izinkan diri ini untuk berkongsi sesuatu...
teman2
hidup ini memang tidak pernah lari dari onak dan duri mahupun badai.
sering kali kedengaran pelbagai mehnah hidup dilalui teman membuatkan diri ini terpanggil untuk menarikan jari-jemari di atas papan kekunci.
hidup ini sediri adalah cobaan. Berjaya atau gagal adalah bergantung pada diri kita sendiri. Orang yang berhasil adalah orang yang mengerti. manakala mereka yang gagal pula termasuk dalam mereka yang tidak mau mengerti. Dari sinilah muncul pelbagai alasan...
sebenarnya Allah selalu mendatangkan kebaikan pada hambaNya.namun kita yang lemah ini sering terlalai kerana terlalu memikirkan ujian itu sebagai satu halangan.
Kalamullah di dalam surah an-nisa ayat 28:
"Allah hendak memberikan keringanan padamu, kerana manusia diciptakan (bersifat) lemah."
Mohonlah padaNya agar kita mampu memahami cobaan. Kerana Dialah pendidik (Rabb) bagi seluruh makhluk yang bergerak di muka bumi ini.Hatta sekecil semut yang sering kita abaikan. Tanpa bantuan Allah, mampukah kita untuk mengerti...?
semoga kita mampu menambah kosa kata baru dalam berdoa.
"Ya Allah, ajari Kami memahami semua ini..."
perkenankanlah doa kami Ya Allah..
1 comments:
ameen.semoga dapat belajar dari segalanya.
Post a Comment