27 March 2011

warkah buat hawa

..bismillahirrahmanirrahim..





Duhai hawa


Semoga kehadiran warkah ini tidak akan mengocak kedamaian & ketenangan hatimu


Sekali lagi kesedihan menyelubungi hati


Ke mana hilangnya sopan santun & rasa hormatmu kepadaku?


Kalau dulu


Untuk mengucapkan sebaris kata di hadapanku sekalipun


Kau hanya menundukkan pandangan & menyusun kata


Sebaik-baiknya & seatur mungkin


Namun hari ini


Suatu kebiasaan jika kuperhatikan malumu kian lenyap!!


Antara kita seolah-olah tiada lagi hijab yang menghalang


Kau bisa menyapaku tanpa segan silu


Malu itu selayaknya kau punyai tapi apa yang terjadi kini?


Apa yang membimbangkanku


Keadaan ini bisa menjadikan kita makin hampir mengenepikan tuntutan Illahi


Pergaulan yang kukira antara lelaki & perempuan


Menenggelamkanku dalam kekalutan perasaan


Terlalu bimbang kiranya suatu hari nanti menjadi kebiasaan jika dilihat


Kaummu & kaumku bisa seiringan tanpa ada batasnya lagi


Mengapa tidak kau semaikan rasa malu dalam diri?


Mengapa Hawa yang kukenal tidak lagi selembut dulu?


Tutur kata yang petah, alunan suara yang lantang


Mengheret aku ke dalam kesedihan yang berpanjangan


Jika keadaan ini berterusan, suatu hari nanti


Hawa akan menguasai dunia & Adam hanyalah penyeri sahaja


Dulu kusanjung tinggi peradabanmu


Tapi kini, kepercayaanku kian luntur


Tatkala kulihat batas-batasmu kian memudar


Sedarlah Hawa


Dirimu menyimpan setinggi-tinggi maruah


Kaum Adam & Hawa mempunyai benteng yang teguh


Janganlah dirobohkannya


Fahamilah, aku tak ingin kau sentiasa cuba menghadirkan dirimu di hadapanku


Bagiku Hawa adalah sebutir mutiara yang terlalu mahal harganya


Terus terang kukatakan wahai Hawa


Bukan kemarahanmu kupinta


Bukan jua sapaanmu mengembirakanku


Tapi kumahu kau pelihara kesopananmu & maruahmu jangan kau dagangkan


Jika bersua muka, tundukkan pandanganmu


Perlahankan suaramu & usahlah kau sengaja menampilkan dirimu


Meskipun naluri kita sering memerlukan


Peliharalah tingkah lakumu tak kira di mana


Walaupun aku tak mampu terus-menerus memimpinmu



Seandainya kau tersilap langkah


Aku mahu kau sedar! 


Sedar dirimu bisa terhumban di persada kehancuran


Jika dikau biarkan dirimu hanyut dengan pergaulan bebas di kala ini


Ketahuilah duhai Hawa


Kumahukan dirimu yang dulu…...



p/s : terjumpa kata2 ni dalam folder yg dah lama2. 



..wassalam..



23 March 2011

masyi?

Salam,
Alhamdulillah cuti ni dapat menjenguk ke sekolah dan membantu asatiz mana yang boleh..
Ustazah Shahidah offer untuk jaga kelas tasmi'.. setelah memikirkannya ana pun terima (walaupun rasa macam segan)~ Dalam mendengar bacaan, kita sendiri dapat mengulang hafazan.. tula namanya bonus!

Di akhir kelas, ana berkongsi kisah dengan mereka, mengembalikan spirit yang hilang. Which i felt,i also experiencing the lost spirit. Bila berkata,kita sendiri mendengar. Maka, malulah kalau kita bercakap tapi kita tak buat.

Di UIA kami ada kelas tasmi' 2x seminggu. Bulan haji baru-baru ini ustaz tasmi' ana menunaikan haji dan digantikan oleh Ustaz Zaki. Ana kagum dengan ustaz ni..setiap kali nak tasmi' mesti rasa sangat gugup. Bukan sebab kita tak sedia, tapi sebab kita tahu yang ustaz ni memang masyi (ingat betul) Al-Quran. Waktu nak tasmi',ustaz akan tunduk atau pejamkan mata. Al-Quran tak pernah bawa sebab Al-Qurannya ada di dada (wah,malu!). Selalunya 2 orang sekali tasmi' dan ustaz akan betulkan setiap kesalahan bacaan kita. (Klau tok syeikh yg lagi hebat, sampai 10 orang tasmi' serentak pon boleh). Di akhir kelas, ustaz selalu memberikan taujih yang berisi.. setiap kali itu juga rasa sayu sangat. Kita tahu tentang Al-Quran tapi kita tak faham dengan hati..

Suatu ketika ana bertanya, bila ustaz betul-betul ingat satu Al-Quran? Ustaz pun menceritakan kisah hidupnya. Bermula umur 13 ustaz masuk ke pondok. 15 tahun dan hafiz dan 18 tahun dah ingat betul. Ana rasa macam perkara tu sangat sukar dan jauh.. Ustaz pun cakap, memang masa akan memberi peluang tapi sejauh mana masa itu kita pergunakan? Masa akan berlalu,kita tetap akan mencapai usia 30,40 dan seterusnya..tapi bila tiada usaha,hasil lagilah tak ada. Ustaz akan mengulang 5-7 juz sehari. Masuk Ramadhan, akan jadi 10 juz sehari.. Tapi bila dah mula bekerja, paling sikit ustaz dapat bawa 1 juz sehari..

Ada seorang ustaz yang bertanyakan tentang beberapa kalimah di pertengahan ayat. Di mana surahnya? Kalau ana sendiri kena tebuk tengah ayat, memang terabur jadinya. Ustaz pun usaha untuk mengingat tapi tak dapat juga. Akhirnya ustaz telefon kawan ustaz yang dikatakan lagi masyi dan hebat dari ustaz. Sebuat aja kalimah tu, terus kawan ustaz tu dapat di mana ayat tu. Ayat lengkap, ayat sebelum, ayat selepas, surah apa, muka surat mana.. Erk,ana tercengang dengar cerita tu dan rasa macam kena perli~ Siap dia cakap "Apalah zaki, ni pun tak ingat lagi.."

Ana ceritakan di sini sebab memang kita semua adalah penghafaz quran,betul tak? Setiap yang dihafaz wajib dijaga.. kalau tak, tuntutannya dah sedia di akhirat.Tak kisah banyak atau tak yang pernah kita hafal. Kalau tak dapat ingat semua, itu kuasa Allah. Yang penting, usaha kita perlu sentiasa ada untuk ingat semua yang pernah kita hafal..

selamat menghafaz~ :)

15 March 2011

48:29

Assalamualaikum
mohonn maaf atas kelewatan,.. ana rancang untuk post lebih awal namun Allah izinkan hari ini.

Insya Allah kali ini ana sekadar buat sedikit ringkasan daripada kuliah Ustaz Hasanuddin di Surau An-Nur pada hari khamis lepas.. Andai ada sebarang tambahan,dialu-alukan.

Kuliahnya berlansung selama satu jam dan yang dibincangkan hanyalah satu ayat, ayat terakhir Surah Al-Fath. Dalam hati terdetik rasa kagum, ustaz boleh syarah satu ayat je tapi sejam.. itupun tak betul-betul sampai habis. sikitnya rasa ilmu yang ada..

48:29



"Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat muka mereka – dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad, s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Ia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki – dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar." (Al-Fath:29)


Permulaan ayat dimulakan dengan menyebut nama Nabi Muhammad dan disambung dengan Rasulullah.. Mengikut bahasa, ia mubtada' khabar yang merujuk dan mengakui bahawa Nabi Muhammad itu seorang rasul. Contohnya, rumah saya cantik, kereta saya besar.. mubtada' dikenali kerana khabar yang menjadi penjelasan..ayatnya lengkap dan difahami,tidak tergantung dan pelik. Dari psikologinya, apabila nama seseorang disebut itu tandanya orang tersebut disayangi dan dihormati. Kesayangan Allah kepada Rasul ini tersebar ke seluruh alam.. kerana ia termaktub pada Al-Quran, yang dibaca sepanjang zaman..kasih sayangnya mengalir hingga kita juga turut merasakan.

Seterusnya ayat ini menjelaskan mengenai ciri-ciri orang yang mengikuti Rasulullah
1) Asyidda' 'alal kuffar
2) Ruhama' bainahum
3) Rukka'an sujjadan
4) Athari sujud

Asyidda' 'alal kuffar


Bersikap keras dan tegas terhadap orang kafir ini bukanlah untuk memperlihatkan Islam sebagai terrorist, tetapi agar mereka takut dan tunduk kepada Islam. Namun, bukan semua masa kita harus mempamerkan wajah yang garang. Orang bukan Islam juga ada beberapa peringkat kuffar mereka.. maka kita harus menyantuni mengikut siapa mereka.. moga-moga mereka mendapat hidayah.

Setelah perjanjian hudaibiyah, syariat Nabi Ibrahim diubah sedikit kepada syariat Nabi Muhammad dari segi umrah dan haji. Pada awalnya, pakaian ihram bagi lelaki perlu ditutup keseluruhan tubuh dengan satu kain yang tidak berjahit. Nabi Muhammad mengubah sedikit dengan membuka bahagian kanan bahu. Kerana ketika mereka dibenarkan untuk mengerjakan umrah, suasana masih lagi tegang dan dalam keadaan berjaga-jaga. Ketika mereka ingin bertawaf, terdapat beberapa orang kafir yang mengintip di sebalik bukit. Rasulullah dapat merasakan keadaan ini sebagai satu peluang dari segi perang psikologi kerana apabila diperlihatkan bahu kanan, terserlah kegagahan nabi dan para sahabat yang bertubuh sasa. Apabila sa'i, syariat ditukar kepada berlari-lari anak dan menambahkan lagi keperkasaan mereka. Orang-orang kafir merasa kagum melihat orang-orang Islam yang berlari-lari dengan semangat dan tak tercungap-cungap..nampak cukup gagah dan menimbulkan kegerunan di hati mereka. (Nampaknya, kita kena selalu riadhah lah ye.. esp akhawat ^.^)

Kita harus punya kekuatan rujukan untuk membuatkan masyarakat percaya kepada kita dari segenap aspek-ekonomi,perundangan,pendidikan,penciptaan dsb. Kalau kekuatan-kekuatan ini kita tidak miliki, kita tak mungkin dapat menguasai dunia ini. Seolah-seolah seekor kucing yang menderam kepada seekor singa..

Ruhama' bainahum


Bersikap kasih sayang dan belas kasihan terutama kepada sesama Muslim sehingga menimbulkan rasa cemburu orang kafir..  Namun sikap ini juga harus diperlihatkan kepada orang-orang kafir dan pastinya sirah telah membuktikan kebenaran bahawa sekeras-keras manusia turut cair dengan kebaikan.

Rukka'an sujjadan


Perkataan rukka'an sujjadan merujuk kepada perbuatan yang endless dan membawa makna kepada solat (majaz). Ia perbuatan yag sentisa dilakukan hingga dikisahkan pada suatu ketika Rasulullah berada di dalam khemah dan menunaikan solat sunat. Seorang sahabat berjaga di luar untuk menjaga Rasulullah. Setiap kali orang datang utuk meemui baginda, pasti jawapan sama akan diulang "tunggu sebentar, baginda sedang bersolat." Sungguh, Rasulullah sangat suka bersolat di mana-mana sahaja.. (kerdilnya diri..)

Perbuatan ini akan terlaksa dengan 2 sebab;
1) Aqidah yang benar
-kesan keimanan meggerakkan diri untuk melakukannya tanpa jemu

2) Mengaharapkan 2 perkara
 a- Redha Allah
 b- Kelebihan-kelebihan Allah (rezeki,kesihatan,kebijaksanaan etc)

Di sini, terdapat tips dan strategi dalam berdoa..
-mulakan dengan solat sunat yang mutlak mencari redha Allah
-sambung dengan mohon ampunan pada Allah iaitu solat taubat
-akhir sekali,mintalah hajat yag diinginkan

Athari sujud

Kesan bersujud bukanlah pada yang zahir tetapi impaknya pada amalan seseorang. Para ulama' bersepakat bahawa jika seseorang itu terdapat tanda hitam didahinya maka dia harus menghilangkan sedaya upaya dan bagi yang belum ada,elakkan.. kerana keadaan ini menimbulkan fitnah serta terbitnya riya' pada individu tersebut.

Orang-orang kristian yang datang dari Syam tertarik dengan Islam hanya dengan melihat rupa para sahabat kerana ayat seterusnya menyebut bahawa "Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula" 


Akhir sekali, orang-orang Islam diumpamakan seperti tunas yang nampak lembut dan beralun mengikut angin. Keadaan ini merujuk kepada zaman makkah yang penuh cabaran ketika Islam baru bermula. Kemudin semakin kukuh dan gagah dengan dahan dan batang kerana ketika ini telah memasuki era madinah. Islam mula diakui kehebatannya, malah semakin lama menggerunkan pihak musuh. Begitulah kekuatan yang kita harapkan akan muncul kembali, insya Allah


wallahu'alam
andai ada sebarang kesilapan harap diperbetulkan


sumber: ceramah Ustaz Hasanuddin
tarikh: 10 mac 2011
tempat: surau An-Nur, Taman Desa Skudai


-sesiapa yang nak recording, boleh diambil di yahoogroup xgen atau inform ana untuk dimailkan terus.
p/s: semakin teruja untuk ambil tafsir. siapa nak ikut? kita g jordan, boleh belajar arab fushah skali ^.^ 

Related Posts with Thumbnails