10 April 2009

RASULULLAH..KAMI RINDU AKAN DIRIMU

Assalamualaikum
Apa khabar iman dan akhlak pembaca blog Xgen?
Moga-mogahan dalam keadan yang sihat walaupun ada saat naik dan turunnya =)

1 April hari yang menjadi kenangan apabila menjadi hari pertama diri ini menjadi murobbi
1 April juga Sek.Ren.Islam Hidayah tiada kelas kerana ada hari syariah yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti
Sekali ditugaskan untuk memantau program di dewan al-qodisiyah dimana ada pertandingan nasyid banat (perempuan) ketika itu
sesekali terpikat dengan sebuah nasyid yang sudah lama tidak meniti di bibir ini tatkala kanak-kanak di depan mata menasyidkan nasyid ini..
Sesekali rasa rindu timbul kepada insan yang kononnya diri ini memanggil kekasih hati
Ya Allah, sudah berapa lama kita tidak mengkaji sirah perjuangan Rasulullah s.a.w?

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela


Muhammad bin Abdullah aka Rasulullah s.a.w merupakan satu nama yang tidak asing lagi bagi diri seorang Muslim
Sifatnya mampu menarik hati insan-insan sehingga terpesona akan keindahan Islam


ada saatnya diri kita terasa disakiti apabila ada insan lain menyakiti diri kita
ada saatnya kita terasa ingin membalas dendam
ada saatnya kita rasa tidak dihargai
ada saatnya hati kita akan timbul prasangka yang bermacam-macam
Namun Rasulullah s.a.w tetap mengajar diri ummatnya untuk bersabar dan berhusnuzh0n (bersangka baik)
Tidak perlu belajar ilmu agama yang tinggi-tinggi sekiranya tidak lepas bab sabar dan bersangka baik.
Perlu diketahui sesungguhnya bersangka baik itu adalah serendah-rendah tahap dalam berukhwah

hayatilah kisah di bawah ini. Semoga kita beroleh pengajaran

Di satu sudut Pasar Madinah terdapat seorang pengemis buta yahudi yang setiap harinya mengemis di kawasan tersebut. Kerana bencinya beliau kepada Baginda Rasulullah s.a.w., maka setiap kali di dekati orang ramai dia akan berkata “wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia gila, pembohong dan tukang sihir. Apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya”.

Namun Baginda Rasulullah s.a.w. tidak mempedulikan kata-kata tersebut, malah setiap pagi Baginda Rasulullah s.a.w. akan membawa makanan untuknya. Tanpa berkata sepatah pun, Baginda Rasulullah s.a.w. akan menyuapkan makanan tersebut tanpa di ketahui oleh pengemis buta itu yang menyuapkannya adalah Baginda Rasulullah s.a.w. sendiri. Baginda Rasulullah s.a.w. melakukan perkara itu pada setiap hari sehinggalah beliau wafat.

Setelah wafatnya Baginda Rasulullah s.a.w. maka tiada lagi orang yang menghantar makanan kepada pengemis buta Yahudi tersebut sehinggalah pada suatu hari Abu Bakar r.a. berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.a. yang merupakan isteri kepada Baginda Rasulullah s.a.w.

Abu Bakar r.a. bertanya kepada anaknya “Anakku, adakah kebiasaan kekasihmu yang belum aku kerjakan?. Aisyah r.a. menjawab “wahai ayahku, engkau adalah seorang ahli sunnah, hampir tiada satu kebiasaannya pun yang ayah belum lakukan kecuali satu perkara sahaja”.

Abu Bakar r.a. bertanya lagi “apakah perkara itu wahai anakku, beritahulah”. Aisyah menjawab “setiap pagi Baginda Rasulullah s.a.w. akan pergi ke Pasar Madinah membawa makanan untuk seorang pengemis buta Yahudi yang terdapat di sana”.

Keesokan paginya Abu Bakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk pengemis buta Yahudi tersebut. Abu Bakar r.a. mendekati pengemis itu dan memberikan makanan yang di bawanya. Ketika dia mula menyuapkannya, si pengemis itu marah dan mengherdik “siapakah engkau?” tanya pengemis itu.

Jawab Abu Bakar r.a “akulah, orang biasa yang selalu membawa makanan untuk kamu”. “Bukan!, engkau bukan orang biasa yang mendatangi aku”. bantah pengemis buta itu. “orang biasa yang mendatangi aku apabila dia kemari, tanganku ini tidak perlu memegang dan mulutku ini tidak susah untuk menguyah. Dia akan memicit-micit makanan tersebut sehingga halus sebelum menyuapkan aku” pengemis itu memberikan penjelasan.

Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan air mata apabila mendengar penjelasan tersebut. Beliau menangis kerana sangat terharu dengan sikap mulia Baginda Rasulullah s.a.w. Walaupun Baginda Rasulullah s.a.w. seorang pemimpin umat tetapi beliau sanggup membawa makanan, memicit-micit sehingga halus dan menyuapkan seorang pengemis buta yang kotor dan miskin.

Sambil menahan tangisnya Abu Bakar r.a. berkata “aku memang bukan orang biasa yang mendatangi kamu tetapi aku adalah salah seorang sahabatnya. Orang mulia yang selalu mendatangi kamu itu sudah tiada. Dia adalah Muhammad Rasulullah s.a.w.”

Pada saat itu juga pengemis tersebut menangis mendengar penjelasan Abu Bakar r.a. dan kemudiannya berkata “benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya dan memfitnahnya tetapi dia tidak pernah memarahiku sedikitpun. Setiap pagi dia akan membawakan aku makanan. Dia begitu mulia sekali…..”

Kerana terharu dengan peribadi Baginda Rasulullah, akhirnya pengemis buta Yahudi tersebut telah mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan Abu Bakar r.a. dan semenjak daripada saat itu dia menjadi seorang muslim.


Subhanallah
begitu indah akhlakmu Ya Rasulullah
semoga diri kita mampu mendidik jiwa anak-anak didik dan masyarakat supaya bersikap seperti sifat Rasulullah s.a.w
semoga diri kita juga dapat mencontohi dan beramal dengan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w


Shazwani Nasir
10.17 pm
10 April 2o09

1 comments:

Unknown said...

hu.boleh ke kita jadi macam dia?boleh kan?walaupun susah.tapi kena cuba.hu.

Related Posts with Thumbnails