Siapa tidak tahu krisis kewangan yang berlaku di Greece dan Sepanyol??
bagaimana ia berlaku? dan bagaimanakah sikap masyarakat di sana??
>> tahukah kita? rakyat Greece dan Sepanyol tidak kisah tentang hutang negara mereka sehinggalah:
- kerajaan mereka memotong subsidi
- memotong gaji kakitangan kerajaan
- membuang pekerja
- menaikkan cukai...
Ya, sehingga 4 perkara tersebut berlaku, barulah rakyat Greece marah dan mabil berat tentang "lambakkan" hutang negara mereka!
Ayuh pergi lebih mendalam...
Rupa-rupanya masyarakat Greece tidak kesah pun berhutang untuk "keselesaan" hidup... Sudah lah tidak kisah kerajaan mereka berhutang, mereka juga berhutang secara "berleluasa".. maksudnya, secara individu dan secara berorganisasi, masyarakat Greece memang berhutang..dan jumlah itu sentiasa meningkat..
Sedangkan, peningkatan hutang sektor swasta akan menyebabkan:
- asset bubble >> harga barang naik terlalu tinggi kerana ketamakkan para pelabur, hingga pada suatu hari harga tersebut tidak mampu dibayar oleh sesiapa pun walaupun oleh sebuah kerajaan!
- kemelesetan ekonomi dan harga barang tetap tinggi >> stagflasi
- kerajaan tidak mampu membantu membayar hutang rakyat.
Sedarkah kita tentang bahaya berhutang??
Hutang sangat berkait rapat dengan riba..
Apa kata Allah pada riba dan pengamal riba?
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّـهَ وَذَرُوا مَا بَقِيَ مِنَ الرِّبَا إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ . فَإِن لَّمْ تَفْعَلُوا فَأْذَنُوا بِحَرْبٍ مِّنَ اللَّـهِ وَرَسُولِهِ ۖ وَإِن تُبْتُمْ فَلَكُمْ رُءُوسُ أَمْوَالِكُمْ لَا تَظْلِمُونَ وَلَا تُظْلَمُون
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman. Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya. Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.
Al-Baqarah: 278-279
Allah isytihar perang pada RIBA. fuh. JAHATnya riba ini; kerana dengan riba:
- masalah inflasi
- masalah harga rumah dan keperluan lain yang meningkat
- pengangguran yang tidak dapat diselesaikan
- kemelesetan ekonomi secara tetiba meranapkan hidup manusia.
Bukankah begitu jelas?!
Pengharaman riba itu adalah satu rahmat!
Sudahlah riba itu banyak jahatnya, tidak disukai Allah pulak tu.
Apa jadi pada kita bila melakukan sesuatu yang dimurkai Allah..?
Apakah kita akan selamat jika dimurkai Allah..?
Apa ada dengan hutang kerajaan yang berjumlah RM500 billion itu?? Ia adalah bersumberkan riba.
Selamatkah kita?
Persoalannya, bagaimana pula dengan sistem hutang 'halal'...?
[diam sebentar]
hoho.
Tahukah anda? Haji tidak perlu dilakukan jika perlu berhutang untuk melaksanakannya.
ok, ini HAJI, rukun Islam.. Bukanlah ibadah sunat yang takbuat takpa.. Ia RUKUN ISLAM. tapi Allah bagi kelonggaran bila tidak mampu, JANGAN BERHUTANG untuk pergi HAJI..
Jadi, marilah kita menilai sendiri kepentingan setiap barang yang perlu dibeli secara BERHUTANG..
Apakah ia
- benar-benar perlu? hingga jika barang tersebut tiada, maka ibadah pada Allah akan terjejas.
- atau sekadar mencukupkan keselesaan hidup dan melenakan tidur..
Masing-masing lebih mengetahui urusan dunia masing-masing dan sesungguhnya Allah & RasulNya lebih tahu urusan akhirat kita.
Nota kaki:
inflasi >> kejatuhan nilai matawang [kenaikan harga barang]
deflasi >> kejatuhan harga barang
stagflasi >> harga barang 'maintain' di tahap super mahal
Semoga bertambah iman dan meningkat amal, insyaALLAH!
Penulisan ini berdasarkan artikel tulisan seorang pensyarah Department of Bussiness Strategy and Policy, Faculty of Bussiness and accountacy: Proffesos Dr. Mohd Nazari Abdullah bin Ismail.