama~

Merindui X-gen yang penuh semangat syabab yang berkobar-kobar. Masih ingat nasyid tema batch?

13 November 2011

memecah kesunyian

peluk erat-erat sahabat seIman.
moga Allah redho
[post untuk memecah kesunyian]

02 October 2011

ar-raqaiq - pelembut hati

Ar-Raqaiq (Pelembut hati)

Seorang penyair Tunis bernama Ahmad Mukhtar Al-Wazi memberikan gambaran kepada jiwa yang beriman seperti kupu-kupu.

Betapa seringnya ia melihat bayangan dirinya yang terpantulkan oleh riak air seakan-akan bagaikan bintang yang berkilauan, sedang permukaan air adalah cakerawalanya. Ia terbang mengelilinginya, menatapinya dan merindukan seandainya dapat hinggap padanya.

Akan tetapi hampir saja ia binasa tenggelam seandainya tidak segera sedar. Itulah gambaran jiwa yang beriman, mustahil membodohi dirinya. Jelas sekali perbedaan antara kesesatan dan petunjuk baginya.

Menunjukkan bhw org-org beriman itu tahu membezakan antara islam dan yang jahiliyyah dan tidak akan terpedaya dengan sesuatu yg indah pada neraca manusia tetapi tidak pada neraca langit.

Dan juga satu ayat yang menyentap hati ana :

Sesungguhnya pelita dakwah itu tidak akan menyala dan tidak meraih keberhasilan sekiranya para daie tidak menyalakan sumbu apinya pada malam hari.

Cahaya dakwah tidak akan mampu untuk mengusir kegelapan jahiliyyah sekiranya pembawa risalah tidak menghidupkan madrasah malam(qiamullail).

So, ana seru semua, kita bersama-sama cuba utk qiam semata-mata utk merapatkan diri ngan Allah. Di situlah kita semua akan mendapat kekuatan sama ada di medan dakwah ataupun study... Semoga semua urusan kita dipermudahkan olehNya.

“Hendaknya kita mengukur ilmu bkn dr tumpukn buku yg kita hbskn. Bkn dr tumpukn naskah yg kita hasilkn. Bkn jg dr penatnya mulut dlm diskusi tak putus yg kita jalani. Tapi dr amal yg keluar dr stp desah nafas kita”.(Ibnu Qayyim)

Wallahualam...

kredit - sini

09 September 2011

ZIARAH (Ziarah Ikhwah Ada Rumah AH)

haha, menarik sungguh gaya penulisannya. dah macam report polis. mabruk..!


Ziarah Raya |Ikhwah| -6-8 Sept 2011 bersamaan 7-9 Syawal 1432 H-

Bismillah

Alhamdulillah, kita merancang, Allah juga merancang dan menentukan. Ziarah kali ini berjalan dengan lancar (rasanya). PIC bertanggungjawab mewar-warkan ziarah melalui facebook, SMS dan panggilan telefon.

6 Sept 2011 |Zubayr| Lepas Asar
Taman teratai
Firdaus dan Taufiq sampai dulu dan menjamah sedikit kuih raya sambil menunggu kehadiran ikhwah yang lain. Amir, adiknya dan Amin kemudian sampai bersama Mahadhir dan adiknya dan mula menjamah makanan yang disediakan. Munir kemudian sampai dan ‘join’ yang lain. Bertanya khabar menjadi ‘routine’ dan pembuka bicara. Tidak lupa juga aksi komedi yang masih kekal walaupun sudah lama tidak berjumpa. Petang (dan malam) yang menarik sebagai pembuka kepada ziarah-ziarah yang akan datang. Masing-masing pulang dengan hati yang puas dan perut yang kenyang.
Menu utama: Laksa penang (homemade)
Kehadiran : Firdaus Pauzi, Taufiq Zulkharnain, Abdullah Munir, Amin, Amir Syafiq dan adiknya serta Mahadhir dan adiknya

7 Sept 2011 |Amir Syafiq| 1100
Taman Desa Skudai,
Walaupun mula pukul 1100, tetamu mula hadir pada pukul 1200. Memberi peluang kepada tuan rumah untuk bersedia. Sambil menunggu Mahadhir, Munir dan Amin mula menjamah makanan. Tuan rumah mencadangkan agar makan dengan cara orang Terengganu. Macam mana? Makan guna keropok ikan, tak perlu menggunakan sudu atau garfu. Mahadhir sampai lebih kurang pukul 1230. Selesai makan, menunaikan solat Zohor di Surau An-Nur. Bergerak ke rumah Munir
Menu utama: Mihun goreng (Ganu ‘style’)
Kehadiran: Munir, Mahadhir, Amin
           
|Munir| Lepas Zohor
Taman Pulai Utama
Walaupun sudah makan di rumah Amir, ada lagi ‘ruang’ untuk menjamah makanan di rumah Munir. ‘Surprise’ yang memang tidak dijangka oleh semua. Tidak menjanjikan apa-apa, tetapi tetap mendapat makanan yang sedap. Dari rumah Amir bergerak terus ke rumah Munir. Menunggu Irfan yang menantikan Maqlubah yang dijanjikan sebelum mula menjamah makanan. Mengimbau kenangan lama. Mukhayyam dan kenangan lain semasa sekolah menjadi topik perbualan utama di meja makan. Solat Asar dan merancang destinasi seterusnya. Saat-saat akhir, rumah Irfan Shahrin tidak dapat dijadikan destinasi ziarah kali ini.
Menu utama: Nasi Arab (Maqlubah) dan sambal google
Kehadiran : Amir Syafiq, Irfan Md Nor, Amin, Mahadhir

Walaupun tidak termasuk di dalam agenda ziarah, ‘shopping’ tetap menjadi pilihan. Jusco Taman Universiti dan al-Ikhsan adalah sasaran. Menunggu Zubayr dan Taufiq sambil membeli belah. Menjimatkan kos dengan menggunakan dua kenderaan, berkumpul di Petronas. Bergerak ke Senai dan menunaikan solat Maghrib di Masjid Senai

|Irfan Md Nor| Lepas Maghrib
Senai
Kejutan kedua. Pelbagai helah yang digunakan. Dalam perjalanan ada yang terlajak. Mungkin sudah lama tidak ziarah ke rumah Irfan. Rumah yang terakhir untuk ziarah kali ini. Masing-masing selepas ini akan pulang semula ke universiti masing-masing untuk meneruskan pengajian. Penutup yang menarik. Dengan harapan supaya dapat berjumpa selepas ini. Kalau tidak di dunia, insyaAllah di Syurga. Amin.
Menu utama: Mee kari sedap
Kehadiran : Taufiq, Zubayr, Amin, Mahadhir, Munir, Amir Syafiq

8 Sept 2011 |Amar Saadin| Lepas Zohor
Taman Impian Emas
Rumah yang menjadi sasaran selepas sehari perbincangan. Walaupun begitu, ramai yang tidak dapat hadir kerana kekangan masa untuk bersedia menyiapkan diri untuk masuk semula ke alam pengajian tinggi. Rumah Amar diterjah, jadi tidak sempat untuk menyediakan makanan berat untuk tetamunya. Namun begitu, ‘hadiah raya’ yang diberikan sangat berharga. Sebotol air Zamzam, ‘perfume’ dan inai dari orang yang baru balik dari menunaikan umrah. Sesi Ziarah Raya tahun berakhir dengan ziarah ke rumah Amar. InsyaAllah tahun hadapan, Ziarah Raya akan lebih menarik.
Menu utama: ‘Snack’ dari Tanah Haram
Kehadiran: Amin, Mahadhir

sekian,
....................
yang dirahsiakan namanya
seorang akh dari ahli xmen
untuk dakwahcircle
jzkklh

galeri

 di rumah irfan yang besar -lokasi ditipu

resepi google 

resepi kedai 

 mahadhir bersama cenderahati yang diterimanya

 "boleh bungkus..?"

"agak-agak laa fan.." 

"saje je, ana mmg suka parking sebelah unser.." 

"membelek videovideo kenangan duludulu.."

23 August 2011

Somalia(2)




"When the children of Gaza collect money for the children of Somalia, the world should be crying in shame."





They said:

These are the blacks! They didn't even know how to rule properly, and begging us for money!

They are the one should be blamed! Why do they keep having children and prolong the sufferings?

I'm tired of this! Until when will the African rely on us?

This is a poorly damaging nation! Worthless! Let them die!

No! Its because of the European Invasion. They stole their money and resources and made a misery in Africa. 

Just donate. A small amount of money is enough!

It's not about black or white! These are humans!

I want to help!




I say:

A part of the world is suffering.

Another part of it is rejoicing.

Another part of it is abandoning.

After all, they are still in the same round world.

We are still one nation of human.

Why does God made this part of the world, still existing?

Why does God still give luxury to the other part to continue rejoicing?

Or if you don't believe in any God controlling the world, you think this thing just happen by itself?

Put yourself in their shoe. If you say you didn't ask for what you have right now, neither did they. Put yourself in their shoe.

Then you know what life actually worth for.





After all, you know you'll die soon.

Continue blaming and die. Or keep on saving and die.







p/s: The 'they said' part are some of the comments from people watching the video on YouTube. And those people, are random people from around the world. They DO think that way.

22 August 2011

Somalia~

hulurkan tangan ringankan beban
tangan yang di atas lebih baik daripada tangan di bawah ;)

15 August 2011

Rehlah 2.0 [akhawat]

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.  Setinggi-tinggi lafaz kesyukuran dipanjatkan kepada Allah kerana dengann izin-Nya, kita dapat berkumpul dan berjaya mengadakan rehlah sekali lagi seperti yang telah dirancang, Rehlah 2.0 di Punggai Bayu Beach Resort, Kota Tinggi. Secara ringkasnya, ini catatan perjalanan kami sepanjang 2 hari di sana.

Sabtu 30/7/2011

8.00-9.30 pagi, Petronas Taman Impian Emas
Akhawat dapat berkumpul seawal 8.00 pagi dan berkampung sekejap di belakang Petronas sementara menunggu ketibaan semua akhawat yang ikut serta rehlah ini. Alhamdulillah, masa yang ada dapat diisi dengan slot sharing walaupun pada asalnya takde dalam perancangan. Belum pun bermula dengan rasminya lagi program rehlah, kita dah mulakan dengan sesuatu yang dapat mendekatkan semula hati-hati yang dah lama tak bertemu. Bila semua dah cukup sebanyak 3 buah kereta, kami terus bergerak ke destinasi pertama, iaitu ke rumah Syamila di Felda Pasak, Kota Tinggi.



10.30 pagi, Rumah Syamila
Satu peluang yang sangat rugi jika ditolak, lagi-lagi bila Syamila telah membuka pintu seluas-luasnya untuk akhawat. Terima kasih kepada tuan rumah kerana menyediakan sarapan yang menyelerakan. Di rumah Syamila, kami beramai-ramai bantu menyediakan makanan untuk makan tengahari di Punggai nanti. Pantas, cepat, ekspres, tetapi sedap dan mantop ~



1.15 petang, Punggai Bayu Beach Resort
Alhamdulillah, akhawat tiba di destinasi utama dengan selamat. Masing-masing singgah di bilik, menyimpan segala keperluan dan mempersiapkan diri untuk aktiviti seterusnya iaitu makan tengahari. Makan beramai-ramai dengan dulang, makin menyedapkan makan yang sudah sedia sedap tu. Best! Semuanya makan dengan selera sampai tak larat lagi nak isi.  Ditambah dengan kepedasan yang wow! *tak terkata*




3.00 petang, Slot I : Ice Breaking dan Ta’aruf
Slot ini menarik! Ianya bukanlah slot yang biasanya memperkenalkan diri masing-masing, tetapi kita memperkenalkan sahabat kita.  Ala-ala kotak beracun. Siapa yang terkena perlu membuka kotak dan ambil satu kertas yang mengandungi soalan untuk dijawab mengenai orang yang ditentukan dalamkertas tersebut. Contohnya,
Soalan - Sila tiru gaya atau trademark atau perbuatan yang biasa dia lakukan.
Sasaran - Dua orang dari kiri anda.

Menarik kan? Masa inilah kita refresh balik kenangan masa sekolah dulu, kita ingat balik diri sahabat kita tu, kita tahu apa lagi yang kita tak tahu. Macam biasa, kalau dah berjumpa dan bercerita, pecah perut ketawa tahap tak ingat melihatkan telatah masing-masing. Allahu Akbar! Manisnya ukhuwah.

4.00 petang, Slot II : Games 1
Setelah penat ketawa dan bergelak sakan, kita serius sikit untuk slot ni yang dikendalikan oleh Nadiah Mokri dan Maryam. Arahannya, satu kumpulan ada 5-6 orang ahli. 2 orang dikehendaki untuk melukis tanpa melihat lukisan sebenar dan selebihnya untuk tengok ‘satu’ lukisan dan beri segala info kepada 2 orang tadi untuk melukis semula gambar tersebut. Tetapi sebenarnya ada 2 lukisan yang berlainan. Jadi timbul konflik di sini, ada yang menipu, ada yang bagi info yang betul, ada yang salah dan macam-macam lagi. Bersusah payah masing-masing nak yakinkan si pelukis supaya ikut lukisan yang si pemberi info tu dah tengok. Banyak pengajaran yang dapat, antaranya untuk kita lihat tahap kepercayaan kita dalam bersahabat.





6.00 petang, Slot III : Games 2
Games ini memerlukan pergerakan. Kami main permainan ‘Ooo Som’. Permainan yang simple, sekurang-kurangnya dapat juga mengeluarkan peluh. Setelah penat bermain, kami menyiapkan diri untuk slot seterusnya pada waktu malam. Setelah solat jamak qasar Maghrib dan Isyak, masa untuk santapan makan malam pula. Oh tidak lupa, tetamu istimewa yang datang dari jauh, geng dari KL pun selamat tiba memeriahkan lagi rehlah ni.



8.00 malam, Slot IV : Pengisian 1
Rehlah 2.0 ini disertai oleh tetamu khas, kak Raihanah iaitu kakak Maryam Atikah. Beliau memberi sedikit pengisian, tazkirah dan peringatan kepada akhawat. Banyak tips berguna yang dikongsi bersama kami.

10.00 malam, Slot V : Meeting Xgen
Slot ini adalah slot bergabung ikhwah dan akhawat bagi membincangkan aktiviti seterusnya selepas rehlah ini dan juga isu berbangkit. Semuanya berjalan dengan lancar. Antara perkara yang dibincangkan,
1.      *  Iftor Kubra Xgen (gabung)
2.      * Rehlah 3.0 di luar kawasan Johor (gabung)
3.      * Ziarah Raya (asing)
4.      * Organisasi Xgen

Ahad 31/7/2011

6.00 pagi, Slot VI : Solat subuh dan pengisian 2
Akhawat dapat solat subuh berjemaah dan slot pengisian di tepi laut. Sekali lagi dikendalikan oleh kak Raihanah, di temani tiupan angin laut dan bunyi pukulan ombak. Subhanallah! Bertambah bukti kekuasaan Allah bila kita dapat duduk bersama di kelilingi dengan alam yang cukup indah. Kita dapat muhasabah, ingatkan diri semula terhadap yang Maha Pencipta. Subhanallah! Dengan izin-Nya juga kami dapat melihat matahari terbit. Sangat cantik! Terasa bertapa beruntungnya kita kerana masih diberi peluang untuk menikmati hari ini.




8.00 pagi, Slot VII :  Explorace
Ada 4 checkpoints merangkumi fizikal, mental, rohani dan ukhuwah. Alhamdulillah, masing-masing enjoy dan bersungguh-sungguh melakukan tugasan. Harapnya semua masih ingat lagi salah satu tugasan yang kena menghafal hadis tu.


عَنْ أَبِي حَمْزَةَ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِىَ الله عَنْهُ ، خَادِمِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَن
النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: ((لاَ یُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى یُحِبَّ لِأَخِيْهِ مَا یُحِبُّ لِنَفْسِهِ )) رواه
البخاري ومسلم.


Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Bagindabersabda: Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri. Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.



11.30 pagi, Slot VII : Penutup.
Sebelum balik, slot terakhir sebagai penutup. Masing-masing memberi komen dan kongsi perasaan sepanjang rehlah dua hari ini. Alhamdulillah, semuanya seronok dan sangat berharap kita dapat kumpul selalu. Kalau boleh nak lagi ramai yang boleh join. Terima kasih kepada Nadhirah yang sudi berikan cenderamata sebagai tanda kenangan Rehlah 2.0. Sebelum berpisah, ada slot bergambar dan bersalaman.




Dalam perjalanan balik ke Johor Bahru, kami sempat singgah di Teluk Ramunia dan ke rumah Syamila sekali lagi. Kira-kira 5.30 petang kami selamat  tiba di Skudai. Alhamdulillah, walau badan terasa sangat penat, namun kami tetap memanjatkan kesyukuran kerana rehlah ini berakhir dengan jayanya. Syukur kerana pelbagai manfaat dan pengalaman dapat diperoleh. Penghargaan jazakillah kepada semua akhawat yang terlibat sama ada secara langsung mahupun mereka yang mendoakan kelicinan rehlah ini dari jauh. Hanya Allah yang mampu membalas. Moga Allah rahmati perjalan kita ini dan juga ukhuwah yang dibina seterusnya membawa kita bersama hingga ke syurga-Nya, insyaAllah. Aminn ~


| syamila | nawal | maryamAtikah | nadiahMokri | jannah | faizah | syakirah | maisarah | nadhirah | akmal | fatinNadiah | farhana | sakinah | fatinNabilla | nadiahSani | sufiah | izzati | 

Wassalam.

* Agak mengambil masa nak ingat balik apa yang berlaku sepanjang rehlah sebab lambat post. Rasanya ada je yang tertinggal. Maaf atas segala kekhilafan dalam menulis ini.

08 August 2011

Jika hidup bukan untuk dakwah, justeru untuk apa?

*Sajak ini tidak diterjemahkan daripada bahasa asalnya, (Bahasa Indonesia)

Enta pergi pagi

Dengan semangat mencari duniawi

Jika angkot macet, langsung berganti sewa taksi

Agar harta buruan tidak beralih dari sisi


Ente pulang malam

Dengan jasad yang kelelahan

Nyampe di rumah mendekam sampai pagi datang


Lupakah engkau

Rasulullah saw bagaikan rahib di malam hari

Dan menjadi singa di siang hari

Sementara kamu

Tak peduli siang tak peduli malam

Yang penting dunia dalam genggaman


Sahabat cobalah engkau renungkan

Apa sih yang ingin kugapai sampai harus membanting tulang

Apa sih yang ingin kubangun hingga pagi datang

Apa sih yang ingin kuraih hingga tubuh begitu letih


Jujur saja, untuk urusan perutmu bukan

Buat beli martabak atau nasi

Masuk perut dan kemudian raib menjadi kotoran


Jujur saja, untuk urusan rumah tempat kau tinggal bukan

Buat beli keramik, AC ataupun busa

Dinikmati, rusak, ganti lagi tak berkesudahan


Jujur saja, untuk urusan kesenangan anak-anak yang kau rindukan bukan

Buat pakaian, mainan, ataupun poster-poster idaman

Dinikmati, menghilang dari pandangan

Jangan jadikan dakwah sebagai kegiatan sampingan

Jangan jadikan dakwah sebagai hiburan

Jangan jadikan dakwah sebagai ajang gaul sesama teman

Jangan jadikan dakwah sebagai pengisi waktu luang

Jangan jadikan dakwah sebagai sarana memburu uang

Karena kelak yang kau dapatkan adalah jahanam

Sebagai balasan atas kemusyrikan yang kau jalankan


Sahabat

Jadikan dakwah sebagai ruh kalian di dunia

Jadikan dakwah sebagai rumah tinggal kalian di dunia

Jadikan dakwah sebagai tugas utama kalian di dunia

Jadikan bahwa hanya dengan dakwah diri kalian begitu bahagia

Jadikan bahwa tanpa dakwah kalian begitu menderita


Sahabat

Jalan dakwah inilah yang membedakan kita

Dengan para pendusta ayat-ayat-Nya

Dan jika engkau hidup di dunia ini tidak untuk tegakkan risalah-Nya Itu

artinya engkau pun sama dengan mereka

Yang lebih menyukai neraka ketimbang surga

Dan jika engkau hidup di dunia ini sebagai tujuan

Ingatlah bahwa tak lama lagi ruhmu bakal dicabut dari badan


Jika hidup tidak untuk dakwah

Trus ente mo ngapain?


Mau jadi ayam?

Yang pergi pagi pulang petang

Kurang petang tambahin nyampe tengah malam


Tapi masih mendingan ayam

Karena ia rutin bangun sebelum azan

Dan teriakkan lagu keindahan

Tapi kamu

Rutin subuh setengah delapan

Apalagi kalo akhir pekan

Bisa jadi subuh hengkang dari pikiran


Tapi masih mendingan ayam

Karena ia berani pilih makanan yang ia inginkan

Tapi kamu

Elo embat semua yang ada di hadapan

Tidak peduli daging, tumbuhan, ataupun batu hitam

Sementara kamu dikaruniai pikiran


Jika engkau hidup hanya untuk itu semuanya

Maka harga dirimu

Nilainya sama dengan apa yang kamu makan

Nilainya sama dengan apa yang kamu keluarkan dari perut hitam

Nilainya sama dengan apa yang kamu rindukan


Karena jasadmu tak ubahnya tembolok karung

Tempat penyimpanan semua makan yang kamu makan

Karena jasadmu tak ubahnya perekat

Tempat semua kesenangan dunia melekat


Sepekan, setahun, sewindu kau bangun sejuta pundi uang

Engkau lupa bahwa kelak yang kau bangun itu pasti kau tinggalkan

Engkau lupa bahwa tempat tinggalmu sesudahnya adalah istana masa depan


Tapi sahabat

Jika engkau hidup untuk dakwah

Tidak ada setitik harapan pun yang kelak dirugikan

Tiada seberkas amal pun yang tiada mendapat balasan


Tapi di dalamnya penuh ujian dan batu karang

Dan engkau harus yakin penuh akan janji Allah

Tapi di dalamnya tidak lekas kau dapatkan keindahan

Dan engkau harus yakin bahwa inilah jalan kebaikan


Sahabat

Janganlah terlena dengan kesenangan fana

Janganlah terlena dengan gemerlapnya dunia

Itulah yang Allah berikan sebagai hak para musyrikin di dunia

Tiada usah kamu iri dan berpikir tuk hanyut bersamanya

Karena kau tahu kehidupan mereka sesudahnya adalah neraka

Dan mereka kekal di dalamnya


Sahabat

Jangan sia-siakan hidup di dunia

Bangun rumah dakwah

Jika kau diluaskan harta, kembalikan di jalan dakwah

Jika kau diluaskan waktu, hibahkan di jalan dakwah

Jika kau diluaskan tenaga, berikan untuk lapangnya jalan dakwah.

Jika kau diluaskan pikiran, gunakan untuk merenungi ayat-ayat-Nya

Jika kau diluaskan usia, maksimalkan berikan yang terbaik untuk-Nya


Sajak hasil nukilan: Agus Sujarwo
Dideklamasikan oleh: akh Raswan

@Konvensyen Mahasiswa IKRAM Perak 2011 (KOSMIK '11)

30 Julai 2011

Related Posts with Thumbnails