26 April 2009
antara dua usia...
orang kata, yang tua tidak semestinya pergi dulu dan yang muda tak semestinya panjang umurnya...
bercakap tentang usia siapa menjangka baki hidup kita mungkin tinggal 20 tahun, setahun , seminngu atau mungkin beberapa jam lagi.
seharian bersama atuk di kampung cukup membuatkan diri ini tersedar apa yang dilalui selama ini penuh nikmatnya.
"Atuk dulu sekolah kat mana?"spontan soalan itu muncul sambil tersenyum memandang atuk yang asyik menguyah ulam tenggek burung.
Hmm ada yang pernah mendengar tentang ulam ini? pahit sangat... Tapi, khasiatnya luar dari biasa...
"Sekolahnya kat sini aje...Pergi sekolah jalan kaki..."jawapan terjawab saat diri ini berfikir seketika.
"...kadang-kadang naik kereta lembu ke sekolah,"atuk menambah lagi kata-katanya sementara ada sesuatu yang bermain di kepala.
Naik kereta lembu!
bukan calang-calang kenderaan ni. Lagi mencabar ni.
"Dulu kalau hujan pakai daun pisang je. Daunnya dulu besar-besar..."
"Eh nak cuba juga la..."usik diri ini sambil tersenyum mendengar kisah atuk.
Tangan yang baru menjamah nasi ini pula masih asyik memikirkan tentang tempe buatan atuk di dapur.
"hmmm lapar lagi..."
Jika difikirkan kembali, masih banyak kisah menarik di kampung ini. memang banyak...
Mana tidaknya kerana merekalah yang merasa dahulu makanan yang bakal diberikan kepada kita sewaktu kita masih merangkak. Asam garam hidup ini mereka lebih arif tentangnya.
Dalam perjalanan pulang dari kampung selepas maghrib, suasana dalam kereta dimeriahkan lagi dengan cerita-cerita pengalaman suatu masa lalu.
"Baba belajar solat betul-betul masa masuk asrama sekolah teknik dulu,"kata-kata yang cukup membuatkan diri ini berfikir.
"Masa kecik kat rumah tu ada juga Aki ajar, tapi tak la serius sangat. Cuma bila tengah solat main-main kat belakang tu. Aki berhenti solat dan kenalah ceramah..."
"Yang best masa mula-mula nak belajar tu. Hafal al-fatihah je...itu pun kira ok la,"sambung Baba lagi.
sambil mencelah "Kalau Umi, atuk memang suruh Umi ikut solat kat belakang atuk."
Fikiran melayang seketika saat teringat solat subuh di kampung. Suara atuk pasti akan kedengaran memecah lena.
"Bangun...bangun...subuh dah ni..."
"Itulah sekarang ni ajar anak-anak dari kecik lagi. Biar tak jadi macam Umi dengan Baba..."
kata-kata azimat bonda menyentak diri ini.
Ya Allah, betapa beruntungnya kita kawan-kawan. Dari kecil lagi kita dah mula berkenalan dengan TARBIYAH. Sesuatu yang tidak datang bergolek begitu saja. Lagipun dengan teknologi yang ada sekarang segalanya dihujung jari...betul?
Manfaatkanlah ia sebelum kita kehilangannya...berkongsilah kisah antara dua usia...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
menarik.tapi siapa dia little daie niya?
macam pernah ku guna nama ini.hem..
lalala.cerita best.hu.
Post a Comment