17 April 2010

baca@LRT :: B.E.R.I

....




Hiken@Densha = baca@LRT






.....


program : baca @ LRT
tema : BERI
tarikh : 25hb April 2010
masa : 11.30 pg

.......


Assalamualaikum wbt

Tuan dan Cik Puan yang dihormati dan dirahmati Allah,

Doa saya agar kesihatan dan ketenangan, rezeki dan kelapangan, keceriaan dan kekuatan dalam usaha sentiasa mengiringi hidup kita.

Tuan dan Cik Puan yang dimuliakan,

Hari ini saya ditanya,siapa yang memimpin Baca@LRT.

Dengan jelas dan yakin ini jawapan saya, "Baca@LRT dipimpin dan diketuai oleh 4496 orang. Mereka semua memimpin dan merencana usaha ini.Mereka adalah orang penting kepada gerakan rakyat ini."

Itulah mesej jelas saya sampaikan bahawa setiap daripada kita adalah penting bagi mencapai usaha ini. Usaha yang menjadi ibadah apabila orang terdorong melakukan kebaikan ini. Insya Allah.

---------

Aktiviti gila-gila Baca@LRT tanpa perhimpunan akan mengambil tempat 25 April ini.

Ini adalah foto untuk sebaran blog dan FB Tuan dan Cik Puan.

Klik di sini http://bit.ly/daxb1m

Pada tarikh 25 April 2010, jam 11.30 pagi, selepas membaca dari dalam LRT pelbagai arah ke KLCC, kita seorang demi seorang akan masuk ke Kinokuniya dan memasukkan hanya senaskah buku ke dalam kotak buku UNICEF ini.

Hanya senaskah sahaja. Jika kotak penuh susun di tepi kotak dalam keadaan teratur.

Klik di sini http://bit.ly/daxb1m

Kemudian keluar dalam keadaan tenang dan natural bertemu rakan lain bertukar buku yang dibawa untuk mereka.

Mesej penting, bagi menjaga situasi premis dan KLCC, tidak ada perhimpunan dan ucapan penutup kerana kita adalah natural.

Tindakan yang ringkas tetapi bermakna.

---------

Tip: Jika mahu bertukar rakan dengan rakan baru Baca@LRT masukkan kad perhubungan dalam buku atau tulis sahaja pada halaman depan buku hadiah itu.

Berjumpa kita secara natural pada Ahad 25 April ini....

.......



* search baca@LRT di fb...


0 comments:

Related Posts with Thumbnails