Bismillahirrahmanirrahim
Allahumma baariklana fi syaaban wa ballighna ramadhan
Nilai hidup insan bukannya baru bermula di alam kedewasaan
Namun telah disusun sebaiknya sejak saat kelahiran
Antara sedar atau hanya membiarkannya berlalu
Tanpa meninggalkan sedikit pun kesan ke atas diri
Sehingga benih yang ditanam seolah tidak disemai
Dibiarkan membusuk dalam tanah hati
Akhirnya yang benar dan hak dikatakan pelik
Yang salah dan batil itu yang diagungkan
Adakah kita tergolong dalam golongan ini?
Tepuk dada tanya iman
Peluang yang ada diambil untuk mengingatkan diri dan sahabat2. Kisah ini berlaku di sebuah sekolah dalam sesi pembelajaran subjek Aqidah;
“Assalamualaikum wbt. Hari ini kita akan belajar di luar kelas. Semua diminta untuk keluar ke taman dengan kadar segera”, kata ustzh rafidah
Murid2 Tahun Satu Badar bersorak keriangan kerana pastinya mereka tidak akan merasa bosan dengan sesi pembelajaran hari ini. Mereka berlari sambil membawa buku dan pensel bersama.
Sampai di taman, ustzh bersama murid2 tadi menyanyikan lagu yang sentiasa mereka nyanyikan setiap kali memulakan sesi pembelajaran.
“Duduk tempat masing2, Tolong diam jangan bising”
Ya, itulah lagunya. Murid2 kelihatan seolah2 sudah tidak sabar lagi menanti apa yang bakal disampaikan oleh ustzh.
“Baiklah, semua duduk dulu. Biar ustzh terangkan game yang akan kita main hari ni. Semua bawa buku dan pensel kan?”
“Ya!”
“Selepas ustzh tiup wisel, semua perlu lari dan cari tempat yang betul2 selamat. Pastikan di situ tiada siapa pun yang dapat melihat kamu. Ustzh ulang, tiada siapa pun yang nampak kamu berada di situ. Kemudian tuliskan tempatnya. Ustzh kasi satu minit sahaja untuk cari dan tulis. Bila ustzh tiup wisel dua kali, semua kena lari ke sini semula. Faham?
“Faham, ustzh”
Setelah wisel ditiupkan, mulalah murid mencari tempat2 yang tersorok. Setelah satu minit, wisel ditiupkan kembali menandakan masa telah tamat. Murid2 pun kembali ke tempat mereka berkumpul.
“Ok, siapa yang dapat jawapan tolong duduk elok2. Bagi sesiapa yang tak dapat jawapan, tolong berdiri di hadapan kawan2. Kita akan tengok siapa yang tak dapat pun jawab soalan ustazah walaupun diberi satu minit.”
Hanya 3 orang sahaja dari 25 orang yang berdiri. Yang duduk sebenarnya ada yang betul2 ada jawapan dan ada juga yang tak jumpa jawapan tapi duduk disebabkan takut kena berdiri. Antara jawapan yang diberikan ialah di belakang pokok, di dalam gelongsor, di bawah bangku dan sebagainya. Kemudian ustzh bertanya kepada 3 org murid yang berdiri, sebab mereka tidak jumpa jawapannya.
“Saya tak sempat, ustzh. Sekejap sangat satu minit”
“Dekat taman banyak tempat terbuka. Kalau di dalam, saya bolehlah jawab bawah tangga”
Jawapan murid yang ketiga sama sekali tidak diduga oleh ustzh. Anak yang berusia 7 tahun ini memberikan jawapan yang begitu tepat. Memang jawapannya yang sedang dicari2 kerana itulah pengajaran untuk sesi pembelajaran kali ini.
* Nak tahu jawapannya? Jawapan ada dalam kisah. Kumpulkan 4 perkataan yang di bold kan.
________ ________ ________ ________
Ya, inilah dia kunci amal yang kita ada sekarang. Tapi, cukupkah jika hanya ada kunci tetapi tidak tahu untuk menggunakannya? Kita tahu bahawa Allah sentiasa melihat kita namun adakah benar2 kita merasainya? Jika kita yakin, mengapa masih timbul persoalan dan kata ini??
:( "eh, nak tutup aurat cukup kan dengan hanya berpakaian seperti ini?"
:( "Ops, sebenarnya apa aurat perempuan depan bukan mahram ha?"
:( "Takpelah, kaki ni x payah pakai stokin pun takpe, sekali sekala bagila dia bernafas sikit"
:( "Ha, baju ni lengan dia memang besar, bukan sengaja2 nak bagi nampak lengan, tapi dah terselak"
:( "Tudung ni, asal tutup kepala kira dah lengkaplah pakaian muslimah sejati"
:( "Erm, kalau pakai tudung tapi nampak tengkuk sebenarnya tak lah salah sangat. Kita dah usaha nak tutup tapi nak buat macam mana, cahaya tu boleh tembus pulak. Yang dah nampak tu, tak nak tunduk pandangan siapa suruh"
Kadang2 diri kita merasakan seperti itu kan? Nak tak nak, persoalan aurat ni sentiasa dijawab dengan alasan yang pelbagai. Bukan senang nak kawal nafsu berhias dalam diri ni kan?
Beginilah, sebenarnya cuba fikirkan penyelesaian ini. Sebelum keluar bilik@rumah, cermin diri dulu. Tidak kira sama ada menggunakan cermin yang memang dinamakan cermin atau kawan atau dua biji mata kita sendiri. Pandang dari atas sampai bawah dan tanya
“sah tak kalau aku solat dengan pakaian ini?”
:( "Ha? Kalau macam tu kena pakai telekung lah! Kita nak keluar, bukannya nak solat!! Solat tu kan untuk menghadap Allah.."
Itulah kalau orang yang susah nak faham. Kita solat untuk menghadap Allah. Kita malu untuk membuka aurat ketika solat kerana kita sedang diperhatikan oleh Allah. Kalau begitu, waktu lain, adakah kita tidak diperhatikan oleh Allah? Tidak, kita perlu tahu ukuran aurat adalah sama jika kita berada di hadapan bukan mahram dan ketika solat kerana sesungguhnya kita sentiasa berhadapan dengan Allah. Jika fahaman ini ada, kita tak akan jumpa wanita2 yang tahu menutup aurat ketika solat tapi tak tahu menutup aurat ketika berada di luar. Fikir2kan dan selamat mencuba!
Ayuh kembalikan ruh jadiidmu, wahai muslimah pembela ummah! Rasakan bahawa ada janji Allah disebalik segalanya..
“Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri2mu, anak2 perempuanmu dan isteri2 orang mukmin, hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali, sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang”
(Al-Ahzab 33:59)
Inilah dia janji Allah buat mereka yang benar2 menjaga aurat mereka. Jika difikirkan akal pun, kita boleh tahu kan? Antara buah mempelam yang dibalut di pokok dan dibiarkan begitu sahaja, manakah yang lebih disayangi oleh tuannya? Dan yang manakah yang lebih elok hasilnya? Tentunya yang berbalut kan! Buat semua muslimah, peliharalah dirimu kerana dirimu begitu berharga..
Semoga semua berbahagia mendapat hidayah dan pengampunan dari-Nya. Mungkin Ramadhan yang bakal menjelma kali ini bisa membawa satu perubahan positif dalam diri. Bertekadlah!!
*p/s: maaf andai ada bahasa yang kurang menyenangkan. Aasifah, mungkin post ini special dan sesuai untuk kaum muslimah tapi apalah salahnya jika semua dapat mengambil sedikit sebanyak pengajaran dari penulisan ini.
..wassalam..
6 comments:
alhamdulillah..syukran gdah atas perkongsian..
moga Allah golongkan kita dalam kalangan hambaNya yang taat dan patuh serta diredhai
**bestnya DC dah slalu di update sekarang ni..wee :)
brainstorm.brainstorm.
wei.korg.
jom.tlg.ana.fikir.cth.utk.apply pd.kaum.adam.
jomjomjom.
pergh.best.seh.main.isi2.tmpt.kosong.nih.
p/s.
ana.x.fhm.ttg.nyanyi.tuh.
ada.ke.lagu.cegitu?
moga perkongsian ini bukan hanya menjadi tatapan mata malah bisa meresap ke dalam jiwa
p/s: lagu tu special edition tp mmg bukan ana yg reka. setiap pagi dgr anak2 kecil di tadika menyanyikannya, adalah rentaknya
la mir..x ingat ke time kita tadika dulu....nyanyi lagu tue~
pergh.
ckp.mcm.pernah.masuk.tadika.
anta.tahu.x.tadika.tu.ape.neer?
p/s.
tadika.ana.x.pernah.nyanyi.lagu.cegitu.
kitorg.nyanyi.lagu.bingkai.kehidupan+jalan.juang.
pergh.qowi.pny.tadika.
sedang membaca kembali post2 lama,
hmm..
sengal rupanya aku nih dulu (-_-"
Post a Comment