Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Setinggi-tinggi lafaz kesyukuran dipanjatkan kepada Allah kerana dengann izin-Nya, kita dapat berkumpul dan berjaya mengadakan rehlah sekali lagi seperti yang telah dirancang, Rehlah 2.0 di Punggai Bayu Beach Resort, Kota Tinggi. Secara ringkasnya, ini catatan perjalanan kami sepanjang 2 hari di sana.
Sabtu 30/7/2011
8.00-9.30 pagi, Petronas Taman Impian Emas
Akhawat dapat berkumpul seawal 8.00 pagi dan berkampung sekejap di belakang Petronas sementara menunggu ketibaan semua akhawat yang ikut serta rehlah ini. Alhamdulillah, masa yang ada dapat diisi dengan slot sharing walaupun pada asalnya takde dalam perancangan. Belum pun bermula dengan rasminya lagi program rehlah, kita dah mulakan dengan sesuatu yang dapat mendekatkan semula hati-hati yang dah lama tak bertemu. Bila semua dah cukup sebanyak 3 buah kereta, kami terus bergerak ke destinasi pertama, iaitu ke rumah Syamila di Felda Pasak, Kota Tinggi.
10.30 pagi, Rumah Syamila
Satu peluang yang sangat rugi jika ditolak, lagi-lagi bila Syamila telah membuka pintu seluas-luasnya untuk akhawat. Terima kasih kepada tuan rumah kerana menyediakan sarapan yang menyelerakan. Di rumah Syamila, kami beramai-ramai bantu menyediakan makanan untuk makan tengahari di Punggai nanti. Pantas, cepat, ekspres, tetapi sedap dan mantop ~
1.15 petang, Punggai Bayu Beach Resort
Alhamdulillah, akhawat tiba di destinasi utama dengan selamat. Masing-masing singgah di bilik, menyimpan segala keperluan dan mempersiapkan diri untuk aktiviti seterusnya iaitu makan tengahari. Makan beramai-ramai dengan dulang, makin menyedapkan makan yang sudah sedia sedap tu. Best! Semuanya makan dengan selera sampai tak larat lagi nak isi. Ditambah dengan kepedasan yang wow! *tak terkata*
3.00 petang, Slot I : Ice Breaking dan Ta’aruf
Slot ini menarik! Ianya bukanlah slot yang biasanya memperkenalkan diri masing-masing, tetapi kita memperkenalkan sahabat kita. Ala-ala kotak beracun. Siapa yang terkena perlu membuka kotak dan ambil satu kertas yang mengandungi soalan untuk dijawab mengenai orang yang ditentukan dalamkertas tersebut. Contohnya,
Soalan - Sila tiru gaya atau trademark atau perbuatan yang biasa dia lakukan.
Sasaran - Dua orang dari kiri anda.
Menarik kan? Masa inilah kita refresh balik kenangan masa sekolah dulu, kita ingat balik diri sahabat kita tu, kita tahu apa lagi yang kita tak tahu. Macam biasa, kalau dah berjumpa dan bercerita, pecah perut ketawa tahap tak ingat melihatkan telatah masing-masing. Allahu Akbar! Manisnya ukhuwah.
4.00 petang, Slot II : Games 1
Setelah penat ketawa dan bergelak sakan, kita serius sikit untuk slot ni yang dikendalikan oleh Nadiah Mokri dan Maryam. Arahannya, satu kumpulan ada 5-6 orang ahli. 2 orang dikehendaki untuk melukis tanpa melihat lukisan sebenar dan selebihnya untuk tengok ‘satu’ lukisan dan beri segala info kepada 2 orang tadi untuk melukis semula gambar tersebut. Tetapi sebenarnya ada 2 lukisan yang berlainan. Jadi timbul konflik di sini, ada yang menipu, ada yang bagi info yang betul, ada yang salah dan macam-macam lagi. Bersusah payah masing-masing nak yakinkan si pelukis supaya ikut lukisan yang si pemberi info tu dah tengok. Banyak pengajaran yang dapat, antaranya untuk kita lihat tahap kepercayaan kita dalam bersahabat.
6.00 petang, Slot III : Games 2
Games ini memerlukan pergerakan. Kami main permainan ‘Ooo Som’. Permainan yang simple, sekurang-kurangnya dapat juga mengeluarkan peluh. Setelah penat bermain, kami menyiapkan diri untuk slot seterusnya pada waktu malam. Setelah solat jamak qasar Maghrib dan Isyak, masa untuk santapan makan malam pula. Oh tidak lupa, tetamu istimewa yang datang dari jauh, geng dari KL pun selamat tiba memeriahkan lagi rehlah ni.
8.00 malam, Slot IV : Pengisian 1
Rehlah 2.0 ini disertai oleh tetamu khas, kak Raihanah iaitu kakak Maryam Atikah. Beliau memberi sedikit pengisian, tazkirah dan peringatan kepada akhawat. Banyak tips berguna yang dikongsi bersama kami.
10.00 malam, Slot V : Meeting Xgen
Slot ini adalah slot bergabung ikhwah dan akhawat bagi membincangkan aktiviti seterusnya selepas rehlah ini dan juga isu berbangkit. Semuanya berjalan dengan lancar. Antara perkara yang dibincangkan,
1. * Iftor Kubra Xgen (gabung)
2. * Rehlah 3.0 di luar kawasan Johor (gabung)
3. * Ziarah Raya (asing)
4. * Organisasi Xgen
Ahad 31/7/2011
6.00 pagi, Slot VI : Solat subuh dan pengisian 2
Akhawat dapat solat subuh berjemaah dan slot pengisian di tepi laut. Sekali lagi dikendalikan oleh kak Raihanah, di temani tiupan angin laut dan bunyi pukulan ombak. Subhanallah! Bertambah bukti kekuasaan Allah bila kita dapat duduk bersama di kelilingi dengan alam yang cukup indah. Kita dapat muhasabah, ingatkan diri semula terhadap yang Maha Pencipta. Subhanallah! Dengan izin-Nya juga kami dapat melihat matahari terbit. Sangat cantik! Terasa bertapa beruntungnya kita kerana masih diberi peluang untuk menikmati hari ini.
8.00 pagi, Slot VII : Explorace
Ada 4 checkpoints merangkumi fizikal, mental, rohani dan ukhuwah. Alhamdulillah, masing-masing enjoy dan bersungguh-sungguh melakukan tugasan. Harapnya semua masih ingat lagi salah satu tugasan yang kena menghafal hadis tu.
عَنْ أَبِي حَمْزَةَ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِىَ الله عَنْهُ ، خَادِمِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَن
النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: ((لاَ یُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى یُحِبَّ لِأَخِيْهِ مَا یُحِبُّ لِنَفْسِهِ )) رواه
البخاري ومسلم.
النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: ((لاَ یُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى یُحِبَّ لِأَخِيْهِ مَا یُحِبُّ لِنَفْسِهِ )) رواه
البخاري ومسلم.
Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Bagindabersabda: Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri. Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.
11.30 pagi, Slot VII : Penutup.
Sebelum balik, slot terakhir sebagai penutup. Masing-masing memberi komen dan kongsi perasaan sepanjang rehlah dua hari ini. Alhamdulillah, semuanya seronok dan sangat berharap kita dapat kumpul selalu. Kalau boleh nak lagi ramai yang boleh join. Terima kasih kepada Nadhirah yang sudi berikan cenderamata sebagai tanda kenangan Rehlah 2.0. Sebelum berpisah, ada slot bergambar dan bersalaman.
Dalam perjalanan balik ke Johor Bahru, kami sempat singgah di Teluk Ramunia dan ke rumah Syamila sekali lagi. Kira-kira 5.30 petang kami selamat tiba di Skudai. Alhamdulillah, walau badan terasa sangat penat, namun kami tetap memanjatkan kesyukuran kerana rehlah ini berakhir dengan jayanya. Syukur kerana pelbagai manfaat dan pengalaman dapat diperoleh. Penghargaan jazakillah kepada semua akhawat yang terlibat sama ada secara langsung mahupun mereka yang mendoakan kelicinan rehlah ini dari jauh. Hanya Allah yang mampu membalas. Moga Allah rahmati perjalan kita ini dan juga ukhuwah yang dibina seterusnya membawa kita bersama hingga ke syurga-Nya, insyaAllah. Aminn ~
| syamila | nawal | maryamAtikah | nadiahMokri | jannah | faizah | syakirah | maisarah | nadhirah | akmal | fatinNadiah | farhana | sakinah | fatinNabilla | nadiahSani | sufiah | izzati |
Wassalam.
* Agak mengambil masa nak ingat balik apa yang berlaku sepanjang rehlah sebab lambat post. Rasanya ada je yang tertinggal. Maaf atas segala kekhilafan dalam menulis ini.
1 comments:
gmbr sumer style..
Post a Comment