11 May 2009

Hari-hari yang bakal menjelma..

Bismillairrahmaanirrahiim,

Allahu Akbar!Alhamdulillah!Subhanallah!


Malam-malam dalam minggu ini, Allah telah menemukan ana bersama ikhwah-ikhwah x-gen. Ada ketika sedang bekerja (utk seminar kemasayarakatan) ada yang dalam suasan kegembiraan (jamuan di rumah Hilman-beliau akan bertolak ke US pada 12 Jun ini-doakan keselamatan dan kejayaan beliau), ada yang dalam suasana bahaya (x perlu cerita..), ada dalam suasana sedih dan pelbagai suasana lagi yang menghiasi hari-hari terakhir sebelum warga x-gen bertebaran di atas muka bumi Allah. Alhamdulillah, ramai yang telah mendapat tawaran-tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi dan ramai juga yang bakal mendapat khabar gembira, insyaAllah.


Memang dahulu, perasaan seperti yang kita alami ini tidak pernah dirasaai, tetapi sejak kebelakangan ini apabila mendapat khabar ada yang telah melanjutkan pelajaran dan mereka yang bakal melanjutkan pelajaran dalam masa terdekat memenuhi inbox/shoutbox kita sebuah perasaan menyentak bongkah perasaan kita..baru sekarang terlintas kembali pengalaman dan memori pahit manis suka dan duka di zaman persekolahan ketika kita ditarbiyah di taman Islam Hidayah. Masih teringat kita memenuhi waktu malam dengan duduk bersama menyatakan cita-cita, bersembang meluahkan perasaan masing-masing tidak lupa juga mengisi malam hari dengan menyusun agenda jihad esok harinya (kemas buku sekolah utk belajar..kan jihad tu). Baru sekarang terbayang dalam fikiran yang jernih imbasan-imbasan video scenario-senario di sekolah dahulu, gelak ketawa bersama, turun ke padang bersama, duduk di meja mesyuarat bersama, memerah otak memikirkan apa program yang terbaik untuk pelajar, merencana perancangan setahun, menutup hari dengan mendoakan teman-teman…imbasan-imbasan itu segar kembali dalam ingatan.


Motto kita: X-Gen Bersama Menggegar Dunia. Teringat kembali ketika kita semua membincangkan motto terbaik untuk batch kita, batch ke-10. Hasilnya, lihatlah pada baju yang ada dalam almari kita, bukan sukar untuk mencarinya. Warna biru cair yang lembut dengan gambar peta dunia dibelakang merupakan petunjuk yang baik bahawa anda sedang menemui baju batch kita. Cuba lihat nama yang tertera di bahagian kiri hadapan baju tersebut. Cuba baca tulisan tersebut. Ya!Itu nama anda..Ya!Anda sebahagian daripada warga x-gen...


Teringat kembali saat sedang berehat di asrama. Memang tilam di asrama tidaklah seempuk tilam di rumah kita. Namun, tilam itulah yang kita Alaskan badan kita dalam perjuangan menuntut ilmu di Taman Islam Hidayah. Ya, tilam itulah yang menjadi saksi jerih payah kita di sekolah dahulu. Terkenang sutu ketika kita mengisi sebuah malam-malam terakhir SPM dengan merencanakan masa depan kita bersama. Ketika itu masing-masing menyatakan cita-cita. Ada yang hendak menjadi jurutera, akauntan, peguam, guru, doktor, petani professional, ahli perdagangan dan pelbagai lagi cita-cita yang mewarnai usaha-usaha menjadi ulama’ ‘amilin (yang beramal). Di akhir perbincangan itu, teringat seorang ikhwah, moga Allah merahmati beliau, mencetuskan idea yang bernas untuk mengumpulkan kita kembali setelah masing-masing selesai dengan ijazah..bukan hanya ijazah tetapi dengan risalah. Ya, insyaAllah kita akan berkumpul semula dengan ijazah masing-masing dengan arah yang sama, memperjuangkan risalah. Itu janji kita ketika itu…masih segar dalam ingatan.


Mulai hari ini, ramai daripada kita bakal meneruskan usaha mereka menjadi pejuang ilmu, memang rasa sekejap sahaja kita bertemu dengan sahabat-sahabat. Seperti baru semalam berjumpa. Cuba tatap gambar ‘kita’ ketika kita masih memakai baju putih/kuning dengan seluar berwarna coklat kekuningan.

Satu persatu daripada wajah-wajah ini akan jauh daripada sisi kita. Ada yang ke utara. Ada yang ke Selatan. Ada yang ke Timur. Ada yang ke Barat. Masing-masing mencari jalan terbaik meraih Redha Allah. Ya Allah, semoga kau pertemukan kami kembali….dalam keadaan yang kau redhai..dalam rabithoh …Amiin.


[Nasyid Gelombang Keadilan~Masihkah kita ingat?]


Takkan surut walau selangkah
Takkan henti walau sejenak
Cita kami hidup mulia
Atau syahid mendapat syurga..



Kutiplah mutiara yang ada, gilapkan agar ia tetap bersinar. Ana teringat ketika kita duduk di surau hidayah, musolla kita. Ketika usrah gabungan terakhir kita sebagai pelajar sekolah. Beberapa pesanan dan wasiat diberikan kepada kita. Suka ana untuk mengingatkan kembali nasihat2 tersebut sebagai bekalan untuk kita dalam menempuh kehidupan awal di IPT.


  1. Sentiasa memelihara diri dengan bersama ikhwah/akhawat. Berusaha sedaya upaya untuk mencari teman-teman seperjuangan. Biarlah kita tetap hidup dalam suasana iman tqwa dan ukhuwwah. Guru-guru, senior boleh dijadikan rujukan.
  2. Sentiasa dalam usaha amal dakwah. Berusahalah sedaya upaya untuk mengisi hari-hari dengan agenda yang bermanfaat untuk ummah agar kita tidak disibukkan dengan hal-hal yang remeh.
  3. Tambah tsaqofah. Akademik itu satu perkara. Kita masih mempunyai kewajipan untuk menguasai ilmu kita iaitu ilmu syariah. Berusahalah untuk menyeimbangkan kedua-duanya.


Akhir kata,


Salam perjuangan kepada mereka bakal berjuang di matrikulasi…

Salam juang buat mereka yang bakal ke asasi, tamhidi dan foundation…

Salam juang kepada mereka yang akan mengikuti program diploma…

Salam perjuangan bagi mereka yang bakal merantau jauh…


Dan selamat pergi….kepada semua..moga kita bertemu dengan buah ilmu yang terbaik…

Untuk Ummah untuk Islam….


Ingatkan ana ketika ana terlupa..


Abdullah Munir bin Mohd Aizaini

X-Gen SMI Hidayah

‘Bersama Menggegar Dunia’

0156

11 Mei 2009

1 comments:

+akufobia+ said...

perjuangan bermula.ujian sudah berada di hadapan.all the best.semoga DIA tetap bersamasama kalian.ya rabbi.tetapkanlah hatihati kami di atas jalanMU.

Related Posts with Thumbnails