08 June 2011

Engkau beriman?

“Engkau beriman? Apa benar seperti yang engkau katakan? Tunjukkan! Buktikan! Mana dia? Aku ingin melihatnya!”

Bekerja untuk Allah itu mudah disebut namun sangat sukar untuk dibenarkan.

Segalanya diminta pembuktian.

Sempit dada dan menitis air mata mengendong amanah yang telah diberikan demi mengimpikan redhaNya.

Apakah ada cara lain? Tidak ada…ini sahaja jalannya. Ikuti dengan sabar, atau hadapi kemurkaanNya yang tiada batas.

Khuatir dengan terlalu banyak senyuman yang terukir, gelak ketawa penuh gembira kerana silap menyangka, amanah sudah siap dilaksana.

Ternyata ia hanya sederhana, jauh lagi mencapai makna tetapan Sang Maha Raja yang menginginkan kebaikan buat sekalian alam bersama itu juga manusia.

Tiada apa yg akan siap di dunia ini, melainkan kerja yg berterusan sehingga kita dipanggil menemuiNya, sering jua terlupa.

“Pedulikan yg ingkar… ! Pedulikan yang merendahkan! Pedulikan mereka! Kepada Aku yg engkau harus kau jawab nanti!

Hei engkau!

Aku?

Ya, engkau…

Engkau berimankan?

Maka gerakkanlah, buktikan imanmu seperti rakan seimanmu yang lain!

Di Palestin, Iraq, Afghanistan, Libya, Mesir, Somalia, Mindanao, dan serata dunia.

Sebar kebenaran ke serata! Di tempat kau berada kini…Di rumahmu! Ayah ibumu! Adik2 mu! Abang kakak mu! Sesiapa sahaja! Itu perintahku!

Nescaya lenyap kajahilan. Lenyap dari manusia takkan kembali. Kumpul kekuatan dengan rakan seimanmu. Ajak bersama, mereka yang rela sepertimu!

Letih?! Malas?! Tak larat!?

Engkau tu lemah! Lembik!

Engkau pasti jatuh!

Bangkit! Bersihkan dirimu!

Segar bugarkan tekadmu!

Sinsing lengan bajumu!

Pancang langkah, derap menghujam!

Kerana Aku sentiasa disisimu…melihat tingkah engkau. Mendengar, melihat dan menjawab tangis rintihanmu.

Ingat janjiku padamu…salam sayang dariku buat yang beriman dan cinta mati syahid keranaKu…

Syurga, dengan segala apa yg engkau inginkan!

Syurga, beserta redhaKu sekali!

Berehatlah engkau untuk selamanya di tebing Anhar-Anhar, diatas sofa empuk putih penuh nikmat.

Bayaran dariKu untuk keletihanmu bekerja untukKu”

Engkau beriman? Buktikan!


Source: Link


0 comments:

Related Posts with Thumbnails