02 February 2010

Tak Sehebat Mana


(ana minta kepada komen antum yang sudi membaca)
bukan sekadar gambar hiasan

Kadang-kadang Ahmad sakit hati bila membaca apa-apa.

Kadang-kadang Ahmad paksa diri menelaah buku sambil hatinya menyumpah-nyumpah.

Kadang-kadang Ahmad menjerit sendirian apabila dia kurang memahami.

Kadang-kadang Ahmad rasa benci tatkala melayari blog orang-orang.

Kadang-kadang Ahmad dengki dengan pencapaian orang lain.

Kadang-kadang Ahmad minta biarlah orang tersebut kecundang.

Kadang-kadang Ahmad mengulangkaji pelajaran kerana mahu bersaing.

Kadang-kadang Ahmad mahu kelihatan hebat di mata manusia.

Kadang-kadang Ahmad kecil hati kerana dirinya lambat memahami.

Kadang-kadang Ahmad bersyukur dirinya tak sehebat mana.

Kadang-kadang Ahmad nak jadi kaya.

Kadang-kadang Ahmad tak tahu nak buat apa.

Kadang-kadang…

.....

Hadith 13

Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:

Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.

Hadith riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

.....

Tidak beriman? Pergh, susah, parah! Tidak beriman tu, jangan main-main.

Para ulama berkata bahawa ‘tidak beriman’ yang dimaksudkan ialah imannya tidak sempurna, kerana apabila tidak dimaksudkan sedemikian, maka bererti bahawa seseorang itu tidak beriman sama sekali bila tidak mempunyai sifat seperti itu.

Maksud kalimah ‘mencintai milik saudaranya’ adalah mencintai hal-hal kebajikan atau hal yang mubah. Hal ini ditunjukkan oleh riwayat Nasa’ie yang berbunyi:

“sampai ia mencintai kebaikan untuk saudaranya seperti mencintainya untuk dirinya sendiri,”.

Au kama qaal.

Blh rujuk balik, insyaAllah.

.....

Ana menyesal akhi,

Ada kalanya ana mendengar khabar, akan ada imam baru di masjid yang merdu bacaannya. Hati ana berkata, “alamak, tak ikhlas, buat apa,”.

Kadang-kadang ana tengok orang tu ada motor baru, terdetik dlm hati ini “budget kaya, mintak-mintak accident la,”.

Kadang-kadang kawan ana pandai lebih sikit, terdetik lagi, “perasan bagus, tengoklah final nanti,”.

Sedar tak sedar, itu semua doa.

Doa-doa untuk saudara-saudara kita.

…hmm...

Wallahu a'lam, ana rasa antum semua faham...


- Selesai muqaddimah –


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Ikhwahakhawat

Usrah ana membuatkan ana terfikir, kenapa rukun usrah-usrah kita cuma ada tiga:
  1. Taaruf
  2. Tafahhum
  3. Takaful

Kenapa tidak dijadikan 'hafal 30 juzu' sebagai rukun usrah.
Kenapa bukan, 'baca 10 buah buku fikrah, itu minimum'.
Kenapa 'berkemahiran memberi ucapan / pandai menyampaikan idea' tidak termasuk di dalamnya?

Burp, hmm...

PascaSPM2008-DimanakahKitaSekarang?

Kite perlu mengenali ahli usrah kita, kite kena faham ahli usrah kita bagaimana, kemudian kite perlu tolong dan bantu based on how he or she is (maksudnya berdasarkan kefahaman kita tentang dirinya).

Rukun solat, kalau kurang satu, tak sah solat tuh.

Sama jugak rukun usrah.

Kalau tak cukup perkara-perkara nih, kita tak boleh ah nak mengaku yang kita ade usrah, or halaqah, atau apa-apa lah.

Kenapa ya?

ContohContohContoh

Amar Saadin (nama sebenar) hendak pergi ke usrahnya pada hari-hari tertentu setiap minggu.

Kenapa ya dia pergi?

Theoretically, naqib kita merupakan sort of tali penyambung kita dgn jemaah. Tanpa naqib, usrah itu bukan usrah. Yang conduct sesebuah usrah itu, ya, naqib.

Ikut sunnah Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w. mentarbiyah sahabat-sahabat. MasyaAllah, kepekatan di Makkah, penyebaran di Madinah, khulafa’ ar-Rasyidin, sampailah kejatuhan Turki Uthmaniah. Setiap kali pergi ISK mesti nangis.

Tetapi.

Point yang ana nak highlight di sini ialah, pembentukan ukhuwah.

“owh, benda simple je rupanya,”.

Setiap kali kita meminta tolong kepada seseorang ikhwah, janganlah kita merasakan bahawa kita sedang menyusahkannya. Rasailah bahawa kita sedang memberinya peluang untuk menambah pahala.

Setiap kali pertolongan kita diperlukan, janganlah berasa disusahkan. Rasailah bahawa kita sedang membuat amal kebajikan.


Usrah bukannya majlis tilawah, bukannya majlis ilmu (semata-mata).

Buku bukanlah segala-galanya, (tetapi segala-galanya bermula dengan buku).

Hafalan bukanlah segala-galanya, (tetapi hafalan itu perlu).


Jangan kerana orang lain lebih hebat, kita jadi tak hebat.

Jangan kerana orang lain pandai menulis, kita tidak menulis.

Jangan kerana orang lain lebih pandai, kita malas tak nak belajar.

Kalau orang lain semua dah tak ada nanti macam mana?


Ana memohon kepada Allah swt agar diikhlaskan niat sepanjang penulisan ini…
Ana tahu, banyak kesalahan ana dlm text nih, tolong la betulkan, jangan malu-malu, tambah-tambah…


maafkan je la akhi
...assalamualaikum...

[amirS] ana selalu je sakit sekarang, doakan kot
[amirS] sedikit gambar kenangan bersama...

JuscoDuluBukanJuscoSekarang

 

 
KenapaTerkenangTingkatanEmpat?
MukhayamTingkatan2

12 comments:

Abdullah Munir said...

mula-mula ana baca..terdetik dlm hati..

pergh..kesian ahmad....

ahmad mana ye?

[munir] kalau ikut psychological criticism...nama2 yg kita terdetik dalam tulisan sbnrnya ada kait rapat dgn diri kita...

Unknown said...

jom cari ahmad.lalala.smarties post ni.kalah orang yang kalah.(siapa kalah?)

little daie said...

Allah suka hambaNya yg memohon padaNya.an-nisa:32, ada sesuatu yg boleh dikongsi.

setiap sakit itu adalah penghapus dosa...

AmirSyafiq said...

haha
komen2 yg x dijangka
best ah korg

AmirSyafiq said...

ana just nk share sbnrny
time nk pg usrah tu, time otw
xde plak dlm kepale ni pk ttg perjuangan umat ke, kefahaman yg bakal diperoleh ke

byk pk homework2 dgn assignment2 je

tp sbnrny ape yg mengikat hati ini dgn perjumpaan tuh? hmm

[amirS] ana sbnrny xnk letak nama ahmad, nk letak abdullah, tp takut ade org trase rapat lak nnt ;)

abu_syahid said...

kalau cam tu letak la nama abu... ;)

Abdullah Munir said...

abdullah...memang touching kalau letak..

kn kita sume 'abdullah'

...yg mengikat hati..mknn?

ahmad said...

Salam akhi amir,
ana yang bernama ahmad ni sdikit sbyk terkesan di hati membaca entri ni..shukran awi ye akhi..
mabruk~

akhi, ana nak tambah skit psl rukun usrah tu..baru-baru ni ana ada penah terkaji..

syeikh abdul halim mahmud (ulama' IM) ada tambah rukun usrah satu lagi.. iaitu 'MUNTIJ'.maknya, produktif..

ana rasa mmg tepat 'ijtihad' beliau ni, sbb ketiga2 rukun usrah yg asal tu tanpa muntij, sampai bila kita nak tunggu khilafah? :DS

AmirSyafiq said...

okeh2, next post ana letak abu & abdullah (ceh, mcm ade je nxt post - insyaAllah)

ahmad khair, sori ana mmg xde tbyg muke anta mase tulis nih. tp jzkk for the info. jd kite ade 4 ah rukun usrah skang ek?

[amirS] pergh ramainy org pergi kobanna,hmm...
[amirS] ke arah lebih produktif

muna majidah said...

assalamualaikum

sesungguhnya apabila seseorg muslim mendoakan kebaikan buat saudaranya,maka Allah akan menghadiahkan kembali kebaikan itu kepadanya

dan sebaik2 doa utk sahabat adalah secara tersembunyi, x dikhabarkn kpd yg lain, cthnya:"jgn risau,ana dah doakn anta/i semalam.."

jadi,jika mendoakan keburukan buat saudaranya, adakah keburukan itu akan terpantul kpd pendoa kembali?

..................................

sebagai perkongsian, td ana mendengar talk ttg kesihatan

doktor tu ada kata,"demam sebenarnya bagus sebab dia bina antibody tapi kalau berlanjutan, bahaya. jadi perlu terdetik rasa syukur apabila Allah menimpakan sesuatu kpd kita. ~'ala kulli syai',alhikmah~

wassalam

Abdullah Munir said...

Kalau mcm tu...

Ana harus besyukur saat ini...

Alhamdulillah..

AmirSyafiq said...

anta sakit ke neer?
cepat sihat eh...

Related Posts with Thumbnails