22 August 2010

Graduan Kelas Pertama



Salam Ramadhan dan Salam Satu Aqidah,


Intake bulan Ogos 2010 dah 2 minggu berada dalam kampus Ramadhan. Ana jadi terfikir-fikir apa agaknya khabar para mahasiswa dan mahasiswi? Masih bersemangat ke atau dah pancit di tengah jalan? Dan kat bawah ni berderet lagi soalan ana nak tanya supaya antum kongsikan. Sebab ana nak tahu dan semua orang pun nak tahu (kan??)….


Tahun ni ambil berapa credit hour?


Ada berapa banyak contact hour?


Attendence full ke tidak?


Rasanya dah berapa banyak ‘carry mark’ yang ada?


Dah ambil hati ‘pemeriksa’ ke belum?


Dah ready untuk ‘final exam’@ ‘pop quiz’ ?



Silalah berkongsi resepi anda supaya kita sama-sama mendapat manfaat, sama-sama buat yang terbaik, sama-sama berkonvo sebagai graduan kelas pertama, sama-sama bekerja gegar dunia, dan sama-sama mendapat gaji redhaNya. Ajak yang lain-lain skali moh…. Masih belum terlambat InsyaAllah~


>>Kata wah, Moga Allah Redha….


>>Kata Dr Asmadi, mulakan dari diri sendiri, mulakan dari yang kecil,mulakan dari sekarang….


>> Kata ana, WaLlahu Ta’ala A’lam


15 August 2010

Indikator Sukses Meraih Keutamaan Ramadhan


“Berapa banyak orang yang berpuasa namun ia tidak mendapatkan apa-apa dari puasanya kecuali lapar dan dahaga…” (HR. Bukhari dan Muslim)


Hadith Rasulullah tersebut harusnya dapat membangkitkan kewaspadaan kita untuk tidak terjerumus ke dalamnya. Berikut ini adalah antar perkara yang patut direnungkan agar kita tidak termasuk dalam kalangan orang2 yang dimaksudkan dalam hadith Rasulullah tersebut.

Sepuluh indikator sukses meraih keutamaan Ramadhan :


1. Memperbanyakkan ibadah di bulan Sya’ban


Ibadah sunat di bulan Sya’ban berfungsi sebagai pemanasan bagi rohani dan jasmani untuk menyambut bulan Ramadhan. Berpuasa sunat, memperba-nyak solat, tilawah Al-Quran sebelum Ramadhan, akan menjadikan suasana hati dan tubuh kita kondusif untuk melaksanakan ibadah di bulan puasa. Itulah hikmahnya kenapa Rasulullah SAW dalam haditth riwayat Aisyah ini, disebutkan paling banyak melakukan puasa di bulan Sya’ban. Yang ni mungkin dah lepas lah.


2. Memenuhi target pembacaan Al-Quran


Orang yang berpuasa di bulan ini, sangat digalakkan mambaca Al-Quran yang lebih banyak dari bulan-bulan sebelumnya. Secara asasnya, kita harus mampu mengkhatamkan sekali dalam bulan ini karena memang itulah target minimum pembacaan Al-Quran yang diajarkan oleh Rasulullah SAW.


3. Memelihara lidah


“Bila salah seorang dari kalian berpuasa maka hendaknya ia tidak berbicara buruk dan aib. Dan jangan berbicara yang tiada manfaatnya dan bila dimaki seseorang maka berkatalah, “Aku berpuasa.” (HR. Bukhari)


4. Menjaga pandangan dari yang haram


Puasa tidak memberi erti kepada pelakunya yang tidak memelihara pandangan. Tambahan pula, hampir2 puasanya tak memberi kesan apapun dalam pembaikan diri. Kerana, boleh jadi puasanya secara hukum adalah sah, tapi apa sebenarnya intipati puasa itu sendiri tidak tercapai.


5. Menghidupkan malam dengan ibadah


Salah satu ciri khas bulan Ramadhan adalah Rasulullah menganjurkan umatnya untuk menghidupkan malam dengan solat dan doa2 tertentu. Tanpa menghidupkan malam dengan ibadah tarawih, tentu seseorang akan kehilangan momentum berharga yang terbina sejak sekian lama.


6. Tidak makan berlebihan di saat berbuka


Jika waktu berbuka puasa menjadi waktu melahap semua keinginan nafsunya yang tertahan sejak pagi hingga petang atau dengan kata lain menjadikan saat berbuka sebagai kesempatan “balas dendam” dari kempen menahan lapar dan dahaga sepanjang hari, maka nilai pendidikan puasa akan hilang. Puasa pada hakikatnya adalah untuk membentuk jiwa dalam mengendalikan diri dan menahan hawa nafsu. Hasil pendidikan itu akan tercermin dalam peribadi orang yang lebih mampu bersabar, menahan diri, tawakkal, pasrah, tidak emosional, tenang dalam menghadapi berbagai persoalan. Puasa menjadi kecil tak bernilai dan lemah unsur tarbiyahnya ketika upaya menahan dan mengendalikan nafsu itu hancur oleh keinginan nafsu yang dihempaskan waktu berbuka.


7. Mengoptimumkan infaq


Rasulullah SAW, seperti digambarkan dalam hadith menjadi peribadi yang paling pemurah dan dermawan di bulan Ramadhan. Di bulan inilah, satu amal kebajikan bernilai puluhan bahkan ratusan lipat kali ganda jika hendak dibandingkan bulan-bulan lain. Momentum seperti ini sangat berharga dan tidak boleh disia-siakan.


8. Memperbanyak ibadah di 10 hari terakhir


Rasulullah dan para sahabat mengkhususkan 10 hari terakhir untuk beriktikaf di masjid, meninggalkan semua kesibukan duniawi. Mereka memperbanyakkan ibadah, dzikir dan beruusaha meraih keutamaan malam seribu bulan, waktu diturunkannya Al-Quran. Pada detik-detik terakhir penhujung Ramadhan, mereka merasakan kesedihan yang teramat mendalam kerana harus berpisah dengan bulan mulia ini. Ada juga diantara mereka menangis kerena akan berpisah dengan bulan ini. Ada juga yang mengeluh mahukan bulan ini berlangsung sepanjang tahun.


9. Tidak melakukan maksiat lagi selepas Ramadhan


Jangan memandang Idul Fitri dan selanjutnya sebagai hari “merdeka” dari penjara untuk kembali melakukan berbagai perkara sesuka hati. Orang yang berpuasa dengan baik tentu tidak akan merasakan Ramadhan sebagai sebuah penjara yang mengikat dirinya dari berbuat kemungkaran.


10. Memelihara kesinambungan ibadah selepas Ramadhan


Amal-amal ibadah selama sebulan Ramadhan, adalah bekal kolektif agar rohani dan keimanan seseorang meningkat untuk menghadapi sebelas bulan selepasnya. Tetapi, orang akan gagal meraih keutamaan Ramadhan, saat ia tidak berupaya menghidupkan dan melestarikan amal-amal ibadah yang pernah ia jalankan dalam satu bulan itu selepas tamatnya Ramadhan.


[Zubayr] Moga2 isi rumah kita dipenuhi dengan amal2 yang bermanafaat seiring mengukir bi'ah solehah yang diredhai-Nya...


Barakallahu fiikum...

pensel

bismillah.

suatu ketika itu, ana sedang mengikuti sebuah majlis iftar di KIPSAS.
sebelum membuka puasa, rohani terlebih dijamahkan dengan sebuah tazkirah dari seorang ikwah dari UIA. tazkirah ini hakikatnya dalam bahasa inggeris. namun bagi memudahkan antum semua, dan semoga 'ruh' nya lebih ada, ana cuba tafsirkannya ke dalam bahasa melayu, bahasa ibunda kita. ana cuba untuk tafsirkan ke dalam bahasa arab, tetapi ana tak pandai sangat.

tazkirahnya berbunyi,

"ana nak menceritakan kepada antum semua tentang seorang pembuat pensel. Suatu malam, seorang pembuat pensel telah berjaya mencipta sebatang pensel. lalu beliau menasihati pensel beliau dengan beberapa perkara.

"penselku, ada lima perkara yang harus engkau sematkan dalam diri, untuk mejadi sebuah pensel yang berguna dan hebat.

yang pertama, kau haruslah bisa dipegang. Kau harus merelakan dirimu untuk dipegang oleh penulis.

yang kedua, kau harus tahan dengan sakitnya apabila di asah, dalam usaha menjadikan dirimu lebih tajam

yang ketiga, hasil tulisan kau perlu bisa diperbaiki oleh pemadam

yang keempat, hasil tulisan kau juga haruslah meninggalkan kesan pada kertas yang kau tulis itu

dan yang terakhir, apa yang terbaik buat dirimu adalah apa yang ada di dalam kau, iaitu 'lead' mu itu.

kita sandarkan keadaan pensel itu dengan diri kita,
dalam kita ingin mencapai misi dakwah kita, kita perlu menjadi seoang yang hebat.
mustahil untuk Islam berada di puncak dunia, kalau dibawa oleh manusia yang tidak hebat.

yang pertama, kita harus menjadi seorang yang bisa mematuhi arahan. sebelum memimpin, kita harus menjadi orang yang bisa dipimpin.

yang kedua, setiap ujian itu, kita harus hadapi dengan tabah, agar selepas itu menjadikan kita orang yang lebih hebat.

yang ketiga,kita harus mejadi orang yang memperbaiki kesalahan, andai tersalah langkah.

yang keempat, apa jua yang kita lakukan, meninggalkan kesan pada semua orang.

dan yang terakhir, apa yang terbaik, adalah apa yang ada dalam dada kita, ilmu.

...............



lebih kurang macam inilah tazkirahnya.

insyaAllah, setakat itu apa yang ana dapat kongsikan, bagi yang pernah mendengar tazkirah ini, semoga hasil tulisan ana pada hari ini, mengingatkan kita semula
InsyaAllah...
wassalam.

09 August 2010

Ziwaj Da’awi…. tanda wafa’ seorang rijal

Assalamualaikum.

ada orang minta ana khabarkan kat DC ni.
ana banyak kali sgt dengar pasal isu ni.
bahkan pernah melihat sendiri depan mata.


ini menjadi satu kerisauan. benda bukan main2.
even kat Melaka ni pun timbul isu ni :) [kan nadiah, kan?]

tengok akhawat ramai yg ada,sudah tiba masa bernikah,,
tapi mana ikhwahnya?

wallahua'lam.
[ni maybe tak sesuai untuk kita lagi. belum tiba masanya. tapi boleh di khabarkan pada yg sudah sedia]

Ziwaj Da’awi…. tanda wafa’ seorang rijal

Ketika anda ketemu seorang lelaki yang begitu bersemangat, anda mungkin menganggapnya mantap dalam fikrah, cekal dalam azam dan akan mengorbankan segala-galanya untuk dakwah yang diyakininya.
Tapi bila berdepan dengan masa menentukan pilihan zaujah, anda tiba-tiba kecewa dengannya. Bukan kerana masalah atau paksaan keluarga, bukan kerana tekanan janji lama atau lain-lain uzur yang mungkin boleh diterima, tetapi ia kalah kerana sebab yang anda ragui kesanggupan pengorbanannya untuk dakwah.
Dia mungkin bersungguh-sungguh mencari seorang mad’u dan menDF, tapi dengan mudah ia membiarkan seorang ukhti yang telah lama berkorban dan bersedia untuk berkorban lagi, tetapi terpaksa terkorban kerana menjadi ahli baitul muslim yang tak ketentuan masa depannya.
Apakah hanya kerana umur yang hanya lebih banyak beberapa hari (ya… beberapa tahun lebih tua juga adalah beberapa hari), maka ia sanggup membiarkan seorang ukhti dilarikan arus keperluan kehidupan biasa dan kembali menjadi manusia biasa kategori MB atau MC?? Adakah hanya kerana wajah yang tidak secantik artis hiasan media massa maka ia sanggup korbankan manusia yang telah ditarbiyyah begitu lama oleh sang murabbiyah? Adakah kerana hanya untuk mengikuti kehendak mata dan ‘kononnya melaksanakan hadis dinikahi wanita kerana kecantikannya…..’ maka ia sanggup hanya melihat seorang ukhti dibawa kembali secara paksa atas kuasa seorang suami ke cara ‘hidup selesa’ dan ‘harmoni’?
Tidak…
tidak mungkin seorang rijal yang wafa’ (setia) dengan dakwahnya untuk membiarkan dirinya hanya melihat dakwah surut kerana kehilangan tenaga-tenaga yang telah di asuh dan di bina dengan susah payah tangan murabbiyah. Tidak mungkin juga seorang rijal sanggup gembira dengan rumahtangga barunya dari zaujah yang entah dari mana dan dia hidup heppi sedangkan akhawat di sana-sini menangis di heret ke alam hidup lama mereka kembali, bukan kerana kerelaan hati mereka.
Sampai bila kita hanya akan menjadi orang yang hanya berkorban harta dan tenaga tetapi tidak sanggup untuk mengorbankan keinginan mendirikan rumah tangga dengan pilihan ala ‘artis’nya.
Sungguh terharu mendengar ungkapan seorang sahabat:
“…. jika tidak kerana halangan keluarga, tidak kerana memelihara imej dakwah dan tidak kerana kekangan tohmahan masyarakat, nescaya ku lengkapkan bilangan 4 mengikut sunnah para sahabat demi menyelamatkan dakwah kita…. tetapi………………………….”

01 August 2010

konvoDQ

31 Julai 2010 menjadi tarikh bersejarah buat kami, pelajar lepasan Darul Quran.

Alhamdulillah..

Alhamdulillah..

Alhamdulillah..

Cukuplah lafaz keramat pemberat mizan menyatakan perasaan kami kepada Yang Esa..

sedang beratur untuk masuk ke dewan

masih menunggu sya, hilang sebab ramai sangat

lengkap berlima, kami xgen hidayah di bumi Darul Quran

warga xgen pertama yg konvo~ dlm usia 19 thn! :)

last shot! xgen bersama menggegar dunia

sahabat-sahabat, biar sebanyak mana kita hafaz yang penting adalah amal..
biar sebanyak mana kita amal, yang penting adalah ikhlas..

ingat tanggungjawab lebih banyak daripada masa~
mari beramal dan beristiqamah..

p/s:doakan kami dapat jaga hafazan. dekat uia pj ada kelas tasmi' 2x seminggu. tapi masuk main camp x ada.

sekadar berkongsi kegembiraan, buat pembakar semangat sahabat2 yang lain.. :)



Related Posts with Thumbnails