06 March 2009

Came with heart and soul...

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, kegiatan ziarah antara teman2 dapat dijalankan di beberapa rumah ikhwah.
Untuk julung2 kali ini di zon Senai, Johor mengambil kira beberapa taman perumahan yang berhampiran zon terbabit.

Bertandangnya ikhwah seramai 13 orang yg available semuanya tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk mengeratkan silaturrahim antara sahabat-sahabat yang kadangkala sukar untuk berjumpa, menjalankan aktiviti bersama2, berkongsi pengalaman yang ditimba lebih2 lagi ada yang jarang bersua muka. Alhamdulillah.

Jutaan terima kasih juga kepada pihak Tuan-Tuan rumah sanggup memberikan kerjasama kelas pertama sepanjang prog ini berlangsung. Rumah- rumah bertuah di zon Senai terbabit ialah:-
  • Akh Irfan b Md Nor
  • Akh Tawfiq b Rahmat
  • Akh Fahim b Abu Bakar
Bermulanya dengan kerelaan sahabat2 yang sudah mempunyai lesen P (Pengalaman) yang sudi menumpangkan sahabat lain menggunakan kenderaan mereka ke destinasi yang sudah diatur oleh akh Anas Noor Azlan (ketua unit ziarah2 ni).

Jejantas/jejambat di Taman Sri Putri

Semua kami berhenti di Taman Sri Putri untuk dikutip oleh para pemandu. Kami ke lokasi dengan tiga buah kenderaan yang ternyata mempunyai 4 roda. Kredit kepada para pemandu, Amir Syafiq, Hilman dan Muzakkir.

Amir Syafiq

Hilman

Muzakkir

Lantas menaiki kenderaan2 yang disediakan, kami terus memecut laju melalui laluan tinggi (highway) ke sekolah mengambil seorang rakan yang menunggu di sana. Manakala kenderaan milik Hilman dan segala muatannya ke sebuah premis perniagaan bagi membeli beberapa jenis barangan yang boleh dijadikan buah tangan untuk dibawa ke rumah akh Irfan.

Dengan berbekalkan pengetahuan yang cetek berkenaan Senai, kami beberapa kali menelefon tuan rumah bertanyakan laluan yang betul untuk dilalui. Menerusi perbualan kedengaran suara beliau bagaikan begitu teruja menunggu kehadiran kami. Membuat kami terasa begitu ingin segera tiba. Alhamdulillah tiba jua akhirnya dan disambut dengan penuh kehangatan seiring pagi yang kian menyinsing. (Kerna sudah hampir jam 10 stgh baru kami tiba di sana.)

Tazkirah daripada Zahid

Alhamdulillah, selesai masing mengisi-masing 2/3 rongga tubuh dengan makanan dan minuman, kami terus-terusan menonton peti televisyen yang sedia 'on' sejak tadi. Sambil menunggu kedatangan seorang akh yang lewat sedikit tiba, kami berbual berkenaan pelbagai topik yang agak menarik perhatian.

Perhatikan tangan yang menceduk di dalam gambar


perbualan multitopikal

Selepas itu, kami bersegera mencari kawasan perumahan milik akh Tawfiq di sekitar situ lantas tiba tanpa membuang banyak masa. Kebetulan pula ada jamuan. Kami tak sangka pulak. Banyak pula tu hidangan yang disediakan. Kebetulan pula lagi hari tersebut sambutan hari lahir Tawfiq (29 Feb kalau tahun lompat). Ternyata tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia Tuhan yang tahu. Alhamdulillah, lama juga kami di situ dari saat sebelum Zuhur sehingga jam 3 barulah kami mula bertolak ke rumah akh Fahim pula.















Disertakan sekali bersama post ini doa kami bersama2 untk akh Tawfiq sempena bertambahnya usia beliau. Yang tak hadir boleh tontonlah video ini dan sama2 mendoakan beliau.


Doa ulang tahun hari lahir(versi nasyid)

Lokasi terakhir pada petang itu ialah mahligai akh Fahim. Betul2 depan padang dan masjid/surau.

Halaman rumah Fahim

Seperti biasa, kami dijemput masuk lalu disapa bonda Fahim yang mesra. Diingatkan kepada pembaca, antara aktiviti yang memang disediakan di rumah-rumah yang kami lewati adalah -memakan- jika antum semua perasan sejak dari rumah pertama lagi. Alhamdulillah. Memang pelbagai hidangan yang ada. Ucapan tuan rumah juga sempat dirakam.


Ucapan spontan Fahim

Kemudian, pulanglah masing2 ke rumah sendiri selepas menenunaikan solat fardhu Asar.
Dengan izin-Nya kita masih lagi mampu mengeratkan silaturrahim sesama kita dengan kunjung mengunjung ke rumah rakan yang lain dengan harapan masih mampu saling berhubung tanpa ada masalah yang menghalang ikatan persahabatan yang sedia terjalin walau di mana pun kita berada.

Bak kata Mancho, "my friends, stay connected yaa..."

Lantas apa patut dijawab? "Ya iyalah...Insya-Allah...ameen"

Syukur alhamdulillah, dikesempatan yang ada dapat dimanfaatkan sebaiknya sebelum situasi dan kondisi membatasi segalanya. Insya Allah banyak ziarah lain yang akan bertandang di lokasi2 dan lokaliti2 yang lain...cuma apa yang diharapkan, kehadiran yg lebih pada masa yang akan datang...IA lagi ramai lagi best.











Akhir kalam, sekali lagi jutaan terima kasih kepada tuan rumah yang sudi berkongsi ruang dan masa bersama x-gen. Jazakumullahu khairan jazak...

Wallahua'lam

1 comments:

Unknown said...

best la korang.ngee.

Related Posts with Thumbnails