15 March 2011

48:29

Assalamualaikum
mohonn maaf atas kelewatan,.. ana rancang untuk post lebih awal namun Allah izinkan hari ini.

Insya Allah kali ini ana sekadar buat sedikit ringkasan daripada kuliah Ustaz Hasanuddin di Surau An-Nur pada hari khamis lepas.. Andai ada sebarang tambahan,dialu-alukan.

Kuliahnya berlansung selama satu jam dan yang dibincangkan hanyalah satu ayat, ayat terakhir Surah Al-Fath. Dalam hati terdetik rasa kagum, ustaz boleh syarah satu ayat je tapi sejam.. itupun tak betul-betul sampai habis. sikitnya rasa ilmu yang ada..

48:29



"Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat muka mereka – dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad, s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Ia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki – dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar." (Al-Fath:29)


Permulaan ayat dimulakan dengan menyebut nama Nabi Muhammad dan disambung dengan Rasulullah.. Mengikut bahasa, ia mubtada' khabar yang merujuk dan mengakui bahawa Nabi Muhammad itu seorang rasul. Contohnya, rumah saya cantik, kereta saya besar.. mubtada' dikenali kerana khabar yang menjadi penjelasan..ayatnya lengkap dan difahami,tidak tergantung dan pelik. Dari psikologinya, apabila nama seseorang disebut itu tandanya orang tersebut disayangi dan dihormati. Kesayangan Allah kepada Rasul ini tersebar ke seluruh alam.. kerana ia termaktub pada Al-Quran, yang dibaca sepanjang zaman..kasih sayangnya mengalir hingga kita juga turut merasakan.

Seterusnya ayat ini menjelaskan mengenai ciri-ciri orang yang mengikuti Rasulullah
1) Asyidda' 'alal kuffar
2) Ruhama' bainahum
3) Rukka'an sujjadan
4) Athari sujud

Asyidda' 'alal kuffar


Bersikap keras dan tegas terhadap orang kafir ini bukanlah untuk memperlihatkan Islam sebagai terrorist, tetapi agar mereka takut dan tunduk kepada Islam. Namun, bukan semua masa kita harus mempamerkan wajah yang garang. Orang bukan Islam juga ada beberapa peringkat kuffar mereka.. maka kita harus menyantuni mengikut siapa mereka.. moga-moga mereka mendapat hidayah.

Setelah perjanjian hudaibiyah, syariat Nabi Ibrahim diubah sedikit kepada syariat Nabi Muhammad dari segi umrah dan haji. Pada awalnya, pakaian ihram bagi lelaki perlu ditutup keseluruhan tubuh dengan satu kain yang tidak berjahit. Nabi Muhammad mengubah sedikit dengan membuka bahagian kanan bahu. Kerana ketika mereka dibenarkan untuk mengerjakan umrah, suasana masih lagi tegang dan dalam keadaan berjaga-jaga. Ketika mereka ingin bertawaf, terdapat beberapa orang kafir yang mengintip di sebalik bukit. Rasulullah dapat merasakan keadaan ini sebagai satu peluang dari segi perang psikologi kerana apabila diperlihatkan bahu kanan, terserlah kegagahan nabi dan para sahabat yang bertubuh sasa. Apabila sa'i, syariat ditukar kepada berlari-lari anak dan menambahkan lagi keperkasaan mereka. Orang-orang kafir merasa kagum melihat orang-orang Islam yang berlari-lari dengan semangat dan tak tercungap-cungap..nampak cukup gagah dan menimbulkan kegerunan di hati mereka. (Nampaknya, kita kena selalu riadhah lah ye.. esp akhawat ^.^)

Kita harus punya kekuatan rujukan untuk membuatkan masyarakat percaya kepada kita dari segenap aspek-ekonomi,perundangan,pendidikan,penciptaan dsb. Kalau kekuatan-kekuatan ini kita tidak miliki, kita tak mungkin dapat menguasai dunia ini. Seolah-seolah seekor kucing yang menderam kepada seekor singa..

Ruhama' bainahum


Bersikap kasih sayang dan belas kasihan terutama kepada sesama Muslim sehingga menimbulkan rasa cemburu orang kafir..  Namun sikap ini juga harus diperlihatkan kepada orang-orang kafir dan pastinya sirah telah membuktikan kebenaran bahawa sekeras-keras manusia turut cair dengan kebaikan.

Rukka'an sujjadan


Perkataan rukka'an sujjadan merujuk kepada perbuatan yang endless dan membawa makna kepada solat (majaz). Ia perbuatan yag sentisa dilakukan hingga dikisahkan pada suatu ketika Rasulullah berada di dalam khemah dan menunaikan solat sunat. Seorang sahabat berjaga di luar untuk menjaga Rasulullah. Setiap kali orang datang utuk meemui baginda, pasti jawapan sama akan diulang "tunggu sebentar, baginda sedang bersolat." Sungguh, Rasulullah sangat suka bersolat di mana-mana sahaja.. (kerdilnya diri..)

Perbuatan ini akan terlaksa dengan 2 sebab;
1) Aqidah yang benar
-kesan keimanan meggerakkan diri untuk melakukannya tanpa jemu

2) Mengaharapkan 2 perkara
 a- Redha Allah
 b- Kelebihan-kelebihan Allah (rezeki,kesihatan,kebijaksanaan etc)

Di sini, terdapat tips dan strategi dalam berdoa..
-mulakan dengan solat sunat yang mutlak mencari redha Allah
-sambung dengan mohon ampunan pada Allah iaitu solat taubat
-akhir sekali,mintalah hajat yag diinginkan

Athari sujud

Kesan bersujud bukanlah pada yang zahir tetapi impaknya pada amalan seseorang. Para ulama' bersepakat bahawa jika seseorang itu terdapat tanda hitam didahinya maka dia harus menghilangkan sedaya upaya dan bagi yang belum ada,elakkan.. kerana keadaan ini menimbulkan fitnah serta terbitnya riya' pada individu tersebut.

Orang-orang kristian yang datang dari Syam tertarik dengan Islam hanya dengan melihat rupa para sahabat kerana ayat seterusnya menyebut bahawa "Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula" 


Akhir sekali, orang-orang Islam diumpamakan seperti tunas yang nampak lembut dan beralun mengikut angin. Keadaan ini merujuk kepada zaman makkah yang penuh cabaran ketika Islam baru bermula. Kemudin semakin kukuh dan gagah dengan dahan dan batang kerana ketika ini telah memasuki era madinah. Islam mula diakui kehebatannya, malah semakin lama menggerunkan pihak musuh. Begitulah kekuatan yang kita harapkan akan muncul kembali, insya Allah


wallahu'alam
andai ada sebarang kesilapan harap diperbetulkan


sumber: ceramah Ustaz Hasanuddin
tarikh: 10 mac 2011
tempat: surau An-Nur, Taman Desa Skudai


-sesiapa yang nak recording, boleh diambil di yahoogroup xgen atau inform ana untuk dimailkan terus.
p/s: semakin teruja untuk ambil tafsir. siapa nak ikut? kita g jordan, boleh belajar arab fushah skali ^.^ 

1 comments:

Anonymous said...

mohon izin share link. TQ~~

Related Posts with Thumbnails