02 March 2009

Manusia Untuk Sebuah Peradaban-Part 1

Tengah susun/kemas/cari file2 lama dalam komputer...terjumpa satu artikel yg ditulis ketika form 4 dulu...time tu semua f4 diminta tulis satu artikel utk subjek aqidah..artikel ttg apa2 yg kita nk tulis..terpulang..

jd ana sajikan utk antum..

Manusia Untuk Sebuah Peradaban

Oleh: Abdullah Munir Mohd Aizaini
Hanya akal-akal raksasa yang dicerahkan wahyu mampu menjadi pimpinan peradaban kehendak Allah. Di mana mereka sekarang?

Saat anda membaca tulisan ini, ratusan ribu orang pelarian menjadi pelarian di negara mereka sendiri. Sistem khilafah Islamiyah tidak wujud lagi dalam pemerintahan dunia sejak kejatuhannya pada tahun 1924. Negara-negara Islam saling tidak memahami hanya kerana perbezaan kultur dan bangsa. Sebahagian besar negara-negara Islam menjadikan Islam sebagai dasar mereka tetapi hanya pada nama sahaja. Penularan kotoran-kotoran sekular menyemukan fikiran-fikiran para pemimpin Negara Islam menjadikan mereka meraba-raba di dalam cahaya yang terang. Semua ini adalah kerana mereka tidak lagi menjadikan sistem terbaik kurniaan Allah sebagai panduan. Ayat-ayat Allah hanya diperdengarkan dalam majlis-majlis pengebumian, di masjid-masjid dan hanya boleh diucapkan oleh golongan ahli agama.
Di dalam kitab Fi Zilalil Qur’an, Syed Qutb ada menyatakan:

“ Sesiapa pun tidak berhak membuat undang-undang yang lain kecuali Allah swt Sesiap yang cuba melakukan perkara sedemikian, maka ia telah mencabar ketuhanan dan Uluhiyyah Allah s.w.t yang paling utama…”

Keruntuhan moral dan akhlak remaja bagaikan sesuatu yang mustahil dipulihkan. Iqbal dalam sajak doanya menyatakan ‘Walaupun satu keluarga, Kami tak saling mengenal, Himpunlah daun-daun yang berhamburan ini, Hidupkan lagi ajaran-ajaran saling mencintai, Ajari lagi kami berkhidmat seperti’ . Perpecahan terjadi di mana-mana. Semua ini adalah hasil rancangan musuh Islam selama 100 tahun. Mungkin isu ini berat untuk kita bincangkan dalam konteks seorang remaja pada masa kini. Hakikatnya, pada zaman Rasulullah, pemudalah yang merupakan harapan rekonstruksi sebuah negara Islam. Zaid bin Thabit pada usia mudanya diberi amanah sebagai duta negara Madinah ke negara-negara asing saat umurnya mencecah tiga belas tahun. Mengapa jurang perbezaan yang sangat jauh ini boleh terjadi?

Kita lihat di sekitar kita atau mungkin pada diri kita sendiri. Sebagai contoh, sebahagian daripada kita memulakan perbualan harian dengan perlawanan bola sepak yang berlaku pada malam sebelumnya ataupun filem-filem yang baru ditonton. Sebahagian daripada kita membaca surat khabar daripada belakang untuk mencari berita tentang sukan sedangkan ada berita tentang kondisi umat (penindasan dan peperangan) yang mana merupakan isu yang lebih besar ataupun mencari berita atau gossip tentang artis-artis dan selebriti yang tidak diketahui kesahihannya. Sebahagian obsesif dengan artis-artis barat dan tokoh-tokoh sukan dan menjadikan mereka sebagai idolanya serta menampal dan menyimpan gambar-gambar mereka seolah-olah merekalah yang telah mengembalikan khilafah Islamiyah. Mungkin juga antara kita fanatik dengan kumpulan-kumpulan nasyid terutama yang berlainan jantina. Menampal dan menyimpan gambar mereka serta berpusu-pusu mendapatkan autograph mereka. Ada juga yang tidak pernah serius dengan segala urusannya seolah-olah tiada masalah yang menimpa umat ketika itu. Banyak lagi contoh yang boleh diberikan melalui pemerhatian dan pemikiran yang mendalam.

Persoalan utama di sini ialah, mengapa semua hal ini berlaku disekeliling kita? Adakah ini merupakan sirkulasi hidup ataupun secara kebetulan? Mencari jawapannya adalah sama pentingnya dengan mencari penyelesaiannya. Agenda membawa kembali dunia agar berada di bawah payung Islam memerlukan kekuatan yang besar sebagaimana besarnya agenda tersebut. Ternyata sirah Rasulullah menunjukkan kepada kita metode terbaik untuk menyelesaikannya.

bersambung....

0 comments:

Related Posts with Thumbnails