26 June 2010

22 June 2010

Malam Galaksi Hidayah

in the name of Allah

Terbaca di ruangan sampaikan salam DC ada seseorang menyatakan hasrat
nnti sesape yg g mgh, tlg post kan psl event tu ya... jzkk.

Bagi memeriahkan lagi kesunyian...yuk ke MGH seketika.

gambar pertama yg diambil disebabkan camera tercicir di meja...


zoom... hijjaz
(asyik menjamu selera tak perasan nasyid yg dinyanyikan)


lantang suara wira kita bergema

hasil titik peluh ustazah2, x-gen akhawat

meja hadapan yg penuh

Baiklah, selesai MGH ada sesiapa nak post untuk UKRAM pula? Perjalanan dua yang penuh tarbiyah.

14 June 2010

piala rejab~

.....

copy dari blog ikhwah hira' jeram...




Memasuki Bulan Rejab di ambang bermulanya musim Piala Dunia seolah-olah satu paradoks.

"Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya) dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa." (At-Taubah:36)



Bulan Rejab ialah bulan pertama daripada empat bulan haram di dalam Islam. Rasulullah sendiri yang menyatakan perkara ini dalam hadisnya :

"Sesungguhnya masa telah berjalan sejak hari Allah menciptakan langit dan bumi. Terdapat 12 bulan di dalam setahun dan antaranya 4 bulan haram (suci), 3 yang berturut iaitu Zulqaedah, Zulhijjah, dan Muharram, dan yang ke-4 ialah Rejab 'mudhar' yang berada antara dua Jumada (Jumadul Awwal, Jumadul Akhir) dan Syaaban." (muttafaq 'alaih).

Cuba lihat pada kata Allah yang ini : "maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu".

Ulama' tafsir mengatakan sebarang kezaliman yang dilakukan di dalam bulan ini menjadi lebih besar berbanding bulan-bulan lain. Lebih spesifik, seperti yang sudah menjadi tradisi dan anutan Arab semenjak sebelum kedatangan risalah Islam lagi, iaitu mencemari kesucian bulan-bulan ini dengan menumpahkan darah dan melakukan peperangan.

Mengapa hanya bulan-bulan ini perkara tersebut menjadi besar? Mengapa 4 bulan yang ini secara khusus termaktub tentang larangan melakukan kezaliman ini?

Qatadah berkata :
Sesungguhnya Allah memilih yang terpilih dari kalangan makhluknya, Dia memilih dari kalangan malaikat satu utusan (Jibril) dan dari kalangan manusia seorang utusan (Muhammad s.a.w), dan dari kalam-Nya zikir-Nya (Al-Quran), dan Dia memilih dari bumi ini masjid-masjid, dan Dia memilih dari bulan-bulan, bulan Ramadhan dan bulan-bulan haram - maka agungkanlah apa yang diagungkan Allah, kerana sesungguhnya perkara-perkara harus diagungkan mengikut apa yang Allah agungkan, seperti yang difahami di sisi mereka yang berkefahaman dan berfikir (ulama' dan para pemikir Islam).

Dan di bulan Rejab tahun ini banyak sekali pelanggaran keagungan ini boleh berlaku, walau mungkin tidak secara hakiki.

1. Mungkin ada rakyat dari satu pasukan negara yang bertanding di dalam Piala Dunia, menyimpan bara permusuhan dengan pasukan negara yang mengalahkan negara pilihannya.

2. Mungkin juga ada teman-teman dan kawan-kawan yang bertengkar dan menzalimi persahabatan mereka lantaran pasukan negara pilihan saling mengalahkan satu sama lain.

3. Mungkin ada suami dan isteri yang bermasam muka lantaran si suami mengabaikan beberapa tanggungjawab lantaran memberi tumpuan melayani lintas langsung perlawanan pasukan pilihan.

4. Dan pelbagai lagi kemungkinan berlakunya kezaliman dari skala paling kecil hingga skala paling besar boleh berlaku dalam tempoh paradoks ini - Rejab dan Piala Dunia.

Seorang Muslim adalah seorang muslim sebelum segalanya. Dia adalah seorang muslim sebelum dia ialah seorang penyokong tegar pasukan England atau Argentina.

Maka, meletakkan keagungan dan kehormatan, dan menunaikan serta memelihara diri dari terlibat dan melakukan kezaliman, adalah lebih layak baginya, di dalam bulan ini, melebihi segalanya.

Semoga bermanfaat. Selamat beramal.

13 June 2010

e.s.o.k

bismillahirrrahmanirrahim..


esok dah 1 rejab 1431h
apa perancangan semua?

teringat kata2 dari Imam Nawawi berkenaan hukum berpuasa pada bulan ini;
dari Sa'id bin Jubayr,
"Tidak ada larangan untuk melakukan ibadat puasa di bulan Rejab, tidak pula disunatkan kerana bulannya. Tetapi apa yang disunatkan ialah kerana kesunahan puasa terbabit."

jadi, apa lagi?
jom tambahkan amal!!


*monolog: Ya Rabbi, sampaikanlah kami kepada ramadhan kali ini..ameen..

04 June 2010

laporan

in the name of Allah



keratan akhbar yang baru diterbitkan

ramai kan

"zionism is not...


p/s-ada gaya journalist tak?
Related Posts with Thumbnails