01 February 2010

citaKu dan citaMu

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

.. Indahnya ukhuwwah islamiyyah andai yang lupa sering diingatkan agar tiada lubang2 mazmumah yang bakal merosakkan keindahan binaan hidup insan bergelar generasi muttaqeen ..

Ukhtiku,
izinkan diriku melafaz kata hati
yang sudah lama terbuku dan tersirat
namun kini kuingin kau mendengar
jeritan sayu si kerdil, sahabatmu




Ukhti,
pernahkah kau mendengar nama ini?
Zainab binti Jahsyi?
ternyata jawapannya YA
kerana beliau merupakan seorang yang terkemuka
di dalam sirah kekasih kita, Rasululluah s.a.w

Ukhti,
kuingin menjadi sepertinya!
ternyata, kuingin menjadi sepertinya!!

ya, memang kuakui
kutidak mampu menjadi sepertinya seratus peratus
yalah, beliau merupakan antara isteri nabina, Muhammad s.a.w
masakan kulayak bergelar ummul mukminin di zaman ini

namun
apa yang kumahukan?
hanya semangat dan ketekunannya demi Islam yang sangat tinggi


usahanya yang tekun
keringatnya yang mengalir
hembusan nafasnya tanpa rungutan
segalanya menjadi saksi akan pengorbanannya
berkerja keras untuk umat islam sekeliling

walau dirinya dari keturunan bangsawan ternama
namun berusaha mengambil upah menyamak kulit binatang
dan segala upahnya akan diinfaqkan kepada orang islam
sehingga tiada dalam kalangan isteri2 Rasulullah
yang mampu menandingi sikap pemurahnya

segalanya?
ya,ukhti! segalanya..
hidupnya bersederhana namun bahagia
kerana beliau yakin hanya itu yang bakal membahagiakannya di akhirat kelak




Ukhti,
layakkah diriku untuk menjadi sepertinya?
berusaha sedaya upaya demi adDeen tercinta?

walau dikata wanita itu lemah di medan
namun sebenarnya banyak kekuatan yang terselindung di sebalik segalanya
"tangan yang disangka lembut menghayun buaian, ternyata mampu menggoncang dunia mencipta sejarah"

Ukhti,
doakan diriku agar bisa menjadi sepertinya
bekerja hanya untuk Allah Yang Maha Esa

nasihati diriku..
bilakah kuharus mulakan langkahku?

sekarang?
baiklah, kuharus menyusun langkahku sekarang
agar kutidak tergolong dalam golongan yang gagal merancang
yang akhirnya tidak membawaku menuju hasrat murniku

ukhtiku
sampai bila ingin difikirkan jawatan dan kerjaya yang tinggi
yang hanya akan ditinggalkan di dunia sementara ini?
tanpa mengambil kisah sumbangan kita fii sabilillah



jadi ukhtiku sayang
ayuh sama2 kita tanamkan cita
untuk menjadi seperti Sayyidatina Zainab binti Jahsyi
agar setiap tindakan kita kini
hanya bercita kepada matlamat
untuk merebut peluang menegakkan Islam di bumi ini



untuk apa kita tekun berusaha?
agar bisa belajar banyak perkara

untuk apa kita belajar banyak perkara?
agar membolehkan kita memperoleh ilmu dan kemahiran

untuk apa ada ilmu dan kemahiran?
agar kita boleh membantu umat islam yang memerlukan

untuk apa kita bantu mereka?
agar islam bisa dijulang dengan oleh tangan2 kita

untuk apa islam dijulang?
kerana itulah tugas kita diciptakan di atas muka bumi ini

~hakikat sebenar penciptaan manusia hanya untuk menjadi khalifah yang mentadbir alam ini~

tanamkan cita ini, ya ukhti
wassalam


7 comments:

+akufobia+ said...

menjadi seperti dia.mengajak yang lain bersama.

little daie said...

...saat lubang2 itu mula kelihatan, ianya mula ditutupi...

syukran ya ukhti...Yuk mujahadah!!!

abu_syahid said...

best baca...

Sejadah_ungu :] said...

salam...

IA...akan ditanam cita2 itu...mari!!!

d0c-t0-be (insyaAllah) said...

insyaAllah.
yuk,contohi para sahabiah yang yakin dengan janji Allah.
yang tegar tatkala berdepan dengan cabaran.

just sharing,
http://muslimah.blogsome.com/2006/09/22/ummu-sulaim-si-cerdas-yang-dijamin-surga/

kisah tentang ummu sulam yang cukup memotivasikan diri (bagi ana)
~ditinggalkan suami lantaran keteguhannya dengan keislaman
~beliau mewakafkan anak lelaki beliau iaitu Anas bin Malik kepada Rasulullah SAW
~mahar kahwinnya adalah sngt mulia iaitu keislaman suaminya (Abu Thalhah)
~ cara Ummu Sulaim yang sangat berhikmah tatkala ingin memberitahu kpd Abu Thalhah kematian anak kesayangan Abu Thalhah
(kisah ni dah pernah dnegar tapi ana tak tahu watak utamanya Ummu Sulaim)
~hasil perkahwinan dengan Abu Talhah.Ummu Sulaim dapat seirang ana iaitu Abdullah bin Thalhah
~ANak Ummu Sulain,Abdullah Thalhah memiliki 7 orang anak dimana kesemuanya hafiz qur'an (Subhanallah)
~ dan akhir sekali, sebuah hadis daripada Rasulullah;
"Aku memasuki surga dan aku mendengar jalannya seseorang. Lantas aku bertanya "Siapakah ini?" Penghuni surga spontan menjawab "Ini adalah Rumaisha binti Milhan, ibu Anas bin Malik."

ummu sulaim=rumaisa
adalah orang yang sama.

ana dah dengar kisah ni 3 kali
2 kali semasa daurah di egypt
sekali semasa dengar talk online dari UK
sehingga kini roh Ummu Sulaim tatkala diceritakan,masih terasa.

semoga kita dapat mencontohi dengan menjadi sedaya upaya seperti mereka walaupun bukan secara total

p/s:jazakillah majidah for sharing~

muna majidah said...

subhanallah...

para sahabiyah dahulu mampu melakukan itu semua

persiapkanlah diri kita utk menjadi seperti mereka kerana kita tahu bahawa tarbiyyah Rasulullah terhadap mereka memakan masa yg lama, barulah berhasil para sahabiyyah seperti ini

syukran,ya ukhti wani. kisah yg menarik

Abdullah Munir said...

dalam buku Saksikan Bahwa Aku Seorang Muslim..karya Salim A. Fillah

ada satu chapter tu dia cerita ttg kisah Ummu Sulaim bagitau kematian anak tersayang..sgt menarik...bhs pun menarik dgn bunga2nya..

promo: ana rekomen buku ni...nk beli kt mana?

adik2 R2J4 iA ahad ni nk bertolak...

pesan2...buku2...

Related Posts with Thumbnails