23 May 2011

jam yang bersistem


pukul berapa sekarang ? cuba lihat jam anda...

alhamdulillah... bukan masa yang ingin dibicarakan....

cuba bongkar isi jam tangan anda... apa yg ada ?

bagi yang memakai jam tangan jarum,

sudah pasti anda akan nampak gear-gear jam...

dan semestinya gear-gear itu lebih dari satu...

kerana jam punyai jarum saat, minit dan jam...

maka kadar pergerakan untuk setiap jarum juga berbeza...

begitu juga dengan gear-gear nya...

maka itulah yang dikehendaki oleh orang yang mencipta jam...

jam itu difitrahkan oleh orang yang menciptanya untuk mengikut arus masa...

jadi, gear-gearnya juga harus bergerak mengikut masanya...

gear-gearnya juga mesti bergerak mengikut arah yang telah ditetapkan...

supaya sebuah jam dapat dicipta dan memenuhi kriteria sebuah jam yang sempurna...

begitulah jam di-sistem-kan oleh orang yang menciptanya...

.............................




kemudian ada jam yang gear nya bengkok...

ada jam yang gigi-gigi gearnya tidak sempurna dan cukup...

ada jam yang punyai gear yang bergerak laju sentiasa semuanya...

ada jam yang punyai gear yang bergerak lambat sentiasa semuanya...

maka jam-jam ini diperlihatkan kepada orang yang menciptanya...

dan orang itu katakan...

"jam ini sudah rosak"

kenapa rosak ?

sebab tiada sistem dalam jam tersebut...

bila jam-jam tersebut tidak bersistem, maka ianya rosak...






begitulah kita...

kita adalah jam...

dan ALLAH telah ciptakan sistem untuk kita...

sistem itu adalah ISLAM...

....................................

2 comments:

little daie said...

dan ada kalanya gear2 itu memerlukan pelincir...

Anonymous said...

http://makcikhajjahsittalwuzara2u.wordpress.com

jgn ingat dakwah kita sudah bagus, ramai lg yg belum faham. syukur dgn apa yg kita faham tentang islam dgn menerangkan kepada org lain.berkongsi

moga pemilik wordpress diberi hidayah.

Related Posts with Thumbnails