22 November 2009

NURUL AIN Part 7 : Tiga Belas Aurat Wanita


Teksi itu berhenti setelah berpusing ke kanan.

“Lima ringgit enam puluh,” kata pemandu itu.

Nurul mengeluarkan duit dari dompetnya. “Aduh, ada enam puluh sen tak?” dia tanya Najwa.

“Ada rasanya,” jawabnya dengan kurang pasti. Dia pun membuka dompetnya, mencari duit syiling berjumlah enam puluh sen. “Mmmmm…. ah, ada.”

Nurul memberi lima ringgit kepada pemandu teksi itu. Najwa kemudian memberinya enam puluh sen.

Mereka keluar dari teksi itu.

“Terima kasih ya,” kata Nurul kepada pemandu itu sambil menunjukkan senyumannya. Pemandu teksi itu tadi mengangkatkan tangannya.

Bila teksi itu sudah pergi, senyuman di muka Nurul terus hilang.

“Ceh, mahal. Tak guna betul. Ada ke sampai lima ringgit enam puluh sen?”

Najwa toleh ke arah Nurul.

“Huh, pandai betul berlakon ya? Depan pemandu tadi, punyalah manis muka. Bila dia takda, hmmmmhh, kutuk belakang.”

“Macam mana boleh mahal sangat? Tak rasa pelik ke?” balas Nurul.

“Tambang dah naik seringgit,” kata Vivian.

“Eh? Ya ke?” Nurul tanya.

Vivian angguk. Najwa pula hanya mampu hentakkan tangannya di dahinya. “Eish, macam mana boleh tak tau ni?”

“Dah memang ana tak tau. Nak buat macam mana?”

“Cukup lah tu,” kata Najwa sambil membetulkan posisi begnya. “Dah sampai dah ni, jom lah. Buat apa tercegat kat sini lagi.”

Vivian mendongakkan kepalanya keatas dan membaca nama destinasi mereka. “V MALL? Tak pernah dengar. Tak pernah datang.”

Nurul senyum sedikit. “Haa, buat apa setakat pandang luar bangunan je? Dalam lagi best.”

“Hmmm. Baguslah. Bangunan ni takda lah tinggi sangat,” kata Vivian dengan suara yang rendah. Dia kemudiannya mengikut Nurul. Najwa yang terdengar kata-katanya tadi, terus bertanya, “Ada apa dengan bangunan tinggi?”

“Aku fobia.”

“Ha?”

Vivian tiba-tiba sedar yang Najwa sedang bertanya dia. “Eh, takda apa-apa. Cuma saya ni, umm…”

Dia menggunakan jari telunjuknya untuk menggaru pipinya.

“Saya ni, ada sedikit perasaan kurang senang dengan bangunan tinggi,” Vivian berkata dengan suara yang lebih rendah dari tadi.

“Kenapa?”

Vivian diam.

“Takpa lah, lupakan sajaha,” dia menamatkan perbualan ni. Dia terus berjalan dengan kelajuan yang agak pantas. Najwa mengikutnya dari belakang.

Nurul yang sudah masuk dalam bangunan, menghembuskan nafasnya sambil berkata, “Waaaaa….. sejuk.”

“Mak aih, jakunnya. Macam tak pernah masuk bilik yang berair-cond je budak ni,” tegur Najwa yang masuk bersama-sama Vivian.

“Heheh, saja jer,” sengih Nurul.

Belum sempat Najwa membuka mulut, seorang wanita menghampiri mereka. “Adik nak cuba rasa?”

Dia menghalakan dulang yang diatasnya ada cawan-cawan kecil, berisi air. “Air apa ni?”

Wanita itu tadi menyikat rambutnya ke belakang menggunakan jarinya sambil berkata, “Air nanas dik.”

Nurul mengambil secawan, lantas terus berpusing ke arah Najwa. “Heh, dapat air percuma pulak tu.”

Najwa terdiam sementara. “Tolonglah, kalau enti rasa enti dah lama sangat tak pergi shopping kitorang yang duduk asrama laaaaagi lama tak rasa peluang outing ni. Tak payahlah nak jakun sangat.”

Sambil mendengar perbualan riuh-rendah mereka, Vivian hanya merenung kearah wanita tadi.

Nurul yang sedang sibuk membuat karenah tak sedar gegaran dalam poketnya.

***

“Mana lah dia ni? Dari tadi tak angkat,” rungut Azzam yang dari tadi asyik mencuba untuk menghubungi kakaknya. “Dia silent kan ke apa?”

“Dia pergi mana?” tanya seorang rakan Azzam.

Azzam telah mengajak beberapa orang kawannya ke rumahnya, memandangkan hanya dia seorang berada di rumah.

“Pergi mana lagi? Pergi shopping lah, budak perempuan nih,” kata Azzam. Dia memandang ke arah dinding sambil membayangkan kakaknya yang seronok membeli-belah dari pagi sampai petang, tak ingat dunia, dan lansung tak mengambil kisah adiknya yang terpaksa menjaga rumah seorang diri.

“Mungkin nanti dia yang call enta?”

“Hah, masa tu mungkin dia cuma call samada untuk, satu, top-up handphone dia, atau dua, pinjam duit.”

Kawan Azzam tak boleh kata apa-apa. “Enta memang faham sikap kakak enta ya? Bagus betul dia ada adik macam ni,” guraunya.

“Hahaha… dah dua belas tahun ana hidup dengan dia, takkan masih tak tau perangai dia. Makanan kegemaran dia, saiz kasut dia, alasan yang paling dia selalu guna bila tak siap kerja rumah, semua ana tau.”

“Hmm, kalau enta ada dua orang kakak, dan kedua-duanya sama perangai macam Nurul tu, apa akan jadi agaknya?”

“Hancur rumah ni,” jawab Azzam tanpa agak-agak. “Eish, macam mana boleh masuk topik ni pulak?”

“Emm… tadi ana tengah cakap pasal apa ya? Oh ya, pasal pelajar baru kat sekolah kakak ana.”

“Dia sama sekolah dengan Nurul ke?”

“Tak. Sekolah lain. Tapi kakak ana banyak rasa kurang senang dengan pelajar baru ni.”

“Kenapa?” tanya Azzam yang sekarang sudah putus asa untuk menghubungi kakaknya Nurul.

“Mmmm, macam mana ya? Dia pindah sekolah, macam bukan bertujuan untuk belajar, tapi bertujuan lain. Macam-macam soalan dia tanya, seperti ‘bagaimana polisi sekolah ini?’ atau ‘ada tak senarai pelajar?’ atau ‘macam mana kalau pelajar baru masuk sekolah ini, apa proses dia?’, soalan macam tu lah.”

“Dia tu kan pelajar baru. Mungkin dia tak biasa dengan sistem sekolah kakak enta tu. Bagi lah dia masa untuk sesuaikan diri.”

“Tapi ada sekali tu sampai dia tanya kakak ana ‘ada tak pelajar Kristian yang pindah masuk sekolah ini?’”

***

“Emmm, kita buat apa kat sini?” tanya Vivian yang sedikit hairan.

“Laa, buat-buat tak tahu pulak,” balas Nurul yang sibuk memilih baju. Tangan kiri nya sudah ada tujuh pasang, dia kini sedang memilih yang kelapan.

Vivian melihat tangan kiri Nurul yang sudah penuh dengan baju. “Kamu nak beli semua ni ke?”

“Ya kot.”

“Cukup ke duit?”

“Jangan risau.”

“Banyak ke kamu bawa duit?”

“Ada lah.”

“Kalau duit tak cukup?”

“Haa, ni cantik,” kata Nurul yang baru sahaja memilih baju yang kelapan, lansung tak dengar kata-kata Vivian.

“Hmmmm.” Nurul pandang ke kiri dan ke kanan. “Mana bilik nak salin ni?”

“Berapa lama agaknya masa yang digunakan untuk mencuba setiap satu ni?” tanya Vivian, macam tak percaya yang Nurul akan beli semua ini.

“Hah, situ dia.”

Najwa yang sudah selesai membeli barang keperluan yang diingini, masuk ke kedai baju yang Vivian dan Nurul baru masuk.

“Ha, dah siap pilih baju ke belu– Waaakh…. Banyaknya?!”

“Sikit sahaja ni,” kata Nurul yang baru keluar dari bilik salin pakaian, kelapan-lapan baju yang dipilihnya digantung pada lengannya.

Sikit enti kata?”

Najwa macam tak percaya sebegini banyaknya baju yang ingin dibeli oleh Nurul.

“Hmmmm, yang warna kuning ni sesuai tak?”

“Cerah sangat,” kata Najwa.

“Yang merah ni?”

“Merah pekat macam pakaian seragam sekolah kita. Nak ke?”

“Hmmm, macam mana pulak dengan yang warna hijau ni?”

“Kenapa semuanya warna lampu isyarat?”

Nurul diam sementara. Najwa mengeluh, “Huh, pilih je lah mana-mana.”

“Yang ni cantik,” kata Nurul sambil memegang baju yang berwarna hijau itu. “Aaaaaaaaah, beli semua je lah.”

“Cukup ke duit???” tanya Vivian dan Najwa serentak.

Nurul hanya sengih. “Heh, jangan lah risau.”

Dia membawa kelapan-lapan pasang baju yang dipilihnya ke kaunter. Juruwang yang bertudung pendek itu tercengang. Dia kemudian terus melaksanakan tugasnya.

“Empat ratus empat puluh ringgit tiga puluh sen.”

Vivian terkejut. Kaki Najwa terundur kebelakang secara tak sengaja.

“Dia… dia boleh membelanjakan sebegini banyaknya duit dalam sekali belanja?!” gagap Najwa yang matanya lekat melihat angka-angka hijau yang terpapar diatas mesin wang. Tak pernah dia membelanjakan sebanyak ini sekaligus. “Kaki belanja betul dia ni.”

Mereka keluar dari kedai tadi setelah Nurul selesai membayar. Vivian menoleh kebelakang sekejap, merenung kearah juruwang tadi.

Najwa melihat tangan Nurul yang penuh memegang baju-baju yang baru dia beli tadi. “Nanti nak balik nanti, cukup tak duit?”

“Oh ya, sekejap eh,” Nurul kata setelah teringat sesuatu. Dia mengeluarkan handphone nya dari kocek seluarnya.

“Nak hantar mesej ke?”

“Yup,” kata Nurul. Setelah selesai, dia meletakkan semula kedalam koceknya. “Hantar kat adik ana. Mintak pinjam duit.”

“Apa punya kakak macam ni.”

“Lagi pun dia ada minta belikan barang untuk dia, jadi kalau dia tak bagi pinjam, tak dapatlah ana belikan.”

“Memang lah tak dapat nak beli, tengok ni, sampai lebih empat ratus ringgit sekali belanja.”

“Aaaaaaaaaaaaah, tak kisahlah,” kata Nurul yang ingin tukar topik. “Mana Vivian?”

Najwa pusing kepala ke arah kedai baju tadi. Vivian masih lagi berdiri di pintu masuk kedai baju itu.

“Kenapa dengan dia ni,” Najwa tertanya. “Enti tolong pergi panggil dia, ana nak pergi beli alat tulis sekejap.”

***

Carol bergerak tanpa henti. Kepalanya kerap pusing ke kiri dan ke kanan.

“Cik, tolong,” kata pengawalnya yang sudah kepenatan mengikutinya. “Saya tiada izin untuk membenarkan kamu merayau di sini. Kelas muzik yang kamu patut hadiri pun, saya sanggaup benarkan kamu ponteng, entah apa tuan akan kata pada saya nanti…”

Carol henti seketika dan terus pandang dengan mata yang tajam kearah pengawalnya.

“Kalau kau banyak songeh, balik sahaja lah. Tak ada sesiapa suruh kau ikut pun.”

“Tapi cik,” pengawalnya berusaha untuk berkata walaupun sudah jelas kepenatan.

“Dah lah, malas nak layan kau ni.”

“Cik, tunggu…”

“Hah,” tiba-tiba Carol bersuara. “Dari sana boleh tengok dengan lebih jelas lagi. Tingkat yang paling bawah dan teratas pun boleh dilihat dari sana.”

“Hmm…”

Dia melihat kebawah. Tingkat 1 dan 2 sememangnya jelas. Dia lihat keatas. Tingkat 4 masih jelas, tapi Tingkat 5 agak susah untuk dilihat.

Pengawalnya pergi berdiri disebelahnya. Ditingkat 1, kelihatan seperti satu persembahan akan bermula. Alatan-alatan muzik sudah pun tersusun. Vokalis wanita pun seperti menunggu saat untuk menonjolkan bakat suaranya.

“Susah macam ni,” carol tiba-tiba berkata. “Kalau kita lewat, mungkin kita terlepas dia.”

Pengawalnya bertanya, “Siapa ‘kita’? Siapa ‘dia’?”

Muka Carol bertukar menjadi ekspresi wajah yang semakin geram. “Siapa ‘kita’? Kitalah. Siapa lagi. Kenapa? Kau ni tiang ke? Kalau kau tiang, logik sikit saya panggil ‘saya’ terus, daripada sebut ‘kita’.”

Nada biadap Carol semakin kuat.

“’Dia’ pulak ‘dia’lah. Vivian.”

“Kenapa cik masih nak kejar dia?”

“Jadi? Kalau kawan kau tiba-tiba hilang, kau buat tak tahu sahaja? Macam tu? Bagus betul kau ni ya. Patutlah sampai sekarang, kau cuma ada laptop sebagai kawan.”

Suasana menjadi tegang. Pengawalnya tidak berkata apa-apa, kerana penat, penat melayan karenah anak majikannya.

“Kedai buku.”

“Ha?” tanya pengawalnya.

“Ada kedai buku kat belakang kau,” kata Carol.

“Jadi?”

“Vivian selalu pergi kedai buku.”

Dengan hanya berkata begitu, Carol terus berlari menuju kearah kedai buku itu. Pengawalnya mengeluh, memikirkan nasibnya. Sekali lagi dia terpaksa mengikut Carol.

Suasana dalam kedai buku itu amat sunyi, sunyi semacam.

“Hmmm….”

Berbeza dengan sebelum ni, Carol bergerak perlahan. Di kiri dan di kanannya, rak buku yang tinggi-tinggi, semuanya penuh dengan buku.

“Mungkin,” pengawal Carol bersuara. “Mungkin kalau cik cari kat bahagian genre buku yang kerap dibaca oleh Vivian, mungkin akan jumpa dia.”

“Hmm, kenapa tiba-tiba otak kau boleh berfungsi?” kata Carol dengan sinis.

“Sebab saya masih belum disahkan berpenyakit mental.”

“Ya ke? Tapi idea tu tetap tak berguna.”

“Kenapa?”

“Sebab,” Carol berkata, seperti terkenangkan memori silamnya bersama Vivian. “Dia baca semua jenis buku. Semua genre, tak kira politik, isu semasa, sains, fiksyen, bahasa… semua dia baca.”

“Ah,” tiba-tiba seorang bersuara.

Carol dan pengawalnya memandang kearah insan yang mengeluarkan suara itu – Najwa. Najwa sedang memegang beberapa bungkusan kertas ditangannya. Mata Najwa lekat pada pakaian seragam Carol.

“Itu…” bisik hatinya. “Itu, seperti pakaian seragam Vivian.”

Kedua-dua pelajar perempuan itu memandang kearah masing-masing.

“Ya? Kenapa?” tanya Carol. Nadanya berbeza dengan yang dia gunakan semasa bercakap dengan pengawalnya.

“Ummm,” Najwa seperti teragak-agak ingin berkata. Sekarang pelbagai pertanyaan berkisar dalam kepalanya. Siapa dia ini? Kenapa pakaian seragam dia sebiji seperti pakaian seragam Vivian? Mungkin kah dia ni dari sekolah yang sama dengan bekas sekolah Vivian?

“Er, tak ada apa-apa. Cuma…”

Sekali lagi, Najwa teragak-agak.

“Patut ke ana beritahu terus?” hatinya bertanya kepada dirinya sendiri.

“Cuma… cuma pakaian seragam awak ni, seperti pernah nampak ada orang yang memakainya.”

Mata Carol membesar.

“Alamak, ana salah cakap ke?” bisik hati Najwa.

Kedua-dua bahunya tiba-tiba dipegang erat oleh Carol.

“Kamu, ada jumpa tak orang yang berpakaian seragam macam ni?”

“Er…”

Hatinya rasa tak selesa.

“Nak kata ke?” nalurinya berkata. “Tapi Vivian tak pakai pakaian seragam hari ni, IAISP cuti hari sabtu.”

“Ada jumpa tak?”

Carol menggoncangkan bahu Najwa.

“Er, a… ada kot. Kenapa?”

“Saya nak jumpa dia.”

“’Dia’ tu siapa?”

Carol melepaskan genggamannya terhada bahu Najwa.

“Kawan saya. Kawan lama saya. Saya tak jumpa dia lansung tahun ni. Dengan cerita, dia terpaksa pindah sekolah – sekolah agama pulak tu.”

“Jadi?”

Sekelip mata, wajah bengis Carol terukir diatas mukanya.

“Kau tak faham ke?”

Suara Carol semakin kuat.

“Kawan saya tu dirampas dari saya, ditendang keluar oleh pengetua sekolah saya yang tak berperikemanusiaan, dan sekarang terpaksa belajar disekolah agama kat mana entah, terseksa, terluka…”

Carol terus memandang kearah muka Najwa, dengan matanya yang tajam, dia berkata, “Jadi saya bersumpah akan cari dia, dan saya akan hancurkan sekolah yang sedang mengurungnya!”

“H- hancurkan?”

Najwa melihat wajah Carol, semangatnya yang membara jelas kelihatan dalam sinaran matanya.

“Siapa nama kawan kamu ini?”

“Vivian Wei Lee. Kalau kamu ada jum– ”

Bungkusan-bungkusan kertas yang dipegang oleh Najwa tiba-tiba jatuh menghempap lantai.

Carol terhenti kata-katanya.

“Ahh, haha, um, berat jugak kertas-kertas ni, haha,” kata Najwa yang cepat-cepat mengambil balik bungkusan-bungkusan kertas yang terjatuh tadi. Muka nya mula menitik dengan peluh.

“Maaf ya, saya perlu balik tak lama lagi, saya pergi dulu ya.”

“Nanti, dulu,” Carol memanggil dia kembali, tapi Najwa sudah pergi jauh ke kaunter pembayaran. “Tak sempat nak bagi dia nombor saya. Hmmm.”

Carol menoleh. Dia melihat pengawalnya yang sedang membaca SMS yang baru diterimanya.

“Cik, masa untuk balik.”

“Haaaaa???”

Carol mempertikaikan arahan pengawalnya. “Kau tengah cakap dengan siapa ni hah?!”

“Arahan dari tuan,” dia menunjukkan mesej yang diterimanya tadi kepada Carol.

“Saya pasti yang kuasa veto dia lebih jauh berkuasa dari arahan dari kamu.”

Dengan itu, dia terus menarik tangan Carol, membawanya keluar.

***

“Nurul?”

“Ya?” balas Nurul, yang sedang sibuk melayan lagu yang sedang dinyanyikan oleh vokalis perempuan tadi. Persembahan mereka di Tingkat 1 jelas kedengaran dari tingkat bawah sehingga tingkat atas.

“Saya nak tanya sesuatu,” kata Vivian

“Tanyalah,” balas Nurul. Wajahnya ceria, khusyuk melayan suara merdu penyanyi itu.

“Pagi tadi, kamu ada kata tentang 13 aurat wanita kan?”

Nurul terhenti dari kekhusyukkannya. Wajah ceria tadi, ceria kerana sedang seronok tenggelam dalam kelalaian melayan lagu tadi, terus luntur.

“Tapi kenapa, bila saya perhatikan, peraturan ini tak diikuti oleh orang Islam sendiri? Masa kita baru masuk bangunan ini, sudah ada jurujual wanita yang terdedah rambutnya.”

“Er, i- itu,” Nurul berkata, sedikit gagap.

“Masa kamu nak beli baju-baju kamu tadi, juruwang itu memakai tudung yang amat pendek, lengkungan dadanya amat jelas kelihatan.”

“Umm, i- itu pun…”

“Dan sekarang pula, ada penyanyi – penyanyi perempuan ini – sedang menyanyi, menonjolkan suaranya.”

“Err…”

“Ada 13 aurat wanita, bulu kening, kaki, wangian, dada, gigi, muka dan leher, muka dan tangan, tangan, mata, suara, kemaluan, pakaian dan rambut,” jelas Vivian.

“Jurujual tadi, mendedahkan bahagian rambut. Juruwang tadi, mendedahkan bahagian dada. Dan kini, penyanyi yang sedang menyanyi ini, mendedahkan suaranya.”

Suara nyanyian vokalis perempuan tadi masih kedengaran.

“Peraturan-peraturan ini, bukan ke patut dipatuhi oleh semua orang Islam?” tanya Vivian.

Nurul memegang erat beg plastik yang mengisi baju-baju yang baru dibelinya. Dia tak tahu apa yang patut dicakap.

“Boleh kamu jelaskan…” kata Vivian.

Nurul tunduk, senyap, tak mampu berkata.

“…mengapa perkara macam ni boleh terjadi?”

2 comments:

TawfiqRahmat said...

good job bro..
ada sedikit spelling error..
check balik ye..

Venopolymede said...

uuhhh, spelling errors.... IA ana check balik nnti

tp kalau ada sesape dpt spotkan, bgtau ya, jzkk...

Related Posts with Thumbnails