dakwah itu panjang
lestarinya berat
jalannya payah
tapi hakikatnya indah
dakwah itu bukan serius
tidak sehingga misai dan janggut melentik menjadi penghalang
bukan juga lantaran niqob yang menutupi wajah engkau harus diam
tetapi dakwah itu kebaikan yang engkau serlahkan
apa jua cara, biapun tanpa suara
dakwah tiu bukan berlawak sehingga ketawa nampak gusi
gelak berdekah dekah untuk mengambil hati
akhirnya maksud tidak sampai
yang keluar hanya kata kata tanpa isi
membazir masa dan kurang thiqoh
sehingga orang pun malan mahu ambil peduli
Tapi dakwah itu kebaikan yang engkau kerjakan
Kemungkaran yang engkau elakkan
Dakwah itu tidak hanya ceramah
Bukan hanya melafaz firman Tuhan
Tidak hanya sekadar menitipkan sabda junjungan
Tetapi hakikat yang lebih besar menanti di hadapan
Sejauh mana engkau mengamalkan apa yang engkau serukan kepada insan
Wahai dai'e
Wahai kawan
Selagi hidup usahalah agar dakwah itu menjadi teman
Ambillah seberapa banyak derap perjuangan ikhlas kerana Tuhan
Dakwah itu adalah dirimu
Dirimu itu adalah dakwah
Pastikan selagi engkau bernafas
Ia tidak akan terpisah
0 comments:
Post a Comment