Hari-hari terakhir berada di SRIH, juga menjadi hari-hari yang menggembirakan untuk adik-adik. Sebab cuti sekolah 2 minggu, memang ternanti-nanti la kan. Ana masuk ke kelas yang berada di bawah tanggungjawab ana sebagai guru kelas. Naik cuti dah masuk semester 2 jadi ketua dan penolong kelas akan digantikan dengan yang lain untuk bagi pengalaman.
"Ok, hari ni kita akan lantik ketua dan penolong baru..." belum habis ana terangkan, ramai yang berebut angkat tangan.
"Ustazah,ana nak..ustazah bagi la ana.."
"Ustazah, hari tu kan Ustazah Maslina cakap nanti ana jadi ketua kelas.." (siap guna authority nama tu..)
"Ustazah, ana boleh buat kerja.."
Kelas jadi sangat bising! Ana rasa memang dah habis suara jerit nak tenangkan adik-adik ni (memang selalu habis suara kot). Ramai-ramai pakat kerumun dekat depan, macam nak merayu siap pegang tangan ana.. Akhirnya ana terpaksa cakap "Dengar semua, dengar dulu ustazah cakap.. Ustazah Asfarina (guru yang ana gantikan) dah lantik dan bagitahu pada ustazah siapa yang jadi.." Barulah mereka mula menumpukan perhatian. Muka masing-masing penuh mengharap (mata berkaca-kaca ^.^) Ana rasa serba salah kerana akan menghampakan impian mereka. Nama disebut dan mood dalam kelas bertukar.
Ana makin merasai, sifat kepimpinan itu memang semulajadi.. Sewaktu kecil kita semua sudah ada sifat ni cuma digilap atau tidak. Kalau waktu kecil, kita kisah apa orang nak cakap macam-macam.. Tapi makin membesar, makin banyak yang kita mula fikirkan. Apa orang akan cakap kalau kita buat macam gini, apa orang akan fikir kalau kita cakap macam gitu, apa pandangan orang kalau kita tulis macam gini, orang terasa atau tidak,orang bagi perhatian atau tidak, orang gelakkan atau tidak.. Lama kelamaan kita makin tenggelam dan rasa selesa dengan keadaan "silent mode".
Tak perlu untuk menjadi outspoken, cukuplah menjadi lebih berani dari diri yang dulu. Ana yakin, kalau kita imbas kembali zaman kecik-kecik mesti akan ada perkara yang kita rasa "dulu,berani jugak ek.." Bila diminta bagi tazkirah, bila diminta menjawab soalan, bila diberi peluang bertanya soalan, bila diajak menjadi fasi, bila diarah menegang usrah.. Masih banyak ruang untuk perbaiki diri. (termasuk orang yang menulis~) Berlatih untuk memegang amanah akan melatih kita berjiwa besar dan berfikiran kritis. Manfaat tu akan kebali pada kita,insya Allah..
Mohon maaf andai ada salah silap, wallahu'alam~