23 August 2009

XGen bersama Pelatih Raudhatus Sakinah (X-RS 2)

"bismillahirrahmanirrahim"

Sambungan daripada apa yang telah Jannah laporkan,
ana macam tak tau nak tulis apa. Sebab Jannah dah bagi laporan lengkap.

Cumanya ana ingin berkongsi sedikit sebanyak apa yang kami dapat di sana.
Sememangnya cara yang terbaik untuk kita berdakwah adalah dengan kita berada bersama mereka. Kalau ikut kata-kata yang pernah ana dengar, kalau kita nak didik seekor lembu kita kena tahu apa habit dia barulah kita boleh approach. Tapi jadi salah bila kita jadi macam lembu supaya kita boleh tahu apa yang dia perlukan. Prinsip dan identiti tidak boleh diubah.

Setiap waktu solat di sana, mereka akan menunggu masuk waktu sambil pasang Asmaul Husna.
Bila dah masuk waktu pula, mereka akan tunggu semua orang masuk saf barulah solat dimulakan. Kami jadi segan pula sebab mereka pula yang tunggu kami. Bukan disengajakan, tapi perbincangan untuk slot seterusnya mesti dibuat suapaya tak kelam kabut.

Menjelang malam, giliran kami menjadi imam. Ana memang sangat nervous! Rasa macam nafas tak sampai je :) Alhamdulillah kami dapat mengimamkan hingga terawikh. Doa ukht Jannah sangat menyentuh. Walaupun ana rasa mungkin mereka tidak faham atau kurang faham.. Terjemahannya begini.." Ya Allah berkatilah penghuni Raudhatus Sakinah pada bulan Ramadhan ini.." Doa tersebut diulang 3 kali..sayu pula hati ana.

Seperkara lagi tentang solat, usai menunaikan solat fardhu, pantas sahaja mereka bangun bagi menunaikan solat sunat ba'diah. Kekaguman menyelinap di hati ana. Rasa macam mereka lebih baik daripada ana. Masya Allah.. Yelah, solat sunat kadang-kadang tak teringat pun nak buat. Insya Allah, mari kita doakan agar kita dan mereka dapat sama-sama istiqamah.

Sebelah petang sememangnya meriah kerana mereka begitu bersunggu-sungguh membuat kad ramadhan. Kami meletakkan fokus agar kad tersebut hanya kepada sesama mereka serta warden dan pengurus. Ibu bapa tidak difokuskan kerana mereka sendiri sering mengutus surat kepada ibu bapa mereka. Kami terhibur melihat kesungguhan mereka.

Ketika selang antara solat terawikh, ana diamanahkan untuk memberi tazkirah. Ya Allah.. dah lama tak berdepan dengan orang. Bertambah sayu hati ana apabila ramai antara mereka yang menitiskan air mata. Barangkali sayu kerana Ramadhan kali ini, mereka di situ. Sungguh, hati mereka lembut. Hari-hari diberi taujih,masakan tidak..

Mereka juga banyak kali ajak kami bermalam bersama mereka. Siap offer nak pinjamkan baju sebab kami tidak membawa pakaian lebih. Tiada dalam perancanganlah katakan.Berat untuk menolak melihat wajah mereka yang sangat mengharap. Tak apa, insya Allah akan datang pula...

Secara keseluruhan, Alhamdulillah berjaya juga bersama mereka. Biarpun begitu banyak dugaan yang Allah beri tapi Allah permudahkan. Mereka sangat inginkan program sebegitu diadakan lagi. Jadi, selepas ini sesiapa yang cuti bolehla inform pada ana atau mak ana. Sebab takut cuti tak sama.



antara kad yang kami dapat tapi ini dalam simpanan ana. dekat fadzilah dan jannah ada lagi

Nampaknya sekadar itu sahaja, andai ada salah silap mohon maaf..
sekian, wassalam
~Ramadhan Kareem~

2 comments:

spanbob said...

yang haritu nt call ana sebab nak edit gmba2 tu la eh?
huhu..

masyaAllah, sounds interesting.
actually PYOS ade juga buat sumting pd ramadhan ni, utk RS. not sure ape die. sedih x dpt join dua2...

Unknown said...

ngaa.best la cuti.ada benda yang dapat diisi.akan kerinduan untuk bersama mereka lagi?nanana.

Related Posts with Thumbnails