19 November 2010

Insyirah

"Hari ni ada test lagi ker?"

"A'ah, masa kedua."

"Adui....."

Bila sekali dahi (tak kisahlah samada berkedut atau tak) dah di cop sbg seorang pelajar/student/penuntut ilmu atau yg sewaktu dengannya, 'fenomena' ujian ni tak pernah nak reti untuk henti daripada datang tanpa diundang. Nak tak nak, rempuh jelah...


"......................."

"Jangan tanya macam mana test tadi..."

Frust, tension, perasaan nak rebus semua mi maggi kat dapur... memang ni lumrah kehidupan sebagai seorang pelajar.

Tapi, masih kita sedar bahawa:

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
Kerana sesungguhnya bersama setiap kesulitan ada kemudahan, 
إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
Sesungguhnya bersama setiap kesulitan ada kemudahan


Sesiapa2 sahaja boleh tension (tak caya? gi suruh budak tadika wat kerja rumah korang, konfem tension, haha3)

    (Suasana di KDU pada hari Ahad, 14 November - semua macam tension nak gugur rambut)


Tapi yang membuat kita lain dari yang lain ialah bagaimana kita handle semua ini. Cuba tengok negara Jepun, negara yang kadar bunuh diri nya amat tinggi (kisah sebenar). Harap je otak pandai, kira tak guna kalkulator, square root semua kena hafal (square root 2 ialah 1.41, square root 3 ialah 1.73 - geh, ana pun dah jadik orang jepun ke? oh tidak!)...

Ingatlah, Allah takkan membebankan hambanya melibihi daripada kadar kemampuannya.

Alang-alang dah tulis pasal beberapa ayat Surah Insyirah, meh kita usha skit info pasal surah ni:



- Nabi Muhammad S.A.W bersabda: “Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah. seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku.”

- Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta memudahkan segala keperluan dan dimudahkan rezekinya.

- Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

- Barangsiapa membaca Alam Nasyrah 9 kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.



(InsyaAllah, kalau tiada halangan ana akan teruskan menulis. Kalau takde tu maknanya ana sibuk lah tu)


Dahlah tu, panjang sangat takut membebel pulak. Kepada yang tengah menghadapi peperiksaan, good luck, bittawfiq wannajah. Selamat berjihad. 頑張れ!(ganbare!)

P/S: Cuti ana sampai 28 hb, tapi 27 tu dah mula bertolak kembali ke KL...

5 comments:

AmirSyafiq said...

pergh.
luqluq.tulis.dh.sedap.seh.skang.
best.
makin.matang.
huu.

abu_syahid said...

man, muka nta dah ade jepun2 skit :)

Anonymous said...

alhamdulillah.Menunggu.

Nur Jannah said...

betul2. tak abis2 tension bila exam. sampai bila baru rasa lali agaknya..

whoa. hebat Nurul Ain. akan menunggu perkembangan terbaru. go go!

Venopolymede said...

erk.... ??? muka ana makin jepun? biar betui...

Related Posts with Thumbnails