31 July 2010

Aku.Bebas! Erk?


"...kerana itu janganlah kamu ragu-ragu terhadap al-Quran itu. Sesungguhnya (al-Quran itu benar-benar dari Tuhanmu, tetapi kebanyakan manusia tidak beriman."

[Huud 11:17]



Apabila mencecah masuknya telapak kaki kita ke bulan Ogos, pastinya ramai yang akan membicarakan mengenai kemerdekaan. 

Ya, Merdeka. 

Benar, akan wujudnya sesetengah pihak yang mengatakan bahawa kemerdekaan didefinisikan bebasnya kita dari taklukkan penjajah. Kemudian sesetengah daripada kita akan membicarakan tentang belum bebasnya kita dari penjajahan pemikiran.

gambar.yang.dijumpai.di.internet


"Kita mungkin bebas dari sudut fizikal, namun akal pemikiran kita masih dijajah,"

Apakah yang dimaksudkan oleh bebas dari sudut pemikiran?

Di sini saya cuba bebrbicara berpandukan hadaf-hadaf tarbiyah (Ahdaafu Tarbiyah), di mana kita men-tarbiyah bil hadaf. Sepertimana yang kita ketahui, hadaf tarbiyah yang pertama ialah at-Tasawwur al-Islami al-Wadhih (Gambaran Islam yang Jelas).

Iaitu dapat memberikan gambaran Islam dengan benar (as-Sahih) dan menyeluruh (syamil). Dan dengan pembentukkan kedua-dua unsur ini, hasilnya Islam dijadikan pedoman hidup ataupun sistem hidup (Minhajul Hayah).

ketika.dijemput.mengisi.usrah.gabungan.tamhidi


Minhajul Hayah ini sepertimana yang dikongsikan oleh seorang akh, dikenali sebagai akhuna Faridul, menggunakan seorang peminat setia taasub (die-hard fan) kelab sukan bola sepak yang sudahpun diminati ramai – Manchester United, sebagai contoh.

1. Pakaiannya serbi The Red Devils, dari hujung rambut berkelemumur mahupun tidak sehinggalah ke hujung celah kuku ibu jari kaki. Segala accessory tidak terkecuali.
2. Percakapannya saban hari adalah berkenaan kegemilangan dan kehebatan kelab bola sepaknya itu.
3. Apabila muncul individu-individu yang cuba mempertikaikan atau menafikan akan kehebatan pasukan Manchester United, maka peminat setia The Red Devils ini akan naik marah dan seterusnya pertengkaran akan berlaku.

Bagi saya contoh ini cukup ideal dan praktikal.

Seharusnya kita menjadikan Islam sebagai pakaian kita sehari-harian, menjadikannya a way of life sepertimana sepatutnya, bersih, menutup aurat, muraqabatullahmenunjukkan izzah kita kepada Islam dan sebagaimana sepertinya yang saya yakin dan percaya bahawa saudara saudari semua lebih arif.

Sentiasa berbicara mengenai perkara-perkara yang muntij dan bermanfaat kepada ummah (Hidup Untuk Islam), memperdengarkan perkongsian Akhbar-Akhbar Islami, dan berasa marah ataupun tidak redha apabila sistem perundangan Islam tidak diterima pakai dan ditolak merupakan beberapa aspek-aspek yang perlu diberi penekanan dalam kita menjadikan Islam sebagai Minhajul Hayah kita.


“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak mengingati Allah,”
[al-Ahzab 33:21]

perlu.hamasah


Persoalannya, adakah kita cukup Jiddiyah menjadikan Islam sebagai Minhajul Hayah?
Ataupun Minhajul Hayah kita masih Jahiliyah?

Sekian.

[amirS] minta jasa baik semua untuk memperbetul dengan telus, kerana kita ingin membina fikrah, dan fikrah tidak akan dapat dibina tanpa ketelusan.

diambil dari sini

2 comments:

Mr. TR said...

agak mantap di situ ye..

so, kita skrg ni dah bebas lum?

*masing2 fikir*

Muna Majidah Zameran said...

dah fikir..

firmanullah fil Quran;
"Wahai org2 yg beriman!Jika kamu bertakwa kepada Allah,nescaya dia akan memberikan FURQAN (kemampuan membezakan di antara yang hak dan batil) kepadamu dan menghapus segala kesalahanmu dan mengampuni dosa2mu. Allah memiliki karunia yang besar"
[8:29]

mengaku dirimu bertakwa?
dapat membezakan di antara hak dan batil?
mengisi ruang hati dan akal dengan iman atau nafsu?

hah,baru tahu diri dah merdeka ke belum. baru tahu merdeka keseluruhan atau separuh (xdinamakan merdeka kalau hanya separuh)!

wassalam

Related Posts with Thumbnails