25 April 2011

izinkanlah aku untuk terus tinggal di sini

"Sesiapa yang ingin mencontohi seseorang, maka ambillah contoh daripada mereka yang telah mati. Kerana orang yang masih hidup belum terjamin kesudahan hidupnya" (Kata-kata Salaf)
~*~
Membuat keputusan hidup mati di hadapan insan yang menjadi sebab kewujudannya bukanlah suatu yang mudah. Tapi, sejarah telah menulis keputusan yang diambil olehnya; membunuh syirik pada insan tersebutayahnya. Ada sesuatu yang terpacak kuat dalam dirinya yang memungkinkan keputusan itu diambil tanpa ragu.

Ada lagi kisah yang menarik.

Suasana perang Uhud tidak memihak kepada tentera muslimin. Benteng pertahanan mula goyah. Musuh berjaya menembusi barisan tentera islam. Perhatian tentera musyrikin ditumpukan kepada Muhammad Rasulullah. "Tunjukkan aku mana Muhammad!!" teriak tentera yang menerima kekalahan besar di medan Badar. Dalam keadaan genting, musuh menerpa masuk ke kawasan Rasulullah. Bagaimana untuk mempertahankan Rasulullah? Seorang sahabat membiarkan dadanya menjadi benteng dan perisai kepada tombak yang menjunam dan panah yang dilepaskan dari busur.

Selesai perang, ternyata Rasulullah mengalami kecederaan. Gigi baginda patah, kulit dahinya terkoyak dan di pipinya, terbenam dua mata rantai baju perisai baginda. Seorang sahabat mencabut mata rantai itu menggunakan giginya sehingga gigi kacipnya patah jatuh ke bumi. Boleh sahaja dia menggunakan tangan untuk mencabutnya, tapi itu akan menyakitkan Rasulullah. Lalu dia mengorbankan giginya.

Ada lagi kisah yang menarik.

"Hulurkan tanganmu, aku ingin berbaiah kepadamu." pinta Umar al-Khottob. Lalu dia menjawab, " Aku tidak ingin mendahului lelaki yang dilantik Rasulullah mengimamkan kita dalam sembahyang."

Ada lagi kisah yang menarik.

Air mata Umar al-Khottob, khalifah kedua, mengalir kerananya. Syam ketika itu dilanda wabak taun. Seorang demi seorang meninggal dunia. Seorang sahabat yang memimpin tentera Islam menawan Syam menerima surat daripada Umar memintanya untuk keluar dari Syam. Sahabat itu menjawab, "Sesungguhnya, aku merupakan salah seorang dari tentera Islam. Aku tidak ingin untuk menyelamtkan diri daripada bencana yang menimpa mereka. Aku tidak akan meninggalkan mereka sehingga Allah membuat keputusan untuk aku dan mereka...Izinkanlah aku untuk terus kekal di sini."

Selang beberapa waktu, ruhnya dijemput oleh Allah.

...dan sahabat itu ialah Abu 'Ubaidah bin al-Jarrah..antara sepuluh yang dijamin syurga...

Apa yang boleh kita pelajari dari beliau? Sambung di ruangan komen di bawah~

Rujukan: Suwar min hayaat as-shohabah

23 April 2011

Kerana Mereka Penghuni Syurga : Said bin Zaid

Bismillah.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Semoga kisah hamba-Mu yang dijanjikan syurga mampu membangkitkan jiwa yang sedang dibuai mimpi agar kami mengetahui bahawa nilai syurga-Mu bukanlah boleh dijual beli dengan hidup bersenang lenang di muka bumi.


Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga serta sahabat baginda yang rela berkorban demi agama Islam. 


( Taba, Mesir)




Kawan-kawan yang dikasihi,
Pasti ada antara kita yang pernah mendengat satu kisah dimana Umar Al-Khattab telah menampar suami Fatimah al-Khattab dan juga Fatimah Al-Khattab (adik kepada Umar) apabila mengetahui mereka telah memeluk agama Muhammad SAW iaitu agama Islam. Kisah ini berlaku sebelum Umar al-Khattab memeluk agama Islam/


Persoalannya kawan-kawan. Pernahkan kita terfikir siapakan suami Fatimah Al-Khattab?


  _*****_*****_*****_*****_*****_*****_

Kawan-kawan, mahu tahu tak..
Suami pada Fatimah Al-Khattab  adalah orang yang penting dalam sejarah Islam kerana dia adalah antara orang yang dijamin masuk syurga.

Nama lelaki yang bertuah itu ialah Said bin Zaid

Baiklah, kita mulakan kisah Said bin Zaid dengan berta'aruf sebentar sedikit kisah ayah kepada Said dalam mencari agama yang benar.
Nama ayah Said ialah Zaid bin Amru bin Nufail.

Kisahnya begini...

Suatu hari, Zaid sedang duduk di satu sudut di Mekah. Zaid memerhatikan kaumnya, orang Quraisy yang sedang sibuk berpesta. Orang lelaki memakai serban Sandusi yang dikatan kelihatan seperti kerudung Yaman yang mahal.Wanita pula memakai pakaian bergaya berwarna terang menyala. Orang-orang Quraisy menghiaskan ternakan mereka kerana mahu bawa dan persembahkan kepada Tuhan. 

Zaid sandarkan badannya di Ka'abah. Lantas Zaid berkata:

"Wahai orang-orang Quraish. Kambing-kambing itu ciptaan Allah. Allah yang menurunkan hujan. Kambing itu minum daripada hujan itu. Allah tumbuhkan rumput-rumput dimana kambing-kambing itu makan rumput tersebut sehingga kenyang. Kemudian kalian sembelih binatang itu tanpa menyebut nama Allah. Aku nampak kalian adalah orang-orang yang sesat dan jahil."

Al-Khattab (ayah kepada Umar Al-Khattab) yang berada di situ lantas bangun dan menampar Zaid kerana marah dengan kata-kata Zaid tadi. Dengan lantang al-Khattab berkata:

" Engkau kurang ajar! Aku dah dengar banyak kali engkau cakap seperti ni. Dah lama kami sabar. Tapi aku dah hilang sabar."

Kemudian al-Khattab yang merupakan orang berpengaruh  pergi menghasut orang Quraisy supaya menyakiti Zaid lantaran sikap Zaid yang membenci dan mencela agama mereka. Lalu,orang-orang Quraisy pun menyakiti Zaid. Orang-orang Quraisy telah menyakiti Zaid sehingga Zaid pergi memencilkan diri di Gua Hira'.

Digambarkan betapa teruknya  orang-orang Quraisy menyakiti Zaid sehingga Zaid tidak boleh pulang ke Mekah melainkan secara rahsia.  

Suatu hari,Zaid pulang ke Mekah secara rahsia dan berjumpa dengan 4 orang untuk berbincang masalah kaum mereka yang sudah jauh tersesat daripada agama Nabi Ibrahim. 4 orang tersebut ialah:

1) Waraqah bin Naufal
2) Abdullah bin Jahsyi
3) 'Uthman bin Harith
4) Umaimah binti Abdul Muthalib

Mereka berlima duduk berbincang dan Zaid berkata,

“Demi Allah! Sesungguhnya kalian sudah maklum bangsa kita sudah tidak mempunyai agama. Mereka sudah sesat dan menyeleweng dari agama Ibrahim yang lurus. Oleh itu marilah kita pelajari suatu agama yang dapat kita pegang jika saudara-saudara inginmenjadi orang yang beruntung.”

Lantas, empat orang lelaki itu pergi menemui pendeta-pendeta Yahudi, Nasrani, dan pemimpin-pemimpin agama lain untuk menyelidiki dan mempelajari agama Ibrahim yang sebenar. 

Dia akhir pencarian tersebut, Waraqah bin Naufal meyakini agama Nasrani. Manakala ‘Abdullah bin Jahsyi dan 'Uthman bn Harith tidak menemukan apa-apa. Sedangkan Zaid bin ‘Amr bin Nufail mengalami kisah tersendiri. 

Kisahnya begini ye kawan-kawan:

Zaid berkata:

“Saya pelajari agama Yahudi dan Nasrani. Tetapi keduanya saya tinggalkan karena saya tidak memperoleh sesuatu yang dapat menenteramkan hati saya dalam kedua agama tersebut. Lalu saya berkelana ke seluruh pelosok mencari agama Ibrahim. Ketika saya sampai ke negeri Syam, saya diberitahu tentang seorang Rahib yang mengerti Ilmu Kitab. Maka saya datangi Rahib tersebut, lalu saya ceritakan kepadanya pengalaman saya belajar agama.
 Rahib itu berkata:

"Aku nampak kamu ni mahu agama hanif iaitu agama Nabi Ibrahim"
Zaid pun menjawab:

"Ya,memang aku mahu mencari agama hanif"
Lalu Rahib pun berkata:

"Kamu ni sedang mencari agama  "la tujad al-yaum" ( tiada pada zaman sekarang) . Tetapi pulanglah kamu ke negerimu. Allah akan membangkitkan seorang Nabi di tengah-tengah bangsamu untuk menyempurnakan agama Ibrahim. Maka bila kamu bertemu dia, tetaplah kamu bersamanya"
Zaid berhenti mengembara mencari agama yang hak. Zaid kembali ke Makkah  untuk menunggu Nabi yang dijanjikan. 

Ketika Zaid sedang dalam perjalanan pulang, Allah mengutus Nabi Muhammad menjadi Rasul dengan agama yang hak . Zaid masih belum sempat untuk  bertemu dengan Nabi Muhammad. Ditakdirkan Allah, dalam perjalanan ke Mekah dia dihalang perompak-perompak Badwi di tengah jalan lantas terbunuh sebelum dia sampai kembali ke Makkah. 

Sewaktu Zaid inginmenghembuskan nafas yang terakhir,Zaid memandang ke langit dan berkata:

 “Wahai Allah! Jika Engkau mengharamkanku dari agama lurus ini, maka janganlah anakku Sa ‘id diharamkan pula daripadanya.”


  _*****_*****_*****_*****_*****_*****_

KISAH SAID BIN ZAID


Allah SWT telah memperkenankan doa Zaid bin Amru.

Bila Rasulullah SAW diutuskan di Mekah, Said merupakan antara golongan pertama memeluk Islam.
Said ialah orang yang beriman dengan Allah dan membenarkan ajaran Nabi Muhammad SAW. 

Said diasuh di rumah yang mengingkari kejahatan dan kesesatan yang orang Quraish. Said diasuh dalam kamar ayahnya (Zaid bin Amru) yang hidup dalam mencari kebenaran.Bahkan ayahnya menghembuskan nafas terakhir ketika sedang mencari dalam kepayahan untuk mengejar agama yang benar. 

Zaid tidak memeluk Islam sendirian, malahan Zaid memeluk Islam bersama dengan isterinya, Fatimah Al-Khattab (adik kepada Umar Al-Khattab).

Kawan-kawan yang disayangi,

Sepertimana Sumayyah yang syahid disula, Bilal bin Rabah yang diseksa di tengah padang pasir yang panas ditambah dengan diletakkan batu yang besar di dadanya, Khabab bin Arat yang dipanggang di atas bara api sehingga bara api itu terpadam lantaran lemaknya mencair...
Begitulah juga dengan Said bin Zaid yang tidak terlepas daripada seksaan orang-orang kafir.

Kawan-kawan yang dikasihi,

Sepertimana golongan Islam yang terawal mempertahankan agama Islam dan aqidah mereka agar tertegak di muka bumi, seperti itulah kita perlu mendidik jiwa-jiwa kita agar terus sabar dan tabah dalam mempertahankan agama Islam.InsyaAllah :)

Walaupun Said diseksa, namun itu tidak menjadi alasan untuk Said menarik orang-orang luar memeluk Islam. Sehingga Said menjadi antara sebab islamnya Saidina Umar Al-Khattab.

Said sepanjang hidup pemudanya berbakti  untuk Islam. Said masuk Islam sebelum usianya 20 tahun. Said dapat bersama dengan Rasulullah SAW dalam semua peperangan kecuali perang Badar kerana Said diberi tugas lain oleh Rasulullah SAW.

Said juga mengambil bahagian dalam menjatuhkan kerajaan Qisra,Parsi dan Qaisa,Rom.

Dalam banyak-banyak peperangan yang Said sertai,ada satu perang yang kisahnya menarik untuk dikongsikan iaitu di dalam perang Yarmouk dimana ketika ini Rasulullah SAW telah pun tiada (wafat).

Kisahnya begini, Perang Yarmouk telah mempertemukan pasukan umat Islam dan juga orang kafir Rom.
Jumlah tentera umat Islam ialah 24,000 manakala tentera kafir Rom ialah 120,000.

24,000 vs 120,000

Said menceritakan suasana Perang Yarmouk yang sungguh menggerunkan itu.

"Musuh bergerak ke arah kami dengan langkah-langkah yang mantap bagaikan sebuah bukit yang digerakkan tangan-tangan tersembunyi. Ditambah lagi orang kafir Rom meletakkan di barisan hadapan mereka golongan pendeta,perwira dan paderi salib-salib dengan memegang salib dan berdoa. Tentera-tentera di belakang mengaminkan. Suara itu bergema"

Waktu itu, tatkala melihat tentera-tentera Islam yang dilanda ketakutan Abu Ubaidah pantas bangun dan bangkitkan semangat jihad kaum muslimin.

“Wahai hamba-hamba Allah! Menangkan agama Allah! Pasti Allah akan menolong kamu, dan memberikan kekuatan kepada kamu!“Wahai hamba-hamba Allah! Tabahkan hati kalian! Karena ketabahan adalah jalan lepas dari kekafiran; jalan mencapai keridhaan Allah, dan menolak kehinaan.“Siapkan lembing dan perisai! Tetaplah tenang dan diam! Kecuali dzikrullah (mengingat Allah) dalam hati kalian masing-masing.“Tunggu perintah saya selanjutnya! Insya Allah!”


Pesanan yang ringkas namun cukup untuk memotivasikan jiwa-jiwa yang beriman kepada Allah.

Tiba-tiba ada seorang tentera Islam meluru ke depan dan berkata:

"Aku mahu ber jumpa Rasulullah. Ada kalian mahu sampaikan pesan?"
MasyaAllah! Kawan-kawan lihatlah tingginya semangat mahu syahid tentera Islam ini!  

Abu ubaidah menjawab.

"Ya,sampaikan salam kami dan salam-salam orang Islam dan sampaikanlah pesan kepada Rasulullah bahawa kami telah mendapati apa yang Allah janjikan itu benar-benar terbukti (Qaisa akan dimiliki)."

Lantas semangat jihad terus membara dan perasaan takut pun hilang.

Di akhir peperangan Yarmouk,Allah menetapkan kemenangan pada orang Islam! Allahu Akbar!


Said bin Zaid  juga telah terlibat dalam pembukaan kota damsyiq dan menjadi wali damsyiq (Dilantik oleh Abu Ubaidah)

_*****_*****_*****_*****_*****_*****_


Hidup manusia memang tidak akan lari daripada ujian. Begitu juga dengan Said bin Zaid.

Semasa pemerintahan Bani Umaiyah, Arwa  mengatakan Said merampas tanahnya yang bersebelahan. Arwa jumpa dengan Marwan bin Hakim yang merupakan hakim zaman itu. Arwa menceritakan masalahnya pada hakim tersebut. Said pun berkata,

 " Engkau kata aku menzalimi engkau. Macam mana aku nak menzalimi engkau sedangkan aku pernah mendengar Rasulullah bersabda  bahawa siapa yang mengambil tanah orang walaupun sejengkal,di akhirat kelak Allah akan pikulkan 7 lapis bumi kepadanya"


Maksudnya di sini, betapa beratnya hukuman orang yang mengambil tanah orang yang bukan haknya.

Lalu Said berdoa kepada Allah;

"Ya Allah, sekiranya dia menuduh aku menzalimi dia tetapi dia menipu. Ya Allah,butakanlah matanya dan jatuhkanlah dia dalam tanah yang dia katakan aku merampasnya. Buktikanlah kepada kaum muslimin sejelas-jelasnya bahwa tanah itu adalah hakku dan aku tidak pernah menzaliminya.”

Tak sampai beberapa ketika, jadilah banjir di Madinah. Allah telah menzahirkan  batasan tanah milik Arwa dan Said yang mereka perselisihkan. Orang-orang Islam mendapat bukti bahawa Said berada di pihakyang benar manakala tuduhan Arwa adalah palsu.

 Beberapa ketika selepas itu, Arwah menjadi buta. Ketika Arwa sedang berjalan di tanah yang dipersengketakannya, dia pun jatuh ke dalam sumur lalu mati.

'Abdullah bi 'Umar berkata:

“Memang, ketika kami masih kanak-kanak, kami mendengar orang berkata bila mengutuk orang lain, ‘Dibutakan Allah kamu seperti Arwa.”

Kawan-kawan, perkara seperti ini iaitu doa hamba Allah dimakbulkan bukanlah suatu perkara yang  pelik kerana Rasulullah SAW pernah bersabda:

"Takutlah doa orang yang dizalimi kerana doa orang yang dizalimi dengan Allah tiada hijab"

Apatah lagi sekiranya doa itu adalah salah seorang sahabat yang dijamin masuk syurga.


Alhamdulillah.Selesai.

| 22 April 2011| 10.27 pm|
Mansoura,Mesir

p.s: Kisah Said bin Zaid ni ana dapat semasa menghadiri MABIT (Malam Bina Iman dan Taqwa) di Mansoura. Kisah ini boleh didapati dalam buku 60 sahabat nabi yang silibus usrah sekolah Hidayah guna. Tapi yang ana dapat ni dalam versi bahasa Arab. (lupa nama buku dia. Siapa ingat?)

18 April 2011

kerana mereka penghuni syurga



sudah cukupkah kita bertaaruf dengan mereka?
jom taaruf!
nantikan perkongsian ukthi Wani di sini 
(insya Allah)
^__^


Doctor WANI, cepat cepat kami tak sabar dah ni nak dengar@baca seerah sahabat Rasulullah.  

siapa setuju angkat tangan! :)

09 April 2011

inspirasi

In the name of Allah

Saat kita kecil... Banyak adegan2 yang mengajar kita tentang erti sebuah pengalaman...(Ini hanya muqaddimah)

Salah satu photoshot dalam majalah inspirasi

Baru saja habis membelek2 edisi terbaru majalah inspirasi (hmm..menarik & tertarik). Banyak idea baru yang muncul. Tiba2 terasa seperti mengimbau kenangan lama. Mana tidaknya, tahun 2007-2008 adalah saat kita mula mengenal hati budi dan erti tarbiyah sendiri.

Mari tengok semula sejarah lama...

12 tahun (baru tamat darjah 6)
"Nak masuk mana ye?"
"tukar je SRIH jadi SMIH..."(monolog ex-SRIH)

"Nak masuk mana ni?"
"Tau tak sekolah yang banyak kelapa sawit tu?"(dialog ex-SR/SK)

13 tahun
"tak pernah sangka nak sambung kat SMIH"
"Kita rancang, Allah pun rancang...Dialah yang mengetahui the best for us"(dialog dalam kelas BI)

14 tahun
"Eh, kenal tak budak kelas sebelah?"
"Mana? 1 Ihsan ke? 1 hikmah? (ke buat2 tak kenal)

15 tahun
"Tahun ni kita rombak kelas la... baru nak rapat ngan enti"
"tak pe kelas sebelah2 je"

16 tahun
"Weh, masuk kelas mana?"
"tengok result laa.."(tak sure nada sedih atau gembira)

17 tahun
"cepat nye dah nak habis sekolah...SPM?"
"Huh debor2. Jangan sebut."

"rindu la kat sekolah...asatizah..."
(monolog bulan dec '08)

18 tahun
"Assalamualaikum...anta dapat masuk mana?"
"Hmmm... mana2 yang sudi terima ana."
(dialog masa call/YM/sms)

19 tahun
"Lepas foundation ni, nak gi mana ek?"
"Masuklah USIM...(opps terpromote...)"

20 tahun
"...ya Allah, semoga sahabat2 ditetapkan terus thabat dijalanMu.. "
(antum perlu kuat...pilihan ada pada kita)

Perbanyakkan saat2 indah dalam umur kita. Jika kita tersenyum dengan jujur menghadapi kesulitan hidup, maka hati dan jiwa kita pasti akan tertawa. Ingatlah bahawa kita adalah penerima scholarship(amanah) teragung melalui umur dan keislaman kita...

Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah); (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
(ar-rum:30)

[Hampir2 tak perasan tarikh yang terukir di sidebar.Terawal post...wallahu a'lam]

07 April 2011

Aimi Dah Tumbuh Kepak

Seperti yg tertera pada title yang agak merapu diatas tu, insyaAllah, sekiranya takde apa2 halangan, Aimi akan fly ke Jepun pada hari Jumaat 8 April 2011 utk sambung belajar di Kagoshima University. Semoga beliau selamat tiba di negara matahari terbit.


Ana pulak? Lama lagi kot. Mungkin seminggu dua lagi. heh~  Dah dapat Ibaraki University, Ibaraki pulak sebelah je Fukushima, leh teropong asap2 yang keluar dari loji nuklear tu. :P

Kalau tiada halangan kita bertemu di KLIA ye, hantar Aimi dan budak2 lain....

05 April 2011

v2s

Assalamualaikum

Alhamdulillah, akhawat xgen dapat juga meneroka bumi ke tanah seberang berjumpa dengan akhawat yang lama tak bersua sejak lepas SPM. Dah 3 tahun, sekejap ke lama?

Maknanya sejak raya lepas hingga sekarang dah lama juga akhawat x buat program,kan. Jadi, dengan cuti yang ada kita cuba manfaatkan walaupun tak ramai.. Oleh sebab itu,lahirlah idea untuk berjaulah dan diberi nama v2s - visit to singapore. Jazakillah khairan kathira kepada cik tour guide yang berkaliber~ hee. This journey, a journey of ukhwah, a journey of love. We want to keep in touch with each other because we care..

Tarbiyah.
"Beratnya bunyi.. "
"Zaman dekat sekolah dulu.."
"Erm.. hee"

Jangan lihat dari satu sisi. Tarbiyah, pendidikan. Ia adalah kehidupan. v2s ni pun tarbiyah,ape. Mendidik diri dan hati ada banyak aspek dan banyak cara.. Kita boleh buat banyak perkara yang seronok sebab tarbiyah itu seronok! Betul x? Kita belajar naik mrt, nanti senang nak berjalan.. Bila dah berjalan kita lihat macam-macam manusia. Betullah, Allah ciptakan manusia yang macam-macam supaya kita berkenal-kenalan. Xgen pun macam-macam orang jugak yang kita jumpa, macam-macam perangai yang kita kenal. 5 tahun (yang kurang 5 tahun jangan kecik ati ^.^) kita bersama, takkan nak bagi putus macam tu je? Kita mula hargai ukhwah dan kita semangat untuk laungkan "Xgen bersama menggegar dunia!"

Slogan itu, maknanya dalam.. macam mana nak gegar dunia kalau usahanya biasa-biasa.. dan macam mana nak gegar dunia kalau sorang-sorang.. Ana pasti, ramai yang rindukan suasana dulu,kan? Belaja macam ape, makan sesuka hati, main gembira2 riang ria, time qiam kejutkan semua, redah hutan semak belukar gunung-ganang.. hmmm.. banyaklah, tak terkata. Bila dah keluar, hilang suasana tu. Susah nak cari kalau diri tak kuat.  Jangan rasa terasing atau terpinggir, kita bernanung di bawah satu nama..

Tarbiyah ada di mana-mana~ Selagi diri bergelar muslim, selagi itulah kita mesti jadi lebih baik dari semalam. Biar perubahan itu kecil, orang tak tahu, mak ayah tak perasan.. tapi kita tahu kita ada lakukan perubahan yang lebih baik. Andai bila kiamat, kita ditakdirkan masuk syurga.. Kalaulah boleh, kita pasti akan cakap "Ya Allah, aku tak nak masuk sorang-sorang.. Aku nak bawa orang-orang yang aku sayang..." Rahmat Allah itu sentiasa luas, kisah ini pernah berlaku. Seorang sahabat yang baik tidak mahu masuk ke syurga selagi sahabatnya yang hampir ditolak ke neraka tidak ikut bersama. Allah perkenankan dan mereka masuk ke syurga bersama-sama. Sweet,kan~

Insya Allah, masa masih ada.. Kita akan berusaha bersama untuk realisasikan Xgen bersama menggegar dunia!

credit to:
syafiqah ruzaini
nur fadzlin affendi

dan pada kawan syafiqah, iffah :)

kerana mnjd tour guide kami.. insya Allah sng la klau nk buat v2s2! hee

on the trip:
ezzah fatin jemain

faizah a.a
maisarah abdul malik

sikit kan? xpe,on je.. (awal2 lebih 10 org )
Kami sampai di spore dlm pukul 10.30pg. Terus ke Bugis, lunch, shoping dan zuhur di sana.
Lepas zuhur ke vivo city utk ke sentosa island.
Malam baru ke rumah syafiqah dan pagi ahad pulang ke msia..
Tak banyak tempat dapat pergi tapi itu pun dah cukup memenatkan


dkt MRT 

siloso beach

solat maghrib tepi pantai je.. bawak sejadah dan kompas. rndu mukhayam!

last snap then bergerak ke lain

ambil gambar je, x mampu nak masuk

otw balik msia, jumpa ni..sad yet creepy

last station, moga jumpa lagi! :)


"Allah berfirman pada Hari Kiamat, dimanakah orang yang bercinta dengan keagunganKu pada hari ini? Aku akan menaungi mereka di bawah naunganKu pada hari yang tiada naungan kecuali naunganKu" (Muslim)
-jazakillah mam~

p/s: Akhawat, aimi punya farewell nak buat bila?
-sape2 yg x dpt join v2s, kte buat lg eh. dkt msia plak..org spore kene turun tau..

Iklan : Peace and Humanitarian Aid for Gaza 2011


Related Posts with Thumbnails