18 March 2009

Eksplorasi Menara Ilmu 2009 (EMI 09)

Assalamualaikum x-genians...

Jom ramai2 serang Masjid Taman U (Tan Sri Ainuddin Wahid) sabtu dan ahad ini..

Ada apa???Kenapa kena serang?

terus ke EMI 09 (KLIK SINI)

Apa tentatif EMI? klik sini

Saya dah daftar(walaupun x ditanya), anda BILA?

15 March 2009

Paradigma mereka, inspirasi kita...

Sumber: http://drshukri.wordpress.com

Kamis, 12 Mac 2009: Seminar Bijak Belajar Bersama 232 Pelajar Tingkatan 3 dan 5

Pada hari keputusan SPM diumumkan kebetulan saya mengendalikan seminar di Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru (SMIH-JB). Ini bukan kali pertama … tetapi berulangkali SMIH-JB mencatatkan prestasi yang membanggakan dalam peperiksaan utama negara. Keputusan SPM yang diumumkan semalam ternyata ada peningkatan ketara. Tahnian kepada Pengetua, Pn Kamaliah and team. Ini lebih-lebih lagi memandangkan INPUTnya, yakni kemasukan pelajar ke Tingkatan 1 ke sekolah berkenaan bukan dari cream yang memperolehi kesemuanya 5A-UPSR seperti SBP, MRSM dan SMKA lainnya, namun prestasi pelajarnya, yakni OUTPUT cukup membanggakan. In many instances they outdo many premeir schools in Johor. Their main competitor, their benchmark is the Malaysian top school at JB … Sekolah Tun Fatimah. Wow !

Dari banyak lawatan saya ke sekolah berkenaan sejak lebih lima tahun yang lalu mengendalikan program bersama pelajar SMIH, saya difahamkan salah satu faktor ialah KOMITMEN GURU walaupun gaji mereka dan kemudahan yang mereka terima tidak sebaik yang diperolehi oleh rakan mereka di sekolah-sekolah kementerian. Yes, its the TEACHER FACTOR. Itu juga salah satu tekanan saya dalam Seminar SuperTeaching kepada guru-guru di seluruh negara — the teacher factor.

boys

girls

terima-cenderamata

Menerima cenderamata dari Ustazah Wan Noranini, Penolong Kanan HEP SMI Hidayah

drsa-kena-massage

Salah satu signature Seminar saya, bagi merelaks dan menyegarkan peserta khususnya di sesi petang, peserta perlu massage satu sama lain .. diiringi musik yang sesuai. Lihat gambar ini dan gambar di bawah …..

girl-massage3

girl-peserta-ke-depan

boy-peserta-ke-depan

13 March 2009

Tahniah x-Gen! Ini merupakan medan dakwah kita..

Salam semua,
tahniah diucapkan atas keputusan yang membanggakan
islam..Insya-Allah!

Semoga keputusan SPM kita ini menjadi penguat tekad untuk kita
berjaya dengan cemerlang di masa hadapan, berbekalkan iman dan
taqwa di hati..IA.

Sama-samalah kita berdoa semoga ukhuwwah yang terjalin di antara kita
masih kekal ikatannya dan tak rapuh dimamah jarak yang memisahkan kita
nanti.Mesti sahabat-sahabat semua sudah mula mencari arah tujuan masing-masing bukan?

Walauapa pun keputusan kita semua, yakinlah, bahawa segala-galanya telah dirancangkan oleh Allah dan pasti ada hikmahnya.

Paling penting sekali..kita tak nak hanya akademik sahaja yang mantap,
tetapi tarbiyyah kita juga...boleh kan?

~ana doakan yang terbaik buat semua~




11 March 2009

ReuniOn lho..

Alhamdulillah,
pada 10 mac lepas, satu reunion telah berjaya diadakan. Kali ini menghimpunkan pelajar2 lpsn SRIH dan SMIH dari tahun 98-08....seronok dapat jumpa kawan2 lama..Thanks to the OC (organising comitee..Hilman, Auni and the Gang). Semoga kesempatan berkumpul bersama seperti ini dapat berulang lagi...

Satu kegembiraan mendengar kisah-kisah perjuangan ikhwah dan akhwat di luar....ada yang bekerja di tempt yg mcm2 dan mcm2 ah...

Ini video ReUnion...hari tu tayang time semua dh balik...anyway..video ni khas utk antum..


07 March 2009

Reunion Xgen *updated*

HEBAHAN AWAL

Reunion Xgen (mini loh)

10 Mac 2009 (selasa)

6.00pm - 11.oopm
(nak kumpul pagi2 pun buleh)

TEMPAT kat SMIH yang tercinta

dijemput semua :

ALUMNI SRIH 1998-2003
ALUMNI SMIh 2004-2008


siapa yang dah jadi ex-SMIh pun, sila2..maila datang.

kiranya,suma2 la datang ye..

macam2 ada..

malam tu ada jualan CD akhawat dan ikhwah sepanjang 5 tahun di smih. macam2 gambar ada. kalu nak beli, bawa la duit lebih ye!

yang paling penting, kita ada SOLAT HAJAT PERDANA XGEN
apa lagi..utk result SPM kita la..

sila respon kehadiran anda(ikhwah+akhawat) kepada saya di alamat email

amlie_syaheed@yahoo.com

atau

07-5589815

atau

di no cellphone.

SAYA,
(sarah hamizah zainal abidin)

SEBARKAN!!!

06 March 2009

Hari-hari Dalam Hidupku (Bacalah buku ini...duhai anak-anakku)




Zainab al-Ghazali al-Jubaili adalah seorang aktivis Islam yang sanggup berkorban apa saja demi mempertahankan kebenaran yang beliau yakini.Ukhtie adalah ketua Jama'ah Muslimin yang menjadi sayap kepada Ikhwan Muslimin di Mesir.


Pada era pemerintahan Presiden Jamal Abdul Nasser, puluhan ribu, malah ratusan ribu anggota Ikhwan Muslimin dipenjara dan diseksa. Zainab al Ghazali dengan sepenuh kemampuan yang dimilikinya berusaha sedaya upaya meringankan bebanan keluarga mereka yang dipenjarakan. Pelbagai bantan kebendaan dan rohani dihulurkan.


Rancangan untuk membunuhnya telah dilakukan. Akhirnya beliau ditangkap dan dipenjarakan dan bermulalah siri penyeksaan keatasnya. tetapi Allah telah menyelamatkan beliau. Ketika menghadapi saat-saat penyeksaan di dalam penjara, Presiden Jamal Abdul Naser telah mengarahkan agar beliau diseksa dengan penyeksaan yang berat.


Beliau dipukul dengan tongkat, cemeti, digantung kaki ke atas, dikurung dengan anjing-anjing yang ganas, direndam seharian dalam penjara air, dipenjara dengan tikus dan pelbagai lagi seksaan yang berlaku ke atas dirinya. Namun, beliau tabah menghadapinya dengan penuh yakin akan janji Allah : " Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung".


Akhirnya beliau keluar daripada penjara pada tahun 1971. Semangat serta keyakinan terus membara dan beliau tetap thabat di jalan dakwah. Selamat terus membaca buku ini....di waktu cuti sebelum result di umumkan....semoga antum semua cemerlang...IsnyakAllah...amin.

Kecintaan kepada Rasulullah


Saya nak menyambut cabaran akh AMMA, tapi saya tak mampu nak menghasilkan post yang mantap agar kalian boleh hayati. Jadinya saya ambil artikel ini dari blog langitillahi.blogspot.com

Artikel yang menarik, menyentuh hati dan menginsafkan. Hanya jika kalian MENGHAYATI

Selamat membaca!


Hari itu semakin dekat.

Hari yang manusia sering mengangkat-angkat sepanduk dan berarak keliling kampung. Sepanduk-sepanduk yang padanya terdapat pelbagai slogan yang menyatakan kecintaan kepadanya, ada juga yang meletakkan slogan perayaan hari kelahirannya, ada juga yang hakikatnya tidak membawa apa-apa makna pada kalimahnya.

Semua manusia hanya mengingatinya pada hari itu. Sedangkan makna cinta kepadanya tidak diterjemah dalam kehidupan.

“ Mari kita zahirkan kecintaan kita kepada baginda”

Manusia melaung minta manusia lain menyertai perarakan sebegitu. Sedangkan cinta itu lahir dari iman, dan iman itu bukanlah perkara yang hanya cukup dengan kata-kata, tetapi ia adalah sesuatu yang terpatri di dalam hati dan diterjemahkan ke dalam amal.

“ Iman itu bukanlah sekadar cita-cita, bukanlah sekadar kata-kata, tetapi ia adalah apa yang tersemat di dalam hati, dan dibuktikan dengan amal”

Tetapi bila berlalunya hari itu, semua orang melupakannya.

“ dah sambut maulid semangat-semangat, sudah la”

Perjuangan 23 tahun penuh sukar, ditentang diseksa dihalang, diduga dengan pelbagai mehnah dan tribulasi, dikejar dan diusahakan untuk terbunuh, hanya dibayar dengan satu hari sahaja?

364 hari manusia hidup dalam kealpaan, meninggalkan segala pesanannya, meninggalkan segala ajarannya, kemudian 1 hari manusia berarak membawa sepanduk mengingati hari lahirnya, dengan selawat dan alunan kompang, tidak kurang juga majlis-majlis amal yang disertai masyarakat, adakah itu terjemahan kepada kalimah cinta yang kita tempelkan bila manusia bertanya?

Oh... Inilah dia ummat yang tidak berguna dan melupakan penyampai nikmat ALLAH penuh berkat. Dia yang berjuang 23 tahun tanpa menghiraukan kesusahannya, tanpa menghiraukan kesempitan hidupnya, dialah yang berjuang sehingga kehidupannya susah, sehingga pernah apabila dakwahnya nampak tidak berhasil di bumi kelahirannya, dia bergerak ke satu tempat bernama Taif atas harapan menggunung tinggi agar nikmat iman dan ISLAM dirasai seluruh ummat manusia.

Tetapi akhirnya, dia dibaling batu. Darah mulianya bercucuran mewarnai bumi dengan kemerahan. Sehingga dia terpaksa keluar dari kampung itu dan berehat di kebun anggur. Hatta para malaikat juga menangis dengan apa yang terjadi kepadanya. Turun malaikat memberikan tawaran,

“ Jika engkau mahu, aku boleh arahkan malaikat penjaga gunung untuk mengangkat gunung dan menghempapkan ke atas mereka”

Dia menjawab,

“ Jangan, sesungguhnya mereka tidak mengetahui. Moga-moga, dari tulang sum-sum mereka, tumbuh generasi yang beriman kepada ALLAH SWT”

Ah... mulianya..

Dia pernah satu hari merayau-rayau di tengah kepanasan tengahari, lalui ditemui As-Siddiq dan Al-Faruq yang keluar rumah kerana terlalu lapar di tengah perjalanan,

“ Wahai Rasulullah, apakah yang membuatkan kau keluar di tengah kepanasan ini?” Dua sahabat mulia itu bertanya.

Dia hanya tersenyum, kemudian berkata, “ Apa yang menyebabkan kalian keluar, itulah sebabnya aku di sini”

Oh, dialah penghulu segala utusan langit, dialah yang ALLAH berikan kunci segala kekayaan di dunia, keluar di tengah panas kerana tidak tahan dengan kelaparan yang teramat sangat.

Pernah satu ketika, sahabat-sahabat melihatnya solat duduk,

“ Apakah kau sakit ya Rasulullah”

Dia dengan tenang menjawab, “ Aku terlalu lapar”

Oh... Semua itu dibayar dengan satu hari sahaja? Ummat ini nyata zalim dan tidak sedar diri.

Ketika peperangan parit yang bersejarah, saat 3000 manusia yang menggali parit kepenatan, kelaparan dalam kepanasan, dua tiga orang dari mereka bergerak bertemunya. Dengan sopan dan berkias, mereka mengangkat baju, menunjukkan kepadanya sebiji batu yang terikat pada perut mereka, sebagai bukti mereka terlalu lapar. Dia hanya tersenyum, lalu menjawab dengan berkias juga, mengangkat bajunya, lalu terserlah 3 biji batu yanng terikat pada perutanya, menandakan dia berkali ganda lebih lapar dari sahabat-sahabatnya.

Dan ketika ada manusia soleh menjemput penggali-penggali parit ini untuk makan, dialah yang meletakkan makanan kepada semua penggali parit yang lain terlebih dahulu, dan dia makan yag paling terakhir.

Dialah yang berjuang menyebarkan iman dan ISLAM lalu ditentang. Dialah yang pipinya terperosok dengan tali perisai kepalanya akibat dibaling batu oleh musuh. Dialah yang dahinya dipukul oleh Abu Qamiah celaka pada waktu Uhud. Darahnya bercucuran pada hari itu, tetapi tahukah apa yang dia lafazkan pada saat-saat menjerutkan leher itu?

“ Ya ALLAH, ampunkanlah ummat aku ini, sesungguhnya mereka tidak mengetahui”

Oh... Semua itu dibalas hanya dengan satu hari?

Apakah itu kecintaan yang kita maksudkan?

Tahukah kalian, saat manusia mulia ini sedang sakarat, apakah yang disebut olehnya?

“ Ummati... Ummati... Ummati...”

Ya ALLAH.. Apakah makna kata-katanya itu? Inilah cinta!

Tahukah kalian, saat malaikat penyampai wahyu turun di sisinya saat dia sedang sakarat, apakah yang dia tanyakan?

“ Wahai Jibril, apakah yang ALLAH telah janjikan untuk ummatku nanti?”

Nampak... dia tidak bertanya apakah yang ALLAH janjikan untuknya. Dia bertanya, apakah yang ALLAH telah janjikan untuk kita. Kita. Kita....

Apakah ini?

Inilah dia bukti kecintaan baginda kepada kita. Bagaimana pula kita mencintai baginda? Hanya dengan sepanduk? Hanya dengan program-program? Hanya sehari?

Bagaimanakah kita mencintai baginda?

Apakah seperti sahabat-sahabatnya?

Adakah kamu kenal dengan Abu Talhah?

Dia adalah manusia yang menjadikan dirinya sebagai perisai kepada manusia mulia itu dari hujanan panah musuh di medan Uhud. Belakang tubuhnya penuh dengan tusukan panah bagi menjaga diri manusia yang mulia itu. Tidak cukup dengan itu, dia turut memanah kembali kepada musuh, dengan manusia mulia itu di belakangnya. Bila manusia mulia itu memanjangkan leher untuk menjengah melihat siapakah yang dipanah Abu Talhah, Abu Talhah berkata,

“ Ya Rasulullah, janganlah kau memanjangkan lehermu sedemikian rupa, aku takut jika panah musuh mengenaimu. Biarlah leherku menggantikan lehermu dari panahan musuh”

Itulah dia cinta.

Kamu kenalkah dengan Khubaib bin Adi?

Dia adalah sahabat yang ditangkap musuh, lalu diseksa dengan kejam. Musuh berkata kepadanya,

“ Apakah kau suka, Muhammad menggantikan tempatmu ini? Sedangkan kau bersenang-senang dengan keluargamu?”

Dia menjawab dengan yakin,

“ Aku tidak senang, bergembira dengan keluargaku, sedangkan Rasulullah mengalami musibah walaupun tercucuk sebatang duri!”

Lalu dia mati atas kecintaannya.

Adakah kita sedemikian rupa?

Dua utusan telah dihantar kepada seorang manusia yang mengaku dirinya utusan langit sedangkan dakwaannya hanya palsu semata-mata. Lelaki palsu itu telah melanggar adab menerima utusan, lalu menangkap dua orang utusan itu dan menyeksa mereka. Dia telah mengugut dua orang itu untuk mengakui kenabiannya, ataupun dua orang itu diseksa. Dia bertanya,

“ Siapakah aku?”

Dua orang tadi menjawab dengan yakin,

“ Kamu adalah pembohong, dan Rasulullah itulah utusan ALLAH”

Dua mereka dipancung, dan berbahagialah mereka atas cinta mereka.

Seorang perempuan, ketika perang Uhud berakhir, telah bertanya di manakah Rasulullah?

“ Ayahmu telah tumbang” Orang memberitahu. Perempuan itu hanya berkata, “ Oh.” Kemudian dia kembali bertanya, di manakah Rasulullah?

Orang memberitahu lagi, “ Suamimu telah tumbang” Dia hanya berkata, “ Oh” Dan kembali bertanya di manakah Rasulullah?

Orang memberitahu lagi bahawa anaknya turut terkorban. Dia tetap berkata oh, dan bertanya juga di manakah Rasulullah SAW.

Bila dia melihar manusia mulia itu, dia pergi bertemu dengannya, bersama linangan air mata dan berkata,

“ Ya Rasulullah, segala musibah menjadi ringan bila melihatmu”

Oh... Apakah ini? Apakah ini? Inilah cinta!

Kenalkah kalian kepada Abdullah ibn Umar?

Dialah yang sentiasa mengikuti segala sunnah Rasulullah SAW. Hatta tapak kaki Rasulullah SAW cuba diikuti satu persatu. Selalu pergi ke pasar, bukan untuk membeli barangan, tetapi hanya untuk menyebarkan salam.

Apakah itu? Itulah kecintaan.

Bagaimanakah kecintaan?

Saat manusia mulia ini ditarik nyawanya, kembali kepada Rafiqnya yang Tertinggi, Al-Faruq yang terkenal tabah tersungkur dan hilang sebentar kewarasannya. Si Pemalu terhenti dari berkata-kata dan hanya duduk di rumah sahaja. Yang bergelar Karamallahuwajhah pengsan tidak mampu menahan berita tersebut. As-Siddiq jugalah yang tabah, menunjukkan kecintaannya yang lebih tinggi dari sesiapa,

“ Ya Rasulullah, andai air mata itu berguna, maka akan kami menangis hingga air mata kami kering”

Apakah yang As-Siddiq tunjukkan kecintaannya pada saat sukar ini?

“ Dan tiadalah Muhammad itu melainkan seorang rasul yang sebelumnya telah berlalu beberapa orang rasul, apakah apabila dia telah mati, atau dibunuh, kamu hendak berpaling?...”

Ayat itu dibaca. Semua yang tenggelam dalam kesedihan yang teramat sangat kembali tenang. Maksud kecintaan diterjemah di sini. Bukanlah kecintaan itu dengan menangisi kematiannya, atau meraikan kelahirannya, semata-mata. Tetapi tanda kecintaan yang sebenar adalah meneruskan perjuangannya, menyebarkan risalahnya, melaksanakan ajarannya, dan hidup sebagai mana yang telah diajari olehnya.

Lihatlah ketika As-Siddiq dinasihatkan untuk menukar Usamah yang menajdi jeneral ke Rom kepada sahabat yang lain yang lebih tua. Apakah katanya?

“ Apakah kamu hendak aku menukar apa yang telah ditinggalkan oleh Rasulullah? Sesungguhnya demi ALLAH, aku tidak akan mengubah apa-apa walau sedikit pun!”

Inilah dia manusia-manusia yang mencintai manusia bernama Muhammad bin Abdullah, dan kita semua dilarang memanggilnya dengan namanya, lalu gelaran Nabi ALLAH, Rasulullah, Nabi Muhammad, meniti di bibir-bibir kita sebagai tanda hormat yang teramat tinggi pada lelaki mulia utusan langit itu.

Cinta...

Bukan sekadar mengangkat sepanduk, bukan sekadar bernasyid selawat, bukan sekadar berarak menulang laungan. Tetapi cinta diterjemah dengan amal dalam seluruh kehidupan.

Sesungguhnya, apa yang kita katakan sebagai ‘cinta’ kepada Rasulullah pada tarikh 12 Rabiulawwal ini, langsung tidak bermakna jika kita hidup bukan dalam ajarannya.

Apakah makna cinta sebenarnya?

Nyata kamu semua adalah ummat yang mengada-adakan sahaja.

Jika benar cinta, buktikanlah dalam kehidupan.

Apakah kalian tidak malu dengan baginda dan sahabat-sahabatnya yang telah menterjemahkan cinta?

Alangkan cinta dengan kekasih sanggup berkorban harta dan jiwa raga, bagaimana cinta kita kepada baginda yang telah terlebih dahulu menumpahkan cintanya kepada kita?

Hei ummat yang tidak sedar diri...

Sedarlah.

Sesungguhnya kitaran maulid nabi menghampiri, maka apakah maulid kali ini kita rai hanya dengan zahiri semata-mata?

Terjemahkanlah cinta, sebagaimana Rasulullah SAW menterjemahkan cintanya kepada kita, sebagaimana sahabat-sahabatnya menterjemahkan cinta mereka kepada baginda.

Came with heart and soul...

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, kegiatan ziarah antara teman2 dapat dijalankan di beberapa rumah ikhwah.
Untuk julung2 kali ini di zon Senai, Johor mengambil kira beberapa taman perumahan yang berhampiran zon terbabit.

Bertandangnya ikhwah seramai 13 orang yg available semuanya tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk mengeratkan silaturrahim antara sahabat-sahabat yang kadangkala sukar untuk berjumpa, menjalankan aktiviti bersama2, berkongsi pengalaman yang ditimba lebih2 lagi ada yang jarang bersua muka. Alhamdulillah.

Jutaan terima kasih juga kepada pihak Tuan-Tuan rumah sanggup memberikan kerjasama kelas pertama sepanjang prog ini berlangsung. Rumah- rumah bertuah di zon Senai terbabit ialah:-
  • Akh Irfan b Md Nor
  • Akh Tawfiq b Rahmat
  • Akh Fahim b Abu Bakar
Bermulanya dengan kerelaan sahabat2 yang sudah mempunyai lesen P (Pengalaman) yang sudi menumpangkan sahabat lain menggunakan kenderaan mereka ke destinasi yang sudah diatur oleh akh Anas Noor Azlan (ketua unit ziarah2 ni).

Jejantas/jejambat di Taman Sri Putri

Semua kami berhenti di Taman Sri Putri untuk dikutip oleh para pemandu. Kami ke lokasi dengan tiga buah kenderaan yang ternyata mempunyai 4 roda. Kredit kepada para pemandu, Amir Syafiq, Hilman dan Muzakkir.

Amir Syafiq

Hilman

Muzakkir

Lantas menaiki kenderaan2 yang disediakan, kami terus memecut laju melalui laluan tinggi (highway) ke sekolah mengambil seorang rakan yang menunggu di sana. Manakala kenderaan milik Hilman dan segala muatannya ke sebuah premis perniagaan bagi membeli beberapa jenis barangan yang boleh dijadikan buah tangan untuk dibawa ke rumah akh Irfan.

Dengan berbekalkan pengetahuan yang cetek berkenaan Senai, kami beberapa kali menelefon tuan rumah bertanyakan laluan yang betul untuk dilalui. Menerusi perbualan kedengaran suara beliau bagaikan begitu teruja menunggu kehadiran kami. Membuat kami terasa begitu ingin segera tiba. Alhamdulillah tiba jua akhirnya dan disambut dengan penuh kehangatan seiring pagi yang kian menyinsing. (Kerna sudah hampir jam 10 stgh baru kami tiba di sana.)

Tazkirah daripada Zahid

Alhamdulillah, selesai masing mengisi-masing 2/3 rongga tubuh dengan makanan dan minuman, kami terus-terusan menonton peti televisyen yang sedia 'on' sejak tadi. Sambil menunggu kedatangan seorang akh yang lewat sedikit tiba, kami berbual berkenaan pelbagai topik yang agak menarik perhatian.

Perhatikan tangan yang menceduk di dalam gambar


perbualan multitopikal

Selepas itu, kami bersegera mencari kawasan perumahan milik akh Tawfiq di sekitar situ lantas tiba tanpa membuang banyak masa. Kebetulan pula ada jamuan. Kami tak sangka pulak. Banyak pula tu hidangan yang disediakan. Kebetulan pula lagi hari tersebut sambutan hari lahir Tawfiq (29 Feb kalau tahun lompat). Ternyata tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia Tuhan yang tahu. Alhamdulillah, lama juga kami di situ dari saat sebelum Zuhur sehingga jam 3 barulah kami mula bertolak ke rumah akh Fahim pula.















Disertakan sekali bersama post ini doa kami bersama2 untk akh Tawfiq sempena bertambahnya usia beliau. Yang tak hadir boleh tontonlah video ini dan sama2 mendoakan beliau.


Doa ulang tahun hari lahir(versi nasyid)

Lokasi terakhir pada petang itu ialah mahligai akh Fahim. Betul2 depan padang dan masjid/surau.

Halaman rumah Fahim

Seperti biasa, kami dijemput masuk lalu disapa bonda Fahim yang mesra. Diingatkan kepada pembaca, antara aktiviti yang memang disediakan di rumah-rumah yang kami lewati adalah -memakan- jika antum semua perasan sejak dari rumah pertama lagi. Alhamdulillah. Memang pelbagai hidangan yang ada. Ucapan tuan rumah juga sempat dirakam.


Ucapan spontan Fahim

Kemudian, pulanglah masing2 ke rumah sendiri selepas menenunaikan solat fardhu Asar.
Dengan izin-Nya kita masih lagi mampu mengeratkan silaturrahim sesama kita dengan kunjung mengunjung ke rumah rakan yang lain dengan harapan masih mampu saling berhubung tanpa ada masalah yang menghalang ikatan persahabatan yang sedia terjalin walau di mana pun kita berada.

Bak kata Mancho, "my friends, stay connected yaa..."

Lantas apa patut dijawab? "Ya iyalah...Insya-Allah...ameen"

Syukur alhamdulillah, dikesempatan yang ada dapat dimanfaatkan sebaiknya sebelum situasi dan kondisi membatasi segalanya. Insya Allah banyak ziarah lain yang akan bertandang di lokasi2 dan lokaliti2 yang lain...cuma apa yang diharapkan, kehadiran yg lebih pada masa yang akan datang...IA lagi ramai lagi best.











Akhir kalam, sekali lagi jutaan terima kasih kepada tuan rumah yang sudi berkongsi ruang dan masa bersama x-gen. Jazakumullahu khairan jazak...

Wallahua'lam

Reunion Xgen

HEBAHAN AWAL

Reunion Xgen (mini loh)

10 Mac 2009 (selasa)

lepas maghrib - lepas isyak
(nak kumpul pagi2 pun buleh)

TEMPAT kat SMIH yang tercinta

dijemput semua :

Alumnai SRIH 1998-2003
Alumnai SMIh 2004-2008

daripada SRIH1998 - SMIH2008
hehe

siapa yang dah jadi ex-SMIh pun, sila2..maila datang.

kiranya,suma2 la datang ye..

macam2 ada..

sila respon kehadiran anda kepada saya di alamat email

amlie_syaheed@yahoo.com

atau

07-5589815

SAYA
(sarah hamizah zainal abidin)

04 March 2009

Ana mencadangkan kepada antum...Buku Ni

Assalamualaikum wbt

Kali ini ana nak kongsikan kpd antum sebuah buku yg 'best'. Buku ini sebenarnya merupakan buku teks Fiqh Sirah sekolah Hidayah..cuma kulit dan bahasa yg lain..ana cadangkan bg mereka yg x tahu nak baca buku apa time cuti ni, bacalah hasil pengamatan sirah nabi yg 'best'


Karya ini merupakan lembaran-lembaran berharga tentang rentetan perjalanan Nabi Muhammad Saw., yang dirangkum oleh Dr. Musthafa as-Siba’i. kehadiran buku ini-oleh beliau-dimaksudkan untuk menggugah semangat para generasi Islam dan para duat, agar mereka menekuni sejarah Nabi Saw. yang asli.

Orang yang merenungkan catatan-catatan dalam buku ini akan mudah menyimpulkan bahwa Dr. Musthafa As-Siba’I, telah menyelami perjalanan Nabi dalam perspektif dakwah, juga dalam perspektif risalah dan kerasulan. Setelah melalui pengamatan dalam upaya “sepandang kilas” langkah-langkah Nabi Saw. dalam medan dakwah dan penyebaran hidayah-Nya kepada manusia, tidaklah menghairankan bila kemudian dia menemukan berbagai pelajaran dan pedoman yang boleh menjadi bekal para dai dimana saja.

Untuk itulah, as-Siba’i mencuba mencerna-dari beberapa peristiwa sejarah-pelajaran yang boleh membantunya mencetak kader-kader Islam untuk menjadi para dai, pembimbing dan penerang jalan kehidupan. Dia mempersembahkan kepada mereka catatan perjalanan Nabi Saw. sebagai bekal yang akan mencukupi mereka, mendorong cita-cita mereka, dan sebagai cermin pengalaman hidup yang nyata, yang akan mampu membuang beban-beban mereka dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka.

Betapa cemerlang pemikiran-pemikiran yang dimunculkan oleh as-Siba’i tentang biografi Muhammad saw. Alangkah cermatnya pelajaran-pelajaran berharga yang disampaikannya bagi para dai. Dia berusaha mengikuti jejak perjalanan Nabi Saw., dan merenungkan setiap langkahnya dari waktu ke waktu.

Dalam berbagai ceramahnya yang mengagumkan, as-Siba’i mengajarkan kepada kita bahwa kepemimpinan merupakan dimensi yang paling menonjol dari perjalanan hidup Nabi Saw. Demikian pula tabiat dan pola hidup as-Siba’i sendiri telah mengajarkan kepada kita bahwasanya sikap militan seharusnya menjadi sisi kehidupan dan tabiat yang paling melekat dalam diri seorang muslim. Dan jelaslah, bahwa dengan semangat militansi ini as-Siba’i mampu memberikan kita informasi tentang ilustrasi-ilustrasi yang mengagumkan dari perikehidupan Rasulullah Saw. sebagai seorang panglima, pemimpin para komandan, dan pahlawan yang paling berwibawa dan berani.

Jazakallah!!!

Ahamdulillah..

Pengunjung blog DC sudah lebih

1000++

DC mengucapkan jazakallah kepada antum yang memberi kontribusi kepada kami...
Moga terus bersama DC

03 March 2009

pAlestine..

Alhamdulillah..MI Ke-2

Alhamdulillah, pd 2/3/09 MI kali ke-2 telah berjaya dilaksanakan di Dewan Seminar Qadisiyah. Dengan kehadiran lebih 30 orang ahli x-gen, merupakan satu komitmen yg baik. Moga usaha dan semangat kita berterusan insyaAllah.

Program bermula pd jam 9.30 dengan pembukaan oleh akh Zahid dan terus dilanjutkan dengan penyampaian tajuk oleh Ustz R yg bertajuk Tahqiiq as-Syahadatain (realisasi syahadatain). Memang ramai yg bersyahadah tp x fhm...knp ye?sbb x fhm syahadah itu menuntut kita untuk apa? Setelah selesai, lagu tema pun dinasyidkan bersama2..Gelombang Keadilan (masih kau ingat....?nk dgr ada kt blog ni)

Sebelum bersurai, satu tazkirah yg bermakna disampaikan oleh akh AnasAS yg bertajuk 'Keutamaan Membaca al-Quran'. Majlis bersurai lebih kurang 11.15. Itu sedikit laporan...Nantikan MI seterusnya... moga kehadiran lebih ramai...

bg yg x smpt catit nota, ana sertakan skl nota ringkas....


Realisasi kalimat syahadat

TUJUAN MATERI :

  1. Memahami bahwa hati yang suci akal yang cerdas merupakan sumber pelaksanaan ajaran islam
  2. Memahami cara untuk mencapai aqidah yang benar dan fikrah islami serta pemeliharaannya.
  3. Memahami hubungan dakwah dan harakah dengan pemeliharaan pelaksanaan syahadat.

KISI-KISI MATERI :

1. Syahadat adalah ikrar (pernyataan janji) dan sumpah seorang muslim terhadap keesaan Allah swt.

2. Tujuan hidup Muslim adalah Allah 6:162

3. Pedoman hidup Almuslim adalah Islam 6:153, 3:85 3:19

4. Contoh dalam hidup muslim adalah Rasulullah 33:21

5. Hati yang bersih 26:87-89 50:33

  • Berharap pada rahmat Allah 33:21
  • Takut pada azab Allah 6:15-16
  • Kecintaan Allah 39:1-14
  • Dengan ketiga sikap diatas seorang muslim dapat mencapai akidah yang baik dan menghasilkan niat yang iklas.

6. Akal yang cerdas

  • Mempelajari Alqur'an 38:29 47:24
  • Memikirkan alam 3:191
  • Mengingat mati 3:192-194
  • Dengan ketiga aktifitas itu seorang muslim memiliki permikiran islam yang benar dan kelak ia akan menemukan konsep yang benar (manhaj yang shohih) 42:53 5:48

7. Niat yang ikhlas dan konsep yang benar ini akan mendorong mukmin untuk menegakanislam dan jihad 29:6 47:31 serta dakwah dan tarbyah 41:33 16:125


p.s [sape x dpt buletin DC pemuda: AGEN PERUBAHAN bgtau ana..blh ana melkan]

02 March 2009

Manusia Untuk Sebuah Peradaban-Part 1

Tengah susun/kemas/cari file2 lama dalam komputer...terjumpa satu artikel yg ditulis ketika form 4 dulu...time tu semua f4 diminta tulis satu artikel utk subjek aqidah..artikel ttg apa2 yg kita nk tulis..terpulang..

jd ana sajikan utk antum..

Manusia Untuk Sebuah Peradaban

Oleh: Abdullah Munir Mohd Aizaini
Hanya akal-akal raksasa yang dicerahkan wahyu mampu menjadi pimpinan peradaban kehendak Allah. Di mana mereka sekarang?

Saat anda membaca tulisan ini, ratusan ribu orang pelarian menjadi pelarian di negara mereka sendiri. Sistem khilafah Islamiyah tidak wujud lagi dalam pemerintahan dunia sejak kejatuhannya pada tahun 1924. Negara-negara Islam saling tidak memahami hanya kerana perbezaan kultur dan bangsa. Sebahagian besar negara-negara Islam menjadikan Islam sebagai dasar mereka tetapi hanya pada nama sahaja. Penularan kotoran-kotoran sekular menyemukan fikiran-fikiran para pemimpin Negara Islam menjadikan mereka meraba-raba di dalam cahaya yang terang. Semua ini adalah kerana mereka tidak lagi menjadikan sistem terbaik kurniaan Allah sebagai panduan. Ayat-ayat Allah hanya diperdengarkan dalam majlis-majlis pengebumian, di masjid-masjid dan hanya boleh diucapkan oleh golongan ahli agama.
Di dalam kitab Fi Zilalil Qur’an, Syed Qutb ada menyatakan:

“ Sesiapa pun tidak berhak membuat undang-undang yang lain kecuali Allah swt Sesiap yang cuba melakukan perkara sedemikian, maka ia telah mencabar ketuhanan dan Uluhiyyah Allah s.w.t yang paling utama…”

Keruntuhan moral dan akhlak remaja bagaikan sesuatu yang mustahil dipulihkan. Iqbal dalam sajak doanya menyatakan ‘Walaupun satu keluarga, Kami tak saling mengenal, Himpunlah daun-daun yang berhamburan ini, Hidupkan lagi ajaran-ajaran saling mencintai, Ajari lagi kami berkhidmat seperti’ . Perpecahan terjadi di mana-mana. Semua ini adalah hasil rancangan musuh Islam selama 100 tahun. Mungkin isu ini berat untuk kita bincangkan dalam konteks seorang remaja pada masa kini. Hakikatnya, pada zaman Rasulullah, pemudalah yang merupakan harapan rekonstruksi sebuah negara Islam. Zaid bin Thabit pada usia mudanya diberi amanah sebagai duta negara Madinah ke negara-negara asing saat umurnya mencecah tiga belas tahun. Mengapa jurang perbezaan yang sangat jauh ini boleh terjadi?

Kita lihat di sekitar kita atau mungkin pada diri kita sendiri. Sebagai contoh, sebahagian daripada kita memulakan perbualan harian dengan perlawanan bola sepak yang berlaku pada malam sebelumnya ataupun filem-filem yang baru ditonton. Sebahagian daripada kita membaca surat khabar daripada belakang untuk mencari berita tentang sukan sedangkan ada berita tentang kondisi umat (penindasan dan peperangan) yang mana merupakan isu yang lebih besar ataupun mencari berita atau gossip tentang artis-artis dan selebriti yang tidak diketahui kesahihannya. Sebahagian obsesif dengan artis-artis barat dan tokoh-tokoh sukan dan menjadikan mereka sebagai idolanya serta menampal dan menyimpan gambar-gambar mereka seolah-olah merekalah yang telah mengembalikan khilafah Islamiyah. Mungkin juga antara kita fanatik dengan kumpulan-kumpulan nasyid terutama yang berlainan jantina. Menampal dan menyimpan gambar mereka serta berpusu-pusu mendapatkan autograph mereka. Ada juga yang tidak pernah serius dengan segala urusannya seolah-olah tiada masalah yang menimpa umat ketika itu. Banyak lagi contoh yang boleh diberikan melalui pemerhatian dan pemikiran yang mendalam.

Persoalan utama di sini ialah, mengapa semua hal ini berlaku disekeliling kita? Adakah ini merupakan sirkulasi hidup ataupun secara kebetulan? Mencari jawapannya adalah sama pentingnya dengan mencari penyelesaiannya. Agenda membawa kembali dunia agar berada di bawah payung Islam memerlukan kekuatan yang besar sebagaimana besarnya agenda tersebut. Ternyata sirah Rasulullah menunjukkan kepada kita metode terbaik untuk menyelesaikannya.

bersambung....

01 March 2009

Ayuh Renew Hati Kita...

Assalamualaikum x-gen,

moga antum semua masih sihat dan pasti bersemangat. Dahagakan ilmu? Rindu saat-saat kita berkumpul mencari ridho Allah?Ayuh ke MI....

InsyaAllah, satu majlis ilmu akan diadakan. Khusus untuk antum.

Tarikh : 2 mei 2009(isnin)
waktu : lps isya'(9pm)-10.45mlm
tempat : SMIH

marilah sama-sama kita mengumpulkn ilmu sebanyak mungkin selain kita mengeratkan lagi ukhuwwah sesama kita. Jom ramai-ramai ke MI...Ayuh!!

p.s/ jgn lupa bawa al-quran,pen dan buku catatan...(itukan adab menuntut ilmu)
Related Posts with Thumbnails