31 December 2009

...ketika perintis ini berbicara...

"Ladang dakwah terhampar luas...kewajipan kita untuk menyiram tanah-tanah tandus...menyemai benih-benih unggul...agar tumbuh pohon-pohon kejayaan islam..dakwah akan terus mengalir menuju Redha ALlah...Dimana kita berada,disitu dakwah kita disebarkan.dimana kita berada,disitu ISLAm dilaksanakan...



"serulah (manusia)ke jalan TuhanMu dengan hikmah dan dengan nasihat yang baik.dan berbincanglah dengan mereka dengan cara yang baik.Sesungguhnya TuahanMu lebih mengetahui siapa yang tersesat dari JalanNya dan TuhanMu juga mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk."

(surah An-Nahl:125)


sang murobbi itu mendukung mereka...

dengan 1001 harapan yang melangit...

kesabarannya bak peladang...

yang senantiasa menantikan ...

saat yang sesuai untuk memetik buah di ladangnya...

di memerhatikannya setiap hari...

tanpa rasa jemu...

tanpa rasa bosan...

dialah perintis...

akulah perintis !!!

akulah murobbi !!!



*gambar2 hanya hiasan semata-mata disamping doa untuk mereka... tahniah munir... dah jadi ayah dah...

29 December 2009

AKU XX,ENGKAU XY

AKU XX, ENGKAU XY

Kita takkan pernah sama
Baik sekepala, mahupun satu rasa.
Apatah lagi untuk punya satu hati, satu jiwa.

Sebab sudah terbukti kita telah berbeza dari segi jenis kromosom nya

Aku XX manakala engkau XY.
Masakan kita boleh sama?

Aku dikatakan kuno,
Hanya kerana diriku mempertahankan apa yang kufahami dari agama aku.
Aku diperlakukan olehmu seolah-olah aku sudah ketinggalan zaman,
hanya semata apa yang aku perjuangkan selama ini.

Engkau katakan aku tidak matang, perlakuanku seperti anak kecil,
hanya kerana bila aku tidak mahu menuruti kemahuanmu.

Aku diperkatakan oleh engkau sebagai seorang perempuan yang berfikiran tertutup,
tidak 'world' dan kononnya aku ini perempuan berlagak baik
kononnya aku ini 'jual mahal'

Namun, aku tidak akan boleh menghalangmu dari berfikiran sebegitu,
kerana ku tahu engkau mungkin tidak tahu
kerana aku tahu engkau mungkin belum faham.

Aku mahu engkau ketahui tentang keadaan diriku
Diriku telah dididik oleh Tuhanku dengan pendidikan tak terkira hebatnya
Diriku yang telah dijaga seperti menatang minyak yang penuh oleh emak dan ayah,
ditarbiyah oleh para guru tercinta
supaya menjaga maruahku
Supaya memelihara kehormatan diriku.
Supaya aku dapat menjadi wanita yang tegas dalam mempertahankan prinsipnya

Prinsip tetap prinsip
Syariat tetap syariat

Bahawa lelaki dan perempuan itu takkan punya alasan untuk ada perkaitan
melainkan bila ada urusan, melainkan keadaan sangat-sangat darurat
melainkan keadaan sangat-sangat memerlukan untuk kita berhubungan.

Antara aku dan engkau, tidak akan punya ikatan
takkan boleh ada hubungan antara hati-hati
melainkan bila takdir Tuhan menetapkan bahawa kita bakal disatukan.

Benar, hanya itu yang benar-benar halal
buat diriku dan dirimu jua.


Oh ya, aku telah lama menetapkan bahawa antara kita punya jurang yang sangat luas
antara kita punya hijab fizikal yang sudah aku tanam sejak sekian lama
Dan bila ku dapati hijab luaran ini semakin teguh berdiri,
maka hatiku juga sudah terhijab dengan sendirinya

Benar, hatiku telah terhijab agar tidak punya sebarang hubungan dengan dirimu

Kerana aku sudah faham,
maka ku harap suatu hari nanti engkau dapat memahaminya juga

Kerana aku mahu mencintai Dia dahulu, utamakan Dia dahulu
Kerana aku lebih mahu mendahulukan Tuhanku melebihi yang lain.


p.s: Semua ini adalah untuk cik XX(baca=CIK bukan ENCIK) Sila tabahkan hati. Sila jadi kuat dalam mempertahankan prinsipmu.


dicopy-paste dari sister Cairo;
http://fathiyyah.blogspot.com/2009/12/aku-xx-engkau-xy.html
_____________________________________
Pesanan daripada roomate saya bila selesai dengar saya bacakan post ini padanya:
kalau ada orang yang tawarkan pada kita,"saya nak couple dengan awak"

apa kita nak cakap eh?
kuatkan diri,tekadkan prinsip.
"mana boleh saya halalkan apa yang Allah haramkan"
good idea :)

26 December 2009

jauh-lah bro

assalamualaikum warahmatullah.. 

 ku hanya mahu melaporkan dari pihak yg satu lagi..
anas dgn sedihnya, tawfiq dgn penatnya..

[ 24-12-2009 ]
yaumul khamis



destinasi pertama : sekolah hidayah

nak tengok result adik2 pmr.. tapi TERawal..
katanya pkul 11 baru kuar result.. takpe2..

destinasi kedua : starhill

sebelum masuk lagi dah hujan,
ingatkan derg nak cancel swim,
tapi, on jgk..
sedih tak dapat join..

destinasi ketiga : taman perling

jabir kata dia tau rumah amirul kat mana,
tapi, HARAM..!!
last2 baru jumpa..

destinasi keempat : klinik ihsan

membabi buta belakang kereta hafizuddin selamat..
entah ke mana2 la dia bawak..
akhirnya dia park kete depan klinik, naik kete saga je..

destinasi kelima : jusco tebrau



hafizuddin selamat (organizer) bersama adiknya, hilmi selamat..


diorg nak tgk wayang, tapi tidak diizinkanNya..
maksudnya? ada hikmah tu..




amirul hanif berangan nak ada hp baru..
tapi ditahan niat tu, sbb nokia kn boikot..


masing2 posing dgn sony vaio tersendiri..



paparazzi tangkap gmbr..



bila orang kaya bershopping..


levi's latest release 522 slim straight..



bila dah penat merayap kat Jusco Tebrau,
ngamuk kt kete org lain plak.. adoy..

destinasi keenam: plaza angsana



si jabir yg konon nak shopping, tapi, HARAM..!!



amirul try pakai jaket, tapi duit takde..


kanak-kanak ribena di ruang legar angsana,
bersama dua makhluk asing yg agak cute..


destinasi ketujuh : taman perling

hantar amirul hanif balik umah dia..

destinasi kelapan : taman senai utama

balik rumah, mandi, makan malam..

destinasi kesembilan : pejabat jim

dengar ceramah pakcik salleh kassim
'GET ORGANIZED!'

destinasi kesepuluh : restoran ayob

supper dengan anas azlan dan zubayr afiq

destinasi kesebelas : balik rumah

-the end-

25 December 2009

rehlahIKHWAHxGEN

BismLLahiRahmaniRahim....


24hbDisember
khamis
8.55 a.m
...........................

ma phone, se:z530i 2nd hand bergetar a.k.a vibrate, menandakan ad sbuah msg diterima. ia x brbunyi sbb dlm silent mode....

"nta x ke starhill pg ni?" , antara isi msg yg dtrima
br ana taw, hr ni ad rehlah ikwah xgen di starhill
dgn pnuh smngt, dgn pikiran yg hny mmikirkn shbt2 xgen yg bkl dtemui stelah lme 'terasing' di ceruk Senaling, trus ak prgi mnemui ibu di dapur yg sdg sibuk mnyediakn juadah sarapan pg, nasi lemak mak anas, utk peroleh restu dn izin utk ke sne.

ye, itula dye, redha ibu dn ayah itu penting dlm stiap ap yg kite lakukan, kerana redha Allah itu terltk pd redha ibu dn ayah...

.......................................................................................................................................................................

"prjlnn 2 insan suci,
menaiki sbuah iswara hijau, jfp 9280,
utk menemui tmn sejati,
setelah janji dipateri,
utk saling mengiringi,"

.......................................................................................................................................................................

9.47 a.m
pg tu, anas dgn zubayr pg sme2, nek kete anas, zubayr bgtaw ans, amar dh mnunggu di sana. smpi kt pondok pngawal, ade sorg dr 3 org pengawal yg mengawal di situ membiarkan kami taw bhw tmn tema air, le' stella, hny di buka pd pkul 11. tp amar tlh di dlm, kami pun msuk dlm. setelah slmt smpi di sne, AlhmdlLah, amar dh tunggu kt dlm. kami, anas dn zubayr, mlngkah msuk ke dlm, mnemui amar. ade sorg abg di sbelah amar, yg di sngke zubayr, abg itu adlh sorg drpd adk bradk ibu ataw ayah amar, ataw dlm kalangan masyarakat melayu, mudah dgn bhs, 'pak cik', mnegur,

"huh, dh smpi dh kwn2? nk msuk dlm? jap he, abg bkk jap.....

abg itu berlalu, lalu, lalu di satu jln....
kemudian di kembali kpd kami, "huh, dh bleh msuk dh.... eh, x nk msuk plak? owh, nk tunggu kwn ag? kwn yg organize ni he? owh... k2 xpe2, abg kasi org len msuk dlu he?... sian kwn ko ni dik, dye dh tunggu lme dh, dh 3 kartun dye tgk....."

3 kartun : casper, jackie chan adventure dn ultraman max.

dh tnggu lme sket, dtg la syahir bersama jabir.
kami berbual sbentar, mnanyakn perkembangan diri msing2....
nmun, jaber mmberitahu, organizer a.k.a hafizuddin salamat, ade hal, dye kt bbu...

jd, siape lg yg akn hadir ini? kami mnjadi keliru.
kemudian jabir mnyatakan hasrat utk ke sekolah kerana tawfiq ad di sne, nk tgk result adq2 katenye... ikuwt ske ati ko r jaber......

kartun di television bertuka dr siaran program adek2 di cuti sekolah, ultraman max kpd siri television kisah detektif muda, detektif conan.

kami dh jenuh mnunggu dh bosan kami pun msuk, byr rm10.00/++

dh msuk dlm, ltk beg, tuka pakaian mandi, trus pg trjun kolam...
x terjun pun senanye, tp jln2 sket smpi msuk kolam. bkn shj kerana keadaan sjuk bkn sbb hujan, tp sbb suhu sekililing pg itu agk rndh, tp sbb kami mcm sgan2... 4 org jew? nk bwt ap?
x pela, mndi jla....

tgh syok mndi, men gelongsor sume, tawfiq dgn jabir dtg, dgn x byr, dn msuk bwt dek jew, sbb x de org check pun. mereka nk pergi ke tmpt len bersama2 'organizer'

kami diselebung kecewa. namun, kami tabahkn hati jua, dn mndi-manda di c2 smpi jam 12.05
....................................................................................................................................................................
sdikit gambar utk tatapan



........................................................................................................................................................................
12.07 p.m
kami selsai mndi, dn berkemas pulang. sblm pulang, kami singgah di smih utk bertnykn ttg kputusn adek2 pmr. slps selesai berjemaah zuhur di musolla tercinta i2, kami pun bertlk blk

itula rehlah yg paling kami ingati....
dgn organizer yg bgus dn baik hati, organize kn sbuag program rehlah utk kami berEMPAT shj,
dn cuaca yg seakan2 meredhai dn merahmati kami,
juga dgn kehadiran yg amat memberansangkan....

inilah rehlah ikwah xgen!
baik ckp inilah rehlah amar, syahir, zubayr dn anas!
sbb rehlah 4 org je, x pnt pun nk tulis nme mrk....
kalu ramai2 pnt gak nk tulis, tp skit je, tp 4 org je, bek tulis je nme mrk....

sekian,
terima kasih.

hasil pertama kali hujung jari mannana.


11 December 2009

akhawat meet the mentor!

Bismillahirrahmanirrahim.. perjalanan dimulakan setelah semua perkara diselesaikan, sahabat-sahabat yang dapat hadir telah dipastikan keadaan mereka. 115 Jalan Sempena 3, Taman Sempena,Senai tempat yang kami akan berkumpul. Destinasi yang dituju semakin hampir apabila berjumpa dengan signboard.
Baru ana tau dah ada lebuhraya Senai-Desaru. Sudah boleh digunakan. Mungkin sebab tak pernah lalu sini kalau nak balik kampung.
Selekoh ni mengimbau kenangan silam. Siapa yang zaman dulu-dulu naik bas mesti ingat,kan? Bas Pak Din dan Sabar yang ana tau akan lalu sini. Dah besar rupanya kita..

Econsave pun ada? Tak pernah tau kewujudannya.

Ralit memerhati sekeliling.. Tiba-tiba sampai dekat sini. Umi tersalah jalan. Tersesat pulak
Kami patah balik jalan yang sama
Dan Alhamdulillah tibalah jua di destinasi. Rumah Mak Cik Adiba, zaujah Pak Cik Zamani.
Tidak lama kemudian rombongan ke-2 tiba. Zainab Salim pun ikut serta. Peserta R2J3 dah berkenalan dengan dia sebab dia juga salah seorang peserta.

Jam menunjukkan pukul 3.00 petang. Kami bertaaruuf dan berbual-bual biasa dahulu. Biarpun pada mulanya kelihatan agak kekok dan malu-malu, namun semua dapat meneruskan perbincangan. Tidak berapa lama (agak lama sebenarnya) tibalah rombongan ke-3. Maka lengkaplah jumlah kami yang dapat hadir iaitu 7 orang. Ana, Muna, Zainab, Sakinah Pauzi, Sakeenah Salleh dan si kembar Afifah dan Atikah. Majlis dibuka, buku diedar dan bicara dimulakan. Mak cik memilih tajuk "Mu'min Profesional" berdasarkan tajuk buku solusi isu 13.

Kami buka halaman 14 dan penerangan dilakukan satu per satu.


Sedang asyik berbincang, Ustazah Jamilah a.k.a mama pun tiba. Tersengih kami melihat kedatangan ustazah. Gembira!

Si kembar khusyu' mendengar


Dapat ole-ole dari UK!

Pemiliknya yang bertudung purple.. Jazakillah ye..

Setelah perbincangan tamat, sesi soal jawab dibuka. Keluarlah dua persoalan yang lebih menjurus kepada daie profesional. Pertamanya mengenai masalah 'couple' dan keduanya mengenai bagaimana cara sepatutnya yang dilakukan jika kita menjadi 'middleman' atau menjadi orang yang dilamar. Kupasan dibuat dan tepat jam 5.00 petang kami berhenti dan menutup majlis.

Mak Cik sediakan minum petang untuk kami. Susah-susah je..
Jemput lah..
Waktu makanlah paling semangat bercerita. Muna dan Nina seronok berbual dengan Ustazah Jamilah.

Kenangan Liqa' pertama akhawat. Harap akan diteruskan lagi. Mak Cik kata "Kali ni jadi macam perjumpaan sakinah pula.." Sebab ada 3 sakinah. Lagi seorang anak mak cik yang bertudung merah. Kak sakinah baru habis STAM di Hidayah Ipoh. Sekarang tengah tunggu keputusan.

Setiap yang bermula pasti ada akhirnya. Rombongan yang ke-3 balik dulu. Terbalik pulak..
Kami bersalam-salaman..


Sempat lagi bergambar sebelum balik..

Jumpa dengan Ustazah Zanariah. Teringat zaman SPM. Math yang dah lama ana tinggalkan..
Silau pulak.. Ustazah kata nuur iman..

Ala-ala reunion, ustazah jamilah jumpa dengan ustazah zanariah

Kemudiannya Zainab pula balik. Tinggallah ana dan Muna..
Setelah kami menunaikan solat Asar berjemaah, kami pula berangkat pergi. Sungguh indahnya satu pertemuan. Baru sekejap tapi dah boleh mesra dengan mak cik. Terima kasih kepada anak-anak mak cik:



iffah yang comel
Ana menggalakkan antum membeli majalah solusi. Perbincangan kami juga berkisar di situ. Jadi kalau inginkan pengisian yang sama, belilah. Takkan rugi.. Ana sedang dalam proses mengumpul semua isu. Jangan pandang pada harga tapi pandang pada isinya..
Mohon maaf atas segala kekurangan. Kalau ada yang tersalah harap dibetulkan. Penerusan akan dilakukan selepas ini, bergantung kepada siapa yang ada di JB. Jangan diamkan diri pula..
Araakum 'alal khair, wassalam..

p/s: semua gambar telah di'resize'. boleh buka microsoft office picture manager untuk besarkan. saiz sebenar 2560x1920. siapa2 akhawat yang nak gmbr boleh minta pd ana..maaf gambar ada yg blur

08 December 2009

Niat yang Satu

١خت ١: السلام عليكم
اخت ٢: وعليكم السلام ورحمة الله
اخت ١: كيف حالك
اخت ٢: الحمد لله, انا بخير. لماذا تسألين كهذا السؤال
اخت 1: لأن أريد أن ابداع الصوار للقاءنا السابقة
اخت ٢: إن شاء الله, سأساعدك. عندي الصوار
اخت 1: شكرا جزيلا وبارك الله فيك

Hamdallah terlafaz. Pertemuan tanpa perancangan yang rapi pada sabtu, 5 Disember yang lepas tetap mengukir kenangan manis 8 sekawan. Setelah selesai pengisian rohani dalam usrah di Bangi, kami segera bergegas ke KTM berdekatan. Pada jam 1247, kami (akmal, uzma, nadhirah dan majidah) selamat sampai di Midvalley. Sementara itu, 3 orang lagi sahabat, fatin salehah, farhana amirah dan aimi nadiyah sedang menanti kami di sana. Kedai pertama yang kami serang ialah MPH.

Dah penat mencari buku karangan Ezzah, OH TIDAK! hasilnya tetap tak jumpa. Dengan semangatnya, kami tanya petugas MPH tapi jawapannya tetap menghampakan, "dah habis, dik." Kami pasrah dan terus keluar. Saat jejak kasih pun bermula di tengah2 ramai. Dalam kemeriahan, Farhana mengeluarkan buku OH TIDAK! Apa lagi? Bergambarlah..

Fokus, fokus! Nampak tak apa yang tertulis kat bawah sekali? Ya, XGEN BERSAMA MENGGEGAR DUNIA! Masih ingatkah lafaz ini??

Mulut bersuara, perut pun menyanyi. Nampaknya, kami perlu bertindak segera. Selesai solat, kami menuju ke sebuah restoran terpilih.

"Ya, dik. Nak makan apa?"



Pelbagai makanan dikongsi bersama. Kemesraan dijalin, kasih bertaut.

Walau di mana pun, akhlak islam tetap dijunjung


Alhamdulillah, kami tergolong dalam golongan yang beruntung. Nikmatnya rezeki yang Kau berikan kepada kami.


Kamilah anak Hidayah! Bakal membawa sinar islam ke serata dunia.

Akhirnya, perjumpaan kami berakhir pada jam 1710. Sebelum bersurai, kami terserempak dengan Fadzlin. Alhamdulillah, perjumpaan kali ini berjaya mengumpulkan 8 orang akhawat dari beberapa institusi. Pelbagai kisah gembira dan sedih dikongsikan. Bagai tiada lagi rahsia di antara kita. Mungkin ini yang dikatakan ukhuwwah fillah.

"Ya Allah, Kau tetapkanlah hati2 ini di jalanMu agar ia sentiasa bertindak hanya demi mencari redhaMu"

(foot note) Perbualan di atas ditulis bagi mengubat rindu sahabat2 yang dah rindu sangat dengan bahasa arab.

Related Posts with Thumbnails