12 October 2013

Nem.



Ini kucing kitorg. 


Yg kanan tu nama dia Tabah.

Yg kiri tu anak dia, nama Cekal.

*****

First time Tabah berkunjung ke rumah kitorg, dia berada dalam keadaan yg lemah. Kalau perasan pada gambar, Tabah ni xde bola mata sebelah kiri. Tercabut mungkin. 

Bulunya cantik, gaya mewah, macam kucing rumah. Mungkin dulu dia kucing bertuan, selepas itu bergaduh, atau mata tercungkil. Kemudian dia dibuang, mungkin. Ini hasil analisis kami adik beradik, sebab tak pernah nampak pun kucing ni sebelum ini kt kawasan kitorg. Tiba-tiba sahaja muncul.

Oleh kerana kisah tragis hidupnya yg kitorg cipta sendiri (lolz), kitorg beri dia nama; Tabah.

*****

Cekal merupakan anak kandung Tabah. Anak jantan. Selepas dia dilahirkan, dia dan adik beradiknya yg lain dibawa oleh ibunya Tabah ke lokasi rahsia. Hipotesis kami adik beradik, mereka dibawa ke atas bumbung rumah. Perkara ini membuatkan kami menghadapi kesukaran utk memberi makan kpd Cekal dan adik beradiknya. Tindakan ini diambil Tabah atas naluri keibuan yg overprotective mungkin.

Lebih memburukkan keadaan, selepas bersalin (sesuai ke guna bersalin?), Tabah mengalami lupa ingatan. Tabah seakan-akan terlupa di mana dia meletakkan anak-anaknya. Tabah sentiasa menjadi tidak tentu arah dan menerpa ke dalam rumah untuk mencari anak-anaknya di dalam almari-almari baju. Namun ketika memorinya pulih, maka dia akan naik ke atas untuk menyusukan mereka.

Selepas beberapa ketika, Tabah meninggal dunia tanpa dijangka, sedang lokasi anak-anaknya masih belum jelas dikenalpasti.

Dipendekkan cerita, Cekal was the only survivor. adik beradiknya yg lain tidak dijumpai. Saat itulah kami menamakannya dengan nama Cekal dan bermulalah kisah hidupnya sebagai seekor anak kucing yatim piatu.

Sekarang, Cekal sudah cukup besar.

*****

Dahulunya, rumah kitorg banyak juga arnab. Itu lagilah, bermacam-macam nama diberi. Biasanya nama diberi mengikut karakter atau penampilan fizik mereka. Arnab yg pertama namanya Cempaka. Merupakan arnab pertama yg dibela di asrama sekolah. Warden asrama, Ustazah Zuraidah pun dah tak boleh buat apa dah, layan je (haha). Selepas tamat SPM, Cempaka disambung bela di rumah. 

Cucu Cempaka ada satu yg kurang upaya. Kakinya lemah, tak mampu berdiri. Bergerak ke sana sini dengan gaya seakan-akan berenang. Tak berapa ingat namanya, tapi rasanya juga nama-nama yg membangkitkan semangat, bukan seperti nama neneknya.

Usianya tidak lama, juga meninggal dunia.

*****

Nama-nama yg kita terima, ianya suatu misi, ia datang sekali dengan doa dan harapan. Mak ayah kita beri pastinya bukan saja-saja. Kalau nama nabi-nabi, mesti mak ayah kita nak kita jadi tough macam nabi-nabi tu, ataupun nak kita ada karakter-karakter mereka. Kalau nama-nama sahabat, pastinya mereka inginkan kita jadi hebat. 

Ini jelas sekali menunjukkan sebab mengapa ibu bapa kita sering memanggil kita dengan nama penuh. Doa dan harapan.

Nama-nama kita, semuanya hebat-hebat.
Kalau bukan nama nabi-nabi, pastinya nama sahabat.
Jika bukan nama sahabat pun, maksud nama kita pastinya tersirat, 
penuh dengan pengharapan ibu ayah apabila umur kita kian meningkat.

*****

Sekarang ni tengah cuti, lepas ni nak balik impiannya adalah untuk menjadi seperti mana yg diharapkan oleh mak ayah dengan nama-nama kita. Yuk sertai ;)

*****
[amirS] sori yek, merepek sket tulisan kt DC kali nih. haha ;p
Related Posts with Thumbnails