09 September 2011

ZIARAH (Ziarah Ikhwah Ada Rumah AH)

haha, menarik sungguh gaya penulisannya. dah macam report polis. mabruk..!


Ziarah Raya |Ikhwah| -6-8 Sept 2011 bersamaan 7-9 Syawal 1432 H-

Bismillah

Alhamdulillah, kita merancang, Allah juga merancang dan menentukan. Ziarah kali ini berjalan dengan lancar (rasanya). PIC bertanggungjawab mewar-warkan ziarah melalui facebook, SMS dan panggilan telefon.

6 Sept 2011 |Zubayr| Lepas Asar
Taman teratai
Firdaus dan Taufiq sampai dulu dan menjamah sedikit kuih raya sambil menunggu kehadiran ikhwah yang lain. Amir, adiknya dan Amin kemudian sampai bersama Mahadhir dan adiknya dan mula menjamah makanan yang disediakan. Munir kemudian sampai dan ‘join’ yang lain. Bertanya khabar menjadi ‘routine’ dan pembuka bicara. Tidak lupa juga aksi komedi yang masih kekal walaupun sudah lama tidak berjumpa. Petang (dan malam) yang menarik sebagai pembuka kepada ziarah-ziarah yang akan datang. Masing-masing pulang dengan hati yang puas dan perut yang kenyang.
Menu utama: Laksa penang (homemade)
Kehadiran : Firdaus Pauzi, Taufiq Zulkharnain, Abdullah Munir, Amin, Amir Syafiq dan adiknya serta Mahadhir dan adiknya

7 Sept 2011 |Amir Syafiq| 1100
Taman Desa Skudai,
Walaupun mula pukul 1100, tetamu mula hadir pada pukul 1200. Memberi peluang kepada tuan rumah untuk bersedia. Sambil menunggu Mahadhir, Munir dan Amin mula menjamah makanan. Tuan rumah mencadangkan agar makan dengan cara orang Terengganu. Macam mana? Makan guna keropok ikan, tak perlu menggunakan sudu atau garfu. Mahadhir sampai lebih kurang pukul 1230. Selesai makan, menunaikan solat Zohor di Surau An-Nur. Bergerak ke rumah Munir
Menu utama: Mihun goreng (Ganu ‘style’)
Kehadiran: Munir, Mahadhir, Amin
           
|Munir| Lepas Zohor
Taman Pulai Utama
Walaupun sudah makan di rumah Amir, ada lagi ‘ruang’ untuk menjamah makanan di rumah Munir. ‘Surprise’ yang memang tidak dijangka oleh semua. Tidak menjanjikan apa-apa, tetapi tetap mendapat makanan yang sedap. Dari rumah Amir bergerak terus ke rumah Munir. Menunggu Irfan yang menantikan Maqlubah yang dijanjikan sebelum mula menjamah makanan. Mengimbau kenangan lama. Mukhayyam dan kenangan lain semasa sekolah menjadi topik perbualan utama di meja makan. Solat Asar dan merancang destinasi seterusnya. Saat-saat akhir, rumah Irfan Shahrin tidak dapat dijadikan destinasi ziarah kali ini.
Menu utama: Nasi Arab (Maqlubah) dan sambal google
Kehadiran : Amir Syafiq, Irfan Md Nor, Amin, Mahadhir

Walaupun tidak termasuk di dalam agenda ziarah, ‘shopping’ tetap menjadi pilihan. Jusco Taman Universiti dan al-Ikhsan adalah sasaran. Menunggu Zubayr dan Taufiq sambil membeli belah. Menjimatkan kos dengan menggunakan dua kenderaan, berkumpul di Petronas. Bergerak ke Senai dan menunaikan solat Maghrib di Masjid Senai

|Irfan Md Nor| Lepas Maghrib
Senai
Kejutan kedua. Pelbagai helah yang digunakan. Dalam perjalanan ada yang terlajak. Mungkin sudah lama tidak ziarah ke rumah Irfan. Rumah yang terakhir untuk ziarah kali ini. Masing-masing selepas ini akan pulang semula ke universiti masing-masing untuk meneruskan pengajian. Penutup yang menarik. Dengan harapan supaya dapat berjumpa selepas ini. Kalau tidak di dunia, insyaAllah di Syurga. Amin.
Menu utama: Mee kari sedap
Kehadiran : Taufiq, Zubayr, Amin, Mahadhir, Munir, Amir Syafiq

8 Sept 2011 |Amar Saadin| Lepas Zohor
Taman Impian Emas
Rumah yang menjadi sasaran selepas sehari perbincangan. Walaupun begitu, ramai yang tidak dapat hadir kerana kekangan masa untuk bersedia menyiapkan diri untuk masuk semula ke alam pengajian tinggi. Rumah Amar diterjah, jadi tidak sempat untuk menyediakan makanan berat untuk tetamunya. Namun begitu, ‘hadiah raya’ yang diberikan sangat berharga. Sebotol air Zamzam, ‘perfume’ dan inai dari orang yang baru balik dari menunaikan umrah. Sesi Ziarah Raya tahun berakhir dengan ziarah ke rumah Amar. InsyaAllah tahun hadapan, Ziarah Raya akan lebih menarik.
Menu utama: ‘Snack’ dari Tanah Haram
Kehadiran: Amin, Mahadhir

sekian,
....................
yang dirahsiakan namanya
seorang akh dari ahli xmen
untuk dakwahcircle
jzkklh

galeri

 di rumah irfan yang besar -lokasi ditipu

resepi google 

resepi kedai 

 mahadhir bersama cenderahati yang diterimanya

 "boleh bungkus..?"

"agak-agak laa fan.." 

"saje je, ana mmg suka parking sebelah unser.." 

"membelek videovideo kenangan duludulu.."
Related Posts with Thumbnails