28 December 2010

Waving to Year 2010



Perjalanan masa sudah jauh. Sama ada kita berjalan seiring dengannya atau tertinggal jauh, tanyalah iman sendiri. Sama ada amalan kita terisi sepanjang 19 tahun tersebut ataupun tahun-tahun itu berlalu tanpa terisi... tanyalah juga iman sendiri. Apabila sampai pada waktunya, kita juga akan minta dipertangungjawabkan atas waktu-waktu itu.

Rata-rata warga x-gen kini berumur 19 tahun.
Pada usia ini, Usamah bin Zaid telah mahir bermain pedang untuk melawan musuh di medan perang.
Sultan Muhammad Al-Fateh pada usia ini telah menaiki tahkta bagi memerintah sebuah negara dan memulakan strategi untuk menawan sebuah kota.
Imam Syafie telah berjaya memahami seluruh buku karangan gurunya, Al-Muawattha' pada usia 19 tahun dah menghafal kitab tersebut.
Seusia ini juga, Imam Syahid Hassan Al-Banna sudah celik dengan masalah sekularisme yang mengganggu umat Islam pada masa itu.
Sahabat kita, Fulkan Dogan telah mendapat syahid ketika usianya 19 tahun dalam kejadian samun kapal Mavi Marmara.

dan kita??
________________________________________________________________________

walaupun kita tidak sehebat mereka, gunakan masa yang masih berbaki ini untuk membina jalan ke syurga. Jangan sampai ayat Allah ini turun kepada kita yang sering terlupa. Nastaghfirulahal'azim.

"Katakanlah (wahai Muhammad): Berseronoklah, maka sesungguhnya laluan kamu ialah ke neraka" (Ibrahim:40)


> belum bersedia untuk diuji dengan apa yang telah diperkatakan... la haula wa laa quwwata illa biLlah (T_T)
> on behalf of Nawal Saudah bt Shamsudin
> Wallahu Ta'laa A'alam

5 comments:

Abdullah Munir said...

dan pada usia ini, saya sedang duduk di kedai kopi...menghirup kopi dan makan donut maple seolah-olah dunia telah aman.tiada masalah.

AmirSyafiq said...

sekurang.kurangnya.anda.sedang.berbuat.apa.apa.akhi.
saya.pula...

+akufobia+ said...

(sedang fikir jawapan.)

naurah humayra said...

salam alaik,

entry yg bagus! umur itu amanah Allah.

tp ada something yg saya perasan agak mengelirukan. sepotong ayat Allah yg indah tu dari surah ape ye sebenarnya? kalo rujuk Quran, [14:40] itu lain ayat nye..
dan dekat ayat tuh bernombor 30..bukan 40.

wallah'alam..jazakallahu khayr

jannah said...

utk surah Ibrahim tu. tersalah type agaknya..

Related Posts with Thumbnails