30 April 2009

IHTIFAL...bg yg x pergi

Sedang melayari lelaman web, terjumpa sebuahklipping media kenangan memori..silahkan nonton

29 April 2009

Biar Ku Hulurkan Tanganku

Cuaca petang itu baik. Redup dan tenang. Kami baru selesai beraktiviti. Kami selalu berusaha sekiranya aktiviti kami di Pusat Komuniti tersebut selesai dalam waktu ‘Asar, kami memilih untuk menunaikan fardhu ’Asar berjemaah di surau Taman Harmoni berbanding si Pusat Komuniti. Ada tiga hal yang mendorong keputusan tersebut. Pertama, kami perlu berjalan agak jauh untuk ke surau tersebut dan ini merupakan cara meraih ganjaran kerana setiap langkah ke tempat ibadah akan diberi ganjaran oleh Allah[asal ikhlas di hati]. Kedua, sebagai salah satu dakwah kepada masyarakat. Bukan senang untuk melihat orang-orang muda yang keluar untuk menunaikan solat di surau atau yang seumpama dengannya. Lebih-lebih lagi solat ’Asar. Jadi, itu merupakan tanggungjawab kami. Ketiga, untuk mengenali masyarakat di situ. Yalah, kerap juga kami beraktiviti di Pusat Komuniti tersebut, masyarakat di sekitar tentu tertanya-tanya siapakah kami? Itukan akhlak Islami untuk memperkenalkan diri agar tidak merisaukan atau membimbangkan masyarakat sekeliling.

Petang itu kami sedikit terlewat. Jam menunjukkan 5.15 petang. Ketika jemaah lain telahpun keluar daripada surau, kami masih belum sampai lagi. Dalam perjalanan ke surau, saya melihat ada seorang kanak-kanak dalam lingkungan usia seorang pelajar sekolah rendah sedang menunggang basikal. Badannya agak besar dan dia memakai baju warna kuning dan seluar pendek hitam. Suara hati ini tergerak untuk menegur lalu saya menegur dia.

Saya : Assalamualaikum dik.
Dia : Waalaikumussalam.
Saya : Adik tinggal kat sini ke?
Dia : ya. Abang nak ke mana?
Saya : Ooh, kami nak ke surau. Adik tahu tak surau kat mana?
(sengaja bertanya Walaupun sudah beberapa kali ke surau tersebut)
Dia : Tahu, kat jalan Harmoni 6. Tapi kalau lalu jalan Harmoni 5 boleh juga. Surau tu
kat tengah-tengah.
Saya : Kat mana tu? Boleh adik tolong tunjukkan tak?
Dia : Boleh je....

Adik tersebut pun menjadi ’tour guide’ kami..
Setelah tiba di masjid, berlau satu lagi perbualan menarik antara saya dan dia.

Saya : Terima kasih ye dik sebab tunjukkan jalan..Baik adik ni.
Dia : Takpe..takpe
Saya : Adik dah solat ’Asar? Kalau belum jomla ikut abang sekali solat.
Dia : Belum lagi. Boleh juga, tapi adik kena tukar seluar dulu. Mana boleh
Solat pakai seluar pendek.
Saya : Rumah adik dekat kan? Adik pergi tukar seluar dulu. Abang tunggu di surau. Nanti
kita solat sama-sama.

Dia pun pulang ke rumahnya dan kembali semula ke surau setelah menukar pakaiannya. Saya memikirkan kehidupan adik yang seorang ini. Kenapa dia masih belum menunaikan solat lagi. Takkan tiada orang di rumahnya yang mengingatkan dia untuk solat. Mana abang dan kakaknya untuk mengingatkan dia? Adik yang masih kecil ini mempunyai potensi yang besar untuk menjadi muslim yang baik. Cuma dia memerlukan seseorang untuk menghulurkan tangan membimbingnya dan pasti bukan seorang sahaja yang seperti adik ini, masih ramai lagi yang sepertinya, menunggu mereka yang sanggup menghulurkan tangan membimbing mereka. Adakah anda salah seorang daripada mereka yang menghulurkan tangan? Ataupun anda merupakan orang yang pertama sekali menjauhkan tangan anda daripada mereka?

p.s-cdgn dari ana, kita kumpulkan penulisan x-gen, kita hantar kat publisher, mana tahu diaorang berminat utk publish..

26 April 2009

antara dua usia...


orang kata, yang tua tidak semestinya pergi dulu dan yang muda tak semestinya panjang umurnya...

bercakap tentang usia siapa menjangka baki hidup kita mungkin tinggal 20 tahun, setahun , seminngu atau mungkin beberapa jam lagi.
seharian bersama atuk di kampung cukup membuatkan diri ini tersedar apa yang dilalui selama ini penuh nikmatnya.

"Atuk dulu sekolah kat mana?"spontan soalan itu muncul sambil tersenyum memandang atuk yang asyik menguyah ulam tenggek burung.
Hmm ada yang pernah mendengar tentang ulam ini? pahit sangat... Tapi, khasiatnya luar dari biasa...

"Sekolahnya kat sini aje...Pergi sekolah jalan kaki..."jawapan terjawab saat diri ini berfikir seketika.

"...kadang-kadang naik kereta lembu ke sekolah,"atuk menambah lagi kata-katanya sementara ada sesuatu yang bermain di kepala.

Naik kereta lembu!
bukan calang-calang kenderaan ni. Lagi mencabar ni.
"Dulu kalau hujan pakai daun pisang je. Daunnya dulu besar-besar..."

"Eh nak cuba juga la..."usik diri ini sambil tersenyum mendengar kisah atuk.
Tangan yang baru menjamah nasi ini pula masih asyik memikirkan tentang tempe buatan atuk di dapur.
"hmmm lapar lagi..."

Jika difikirkan kembali, masih banyak kisah menarik di kampung ini. memang banyak...
Mana tidaknya kerana merekalah yang merasa dahulu makanan yang bakal diberikan kepada kita sewaktu kita masih merangkak. Asam garam hidup ini mereka lebih arif tentangnya.

Dalam perjalanan pulang dari kampung selepas maghrib, suasana dalam kereta dimeriahkan lagi dengan cerita-cerita pengalaman suatu masa lalu.

"Baba belajar solat betul-betul masa masuk asrama sekolah teknik dulu,"kata-kata yang cukup membuatkan diri ini berfikir.

"Masa kecik kat rumah tu ada juga Aki ajar, tapi tak la serius sangat. Cuma bila tengah solat main-main kat belakang tu. Aki berhenti solat dan kenalah ceramah..."

"Yang best masa mula-mula nak belajar tu. Hafal al-fatihah je...itu pun kira ok la,"sambung Baba lagi.

sambil mencelah "Kalau Umi, atuk memang suruh Umi ikut solat kat belakang atuk."

Fikiran melayang seketika saat teringat solat subuh di kampung. Suara atuk pasti akan kedengaran memecah lena.
"Bangun...bangun...subuh dah ni..."

"Itulah sekarang ni ajar anak-anak dari kecik lagi. Biar tak jadi macam Umi dengan Baba..."
kata-kata azimat bonda menyentak diri ini.

Ya Allah, betapa beruntungnya kita kawan-kawan. Dari kecil lagi kita dah mula berkenalan dengan TARBIYAH. Sesuatu yang tidak datang bergolek begitu saja. Lagipun dengan teknologi yang ada sekarang segalanya dihujung jari...betul?

Manfaatkanlah ia sebelum kita kehilangannya...berkongsilah kisah antara dua usia...

24 April 2009

Majlis Ilmu Akhwat

Assalamualaikum. ..sahabat2. ..

Alhamdulillah, hari ini seramai 14 akhawat telah menyertai Majlis Ilmu di SMIH tercinta..walaupun jumlah yang hadir tidak melebihi separuh akhawat x-gen...namun. .kami redha..mungkin yang lain ada hal yang tak dpt dielakkan... betul tak?? tajuk kami..HIJAB & TABARRUJ...apabila dengar tajuk shj,faham2 jelah..saling berkait dangan diari hidup seorang muslimah...juga muslim...penyampain ya ialah Ustazah Shahidah..lebih kurang pukul 11.15 pagi,majlis pun bermula di Dewan Qadi...Qadisiyah. .diam tak diam..akhirnya kami berdiskusi sehinggalah jam 12.45 tgh hari..rancak. .santai.. .bermanfaat. ..semuanya yang berkaitan kehidupan kita..ada yang kita sedar dan ada yang kita tak sedar...namun, segalanya terjawab..syukur. ..kami sebenarnya dipecahkan kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan dikehendaki membentangkan isi2 kumpulan meraka di hadapan kwn2 lain..apabila satu kumpulan selesai membentangkan, sesi soal jawab berkaitan isi kumpulan tersebut akn di buka..namun. ..sebab kesuntukan masa,hanya 2 kumpulan yg sempat membentangkan isi kumpulan mereka...lagi 2?? sambung minggu depan...

Oleh itu,ana mewakili akhawat yang menghadiri MI siang tadi (23/4)..dengan sukacitanya ingin sekali lagi menjemput akhawat xgen yang diberikan kesempatan waktu oleh Allah untuk kita sama2 dapat hadir majlis ilmu yang kedua untuk akhawat..kiranya. .HIJAB & TABARRUJ 2...pada

*KHAMIS,30 APRIL 2009,DEWAN QADISIYAH,11 PAGI...

Diharapkan dengan kehadiran antunna,akan meramaikan lagi akhawat xgen dalam menyertai MI...harapannya juga,dengan kehadiran kita...kita akan memperoleh lebih byk ilmu untuk mempertingkatkan thaqafah Islam dalam diri kita bagi menghadapi dunia realiti sebentar lagi...

AYUH PEMUDI-PEMUDI ISLAM!!!

Barangsiapa mahu akan dunia, maka hendaklah dia berilmu, barangsiapa mahu akhirat maka hendaklah dia berilmu. Dan barangsiapa mahu kedua2nya, maka hendaklah dia berilmu juga [mafhum hadith sahih]

SEKIAN,WASSALAM. ..

P/S: *sebarang masalah ataupun pertanyaan boleh dikongsikan atau diajukan terus kepada..Nadiah Bt Mokri..ataupun. .ana sendiri...

*mohon maaf kepada yg jauh dr bumi Johor Bahru...InsyaAllah. .notanya akan disediakan kemudian..

-nurul akmal zabri-

18 April 2009

Penceramah dan Speaker ERAT '09



Mesti ramai yang tertanya-tanya, siapakah tetamu-tetamu yang diundang khas untuk memeriahkan ERAT '09.InsyaAllah, jika tiada aral melintang -- berikut antara speaker yang diundang khas!


1. Ustaz Abdul Razak Abdul Muthalib (Penceramah, pakar motivasi dan penulis buku siri 'Resipi Kejayaan' merangkap Ahli TAMRIN. Layari http://www.abdulrazak.com/)


2. Prof Madya Dr. Harlina Halizah Haji Siraj (Ketua Wanita JIM dan juga Pakar Obstetrik & Ginekologi di HUKM. Tokoh yang sering bangkit membawa suara wanita Islam)


3. Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor (Profesor Madya di UPM dan penulis prolifik yang gigih dalam usaha kemanusiaan Palestin. Kerap dijemput untuk berceramah tentang isu-isu yang melanda bumi Al-Quds. Layari http://www.lambaian-islah.blogspot.com/)


4. Puan Hajjah Rosmawati Zainal (Pengarah Raudhatus Sakinah dan sukarelawan dakwah yang kian menempa nama. Sering diundang oleh stesen televisyen, radio, akhbar dan majalah. Layari http://www.ummiroses.blogspot.com/)


5. Penolong Profesor Dr. Zulfakar Ramlee (Pensyarah di Jabatan Undang-undang Islam, Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim UIAM. Kepakaran dalam bidang berkaitan forensik dan Islam)


6. Dr. Sany Izan Ihsan (Pensyarah di Kulliyyah Kejuruteraan UIAM. Pelajar terbaik Program Doktor Falsafah (PhD) sempena konvokesyen UIAM pada tahun 2008)


7. Cik Roha Hassan (Pengasas 'Aku Ori Bukan Fotokopi merangkap aktivis pembangunan remaja. Penulis jemputan akhbar Sinar Harian. Layari http://www.rohahassan.blogspot.com/)


8. Sdr. Mohd Saifuddin Mohd Rehan (Pensyarah dan siswa PhD dari Kulliyyah Kejuruteraan UIAM)


9. Sdri. Syahidah Azizi (Graduan terbaik dari UNITEN dan meraih pingat dalam majlis konvokesyen)


10. Sdri. Raihan Mustafa Kamal (Penulis buku 'Hidup Zero Alasan')


11. Sdri. Raudhah Abdul Rahman (Siswi Perubatan di PPUKM dan Ameerah Karisma KL)


dan ramai lagi!Mentor-mentor yang mesra juga setia menanti anda. Daftarlah sekarang!


Kepada sesiapa yang mempunyai kesukaran untuk mencetak dan faks borang pendaftaran, memadai sudah dengan menghantar sms atau e-mel.

Maklumat yang perlu ada;

1. Nama penuh

2. No. kad pengenalan

3. Alamat rumah

4. Sekolah terdahulu

5. Nombor perhubungan


Hantarkan sms ke Bro Danny di nombor 012-930 7522 atau e-mel dhanysarip@gmail.com

Pembayaran yuran berjumlah RM 30.00 boleh dilunaskan ketika sesi pendaftaran ERAT '09. Harap maklum :)



wahai sahabat x-gen sekalian... inilah masa yang terbaik untuk antum menggarap ilmu sebelum menjejak ke dunia yang amat mencabar di ipt nanti. speaker2 yang terkenal dijemput supaya dapat merealisasikan moto x-gen yang amat gah sekali.. iaitu x-gen bersama menggegar dunia...


inilah bukan program biasa... ramai pendakwah kampus bermula dari SINI !!!!


wassalam

17 April 2009

Promosi ERAT lagi.....


assalamualaikum w.b.t


Jom! Meriahkan Ekspresi Remaja Ambang IPT


Alhamdulillah! Dengan izin Allah Ta'ala mereka menggapai kejayaan!Kepada lepasan SPM, ayuh sertai mereka! Ayuh sertai;




**Ekspresi Remaja Ambang Ipt(ERAT '09)**


Tarikh
24-26 April 2009 (Jumaat-Ahad)


Tempat
Universiti Antarabangsa Islam Malaysia dan
Rebutia D'Perkasa Camp


Anjuran
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)dan
Karisma-Facilitator (K-Faci)


Yuran
RM 30.00 sahaja! InsyaAllah, berbaloi punya!



Terbuka kepada semua lepasan SPM!
Ha, apa lagi! Ajak adik, saudara, kawan, jiran untuk memeriahkan program tahunan ini!

p/s : bagi mereka yang ingin pergi dari JB, bayaran tambahan sebanyak RM20 akn dikenakan krn pengangkutan disediakan:

bagi mereka yg berminat, sila beri feedback di ruang shoutbox at the side of these blogs:

http://anakuatabah.blogspot.com/

http://ammahakhfash.blogspot.com/

tempat adalah terhad:

utk maklumat lanjut klik di sini http://www.eksplorasimenarailmu.blogspot.com/


tq

14 April 2009

MI kembali lagii...

13 April 2009

Ekspresi Remaja Ambang IPT

salam...

ya ayyuhal ikhwah !

jom ikut program!!!

bile lagi nak ikut program...

ni la masanya....

ade orang nak pergi... tapi tak leh...

so dah dapat pergi...

pergilah...

kata nak menggegar dunia...

kene ade persediaan...

JOM !


www.eksplorasimenarailmu.blogspot.com

wassalam

-x gen bersama menggegar dunia !!! -

10 April 2009

RASULULLAH..KAMI RINDU AKAN DIRIMU

Assalamualaikum
Apa khabar iman dan akhlak pembaca blog Xgen?
Moga-mogahan dalam keadan yang sihat walaupun ada saat naik dan turunnya =)

1 April hari yang menjadi kenangan apabila menjadi hari pertama diri ini menjadi murobbi
1 April juga Sek.Ren.Islam Hidayah tiada kelas kerana ada hari syariah yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti
Sekali ditugaskan untuk memantau program di dewan al-qodisiyah dimana ada pertandingan nasyid banat (perempuan) ketika itu
sesekali terpikat dengan sebuah nasyid yang sudah lama tidak meniti di bibir ini tatkala kanak-kanak di depan mata menasyidkan nasyid ini..
Sesekali rasa rindu timbul kepada insan yang kononnya diri ini memanggil kekasih hati
Ya Allah, sudah berapa lama kita tidak mengkaji sirah perjuangan Rasulullah s.a.w?

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela


Muhammad bin Abdullah aka Rasulullah s.a.w merupakan satu nama yang tidak asing lagi bagi diri seorang Muslim
Sifatnya mampu menarik hati insan-insan sehingga terpesona akan keindahan Islam


ada saatnya diri kita terasa disakiti apabila ada insan lain menyakiti diri kita
ada saatnya kita terasa ingin membalas dendam
ada saatnya kita rasa tidak dihargai
ada saatnya hati kita akan timbul prasangka yang bermacam-macam
Namun Rasulullah s.a.w tetap mengajar diri ummatnya untuk bersabar dan berhusnuzh0n (bersangka baik)
Tidak perlu belajar ilmu agama yang tinggi-tinggi sekiranya tidak lepas bab sabar dan bersangka baik.
Perlu diketahui sesungguhnya bersangka baik itu adalah serendah-rendah tahap dalam berukhwah

hayatilah kisah di bawah ini. Semoga kita beroleh pengajaran

Di satu sudut Pasar Madinah terdapat seorang pengemis buta yahudi yang setiap harinya mengemis di kawasan tersebut. Kerana bencinya beliau kepada Baginda Rasulullah s.a.w., maka setiap kali di dekati orang ramai dia akan berkata “wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia gila, pembohong dan tukang sihir. Apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya”.

Namun Baginda Rasulullah s.a.w. tidak mempedulikan kata-kata tersebut, malah setiap pagi Baginda Rasulullah s.a.w. akan membawa makanan untuknya. Tanpa berkata sepatah pun, Baginda Rasulullah s.a.w. akan menyuapkan makanan tersebut tanpa di ketahui oleh pengemis buta itu yang menyuapkannya adalah Baginda Rasulullah s.a.w. sendiri. Baginda Rasulullah s.a.w. melakukan perkara itu pada setiap hari sehinggalah beliau wafat.

Setelah wafatnya Baginda Rasulullah s.a.w. maka tiada lagi orang yang menghantar makanan kepada pengemis buta Yahudi tersebut sehinggalah pada suatu hari Abu Bakar r.a. berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.a. yang merupakan isteri kepada Baginda Rasulullah s.a.w.

Abu Bakar r.a. bertanya kepada anaknya “Anakku, adakah kebiasaan kekasihmu yang belum aku kerjakan?. Aisyah r.a. menjawab “wahai ayahku, engkau adalah seorang ahli sunnah, hampir tiada satu kebiasaannya pun yang ayah belum lakukan kecuali satu perkara sahaja”.

Abu Bakar r.a. bertanya lagi “apakah perkara itu wahai anakku, beritahulah”. Aisyah menjawab “setiap pagi Baginda Rasulullah s.a.w. akan pergi ke Pasar Madinah membawa makanan untuk seorang pengemis buta Yahudi yang terdapat di sana”.

Keesokan paginya Abu Bakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk pengemis buta Yahudi tersebut. Abu Bakar r.a. mendekati pengemis itu dan memberikan makanan yang di bawanya. Ketika dia mula menyuapkannya, si pengemis itu marah dan mengherdik “siapakah engkau?” tanya pengemis itu.

Jawab Abu Bakar r.a “akulah, orang biasa yang selalu membawa makanan untuk kamu”. “Bukan!, engkau bukan orang biasa yang mendatangi aku”. bantah pengemis buta itu. “orang biasa yang mendatangi aku apabila dia kemari, tanganku ini tidak perlu memegang dan mulutku ini tidak susah untuk menguyah. Dia akan memicit-micit makanan tersebut sehingga halus sebelum menyuapkan aku” pengemis itu memberikan penjelasan.

Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan air mata apabila mendengar penjelasan tersebut. Beliau menangis kerana sangat terharu dengan sikap mulia Baginda Rasulullah s.a.w. Walaupun Baginda Rasulullah s.a.w. seorang pemimpin umat tetapi beliau sanggup membawa makanan, memicit-micit sehingga halus dan menyuapkan seorang pengemis buta yang kotor dan miskin.

Sambil menahan tangisnya Abu Bakar r.a. berkata “aku memang bukan orang biasa yang mendatangi kamu tetapi aku adalah salah seorang sahabatnya. Orang mulia yang selalu mendatangi kamu itu sudah tiada. Dia adalah Muhammad Rasulullah s.a.w.”

Pada saat itu juga pengemis tersebut menangis mendengar penjelasan Abu Bakar r.a. dan kemudiannya berkata “benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya dan memfitnahnya tetapi dia tidak pernah memarahiku sedikitpun. Setiap pagi dia akan membawakan aku makanan. Dia begitu mulia sekali…..”

Kerana terharu dengan peribadi Baginda Rasulullah, akhirnya pengemis buta Yahudi tersebut telah mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan Abu Bakar r.a. dan semenjak daripada saat itu dia menjadi seorang muslim.


Subhanallah
begitu indah akhlakmu Ya Rasulullah
semoga diri kita mampu mendidik jiwa anak-anak didik dan masyarakat supaya bersikap seperti sifat Rasulullah s.a.w
semoga diri kita juga dapat mencontohi dan beramal dengan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w


Shazwani Nasir
10.17 pm
10 April 2o09

08 April 2009

Jiilun Quraniyyun faridh

as syahid syed qutb

generasi alQuran yang unik.

mahu menjadi generasi ini?

Di dalam buku asSyahid Syed Qutb - Ma'alim Fit Thoriq - Petunjuk Sepanjang Jalan - Milestone,


Syed Qutb mengupaskan faktor-faktor bagaimana sahabat dahulu digelar generasi al-quran yang unik - jiilun quraniyyun faridh

Antaranya 3 faktor yang penting ialah,

sumber utama yang di ambil oleh generasi pertama itu ialah Al-Quran. Hanya Al-Quran semata-mata, tidak ada sumber lain.

Kedua ialah, apabila mereka mengambil al-quran sebagai sumber mereka, mereka menerapkan dasar ‘belajar dan melaksanakan terus’ sami’na wa ‘ata’na, kami dengar dan kami patuh.

Manakala faktor yang ke 3 ialah, mereka memisahkan kehidupan, perasan sepenuhnya di antara zaman jahiliyah dahulu dan zaman barunya dalam Islam.

Dengan ketiga-tiga faktor ini lahirlah generasi al-quran yang unik.

Jom berusaha menjadi jiilun quraniyyun faridh!

06 April 2009

Bila Saatnya Tiba..



Ya ALLAH, berikan taqwa kepada jiwa-jiwa kami dan sucikan dia.

Engkaulah sebaik-baik yang, mensucikannya.

Engkau pencipta dan pelindungnya


Ya ALLAH, perbaiki hubungan antara kami

Mesrakanlah antara hati kami

Tunjuki kami jalan keselamatan

Selamatkan kami dari kegelapan kepada terang

Jadikan kumpulan kami jama'ah orang muda yang menghormati orang tua

Dan jama'ah orang tua yang menyayangi orang muda

Jangan Engkau tanamkan di hati kami kesombongan dan kekasaran terhadap sesama hamba beriman

Bersihkan hati kami dari benih-benih perpecahan, pengkhianatan dan kedengkian


Ya ALLAH, wahai yang memudahkan segala yang sukar

Wahai yang menyambung segala yang patah

Wahai yang menemani semua yang tersendiri

Wahai pengaman segala yang takut

Wahai penguat segala yang lemah

Mudah bagimu memudahkan segala yang susah

Wahai yang tiada memerlukan penjelasan dan penafsiran

Hajat kami kepada-Mu amatlah banyak

Engkau Maha Mengetahui dan melihatnya


Ya ALLAH, kami takut kepada-Mu

Selamatkan kami dari semua yang tak takut kepada-Mu

Jaga kami dengan Mata-Mu yang tiada tidur

Lindungi kami dengan perlindungan-Mu yang tak tertembus

Kasihi kami dengan kudrat kuasa-Mu atas kami

Jangan binasakan kami, karena Engkaulah harapan kami

Musuh-musuh kami dan semua yang ingin membinasakan kami

Tak akan sampai kepada kami, langsung atau dengan perantara

Tiada kemampuan pada mereka untuk menyampaikan bencana kepada kami

"ALLAH sebaik baik pemelihara dan Ia paling kasih dari segala kasih"


Ya ALLAH, kami hamba-hamba-Mu, anak-anak hamba-Mu

Ubun-ubun kami dalam genggaman Tangan-Mu

Pasti berlaku ke atas kami hukum-Mu

Pasti adil ke atas kami keputusan-Mu


Ya ALLAH, kami memohon kepada-Mu

Dengan semua nama yang jadi milik-Mu

Yang dengan nama itu Engkau namai diri-Mu

Atau Engkau turunkan dalam kitab-Mu

Atau Engkau ajarkan kepada seorang hamba-Mu

Atau Engkau simpan dalam rahasia Maha Tahu-Mu akan segala ghaib

Kami memohon-Mu agar Engkau menjadikan Al Qur'an yang agung

Sebagai musim bunga hati kami

Cahaya hati kami

Pelipur sedih dan duka kami

Pencerah mata kami


Ya ALLAH, yang menyelamatkan Nuh dari taufan yang menenggelamkan dunia

Ya ALLAH, yang menyelamatkan Ibrahim dari api kobaran yang marak menyala

Ya ALLAH, yang menyelamatkan Musa dari kejahatan Fir'aun dan laut yang mengancam nyawa

Ya ALLAH, yang menyelamatkan Isa dari Salib dan pembunuhan oleh kafir durjana

Ya ALLAH, yang menyelamatkan Muhammad alaihimusshalatu wassalam dari kafir Quraisy durjana, Yahudi pendusta, munafik khianat, pasukan sekutu Ahzab angkara murka

Ya ALLAH, yang menyelamatkan Yunus dari gelap lautan, malam, dan perut ikan

Ya ALLAH, yang mendengar rintihan hamba lemah teraniaya

Yang menyambut si pendosa apabila kembali dengan taubatnya

Yang mengijabah hamba dalam bahaya dan melenyapkan prahara


Ya ALLAH, begitu pekat gelap keangkuhan, kerakusan dan dosa

Begitu dahsyat badai kezaliman dan kebencian menenggelamkan dunia

Sementara kami lemah dan hina, berdosa dan tak berdaya


Ya ALLAH, jangan kiranya Engkau cegahkan kami dari kebaikan yang ada pada-Mu kerana kejahatan pada diri kami


Ya ALLAH, ampunan-Mu lebih luas dari dosa-dosa kami

Dan rahmah kasih sayang-Mu lebih kami harapkan daripada amal usaha kami sendiri


Ya ALLAH, jadikan kami kebanggaan hamba dan nabi-Mu Muhammad SAW di padang mahsyar nanti

Saat para rakyat kecewa dengan para pemimpin penipu yang memimpin dengan kejahilan dan hawa nafsu

Saat para pemimpin cuci tangan dan berlari dari tanggung jawab

Berikan kami pemimpin berhati lembut bagai Nabi yang menangis dalam sujud malamnya tak henti menyebut kami, ummati ummati, ummatku ummatku

Pemimpin bagai para khalifah yang rela mengorbankan semua kekayaan demi perjuangan

Yang rela berlapar-lapar agar rakyatnya sejahtera

Yang lebih takut bahaya maksiat daripada lenyapnya pangkat dan kekayaan


Ya ALLAH, dengan kasih sayang-Mu Engkau kirimkan kepada kami da'i penyeru iman

Kepada nenek moyang kami penyembah berhala

Dari jauh mereka datang kerana cinta mereka kepada da'wah

Berikan kami kesempatan dan kekuatan, keikhlasan dan kesabaran

Untuk menyambung risalah suci dan mulia ini

Kepada generasi berikut kami

Jangan jadikan kami pengkhianat yang memutuskan mata rantai kesinambungan ini

Dengan sikap malas dan enggan berda'wah

Karena takut rugi dunia dan dibenci bangsa


Ya Allah, menangkanlah dakwah ini....


AllahuAkbar Walillahil Hamd



Related Posts with Thumbnails