21 August 2009

Give and Take

Assalamualaikum w.b.t
sahabat2 semua, apa khabar?
sekian lama ana merancang, akhirnya baru sekarang Allah izinkan..
yeah, ini post ke 2 ana! tp dikira post pertama yang berbentuk penulisan penuh.

................................................................................
"Bismillahirrahmanirrahim..."

Sahabat-sahabat xgenian,
Sudah hampir 8 bulan kita meninggalkan alam persekolahan,kan?
Rindu tak pada suasana belajar dahulu?
Kelas yang tak putus-putus, siang dan malam..beranjak pula ke pagi dengan stay upnya..
Study group sana sini, buku tak pernah terlepas dari tangan..
senang kata macam 'gila study' pun ye jugak.. :)

Bagaimana dengan suasana tarbiah?
Setiap jumaat ada MDP a.k.a usrah..
Kita sendiri ada menghasilkan Nashrah Qalbu..
KIta usulkan pula pada ustazah untuk adakan Tujahan Nurani..
Ingat lagi pesanan Ustazah Suhana tentang malu?
Ana rasa pengisian tu memang menusuk.. terfikir kembali, tahap maluku di mana..
Mukhayyam2 yang kita lalui, siri2 kembara yang mencabar..
Pasti terbayang beruk2 yang mengganggu ketenangan kita ketika slot Ustaz Hasanuddin.. :)
Konklusinya, setiap hari yang kita lalui di sana adalah tarbiah..

Kalau ana nak ceritakan semua,
Nanti macam membebel pulak..adui..
Jadi, kita kembali ke realiti
Semua sudah bertebaran! "Fasiiru fil Ardh.."
Memenuhi tuntutan fardhu kifayah, semua orang berperanan dalam bidang tersendiri..
Ada yang mendapat tajaan JPA, MARA, PETRONAS etc..
Ada juga tajaan 'Pa n Ma'
Terbang ke sana sini, semata2 dengan tujuan yang satu..
Yes, our aim is MARDHATILLAH..

Kenapa ana mengambil tajuk 'Give and Take'?
Sangat berkait dengan diri kita semuanya..
Setiap perbelanjaan yang kita guna adalah hasil titik peluh,kan?
Tidak kira mak ayah kita ataupun rakyat yang lain.
Masakan tidak, sesiapa yang mendapat tajaan kerajaan mestilah sumbernya rakyat,bukan?
Ibu bapa kita juga merupakan rakyat yang menyumbang.. cukai jalan, tanah, etc..
Persoalannya, sudahkah kita berbelanja sebaik mungkin?

Ana ada dengar cerita, insya Allah bukanlah pelajar kita.
Duit masuk, tukar telefon bimbit, beli baju baru, kasut baru, mp4, ipod dan sebagainya
Sedih juga mendengar cerita sebegitu
But that's the fact..
Barangkali memang keperluan..husnu zhon~


Ada sesiapa lagi yang belum masuk duit pinjaman?

Ataupun ada sesiapa lagi yang tidak pernah berbelanja sepanjang 8 bulan ini?
Pastinya tiada..
Bermakna kita sudah menerima..
Tidak kira perasaan kita bagaimana, cukup atau tidak jumlahnya..
Fakta di sini, kita sudahpun menerima
Maka, PASTINYA yang memberi mengharapkan sesuatu..
Walaupun tidak dizahirkan dengan kata-kata

Selaku yang menerima, tidakkah kita mahu memberi?
Ya, hadiahkan sesuatu buat masyarakat.. ana simpulkan di sini sebagai UMMAH..
Ummah memerlukan orang-orang yang mampu membebaskan mereka
Laksanakan amar ma'ruf nahi mungkar
Kerana kita dimuliakan kerana itu..
Sambil menyelam minum air.. istilah yang paling tepat ana kira
Bak kata Ustaz Hasrizal, 'Erti Hidup Pada Memberi"~

Ayuh, rakan-rakan!
Ummah mencari penyelamat..
Tawaran terbuka luas dan jaminannya adalah SYURGA..
Apa tunggu lagi?
Mari, rapatkan saff..bina strategi dan mulakan!
~Benarkan kata-kata, Jiwa-jiwa mujahid ruh mereka tersusun umpama tentera-tentera yang
tersusun rapi~

Ya Allah, moga yang menulis beristiqamah dengan apa yang ditulis, moga yang membaca turut beristiqamah dengan apa yang diamal..ameen




5 comments:

Abdullah Munir said...
This comment has been removed by the author.
Abdullah Munir said...

ana x dpt lg~

p.s-apa kata sediakan beberapa percentage utk aktiviti DnT (belanja mad'u makan, buat ongkos ke daurah..etc) itu kn kita 'GIVE'

Nur Jannah said...

Selamat berjuang bersama AlQuds! Alyaum 21/8!

theSPREADER said...

uh, lambatnye.. hurm.. btul jgk.
waktu cuti2 nilah blh beli hadiah utk bg mad'u bile balik ke tmpt asal.. tp klau blnja2 pun ok!

+akufobia+ said...

kita berikan segala yang terbaik dari apa yang terbaik yang kita boleh buat?kalau belanja boleh buat mereka semakin dekat dengan da'wah teruskan.kalau tak?cara lain?

Related Posts with Thumbnails