29 April 2009

Biar Ku Hulurkan Tanganku

Cuaca petang itu baik. Redup dan tenang. Kami baru selesai beraktiviti. Kami selalu berusaha sekiranya aktiviti kami di Pusat Komuniti tersebut selesai dalam waktu ‘Asar, kami memilih untuk menunaikan fardhu ’Asar berjemaah di surau Taman Harmoni berbanding si Pusat Komuniti. Ada tiga hal yang mendorong keputusan tersebut. Pertama, kami perlu berjalan agak jauh untuk ke surau tersebut dan ini merupakan cara meraih ganjaran kerana setiap langkah ke tempat ibadah akan diberi ganjaran oleh Allah[asal ikhlas di hati]. Kedua, sebagai salah satu dakwah kepada masyarakat. Bukan senang untuk melihat orang-orang muda yang keluar untuk menunaikan solat di surau atau yang seumpama dengannya. Lebih-lebih lagi solat ’Asar. Jadi, itu merupakan tanggungjawab kami. Ketiga, untuk mengenali masyarakat di situ. Yalah, kerap juga kami beraktiviti di Pusat Komuniti tersebut, masyarakat di sekitar tentu tertanya-tanya siapakah kami? Itukan akhlak Islami untuk memperkenalkan diri agar tidak merisaukan atau membimbangkan masyarakat sekeliling.

Petang itu kami sedikit terlewat. Jam menunjukkan 5.15 petang. Ketika jemaah lain telahpun keluar daripada surau, kami masih belum sampai lagi. Dalam perjalanan ke surau, saya melihat ada seorang kanak-kanak dalam lingkungan usia seorang pelajar sekolah rendah sedang menunggang basikal. Badannya agak besar dan dia memakai baju warna kuning dan seluar pendek hitam. Suara hati ini tergerak untuk menegur lalu saya menegur dia.

Saya : Assalamualaikum dik.
Dia : Waalaikumussalam.
Saya : Adik tinggal kat sini ke?
Dia : ya. Abang nak ke mana?
Saya : Ooh, kami nak ke surau. Adik tahu tak surau kat mana?
(sengaja bertanya Walaupun sudah beberapa kali ke surau tersebut)
Dia : Tahu, kat jalan Harmoni 6. Tapi kalau lalu jalan Harmoni 5 boleh juga. Surau tu
kat tengah-tengah.
Saya : Kat mana tu? Boleh adik tolong tunjukkan tak?
Dia : Boleh je....

Adik tersebut pun menjadi ’tour guide’ kami..
Setelah tiba di masjid, berlau satu lagi perbualan menarik antara saya dan dia.

Saya : Terima kasih ye dik sebab tunjukkan jalan..Baik adik ni.
Dia : Takpe..takpe
Saya : Adik dah solat ’Asar? Kalau belum jomla ikut abang sekali solat.
Dia : Belum lagi. Boleh juga, tapi adik kena tukar seluar dulu. Mana boleh
Solat pakai seluar pendek.
Saya : Rumah adik dekat kan? Adik pergi tukar seluar dulu. Abang tunggu di surau. Nanti
kita solat sama-sama.

Dia pun pulang ke rumahnya dan kembali semula ke surau setelah menukar pakaiannya. Saya memikirkan kehidupan adik yang seorang ini. Kenapa dia masih belum menunaikan solat lagi. Takkan tiada orang di rumahnya yang mengingatkan dia untuk solat. Mana abang dan kakaknya untuk mengingatkan dia? Adik yang masih kecil ini mempunyai potensi yang besar untuk menjadi muslim yang baik. Cuma dia memerlukan seseorang untuk menghulurkan tangan membimbingnya dan pasti bukan seorang sahaja yang seperti adik ini, masih ramai lagi yang sepertinya, menunggu mereka yang sanggup menghulurkan tangan membimbing mereka. Adakah anda salah seorang daripada mereka yang menghulurkan tangan? Ataupun anda merupakan orang yang pertama sekali menjauhkan tangan anda daripada mereka?

p.s-cdgn dari ana, kita kumpulkan penulisan x-gen, kita hantar kat publisher, mana tahu diaorang berminat utk publish..

1 comments:

Leenoh said...

Salam.
Bagus, teruskan berdakwah.

Related Posts with Thumbnails