31 July 2010

Aku.Bebas! Erk?


"...kerana itu janganlah kamu ragu-ragu terhadap al-Quran itu. Sesungguhnya (al-Quran itu benar-benar dari Tuhanmu, tetapi kebanyakan manusia tidak beriman."

[Huud 11:17]



Apabila mencecah masuknya telapak kaki kita ke bulan Ogos, pastinya ramai yang akan membicarakan mengenai kemerdekaan. 

Ya, Merdeka. 

Benar, akan wujudnya sesetengah pihak yang mengatakan bahawa kemerdekaan didefinisikan bebasnya kita dari taklukkan penjajah. Kemudian sesetengah daripada kita akan membicarakan tentang belum bebasnya kita dari penjajahan pemikiran.

gambar.yang.dijumpai.di.internet


"Kita mungkin bebas dari sudut fizikal, namun akal pemikiran kita masih dijajah,"

Apakah yang dimaksudkan oleh bebas dari sudut pemikiran?

Di sini saya cuba bebrbicara berpandukan hadaf-hadaf tarbiyah (Ahdaafu Tarbiyah), di mana kita men-tarbiyah bil hadaf. Sepertimana yang kita ketahui, hadaf tarbiyah yang pertama ialah at-Tasawwur al-Islami al-Wadhih (Gambaran Islam yang Jelas).

Iaitu dapat memberikan gambaran Islam dengan benar (as-Sahih) dan menyeluruh (syamil). Dan dengan pembentukkan kedua-dua unsur ini, hasilnya Islam dijadikan pedoman hidup ataupun sistem hidup (Minhajul Hayah).

ketika.dijemput.mengisi.usrah.gabungan.tamhidi


Minhajul Hayah ini sepertimana yang dikongsikan oleh seorang akh, dikenali sebagai akhuna Faridul, menggunakan seorang peminat setia taasub (die-hard fan) kelab sukan bola sepak yang sudahpun diminati ramai – Manchester United, sebagai contoh.

1. Pakaiannya serbi The Red Devils, dari hujung rambut berkelemumur mahupun tidak sehinggalah ke hujung celah kuku ibu jari kaki. Segala accessory tidak terkecuali.
2. Percakapannya saban hari adalah berkenaan kegemilangan dan kehebatan kelab bola sepaknya itu.
3. Apabila muncul individu-individu yang cuba mempertikaikan atau menafikan akan kehebatan pasukan Manchester United, maka peminat setia The Red Devils ini akan naik marah dan seterusnya pertengkaran akan berlaku.

Bagi saya contoh ini cukup ideal dan praktikal.

Seharusnya kita menjadikan Islam sebagai pakaian kita sehari-harian, menjadikannya a way of life sepertimana sepatutnya, bersih, menutup aurat, muraqabatullahmenunjukkan izzah kita kepada Islam dan sebagaimana sepertinya yang saya yakin dan percaya bahawa saudara saudari semua lebih arif.

Sentiasa berbicara mengenai perkara-perkara yang muntij dan bermanfaat kepada ummah (Hidup Untuk Islam), memperdengarkan perkongsian Akhbar-Akhbar Islami, dan berasa marah ataupun tidak redha apabila sistem perundangan Islam tidak diterima pakai dan ditolak merupakan beberapa aspek-aspek yang perlu diberi penekanan dalam kita menjadikan Islam sebagai Minhajul Hayah kita.


“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak mengingati Allah,”
[al-Ahzab 33:21]

perlu.hamasah


Persoalannya, adakah kita cukup Jiddiyah menjadikan Islam sebagai Minhajul Hayah?
Ataupun Minhajul Hayah kita masih Jahiliyah?

Sekian.

[amirS] minta jasa baik semua untuk memperbetul dengan telus, kerana kita ingin membina fikrah, dan fikrah tidak akan dapat dibina tanpa ketelusan.

diambil dari sini

25 July 2010

sangka

watch your eyes!

assalamualaikum ikhwah wal akhawat whom i love most. how are you today? how's your iman and amal? May He gives us strength to do more good deed as we are reaching Ramadhan just few days

Alhamdulillah, as i realized today's my duty to share something with all of you, i found a really nice qoute from Ahmad Al-Zarruq (d. 846 AH) as i came across a nice and fantastic inspiring book by Sis Zabrina. Ahmad Al-Zarruq once said something so true which is

"Watch you eye, should it ever reveal to you the faults of others, Say to it : 'O my eye, other people have eyes too!' "

wow. subhanallah! incredibly wise and true words. don't you agree? this qoute made me think so many times. as i don't like others to jump to a conclusion or assumption about me after seeing me with a single mistake, is it fair to the because i always judging people just after seeing them even only in one slip up? so it must be a NO right?

hmm. this qoute really made me feel terribly bad. if i really don't want others to do that to me, doesn't it make sense they wouldn't want me to do it to them too? after this, i SHOULD NOT do that to others anymore. i cannot easily conclude my opinion, or label them by just seeing, or hearing, or even reading one thing about that specific person? (as i always do it to my lecturer during our first lecture - first impression i think)

hmm.i'm running out of time. may this sharing means something to all readers. May Allah bless us with His Mercy :)

till then, wassalam.


*sorry for too many grammatical error in this post. just ignore it or you may correct it. it's my pleasure.this is my first shot actually to write something in english. just to improve my english from good to better.

20 July 2010

aku lihat layu dalam melayu...


......



Aku lihat layu dalam melayu
Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti dikata tak bersyukur dikata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri, memerhati dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri membiarkan bunga raya melayu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri

Aku lihat layu dalam melayu
Tanah air kita yang punya
Kita siram, kita baja
Tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa
13 harimau bertukar menjadi mangsa
Kita lupa, nenek moyang kaya raya
Jangan sekali-kali digadai harta bendanya
Kulihat layu dalam melayu
Kulihat layu dalam melayu
Kulihat layu dalam melayu

Takkan melayu hilang di dunia
Ya, tapi apa guna tak hilang di dunia kalau kewujudan tak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila dirapat
Selalu malu bila soalan diaju
Selalu segan memberi pendapat, rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak, suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak, cuma tak berfikir di luar kotak
Kulihat layu dalam melayu
Kulihat layu dalam melayu
Kulihat layu dalam melayu

Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu mahu jadi cantik tetapi ragu
Aku merayu bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai

-malique feat tun dr. M-


.....


saya bukan anak racist...

16 July 2010

HE is everywhere

Bismillahirrahmanirrahim
Allahumma baariklana fi syaaban wa ballighna ramadhan


Nilai hidup insan bukannya baru bermula di alam kedewasaan
Namun telah disusun sebaiknya sejak saat kelahiran
Antara sedar atau hanya membiarkannya berlalu
Tanpa meninggalkan sedikit pun kesan ke atas diri
Sehingga benih yang ditanam seolah tidak disemai
Dibiarkan membusuk dalam tanah hati
Akhirnya yang benar dan hak dikatakan pelik
Yang salah dan batil itu yang diagungkan
Adakah kita tergolong dalam golongan ini?
Tepuk dada tanya iman

Peluang yang ada diambil untuk mengingatkan diri dan sahabat2. Kisah ini berlaku di sebuah sekolah dalam sesi pembelajaran subjek Aqidah;

“Assalamualaikum wbt. Hari ini kita akan belajar di luar kelas. Semua diminta untuk keluar ke taman dengan kadar segera”, kata ustzh rafidah

Murid2 Tahun Satu Badar bersorak keriangan kerana pastinya mereka tidak akan merasa bosan dengan sesi pembelajaran hari ini. Mereka berlari sambil membawa buku dan pensel bersama.
Sampai di taman, ustzh bersama murid2 tadi menyanyikan lagu yang  sentiasa mereka nyanyikan setiap kali memulakan sesi pembelajaran.

“Duduk tempat masing2, Tolong diam jangan bising”

Ya, itulah lagunya. Murid2 kelihatan seolah2 sudah tidak  sabar lagi menanti apa yang bakal disampaikan oleh ustzh.

“Baiklah, semua duduk dulu. Biar ustzh terangkan game yang akan kita main hari ni. Semua bawa buku dan pensel kan?”

“Ya!”

“Selepas ustzh tiup wisel, semua perlu  lari dan cari tempat yang betul2 selamat. Pastikan di situ tiada siapa pun yang dapat melihat kamu.  Ustzh ulang, tiada siapa pun yang nampak kamu berada di situ. Kemudian tuliskan tempatnya. Ustzh kasi satu minit sahaja untuk cari dan tulis. Bila ustzh tiup wisel dua kali, semua kena lari ke sini semula. Faham?

“Faham, ustzh”

Setelah wisel ditiupkan, mulalah murid mencari tempat2 yang tersorok. Setelah satu minit, wisel ditiupkan kembali menandakan masa telah tamat. Murid2 pun kembali ke tempat mereka berkumpul.

“Ok, siapa yang dapat jawapan tolong duduk elok2. Bagi sesiapa yang tak dapat jawapan, tolong berdiri di hadapan  kawan2. Kita akan tengok siapa yang tak dapat pun jawab soalan ustazah walaupun diberi satu minit.”

Hanya 3 orang sahaja dari 25 orang yang berdiri. Yang duduk sebenarnya ada yang betul2 ada jawapan dan ada juga yang tak jumpa jawapan tapi duduk disebabkan takut kena berdiri. Antara jawapan yang diberikan ialah di belakang pokok, di dalam gelongsor, di bawah bangku dan sebagainya. Kemudian ustzh bertanya kepada 3 org murid yang berdiri, sebab mereka tidak jumpa jawapannya.

“Saya tak sempat, ustzh. Sekejap sangat satu minit”

“Dekat taman banyak tempat terbuka. Kalau di dalam, saya bolehlah jawab bawah tangga”

Jawapan murid yang ketiga sama sekali tidak diduga oleh ustzh. Anak yang berusia 7 tahun ini memberikan jawapan yang begitu tepat.  Memang jawapannya yang sedang dicari2 kerana itulah pengajaran untuk sesi pembelajaran kali ini.

* Nak tahu jawapannya? Jawapan ada dalam kisah. Kumpulkan 4 perkataan yang di bold kan.
________   ________   ________   ________





Ya, inilah dia kunci amal yang kita ada sekarang. Tapi, cukupkah jika hanya ada kunci tetapi tidak tahu untuk menggunakannya? Kita tahu bahawa Allah sentiasa melihat kita namun adakah benar2 kita merasainya? Jika kita yakin, mengapa masih timbul persoalan dan kata ini??

:( "eh, nak tutup aurat cukup kan dengan hanya berpakaian seperti ini?"

:( "Ops, sebenarnya apa aurat perempuan depan bukan mahram ha?"

:( "Takpelah, kaki ni x payah pakai stokin pun takpe, sekali sekala bagila dia bernafas sikit"

:( "Ha, baju ni lengan dia memang besar, bukan sengaja2 nak bagi nampak lengan, tapi dah terselak"

:( "Tudung ni, asal tutup kepala kira dah lengkaplah pakaian muslimah sejati"

:( "Erm, kalau pakai tudung tapi nampak tengkuk sebenarnya tak lah salah sangat. Kita dah usaha nak tutup tapi nak buat macam mana,  cahaya tu boleh tembus pulak. Yang dah nampak tu, tak nak tunduk pandangan siapa suruh"

Kadang2 diri kita merasakan seperti itu kan? Nak tak nak, persoalan aurat ni sentiasa dijawab dengan alasan yang pelbagai. Bukan senang nak kawal nafsu berhias dalam diri ni kan?

Beginilah, sebenarnya cuba fikirkan penyelesaian ini. Sebelum keluar bilik@rumah, cermin diri dulu. Tidak kira sama ada menggunakan cermin yang memang dinamakan cermin atau kawan atau dua biji mata kita sendiri. Pandang dari atas sampai bawah dan tanya

“sah tak kalau aku solat dengan pakaian ini?”

:( "Ha? Kalau macam tu kena pakai telekung lah! Kita nak keluar, bukannya nak solat!! Solat tu kan untuk menghadap Allah.."

Itulah kalau orang yang susah nak faham. Kita solat untuk menghadap Allah. Kita malu untuk membuka aurat ketika solat kerana kita sedang diperhatikan oleh Allah. Kalau begitu, waktu lain, adakah kita tidak diperhatikan oleh Allah? Tidak, kita perlu tahu ukuran aurat adalah sama jika kita berada di hadapan bukan mahram dan ketika solat kerana sesungguhnya kita sentiasa berhadapan dengan Allah. Jika fahaman ini ada, kita tak akan jumpa wanita2 yang tahu menutup aurat ketika solat tapi tak tahu menutup aurat ketika berada di luar. Fikir2kan dan selamat mencuba!


Ayuh kembalikan ruh jadiidmu, wahai muslimah pembela ummah! Rasakan bahawa ada janji Allah disebalik segalanya..

“Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri2mu, anak2 perempuanmu dan isteri2  orang mukmin, hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali, sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang”
 (Al-Ahzab 33:59)

Inilah dia janji Allah buat mereka yang benar2 menjaga aurat mereka. Jika difikirkan akal pun, kita boleh tahu kan? Antara buah mempelam yang dibalut di pokok dan dibiarkan begitu sahaja, manakah yang lebih disayangi oleh tuannya? Dan yang manakah yang lebih elok hasilnya? Tentunya yang berbalut kan! Buat semua muslimah, peliharalah dirimu kerana dirimu begitu berharga..

Semoga semua berbahagia mendapat hidayah dan pengampunan dari-Nya. Mungkin Ramadhan yang bakal menjelma kali ini bisa membawa satu perubahan positif dalam diri. Bertekadlah!!

*p/s: maaf andai ada bahasa yang kurang menyenangkan. Aasifah, mungkin post ini special dan sesuai untuk kaum muslimah tapi apalah salahnya jika semua dapat mengambil sedikit sebanyak pengajaran dari penulisan ini.

..wassalam..

08 July 2010

I am not crying because of the money but ....


bismillah
assalamualaikum


And He gives you of all that you ask Him; and if you count Allah’s favors, you will not be able to number them; most surely man is very unjust, very ungrateful.
- Noble Qur’an (14:34)


A man reached 70 years of age and was affected by a disease which made him unable to urinate.

The doctors told him that he needs an operation to cure the disease. He agreed to do the operation as the problem was giving him severe pain for days.

When the operation was completed the doctor gave him a bill which covered all the costs. After looking at the bill, the man started crying. Upon seeing this, the doctor said, “If the cost is too high then we could make some other arrangements for you.” The old man replied, “I am not crying because of the money but I am crying because Allah (SWT) let me urinate for 70 years and HE never sent me a bill!” SubhanAllah!

Moral: We rarely thank Allah (SWT) for these things which are indeed great favors. Take a little pause and think for a while about the bounties of Allah Almighty within yourself. May Allah (SWT) grant us the ability to recognize His bounties and thank Him more often


p.s: sharing is caring~ (^_^)v.

05 July 2010

Kemenangan





Artikel sempena melangkahnya kaki ke fasa baru kehidupan, yang mereka gelar alam kampus.


Nyatakan peradaban mana pun, organisasi mana pun, kampus menjadi tunjang kepada perjuangan. Islam mahupun taghut, keduanya meletakkan positioning sumber daya manusia yang terbaik di medan yang kita gelar 'alam kampus'. Perlu diingati bahawa kita dan mereka tidak menganggap alam kampus adalah akhir dari segalanya, tetapi awal dari projek baru yang dinanti. Jadi kemenangan masa depan umat bermula dari alam kampus. Tiada siapa yang saya kenali menafikan hal ini. 

Kemenangan kita

Apabila kita berbicara mengenai kemenangan, apakah yang dimaksudkan dengan kemenangan? Definisi siapa yang perlu kita ikut? Nah, pastinya sebagai seorang muslim kamus definisi kehidupan kita adalah kitabullah. Rasanya tidak perlu saya hurai secara terperinci mengenai kemenangan yang dimaksudkan, pasti anda akan menemui jawapan tersebut dalam tadabbur harian anda. Cuma saya susunnya dalam beberapa kata : Melaksanakan Hak Syahadah.

Sumber kemenangan

Setiap sesuatu mempunyai sumber. Masakan tidak sebuah kemenangan besar yang dinanti tidak mempunyai sumber khusus?

1. Pertolongan Allah
    Kehidupan yang dilalui tidak mungkin mencapai tujuan akhir tanpa pertolongan Allah. Sejauh mana langkah kaki kita dalam menuju kemenangan, mustahil untuk menang tanpa pertolonganNya. Kerana itu, kedaekatan kita dengan Allah adalah satu hal yang perlu dititikberatkan.

2. Berpandukan Al-Quran, menuruti as-sunnah
    Mengikuti kedua tinggalan Rasul tercinta adalah satu jalan kepastian untuk menang. Generasi terdahulu telah membuktikan. Tidak mustahil utnuk kita menghampiri kemenangan mereka kerana kita dan mereka mempunyai al-Quran dan as-sunnah yang sama. Cuma tinggal bagaimana kita menggarapanya dalam kehidupan. Oleh itu, perlu untuk kita perhatikan interaksi kita dengan al-Quran dan as-Sunnah setiap hari. Sudahkah anda mentadabbur satu ayat hari ini?

3. Peribadi yang mantap
    Tidak dinafikan bahawa sebuah kemenangan hanya boleh dicapai dengan adanya manusia berjiwa pemenang. Manusia itu memenuhi syarat-syarat pemenang yang sepuluh. Dirumuskan oleh Imam Hasan al Banna dalam muwashofat at tarbiyah. Maka ke atas kita untuk memerhatikan dan mengevaluasi diri agar berusaha memenuhi tuntutan jiwa pemenang.

4.  Jamaah satu hati.
     Kita tidak mungkin akan memenangkan perjuangan di alam kampus seorang diri. Mustahil. Setiap kita mempunyai potensi yang tersendiri. Maka berusahalah untuk menggabungkan diri dengan mereka yang mempunyai cita-cita dan matlamat yang sama agar segala potensi dapat dioptimakan dalam struktur yang kemas. Kata-kata saidina Ali yang perlu kita ambil pelajaran 'Kebenaran yang tidak tersusun akan dikalahkan oleh kebatilan yang tersusun.'

5. Mengenal medan dan orang
    Mengenal medan dan orang ialah dengan mengetahui kepada siapa kita tujukan dakwah kita. Mengenal medan dan orang akan membuka ruang kita utnuk berinteraksi sebaik mungkin dengan masyarakat sekeliling dengan bahasa dan amalan yang sesuai dengan mereka.

Semoga tulisan ini memberi sedikit sebanyak input dan manfaat kepada semua.

[sebuah ringkasan dari karya panjang perjalanan aktivis-aktivis kampus sepanjang sejarah]

sumber:
1. Menuju Kemenangan Dakwah Kampus - Ahmad Atian
2. Menghidupkan Suasana Tarbawi di Mihwar Muassasi - Hadi Munawar

04 July 2010

Seperti Dedaun Ini



Seperti dedaun ini

Aku bermula dengan pucuk Rahmat

Bertunas di makmal Tarbiyyah

Disiram dan dibaja dengan sesungguhnya

Bersama campuran tepu Ilmu dan Ukhwah

Diberikan pencahayaan Rezeki yang secukupnya

Agar proses pertunasan berlaku dengan jayanya

Seperti dedaun ini

Aku juga hidup dengan Fitrah

Mengikut manual hidup Al-Qur'an dan Sunnah

Mengamalkan fotosintesis Ibadah dan Islam

Merealisasikan pendebungaan Senyum dan Salam

Mempraktkkan respirasi Soleh dan Musleh

Meregulasikan Amar Makruf dan Nahi Munkar

Seperti dedaun ini

Aku kini tegantung asing

Merasa diri kian jauh dan futur

Menggalas sendiri bebannya Amanah

Merintih suramnya amat cuaca Dakwah

Mengadu mendungnya awan kelabu Jihad

Hanya berpaut pada tangkai Redha dan Tawakkal

Bertahan pada teguhnya dahan Syariat

Seperti dedaun itu

Aku sedih meihat

Banyaknya yang menguning dan mengering

Mereka terbang tanpa arah seiring kencangnya ribut maksiat

Berpusing-pusing dalam taufan keasyikan

Akhirnya gugur jatuh menyembah bumi yang fana

Seperti dedaun itu

Aku kagum dengannya

Ia masih hijau walau dicicip syaitan beluncas

Ia masih tergantung walau kepompong tangungjawab Amanah berat bergayutan

Ia masih segar walau dipukul kerasnya butir ujian hujan

Ia masih harum walau disembur fitnah asid benzoik si pengawet

Lantas hati pun mendamba teduhan rendang Doa dari murabbi

Mengharap embun Ikhlas Rabithah dari sahabat dan teman

Agar sama-sama setia berpaut di pohon Hidayah ini

Buat sahabat xGen yg disayangi~

Selamat menggegarkan kampus antum...

.:X-Gen Bersama Menggegar Dunia:.

Related Posts with Thumbnails