01 June 2011

Mencari Mutiara di Sebalik Debu Mesir ^_^

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW serta sahabat dan ahli keluarga baginda.


Sesungguhnya pada langit dan bumi benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) untuk orang-orang yang beriman.
(Al Jaatsiyah: 3)






Status di Facebook saya beberapa bulan yang lalu.:)
Mencari mutiara di sebalik debu Mesir.
Adakalanya sangat menguji diri sekiranya tidak bersabar.


Orang kata, jika tiada Sungai Nil..maka tiadalah tamadun Mesir.
Saya setuju dengan kenyataan ini :)



Di bawah ini lagu terbaru kumpulan Hijjaz mengenai Yukabid (ibu kepada nabi Musa). Lagu yang menyedarkan saya bahawa masih banyak benda di Mesir yang perlu saya teroka dan berkongsi bersama dengan masyarakat.
Apatah lagi masyarakat di Mesir mendidik saya betapa kebahagiaan jiwa itu mampu dikecapi biarpun tanpa hiburan melampau mahupun kekayaan yang melimpah ruah.




Saya mahu berkongsi sedikit gambar.
Gambar sekitar Ra'su Bahr, Mesir yang terletak kira-kira 1 jam 30 minit dari Mansoura.
Ra'su Bahr menjadi saksi pembuktian kekuasaan Allah. 
Air laut yang masin dan air sungai tidak bercampur. Subhanallah!






Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu.Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya
[ Ar-Rahman: 19-20 ]

Subhanallah! Saya baru tahu,Sungai Nil ini sangat panjang [600++ km] dan membekalkan bekalan air kepada manusia dan makhluk sekitarnya :)


Perjalanan untuk menuju ke hujung jalan. Untuk melihat kebesaran Allah di mana tempat bertembungnya sungai Nil dan Laut Mediterranean.


Subhanallah ! Tidak terkata dengan kata-kata apabila diri ini dipilih oleh Allah untuk melihat salah satu kebesaran Allah yang selama ini hanya sekadar tahu melalui bacaan buku sahaja.
Pertembungan antara Sungai Nil dan Laut Mediterranean. Namun kedua air ini tidak bercampur. Malahan  corak ombaknya juga berbeza! Corak ombak ini dapat dilihat dengan ketara ketika musim sejuk dan angin kuat.



Memerhatikan alam ciptaan Allah terasa amat indah. Selepas puas melihat kebesaran Allah di lautan, saya berehat menghadap sebatang tiang berlatarkan langit yang membiru.

Tatkala memandang tiang ciptaan manusia dan langit ciptaan Allah.
Memerhatikan dengan sedalam-dalamnya, melihat awan yang bergerak.
Lantas hati ini benar-benar yakin bahawasanya  di sebalik kejadian alam ini ada satu kuasa yang mengawalnya, iaitu Allah SWT. 



Langit yang menaungi bumi tanpa tiang.
Sungai dan laut itu bertembung namun tidak bercampur.
Awan yang bergerak menghiasi dada langit.
Burung yang berterbangan tinggi berzikir memuji Allah sambil mencari rezeki.
Keindahan Allah ini cukup untuk mendamaikan jiwa yang ingin mencari kebenaran.

Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis, kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang?” Kemudian pandanglah sekali lagi niscaya penglihatanmu akan kembali kepadamu dengan tidak menemukan sesuatu cacat dan penglihatanmu itu pun dalam keadaan payah. Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang dan Kami jadikan bintang-bintang itu alat-alat pelempar setan, dan Kami sediakan bagi mereka siksa neraka yang menyala-nyala.

[Al-Mulk :3-5]

Sungguh! Pengajaran itu mampu dimiliki bagi orang-orang yang berfikir ^_^
Alhamdulillah, berbaki lagi 4 tahun lebih sikit untuk teroka mutiara hikmah di Mesir


p.s: Draft yang sudah tersimpan lama akhirnya di post juga :) Terdapat beberapa tempat lain juga yang menunjukkan air sungai dan air laut bertemu tetapi tidak bercampur.

1 comments:

Syed Ahmad Fathi said...

Semoga jumpa mutiara dicelah-celah debu itu.
Belajar rajin-rajin.

Related Posts with Thumbnails