Kelas terakhir telah lama tamat. Bunyi tapak kaki berjalan, berlari melintasi koridor amat kuat. Mereka bertiga berjalan di koridor yang panjang itu seperti hari-hari biasa.
“Habis pun minggu ni,” luah Najwa. Kuat keinginannya untuk mencampakkan sahaja beg yang dipikulnya.
“Kenapa?” tanya Vivian.
Nurul tersenyum, “Biasalah. Petang Jumaat memang saat-saat yang dinantikan oleh Najwa. Setelah lima hari berlalu.”
“Hari Sabtu tak ada kelab ke, atau apa-apa aktiviti ke?”
Nurul memandang wajah Vivian yang masih tidak tahu sistem aktiviti di IAISP. “Mana ada. Kelab biasanya petang Selasa.”
“Jadi esok cuti?”
“Seperti apa yang diharapkan oleh Najwa, ya, esok cuti.”
“Nak perli orang lah tu,” kata Najwa dari belakang. Tiba-tiba dia berkata, “Nak keluar sama-sama tak esok?”
Vivian dan Nurul pusing kepala kebelakang dengan serentak, melihat Najwa.
“Ana ada barang nak beli, terutamanya untuk bilik asrama.”
“Nak beli tombol pintu lah tu,” kata Vivian.
“Eish, ada barang lain jugak lah,” balas Najwa yang muka sudah mula berwarna merah.
“Kenapa?” tanya Nurul, kehairanan.
“Hari tu Najwa nak masuk bilik air. Dengan separuh tidur, dia cuba nak bukak pintu bilik air. Mengantuk punya pasal, dia ayik pusing tombol tu arah lawan jam. Pusing-pusing, akhirnya tercabutlah tombol pintu bilik air tu.”
“Ohh,” senyum Nurul yang sedang membayangkan ‘tragedi’ itu dalam kepalanya. Nak tergelak juga dia.
“Takdelah serious sangat,” kata Najwa sudah merah habis.
“Dengan diameter lebih kurang 10 sentimeter,” tegur Vivian, “agak serious jugak lah.”
“Takpalah, esok kita keluar sama-sama,” kata Nurul yang akhirnya berjaya tahan keinginan untuk ketawa. “Ana nak kena beli bateri Lithium jugak.”
“Pelajar asrama boleh bebas keluar ke?”
“Cucuk kad je, ada mesin dia kat gerbang utama.”
“Macam tu sesiapa sahaja boleh keluar, asalkan ada kad, tak kisahlah kad sesiapapun.”
“Ada pengesan cam cari jugak lah, mana boleh pihak sekolah biarkan budak-budak ni keluar guna kad pelajar lain.”
“Oh.”
Mereka bertiga tiba di persimpangan antara blok utama dengan blok asrama. Najwa dan Vivian meneruskan perjalanan mereka ke blok asrama.
“Jaga-jaga masa mandi ya!” jerit Nurul.
“Taulah!” jerit balik Najwa.
Nurul tersenyum luas. “Susah jugak ya ada bilik air dalam bilik arama.”
Sambil melihat dua orang rakannya pergi, mata Nurul memandang ke arah Vivian.
“Dia dah biasa ke kat sini?” tanya hati Nurul.
Sedang dia memerhatikan Vivian yang semakin lama semakin jauh, tiba-tiba muncul persoalan baru dalam hatinya.
“Dulu Vivian sekolah mana?”
***
“A- apa maksud kamu ni? Sekolah baru?”
“Kamu tak tahu ke?” senyum pengetua yang semakin gemar mengusik pelajar kaya ni. “Disebabkan dia mengutamakan pendidikan, dia sanggup mendaftarkan diri di sekolah lain.”
“Tapi, tapi sekolah ni sekolah convent yang paling lewat tarikh pendaftarannya. Kalau dia terlepas tarikh untuk mendaftar di sekolah ini, sekolah convent mana lagi yang dia masuk?”
Carol sudah tidak boleh berfikir dengan rasional.
“Hmmph, kalau sekolah barunya bukan sekolah convent? Macam mana pula tu ya?”
Terkejut Carol. Makin besar jadinya senyuman Tuan Pengetua.
“Kan saya dah kata, dia mengutamakan pendidikan. Sebagai kawan lama dia, kamu pun patut tahu sikap dia ni.”
“Itu saya tahu!” teriak Carol, tidak tahan dipermainkan dengan kata-kata pengetua.
“Kalau kamu sudah tahu,” si pengetua memberikan cawan kopinya yang kosong kepada pembantunya, “kamu boleh keluar dari bilik ini…”
“Tunggu du-”
“…sekarang.”
***
“Sekarang baru nak makan sarapan?” Najwa persoalkan, melihat jam tangannya yang sudah pukul 10.30 pagi.
“Hari ni kan hari Sabtu,” jawab Nurul yang sedang main dengan bibir gelasnya. “Biasanya lagi lewat dari 10.30.”
Sudah lama dia tunggu, tapi makannya masih belum sampai. Dia melihat pelanggan-pelanggan lain yang sudah boleh menjamu selera.
“Kenapalah restoran ni lambat sangat masak makanan?”
“Sabar Nurul. Lagipun kenapalah 10.30 ni boleh enti katakana sebagai awal?”
“Biasanya pukul 12.00”
Najwa merasakan seperti kepalanya dihantuk dengan batu besar. “Lewat tu! Apa yang enti buat pagi-pagi ah? Tunggu, ana boleh agak.”
Baru sahaja pagi tadi Najwa dan Vivian terpaksa tunggu setengah jam sebelum Nurul tiba di restoran ini.
“Ni mesti jenis yang suka bangun lewat kan?”
Nurul tak boleh menafikan kata Najwa.
“Lewat sikit je.”
“Ya lah Nurul, lewat sikit je,” Nurul jawab balik dengan nada sinis.
Najwa melihat wajah Nurul. Disebabkan sikap bangun lewat inilah, dia diberi tanggungjawab untuk menjaga pelajar Kristian yang sedang duduk disebelahnya ini.
Vivian meminum air teh yang tiba lebih dulu dari makanan.
“Air sampai dulu, makanan sampai kemudian. Konsep apa ni?” rungut Nutul yang melihat meja mereka yang sudah ada tiga gelas air tapi tiada makanan lansung, seolah-olah mereka datang kesini semata-mata untuk minum air.
Bunyi deringan telefon bimbit Nurul tiba-tiba kedengaran.
“Sekejap ya,” Nurul bangun dari tempat duduknya. Dia pergi ke luar restoran itu.
Dia lihat nama si pemanggil itu. Azzam.
“Ada apa?” tanya Nurul dengan kasar.
“Ewah, ewah, salam pun tak ada, dah nak bertengking ke? Ni, nak tanya pasal mesej yang kak hantar semalm.”
“Oh tu. Akak nak mintak Azzam carikan nama sekolah lama Vivian.”
“Untuk apa?”
“Saja nak tahu.”
“Tak boleh tanya dia terus ke?”
“Taknak lah.”
“Jadi lebih sanggup menyusahkan adik sendiri?”
“Tolonglah ya.”
Azzam senyap sebentar.
“Nasib baik handphone bukan 3G. Kalau tak mesti kak gunakan taktik ‘senyuman manis’ yang kak selalu guna tu kan?”
“Selalu ke?”
“Selalu. Masa mintak tolong je, mesti nak guna.”
“Apapun, tolonglan ya. Azzam kan pandai bab-bab cari maklumat ni.”
Sekali lagi, Azzam senyap.
“External hard disk, 320 GB.”
“Ah?”
“Kak pergi shopping kan hari ni. Ingat ya, 320 GB.”
“Eh, nanti!”
Belum sempat Nurul mendapat jawapan, dah Azzam putuskan talian.
“Nak mintak belikan lah tu. Ish, ada-ada saja budak ni.”
Dia letakkan kembali telefonnya kedalam poket sambil menuju kembali ke mejanya.
“Siapa tadi?”
“Seoarng budak yang menyusahkan dan begitu susah nak mintak tolong.”
Najwa merehatkan pipinya diatas tangan kanannya. “Adik dialah tu, siapa lagi?”
“Adik?” tanya Vivian.
Najwa berpaling kearah Vivian disebelahnya. “Nurul ada adik lelaki seorang.”
“Kenapa panggil dia ‘menyusahkan’?”
“Sebab kadang-kadang dia… menyusahkan sikit.”
“Tu adik sendiri, sanggup panggil dia ‘menyusahkan’?”
Nurul hairan melihat Vivian. Hatinya tertanya, “Apa yang dia ni nak cakap ni? Sensitif sangat ke dia ni?”
Belum sempat Nurul membalas, Vivian membuka mulut, “Takpalah, lupakan saja.”
Bertambah hairan si Nurul. Lama dia melihat Vivian yang sedikit kurang senang ekspresi wajahnya.
Berbaju sweater biru kehijauan diluar dan baju putih tanpa kolar didalam serta seluar jeans, penampilannya sedikitpun tidak menunjukkan yang dia adalah seorang pelajar yang cemerlang.
“Awak selalu pakai baju sebegini ke pada hari-hari biasa?” Nurul bertanya kepada Vivian.
“Lebih kurang. Kenapa?”
“Takdalah. Cuma terbayankan yang awak ni sebagai pelajar elit bawak buku ke sana sini, macam tak boleh pisah.”
“Macam tu awak bayangkan seorang pelajar cemerlang?”
“Sedikit. Tapi baguslah begini. Kalau saya nampak budak-budak lain pakai camni…”
“Ada apa masalah pakai macam ni?”
“Tak. Awak perlu faham yang Islam ada konsep aurat. Seluar jeans sebenarnya boleh menampakkan bentuk badan.”
Vivian mendengar sahaja.
“Pernah say baca artikel tentang 13 aurat wanita.”
“Banyaknya,” celah Najwa. “Mana enti dapat artikel tu?”
“Dah lama dah, ada tampal kat dinding masjid kat mana entah. Dah lupa. Apa-apa pun ada banyak jugak yang tersenarai. Antaranya ialah pakaian yang menunjukkan bentuk badan.”
“Tu memanglah,” kata Najwa.
“Ada lagi macam rambut, suara – perkara yang kita tahu semuanya.”
“Tunggu,” Vivian kata dengan tiba-tiba, tangannya menghala kearah Nurul.
“Yang 13 aurat wanita ni ialah bulu kening, kaki, wangian, dada, gigi, muka dan leher, muka dan tangan, tangan, mata, suara, kemaluan, pakaian dan rambut kan?”
Nurul tak boleh kata apa-apa – memang gadis Kristian ni lebih mahir daripadanya, malahan ingatan dia lebih kuat daripadanya yang tidak mampu mengingat sebuah aritkel yang penting.
“Betul.”
Itu sahja yang mamapu dia kata. Jawapan yang agak menghampakan dari seorang yang mempelajari agama.
“Jadi suara, rambut, bentuk badan dan lain-lain lagi ni, semuanya tak boleh didedahkan?”
Nurul dan Najwa diam sebentar bila dengar soalan Vivian yang seolah-olah ada perasaan minat terhadap topik ini.
“Senang cerita, ya. Ada jugak kes-kes tertentu yang diharuskan seperti pembelajaran, pastu… mmm, tak ingat sangat.”
“Apalah nak jadi dengan budak ni…” bisik hati Najwa.
Vivian mengeluarkan buku notanya dari koceknya. Dia mencatatkan beberapa perkara dalam buku notanya itu. Nurul dan Najwa hanya melihat perbuatannya tanpa menghiraukan makanan yan telah pun tiba diatas meja mereka.
“Perkara ni pun dia nak catit?” tanya Nurul.
***
Plaza Bandaraya. Kawasannya rata. Dikelilingnya ada pusat membei-belah, stesen, bangunan pejabat yang mencakar langit.
Ditengah-tengahnya ada air pancut; sering kali ada sahaja beberapa orang kanak-kanak yang suka membaling batu-batu kecil kedalamnya.
Muncul si kecil menghampiri air pancut itu. Baru sahaja tangannya berada dalam posisi yang sesuai untuk membaling batu itu, tangannya cepat-sepat dipegang oleh seseorang perempuan.
“Apa yang kamu dapat dengan membaling batu dalm air pancut ini?” tanya empunya tangan yang memegang tangan budak kecil itu tadi.
“Tak ada apa-apa. Saja je.”
Suaranya lemah, seperti hendak menangis. Carol melepaskan tangan budak kecil itu. Budak kecil tadi terus berlari, memanggil ibunya.
“Apa pula yang kamu dapat dengan memhalang perbuatannya?” Tanya seorang lelaki tegap, perpakaian lengkap seperti seorang pengarah syarikat.
“Tak ada apa-apa. Saja je.”
Carol menjawab dengan suara yang sedikit bongkak.
Lelaki tadi menghampiri Carol. “Ke mana kamu pergi tadi. Susah nak cari kamu tadi. Sedar tak kamu yang kawasan ini besar?”
“Sebagai salah seorang pengawal perabadi aku,” Carol berkata, sekali lagi dengan nada yang bongkak, “adakah itu cara kau patut bercakap dengan tuan kamu?”
Lelaki tadi diam. Dia tidak terkejut; dia sudah biasa dengan perangai Carol.
“Saya ke sini untuk bawa Puan pulang. Kelas muzik akan bermula setengah jam lagi.”
“Kata saya tak sihat. Noktah.”
Lelaki tadi tetap berkeras. “Tapi ni arahan tuan.”
“Dan ini pula arahan aku : DIAM!”
Carol menjerit. Tapi tiada sesiapa yang pandang. Semua orang di kawasan ini melayan hal masing-masing.
Carol berdiri, penat dia duduk di tepi air pancut itu tadi.
“Ke mana Puan nak pergi?”
Carol sudah mula rimas, rasa seperti seorang pesalah yang disoal siasat.
“Biarlah saya pergi ke mana saya suka, buat apa yang saya nak. Kau pergi jelah main jauh-jauh. Nah, ambik batu ni. Cubalah main baling-baling batu dalam air pancut ni!”
“Puan, saya tak faham. Kenapa Puan jadi macam ni?”
“Nak tau macam mana saya jadi macam ni? Kau ni siapa? Sedar sikit status kamu ni!”
Carol berhenti bercakap seketika. Ada beberapa orang yang sudah sedar perbalahan antara Carol dan pegawai peribadinya.
Setelah Carol berhenti bersuara seketika, orang di sekelilingnya meneruskan aktiviti masing-masing.
Carol perasan yang ada bebarapa orang disini yang memegang video camera, mungkin sedang bersiar-siar, ataupun yang mereka itu pelancong.
“Dulu,” Carol bersuara dengan lembut dan penuh nostalgia, “dulu saya pun ada video camera, selalu saja merakam kaki sendiri sebab tak tahu macam mana nak tutup sisnya.”
Bertambah lagi persoalan dalm kepala pegawai peribadinya. Carol sedar wajah expresinya.
“Kau nak tahukenapa perangai saya dah berubah kan?” tanya Carol kepadanya. “Saya ada kawan rapat, Vivian. Saya kenal sejak kecil lagi. Itulah satu-satunya kawan yang saya ada. Dia pintar, pandai berkata, dan dialah orang yang paling memahami perasaan saya.”
Kereta berlalu kesana-sini, angin buatan yang terhasil dari kelajuan kereta-kereta itu meniupkan rambut Carol, menambahkan lagi suasana melankoliknya.
“Tapi awal tahun ni, dia tiba-tiba hilang. Hari pertama sekolah buka, dia tiada. Hari demi hari berlalu, tapi dia masih tiada. Dah ramai kawan sekelas saya yang nak duduk disebelah saya, tapi saya tetap kosongkan tempat duduk itu. Tapi, dia tetap tak pulang. Dan semalam pula…”
Bara kemarahan Carol mula membakar.
“Si pengetua tu tiba-tiba saja kata yang dia terlepas peluangnya untuk sambung belajar di sini. Apa kejadahnya tu?! Pandai-pandai je cakap! Dia lansung tak sedar yang dialah satu-satunya pelajar – bukan, dialah pelajar yang paling cemerlang kat sekolah, malahan melampaui batasan seorang pelajar elit biasa. Dan si pengetua itu pulak, dia pulak, dengan senang hati je…”
Mata Carol sudah basah. Dia mengelapkan matanya dengan kain bajunya. Setelah menghembus nafas, dia kembali bersuara.
“Aku bersumpah, aku akan bawa balik Vivian kepada sisi aku, tak kira sekolah mana yang sedang mengurungnya, tak kira betapa ketat tahap keselamatannya, tak kira berapa ramai cikgu nya, tak kira betapa tinggi status sekolah tu, tak kira betapa hebat pun pelajar-pelajarnya, aku akan selamatkan dia. Aku akan kembalikan dia ke jalan sebenar. Aku akan selamatkan Vivian! Aku janji!”
Beberapa buah kereta berlalu lagi.
Pengawal peribadi Vivian berpura-pura batuk, kemudian dia berkata, “Cerita yang bagus. Amat menarik. Karangan paling mantap tahun ini. Tapi saya rasa arahan Tuan tetap menjadi keutamaa– kenapa?”
Dia tanya Carol yang matanya tiba-tiba terbuka luas.
Carol pusing kepalanya kearah kereta yang baru sahaja berlalu tadi.
“Teksi tadi… dalammya ada Vivian!”
3 comments:
awal2 skali - sori sbb lambat post
semakin lama , semakin kuat cengkaman masa pada diri ana (tambah lg dgn kelembapan ana menaip)
anyway, spt apa yg terjadi pada Part 5, ana terpaksa pendekkan ceritanya (sbb nk post cpt), tp bukan maknanya ana cut terus cerita tu, cuma ana pindahkan kpd part2 yg seterusnya
btw, disebabkan ana terus post, ana x sempat cek kesalahan ejaan..
gomen nasai ne...
hai..
takpe.ada je yang setia menunggu.peminat?ngaa.
Post a Comment