15 December 2012

Luas

Assalamu'alaikum.

Hari ini,
2 Safar 1434h.


Luaskan sedeqah-sedeqah itu.
Moga Allah redha dengan sedeqah yang kecil dan besar.

Wassalam.

30 October 2012

Hadiah

Assalamu'alaikum.



Doa ini di ambil dari facebook Ustaz Zahazan Mohamed pada bahagian notes nya. Moga hadiah ini bermanfaat buat semua. insyaAllah, untung sampai akhirat.

اللهمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ فِعْلَ الْخَيْرَاتِ

 ، وَتَرْكَ الْمُنْكَرَاتِ

 ، وَحُبَّ الْمَسَاكِينِ

 ، وَأَنْ تَغْفِرَ لِي وَتَرْحَمَنِي

، وَإِذَا أَرَدْتَ فِتْنَةً فِي قَوْمِي فَتَوَفَّنِي إِلَيْكَ وَأَنَا غَيْرُ مَفْتُونٍ

 ، اللهمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ حُبَّكَ

 ، وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ 

. وَحُبًّا يُبَلِّغُنِي حُبَّكَ

Ya Allah, aku memohon kepada-Mu agar terdorong sentiasa melakukan ketaatan, 
meninggalkan perkara munkar, 
mencintai orang-orang miskin, 
dan agar Engkau mengampunkan aku dan mengasihaniku.
Aku mohon kepada-Mu jika Engkau ingin menimpkan sesuatu musibah, maka matikan aku dalam keadaan selamat dari malapetaka itu.
Ya Allah ! Aku mohon kepada-Mu rasa cinta pada-Mu, 
cinta pada sesiapa yg menyintai-Mu 
dan cinta yg menyampaikan aku kepada cinta-Mu. 

( riwayat al-Hakim no 1932,al-mu’jam al-Kabir no 216 )


Wassalam.

22 October 2012

sebab Allah sentiasa ada

Allah itu ada sentiasa.
Di sisi kita.
Tetapi kita selalu lupa.
kan?

Allah sentiasa menunggu kita.
Untuk kita menadah tangan dan berdoa.
Allah sentiasa dalam sangkaan kita.
Menyangka Allah itu baik, Maka Allah itu baik.
Menyangka Allah itu Maha Lembut, maka Allah akan berlembut dengan kita.

Kembalilah kepada Allah.
Dialah segalaNya.
SegalanNya bagi Hamba yang tidak punya apa.

21 October 2012

Hutang?


Siapa tidak tahu krisis kewangan yang berlaku di Greece dan Sepanyol??
bagaimana ia berlaku? dan bagaimanakah sikap masyarakat di sana??
>> tahukah kita? rakyat Greece dan Sepanyol tidak kisah tentang hutang negara mereka sehinggalah:

  • kerajaan mereka memotong subsidi
  • memotong gaji kakitangan kerajaan
  • membuang pekerja
  • menaikkan cukai...
Ya, sehingga 4 perkara tersebut berlaku, barulah rakyat Greece marah dan mabil berat tentang "lambakkan" hutang negara mereka!

Ayuh pergi lebih mendalam...

Rupa-rupanya masyarakat Greece tidak kesah pun berhutang untuk "keselesaan" hidup... Sudah lah tidak kisah kerajaan mereka berhutang, mereka juga berhutang secara "berleluasa".. maksudnya, secara individu dan secara berorganisasi, masyarakat Greece memang berhutang..dan jumlah itu sentiasa meningkat..

Sedangkan, peningkatan hutang sektor swasta akan menyebabkan:
  • asset bubble >> harga barang naik terlalu tinggi kerana ketamakkan para pelabur, hingga pada suatu hari harga tersebut tidak mampu dibayar oleh sesiapa pun walaupun oleh sebuah kerajaan!
  • kemelesetan ekonomi dan harga barang tetap tinggi >> stagflasi
  • kerajaan tidak mampu membantu membayar hutang rakyat.
Sedarkah kita tentang bahaya berhutang??

Hutang sangat berkait rapat dengan riba..

Apa kata Allah pada riba dan pengamal riba?

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّـهَ وَذَرُوا مَا بَقِيَ مِنَ الرِّبَا إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ . فَإِن لَّمْ تَفْعَلُوا فَأْذَنُوا بِحَرْبٍ مِّنَ اللَّـهِ وَرَسُولِهِ ۖ وَإِن تُبْتُمْ فَلَكُمْ رُءُوسُ أَمْوَالِكُمْ لَا تَظْلِمُونَ وَلَا تُظْلَمُون

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman. Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya. Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.

Al-Baqarah:  278-279

Allah isytihar perang pada RIBA. fuh. JAHATnya riba ini; kerana dengan riba:

  • masalah inflasi
  • masalah harga rumah dan keperluan lain yang meningkat
  • pengangguran yang tidak dapat diselesaikan
  • kemelesetan ekonomi secara tetiba meranapkan hidup manusia.

Bukankah begitu jelas?!
Pengharaman riba itu adalah satu rahmat!

Sudahlah riba itu banyak jahatnya, tidak disukai Allah pulak tu.
Apa jadi pada kita bila melakukan sesuatu yang dimurkai Allah..?
Apakah kita akan selamat jika dimurkai Allah..?

Apa ada dengan hutang kerajaan yang berjumlah RM500 billion itu?? Ia adalah bersumberkan riba.
Selamatkah kita?

Persoalannya, bagaimana pula dengan sistem hutang 'halal'...?

[diam sebentar]

hoho.
Tahukah anda? Haji tidak perlu dilakukan jika perlu berhutang untuk melaksanakannya.
ok, ini HAJI, rukun Islam.. Bukanlah ibadah sunat yang takbuat takpa.. Ia RUKUN ISLAM. tapi Allah bagi kelonggaran bila tidak mampu, JANGAN BERHUTANG untuk pergi HAJI..

Jadi, marilah kita menilai sendiri kepentingan setiap barang yang perlu dibeli secara BERHUTANG..

Apakah ia

  • benar-benar perlu? hingga jika barang tersebut tiada, maka ibadah pada Allah akan terjejas.
  • atau sekadar mencukupkan keselesaan hidup dan melenakan tidur..


Masing-masing lebih mengetahui urusan dunia masing-masing dan sesungguhnya Allah & RasulNya lebih tahu urusan akhirat kita.


Nota kaki:

inflasi >> kejatuhan nilai matawang [kenaikan harga barang]
deflasi >> kejatuhan harga barang
stagflasi >> harga barang 'maintain' di tahap super mahal

Semoga bertambah iman dan meningkat amal, insyaALLAH!

Penulisan ini berdasarkan artikel tulisan seorang pensyarah Department of Bussiness Strategy and Policy, Faculty of Bussiness and accountacy: Proffesos Dr. Mohd Nazari Abdullah bin Ismail.

09 October 2012

berilah peluang

Dari Abu Musa Abdullah bin Qais al-Asy'ari r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya:

"Sesungguhnya Allah Ta'ala itu membukakan tanganNya - yakni kerahmatanNya - di waktu malam untuk menerima taubatnya orang yang berbuat kesalahan di waktu siang dan juga membukakan tanganNya di waktu siang untuk menerima taubatnya orang yang berbuat kesalahan di waktu malam. Demikian ini terus menerus sampai terbitnya matahari dari arah barat - yakni di saat hampir tibanya hari kiamat, kerana setelah ini terjadi, tidak diterima lagi taubatnya seseorang."

(Riwayat Muslim)



beri peluang untuk diri sendiri.
membersihkan diri dari dosa dan noda.
yang membebanimu setelah sekian lama.
ayuh sahabatku fillah..,

jangan bertangguh.
di saat Tuhanmu masih memberi peluang untukmu bernafas.
jangan angkuh.
di saat Ar-Rahman masih sudi memberi segala rahmat kasih sayangnya padamu.

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

"Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi".

16 September 2012

puas dgn gelaran MUSLIM?

bismillahirrahmanirrahim

akhirnya jumpa gambar yang tutup aurat [link]

pernah menyertai pertandingan lumba lari?
atau pernah tak menyaksikan pertandingan lumba lari?

macam pelik pula kalau x pernah kan?

sekarang, cuba bayangkan..

Setelah wisel ditiup, semua pelari terus pantas melangkah laju memecut ke garisan penamat. Pelari di barisan tepi sekali sedang mendahului, akhirnya sampai paling awal di garisan penamat. Dengan rasa bahagianya, bersedia untuk diumumkan sebagai juara. Namun, apa yang berlaku? Ops, orang lain pula yang dinobatkan sebagai juara. Dengan keadaan tak puas hati, pelari tadi berjumpa pengadil. Dan akhirnya jawapan pengadil membuatkan dia diam dan akur, "Maaf, cik bukan dalam senarai pelari kami. Cik tak berDAFTAR!"

Begitulah juga dengan kehidupan aturan Ilahi. Bagaimana bagus pun usaha seorang manusia, walau usaha bagai "nak rak" pun, tetap juga perlu berDAFTAR untuk dinilai amalan bagi mendapat piala Allah taala di akhirat kelak. Ya, hanya yang berDAFTAR sebagai MUSLIM mampu memperolehi ganjaran itu.

Amboi, kamu dah mula bahagia? Senyum2 tersengeh2 seorang diri? Yelah, kan kamu dah dikira layak kerana telah terDAFTAR sebagai muslim di kad pengenalan? Malah kamu sudah pernah mengucap kalimah syahadatain, tanda dan bukti penDAFTARan.. Cop, tapi adakah kamu rasa cukup sekadar itu??

Maaf. Maaf, kawan2 sekalian.. Walau dah berdaftar, tolong ikut aturan pertandingan! Bolehkah lari mengikut arah pusingan jam, sedangkan pelari2 lain mengikut arah lawan jam? Atau bolehkah berlari di luar track? Atau bolehkah pula kalau berlari sambil membawa batang kayu dan menghayun2kannya ke kanan ke kiri sambil mengganggu pelari2 lain?? Atau bolehkah terasa penat berlari 50m, kemudian berhenti berbaring terlentang membuat aksi renang gaya bebas di atas track? Cukup, cukup. Sudah tentu kamu jawab, "Mestilah tak boleh! Ni pertandingan kot..". Huh, banyak benar kan peraturannya yang perlu dipatuhi.. Jadi, sudah tentulah  yang berdaftar pun tak semestinya berjaya merebut piala kan? Kecuali bagi yang hanya benar2 ikut peraturan yang layak.

Kawan2.. Please.. Jangan pernah terlena dengan statusmu sebagai seorang muslim!! Sudah menjadi kecenderungan dalam hati, di mana merasakan diri sudah cukup puas dikategorikan sebagai muslim tanpa mengetahui bagaimana seharusnya menjadi seorang muslim yang sejati. Dah, jangan kamu nak berangan2! Ingat lagi x pesanan Hasan alBasri? 

"Janganlah kau tertipu dengan keterangan bahawa seseorang akan berkumpul dengan sesiapa yang dicintai, sebab ketahuilah bahawa engkau tidak akan mencapai tingkatan mereka yang taat dan berbakti., kecuali jika kamu mengikuti perbuatan mereka. Ketahuilah bahawa orang2 yahudi dan nasrani, juga ahli bid'ah cintakan para Nabi dan rasul tetapi tidak dapat berkumpul dengan mereka di akhirat kelak.."

Hah.. Sekarang kamu harus berasa cemas! Yup, agar kamu sentiasa berhati2 mengikut peraturan-Nya. Kerana firman Allah juga ada menyebut, (19: 71-72) 

"Dan tidak ada seorangpun daripadamu, melainkan mendatangi neraka. Hal itu bagi Rabbmu adalah satu ketetapan. Kemudian, Kami akan menyelamatkan orang2 yang bertakwa, dan membiarkan orang2 yang zalim dalam keadaan melutut" 

Dah cukup? Masih rasa terselamat jika hanya bergelar muslim tanpa pernah merasai amal yang dilakukan sehari2an itu merupakan ibadah atau maksiat?? Jangan pernah kamu berasa puas atas semua amal yang telah dilakukan. Pernah suatu hari, A'isyah ditanya oleh seseorang , "Bilakah saya mengetahui bahawa diri telah berbuat baik?" Jawabnya, "Bila kamu merasa belum baik..."

Sentiasalah perbaiki diri demi menjadi JUARA di hadapan-Nya. Ingat semula tujuan penciptaan manusia (KITA) bukan untuk main2. Teringat ketika belajar di Tadika Nurul Iman dulu2, datang seorang makcik mengajarkan kami 1 nasyid yang teramatlah simple. Bunyinya begini, "Apa guna main2.. Apa guna main2.. Budak soleh x pernah main2.. Apa gunanyalah main2.."

Simple kan? Tapi sebenarnya baru sekarang faham makna lagu tu walaupun sebenarnya dah "terang tang-tang" tertulis dalam surah al-Mukminun, ayat 115;

"Maka apakah kamu mengira, bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main2 (saja), dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami??"

Kalau masih ingat, kisah Nabi Yahya, sejak kecil lagi diberikan hikmah seperti yang diceritakan dalam surah Maryam, ayat 12. Diceritakan, pada suatu hari, kanak2 sebaya mengajaknya bermain. Namun, tahukah kamu apa jawapan nabi Yahya? Jawabnya, "Aku diciptakan bukan untuk bermain." Husy, dahsyat! Yelah, nama pun Nabi, memanglah special. Tapi kawan2, x salahkan kalau belajar dari kedewasaan dan ketajaman fikiran insan istimewa ini? 

Baik, jika contoh itu terlalu jauh untuk dihayati, begini pula kisah seorang yang tidak pernah lelah melakukan kebaikan, diberi nama Said bin Saibah atThaifi. Suatu hari ketika sedang berbincang2 dengan Sufyan ats-Tsauri, Said ditanya, "Kenapa engkau menangis, sedang aku bercerita tentang kisah orang yang baik (ahlul khayr)?" Jawabnya, "Bagaimana aku tak menangis, sedangkan aku berbeza jauh sekali jika nak dibandingkan dengan mereka!"

Ya Allah, hebatnya mereka itu. Tak pernah merasa cukup membuat persiapan untuk mengembara ke daerah seterusnya. Kawan2 sekalian, jika suatu saat kamu mendengar kisah tentang orang2 baik (ahlul khayr), sudah seharusnya kamu bersedih hati kerana masih belum menjadi seperti mereka. Dan bersamalah berusaha mencapai darjat yang telah mereka raih. Kuatkan hasrat hati untuk bersegera melakukan segala kebaikan. Ingatlah, 

"Seseorang tidak akan mencapai kemuliaan kecuali dengan rajin beribadah, berakhlak mulia, melaksanakan kewajipan2, menjauhi segala larangan-Nya dan bergaul dengan orang2 soleh.."

Itulah peraturan2 yang harus kamu patuhi di atas track kehidupan ini

peringatan sblm berakhir [link]

..wassalam..    







  



 

27 August 2012

'Sejadah BB' ; Mabruk to Our Fellow XGenian!

Minggu lepas belek2 akhbar Berita Harian sisipan Varsiti. Ada satu artikel tentang produk 'Sejadah BB' yg sangat convenient dan multi-functional hasil kerja beberapa pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Semoga Sejadah BB bakal mendapat tempat dalam kalangan masyarakat muslim di malaysia khususnya.

Mabruk Ukhti Muna Majidah!

               

untuk bacaan artikel penuh klik sini; link

12 August 2012

kita dan jahiliah




jangan teruskan perjalanan, berhenti sebentar, BUANG...

kemudian berlari lah !

19 June 2012

kisah kambing putih dan hitam




Tersebut lah al kisah hikayat sang kancil bercerita... 

di sebuah kampung lama bernama "KAMBING"...

 hiduplah di sana seorang pengembala kambing bersama kambing2 nya...

 kambing2 nya terbahagi kepada 2 jenis, kambing putih dan kambing hitam...

 adapun kambing2 ini boleh bertukar warna, dari hitam ke putih dan putih ke hitam... bergantung kepada kehendak mereka...

 kerana lainnya warna bulu, mereka hidup berasingan di kandang A dan kandang B... hidup mereka aman damai sehinggalah beberapa perkara berlaku...

 ............... 

ketua kepada kambing putih memberi peraturan dan arahan baru kepada kambing2 hitam...

"Wahai kambing2 hitam ! Kamu semua tidak boleh masuk ke kandang kami iaitu kandang B ini ! adapun begitu tetaplah kami boleh masuk ke kandang kamu sesuka hati !"

semenjak hari itu mula lah ketua kambing putih melarang mana2 kambing hitam yg ingin masuk ke dalam kandang B... sehingga kan kambing2 hitam yg ingin berbual dgn kambing putih yg berada disebalik pagar pun tak dapat berbuat sedemikian...

 tiba2 pada suatu hari, seekor kambing putih bertanya kepada ketua kambing putih... "ketua, kenapa kambing2 hitam tak boleh masuk ke kandang kita ?"

 ketua kambing putih menjawab, "kerana aku risau akan keselamatan kamu bila kamu ingin bertukar warna kepada hitam..."

"kenapa kami tidak boleh bertukar kepada warna hitam ?" "kerana warna hitam warna yg jahat ! jgn sekali2 tukar kepada warna hitam !!! warna putih ini sahaja yg baik !"

"bagaimana boleh kami tahu bahawa warna putih ini baik sekiranya kami tak dapat melihat warna yang jahat ? bukankah hitam dan putih itu warna yg sangat berbeza, maka haruslah kami dapat membezakan mana baik dan jahat..."

 ............

peraturan bukan segala2nya...

apa yg difahami setiap ekor kambing itulah yg menjadi punca sebenar...

kalau hanya diharapkan peraturan sahaja tanpa kefahaman hitam dan putih...

maka di masa hadapan kambing2 putih itu sendiri yg akan meruntuhkan pagar hitam dan putih...

 ......

jika kamu punyai kambing putih... ajarkan mereka tentang warna hitam... supaya putih mereka akan lebih putih...

10 April 2012

siapa kata kita sudah TUA?

bismillah


kawan, kita masih muda
lihat diri kita
kita masih bersemangat
berjam-jam di luar rumah
mengikis tugas
melalap beban
kawan, kita memang masih muda
cuba lihat, di jalanan
tengok pula di lapangan
sebentar muncul di sana
lalu ada di sini

kawan, kita memang muda
kalendar kita hampir tak tersisa
malam kita hampir tak pernah dingin
siang kita panjang tak terjeda
lihat karya kita, dahsyat!
kita memang muda
tengok tapak kita, luar biasa!!
kita jelas masih muda
cermati fikiran kita
tak diragukan
kita memang muda
memang ada muda di senja kita

kawan, kita masih muda
yang bercerita apa saja
tak lelah berharap
bertemu mimpi
yang bagi kita bukan lagi mimpi
kawan , kita masih muda
bercanda tanpa jarak
menyapa tanpa dusta
akrab menggapai asa

tapi mengapa sekali kita membisu?
ya, kerana kita masih muda
juga mengapa terkadang kita patah?
ya, kerana kita memang masih muda
namun mengapa terkadang kita tak lagi sanggup berjalan?
kerana kita memang muda
juga mengapa kerap ada harga?
untuk sebuah nama yang tak cukup bernilai
untuk seonggok harta yang tak berharga
kerana kita masih muda
ya kerana memang kita masih muda

kawan, mungkin kita masih muda
kadang kita asyik mainkan itu
lalu sekarang mainkan ini
sambil lupakan itu
kawan, kita masih muda
banyak cadangan energi kita miliki
sebanyak alasan untuk patah arang
dan futur

tengok juga ego kita
kita juga muda
sahabat, kita memang muda
periksa daftar belanja kita
beli nama 
dengan harga diri
kita memang muda
kawan, kita masih muda
tak terkecuali untuk harga diri

kawan, kita masih muda
tapi kadang berat kaki kita
sesekali kita berbicara
dengan bahasa yang tidak mudah dimengerti
satu dua argumen kita gagap
melayang dan melayang
kawan, kita memang muda
ada curiga, ada seteru
ada suka dan ada benci
ada marah yang berserak ragu

kawan, kita memang muda
biarkan warna pekat eksistensi itu
tak apa ada sedikit ego
tapi kawan
kalau memang muda
mana kaki kita
yang akan menerbangkan kita?
mana tangan yang belum lama terayun itu?
mana hati kita yang belum lagi keras itu

kawan, sampai bila kita muda di maghrib hidup ini?
sampai habis terbeli?
sampai habis tergadai harga diri kita?
sampai tak ada lagi yang tak menunduk
atau meminta
atau sekadar menghormat?

kawan, kalau kita muda
semoga telaga maaf itu
tidak mau kering
juga hutan hati kita
sejuk
dan tetap dingin
kerana setelah itu merah
yang hanya untuk yang muda

selamat jalan kawan
mari berjalan teman

kita memang masih muda
bahkan setelah sampai di sana
kita tetap orang muda
menuju jannah yang telah tersedia

hasil nukilan Eko Novianto dalam penulisannya, "Sudahkah Kita Tarbiyyah?"

sekian
wassalam

03 February 2012

Aku nak jadi biskut

in the name of Allah

Zzz...zzzZZ...

Dah lama agaknya DC dibuai mimpi,
Takut tak terjaga sampai ke bila,
Mimpi terjaga sudah di tepi,
Harap semua sehat wal'afiat belaka.


***


Arif : dek... cuba cicah biskut tu elok2

Adik : Yelah... elok la nie (sambil meleleh-leleh air teh cap lipton itu dari tangannya)

Arif : tak payah la lama sangat celup sampai lembik biskut tu...

Adik : Uish abang nie... baru la best nak makan. Terasa air teh tue menyerap pada biskut... (sambil tersengih-sengih)

Arif : Teh tue kan dah panas... celup jap jer pun dia dah boleh serap.

Adik : Heehehe..


Celup? Teh? Biskut? Apa nie? Aduih... adakah analogi ini sangat mencabar kewibawaan minda...?
Sengaja membawa kisah di atas agar dapat memberi gambaran penuh dari sebaris kata-kata Allah:
صِبْغَةَ اللَّهِ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ صِبْغَةً وَنَحْنُ لَهُ عَابِدُونَ
"Celupan Allah. Siapakah yang lebih baik celupannya dari celupan Allah. Dan kami menjadi hamba kepadaNya"


Ingat ayat ini baik2. Nak tenung lagi sekali pun boleh.
Membaca ayat ini, terasa seperti dilempar pinggan kaca dan "Cenggg...." berkecai menyembah bumi.

Jelas ayat ini mengambarkan 'islam is the best way!!'

Tapi kenapa masih ramai lagi yang terhegeh-hegeh pada contoh ikutan yang lain? Kenapa memilih celupan yang jauh dari islam dan kembali pada jahiliyah? Tidakkah kita rasa penghayatan iman kita yang agak kendur? Lebih-lebih lagi saat berdepan dengan perbandingan antara sahabat Rasulullah. Ya, tak dinafikan zaman yang jauh berbaza menjadi antara alasan kita untuk berusaha menjadi baik.

Usahakan untuk  menghayati tarbiyah rabbaniyah dalam seisi hidup kita. Sebagaimana celupan Allah itu. Yup! macam yang Allah firman, Siapa lagi yang lebih baik celupannya selain Allah...

Biarlah celupan itu menyerap dalam ruang hidup kita supaya kita mampu merasakan kebersamaan Allah dan keredhaanNya walau jatuh atau bangun... Semaikan pada diri dalam tidur, bangun dan gerak-geri bahawa "Aku nak jadi biskut!!" berusaha menyerap segala amanah Allah sebagai 'abid di muka bumi ini, insya Allah...

sekadar tazkeerah seposen dua di hari jumaat^_^
Related Posts with Thumbnails