Alhamdulillah, cuti musim sejuk yang lepas berpeluang pergi ke Reviving the Islamic Spirit 2010. Bertempat di Metro Convention Centre (MTCC), Toronto, Ontario dari 24-26 Disember 2010. Program yang bermula dari zuhur (jumaat) hingga ahad malam telah mengumpulkan manusia (muslim and other faith) seramai lebih 15000 orang. Konvensyen seperti ini merupakan antara program tahunan terbesar di Canada. Konvensyen ini terkenal dengan menghadirkan tokoh-tokoh muslim yang terkenal di barat seperti Prof Tariq Ramadan, Amr Khaled, Hamza Yusuf dan Imam Zaid Shakir (rujuk sini). Tema untuk tahun ini ialah, Reviving The 10 Commandments in The Modern World (rujuk sini untuk huraian program dan isi).
Jumaat, 24 Dec 2010.
Datang ke MTCC untuk solat jumaat. Khutbah kali ini menyentuh secara umum mengenai 10 commandments. Selepas itu, terus bergegas ke dewan utama. Terpaksa beratur panjang untuk masuk ke dewan. Berjumpa dan berkenalan dengan pelajar-pelajar Malaysia di Kanada. Selain tempat pertemuan masyarakat muslim Amerika Utara, RIS juga menjadi tempat pertemuan pelajar Malaysia di Kanada.
Kagum dengan usaha anak muda di sini untuk mengumpulkan masyarakat muslim dalam satu pertemuan. Seingat ana, RIS bermula sejak terjadinya peristiwa 9/11 yang mana masyarakat di sini merasai kesannya dalam kehidupan seharian.
Selepas pembukaan, bermulalah sesi penyampaian. Antara speaker yang pada hari tersebut ialah Syeikh Hamza Yusuf dan Ustaz Amr Khaled (slot diaorang....full seat)
Sabtu, 25 Dec 2010
Sampai di MTCC pada jam 11 pagi. Antara slot yang ditunggu ialah talk oleh Dr. Jamal Badawi yang bertajuk "Thou Shalt Not Steal: What Wall Street Can Learn from Islamic Economics".
Hari ini, ada persembahan oleh Zain Bhika (antum pun kenal), Junaid Jamshi (penyanyi dari Pakistan) dan Imam Saad Nomani (imam yang boleh tiru bacaan 85 imam terkenal).
Pada sebelah malam, pembentangan oleh Prof Tariq Ramadan dan Imam Zaid Syakir. Quote beliau "kita boleh bertepuk tangan dan bergembira dalam dewan ini...kita muslim ramai dalam dewan ini..tapi di luar kita diam..lebih baik kita berdiam di sini...tetapi bising di luar"
Slot Hamza Yusuf selepas itu tak pergi, badan dah penat.
Ahad, 26 Dec 2010
Hari terakhir RIS. Pilih-pilih slot yang nak pergi (huhu). Tiba di MTCC selepas zohor untuk slot Prof Tariq dan Hamza Yusuf. Menyentuh mengenai non-violence resistance dan power of love. Prof Tariq quote apa yang dia pelajari dari datuknya IHAB..."kita perangi dengan cinta" dan how it influence him today.
Slot-slot selepas itu, tak dapat hadir kerana ada urusan penting.
Ada beberapa saudara baru declare shahadah (yang sempat dengar 5 orang...AllahuAkbar)
Keseluruhannya, program-program seperti RIS boleh dikatakan satu fenomena untuk membentuk public view dan opinion di Amerika Utara dengan mengambil kira sejarah dan amal umat Islam sini. Melihat muslim pelbagai rupa dan bangsa berkumpul meluaskan lagi horizon pemikiran. Alhamdulillah diberi peluang.
The question is, "What's next?"
[munir] ada satu lagi yang best kt RIS.....ada jual buku2 best~
[munir] walaupun cuaca luar hujan, penulisan ini agak kering.
[munir] namun, apa yang membekas di hati adalah selepas drpd RIS. Cerita lain kali.
8 comments:
syukran.really appreciate it!
sbb sejak tau ada RIS mmg nk sgt2 pegi..moga satu hari nnt..
jealous!
subhanallah!!best2
ada buku dia ke 10 muwassafat?
sangat jeles. dari dulu dengar2 pasal RIS ni. teringin nak tahu apa ade sbnarnya.
dan akhirnya, ade wakil kita dapat pergi.syukran share2.
poster RIS yg asal gambar first tu (10 commandments)
yg gmbr last (100 muwasofat) tu misc je..
munir.buat.bid'ah.
(100.muasofat)
huhu~
mir..nta kena cek maksud hadis tu balik...
aku berlepas tangan
Post a Comment