24 May 2009

NURUL AIN Part 3 : Bila Dua Dunia Bertembung


Tiada bunyi yang kedengaran. Senyap sahaja.

Nurul hanya tercegat berdiri bertentangan dengan seorang gadis yang berlainan agama dengannya.

“Tapi…”

Dia tak mampu berkata apa-apa.

Lidahnya tak terdaya mengeluarkan suara.

Melihat kerjanya sudah selesai, Tuan Pengetua pun berkata, “Baik, kes selesai. Encik, anak saudara encik boleh mulakan persekolahannya di sini mulai hari esok. Segala hal ehwal berkaitannya…”

Tuan Pengetua memandang kearah Nurul yang sedang kebingungan.

“Pelajar ini akan uruskannya.”

***

“Hmmmph.”

Koridor panjang yang memisahkan barisan kelas kepada bahagian kiri dan bahagian kanan langsung ketiadaan sesiapa, kecuali Nurul dan Vivian.

“Aaaaaah, macam mana boleh jadi macam ni?” hati Nurul inginkan jawapan.

Dia lihat Vivian yang sedang berjalan sebelahnya. Dia pun tidak bersuara. Hanya berjalan tanpa berkata apa-apa.

“Mula-mula,” kata Nurul yang ingin memecahkan kesepian aura yang kurang menyenangkan ini, “…perlu daftar di Pejabat Pendaftaran.”

Vivian mengangguk tanpa berkata apa-apa.

Nurul hanya mampu melihat perangai dia.

Terdetik dalam hatinya, “Kenapalah dengan dia ni? Senyap je dari tadi. Memanglah ada ketegangan antara kita berdua, tapi kalau ya pun tak perlulah senyap sangat.”

Dia cuba berkata dengannya. “Awak ni datang dari ma–”

“Tu Pejabat Pendaftaran kan?” kata Vivian sambil menunjuk kearah sebuah bilik yang terasing dari barisan kelas-kelas.

“Wei, janganlah putuskan soalan,” detik hati Nurul lagi.

Tapi betul, Pejabat Pendaftaran memang sudah berada dihadapan mereka berdua.

Nurul senyap sebentar. “Hah, masuklah.”

Pintu Pejabat Pendaftaran dibukanya. Suasana dalamnya betul-betul seperti sebuah pejabat. Nurul teringat kali terakhirnya datang ke bilik ini.

Nurul bergerak kearah meja yang berada dihadapannya. Tiada orang. Hanya ada sebuah komputer.

“Biasanya ada orang yang menguruskan,” kata Nurul kepada Vivian yang berada dibelakangnya. “Tapi nampak gayanya kenalah guna komputer sahaja.”

“Apa-apa pun boleh,” jawab Vivian.

Nurul hanya mampu mendengar suaranya yang datang dari belakang. “Heish, kenapalah dengan budak ni?”

Dia pusing kebelakang.

“OK, isilah maklumat pelajar. Semua huruf besar tau. Kalau tak ada gambar saiz passport, ambil je gambar guna webcam kat atas komputer tu, 8.5 megapixel, cukup lah kot.”

Vivian mengangguk tanda faham.

Dia memasukkan datanya kedalam komputer tanpa banyak soal. Nurul hanya melihatnya menaip diatas papan kekunci dengan pantas.

“Boleh tahan laju dia ni menaip,” hati Nurul berkata.

Dia melihat Vivian mengisi ruangan nama, umur, nombor kad pengenalan.

Tapi dia henti seketika.

“Hah, isilah bahagian maklumat ibu bapa. Biasanya kalau dah jadi anak yatim baru letak nama penjaga,” kata Nurul yang hairan melihat Vivian tiba-tiba henti menaip.

“Taulah.”

Dia menoleh, melihat muka Nurul. “Kenapa asyik nak tengok-tengok je?”

“Oh,” Nurul bersuara.

“Dia tak nak orang lain tengok ke?” hati Nurul berkata.

Dia pun terus menoleh kebelakang, melihat iklan-iklan yang tertampal di atas papan notis di dinding. Ada tentang program motivasi yang terbaru, senarai pelajar yang lewat mengemaskini maklumat pelajar, dan ada juga berita tentang kes penculikan yang sedang menjadi-jadi di kawasan ini.

“Siap.”

Sedang dia khusyuk membaca notis-notis di papan kenyataan itu, dia terkejut mendengar suara Vivian. Dia lihat kebelakang, Vivian sudah pun selesai memasukkan maklumatnya.

“Oh. Jadi sekarang…”

Dia cuba mengingat proses seterusnya.

“Kad pelajar.”

Sebuah mesin yang berada disebelah meja menjadi tumpuan Nurul. Mesin inilah yang biasanya digunakan untuk membuat kad pelajar.

“Mmmm,” dia mengeluarkan bunyi dari mulutnya. “Macam mana nak guna benda alah ni?”

Dia berkata-kata sambil memerhatikan mesin itu dari jarak yang lebih dekat.

“Patutnya data dari komputer tadi terus masuk dalam mesin ni. Selepas tu barulah pilih bidang pembelajaran. Itu sahaja sepatutnya.”

“Ni ke?” tanya Vivian yang kembali berada dihadapan komputer.

Nurul melihat kearah skrin komputer. Memang ada link untuk membuat kad pelajar dari kompter.

“Hah, betul lah tu,” kata Nurul yang berasa sedikit kecewa dengan diri sendiri. Maklumlah, yang membuat kad pelajar biasanya pekerja Pejabat Pendaftaran. “Tapi kena pilih bidang dulu.”

“Pilih bidang?”

“Satu bidang major untuk subjek akademik. Satu lagi bidang major untuk subjek agama. Selepas tu pilih lah enam subjek lain sebagai subjek tambahan. Jumlah minimum subjek ialah lapan subjek. Tapi kalau nak ambil lebih dari lapan subjek boleh.”

“Jadi…”

Mesin yang mencetak kad pelajar tiba-tiba berbunyi. Selepas beberapa sekekita, keluarlah kad pelajar Vivian.

Diatasnya tertera nama Vivian dengan kod pelajarnya yakni PH/QT 1505-0046. Nurul melihatnya. Jelas, bidang yang dipilih sebagai major untuk subjek akademik ialah Fizik. Untuk major subjek agama pula…

“Tafsir Al-Qur’an,” kata Nurul dengan suara yang amat rendah. Tapi Vivian mendengarnya.

“Kenapa? Salah ke?” tanya Vivian dengan nada yang sedikit geram. “Dah tak ada pilihan lain yang lagi bagus.”

“Eh, takde lah. Tak salah pun,” balas Nurul dengan segera.

Dia termenung seketika.

“Hmmm. Macam mana dengan pakaian seragam pula ya?”

Pakaian seragam untuk Vivian? Kini dia sedang memakai pakaian seragam sekolah lamanya. Blazer dan skirtnya yang hitam, sekali dengan tie leher yang berwarna biru gelap, disertakan dengan kasut kulitnya yang gilap berkilauan.

Adakah dia – sebagai pelajar sementara – akan pakai pakaian seragam IAISP yang sudah tentunya akan menutup segala-galanya kecuali muka dan tapak tangan?

“Tak perlu lah.”

“Apa?”

“Tak perlulah pakaian seragam.”

“Apa pulak tak perlu?!”

“Bukannya nak bersekolah kat sini sampai habis pun. Buat apa nak habiskan duit?”

“Bukannya mahal sangat.”

“Tetap jugak buang duit.”

“Jadi, awak ni nak jalan-jalan di kawasan sekolah dengan berpakaian sebegini?”

“Apa salahnya? Ni kan sekolah perempuan?!”

“Memanglah sekolah perempuan. Tapi ada juga guru lelaki!”

“Suruhlah dia jaga pandangan. Itukan apa yang kamu semua amalkan?”

“Senanglah cakap.”

“Memang senang.”

“Aaaaaah, tak boleh. Ini peraturan. Peraturan mesti dipatuhi. Macam dari segi pakaian, dari segi pertuturan…”

“Dan juga dari segi kehadiran awal ke kelas.”

Nurul terpaku.

Habis. Memang betul katanya. Tidak boleh disangkal lagi yang dia memang hadir lewat pada hari ni, yang mengakibatkannya menerima hukuman menjaga segala hal ehwal pelajar Kristian yang bernama Vivian ini.

“Tapi…”

“Apa yang nak dikecohkan sangat? Saya tau lah ni sekolah Islam tapi saya tak ada niat langsung nak masuk sekolah sebegini! Jadi saya tak ada sebab langsung untuk mematuhi peraturan mengarut di sekolah ni!”

“Apa pulak? Awak jejakkan kaki di sini, awak kena patuhi peraturan di sini!”

“Saya dah cukup berkorban dah! Dengan nak kena tinggal dengan kamu semua yang berlainan agama dengan saya, dengan kena belajar subjek-subjek agama pulak tu! Nah, tengok!”

Dia menghalakan kad pelajarnya ke muka Nurul.

“Awak tengok ni! Nampak huruf QT kan? Faham? Saya terpaksa ambil subjek agama, bukannya saya nak pun. Awak ingat saya suka sangat ke dengan takdir yang saya terima sekarang ni?”

“Apa salahnya belajar subjek agama? Lagi ramai orang Kristian yang ada kat luar tu yang belajar Tafsir Al-Qur’an tau tak?”

“Buat apa saya nak belajar sesuatu selain Bible?”

“Oh, kitab yang banyak kesalahan tu?”

Vivian menggigit giginya mendengar kata-kata sinis dari Nurul.

“Mana kesalahnnya? Tak nampak pun. Mana? Mana?”

“Berapa umur Ahaziah bila dia memerintah Baitul Maqdis?”

“22 tahun.”

“Itu dalam Kings 8:26 tapi dalam Chronicles 22:2 pulak tercatit 42 tahun.”

“Wei…”

“Bila David mengalahkan Raja Zobah, berapa ramai tentera berkuda yang dia tangkap?”

“1700.”

“Itu dalam Samuel 8:4 tapi dalam Chronicles 18:4 pulak tercatit 7000.”

“Nanti…”

“Antara rakyat Yahudi yang dibebaskan dari penahanan di Babylon, berapa ramai daripadanya adalah anak Pahrath-Moab?”

“2812 orang.”

“Itu dalam Ezra 2:6 tapi dalam Nehemiah 7:13 tercatit 2818 orang.”

“Eh, itu tak…”

“Siapa bapa kepada Joseph, suami kepada Mary?”

“Jacob.”

“Itu dalam Matthew 1:16 tapi dalam Luke 3:23 tercatit Hell.”

“Boleh tak awak…”

“Bagaimana Simon Peter mengetahui Jesus adalah Christ?”

“Pemberitahuan dari abangnya Andrew.”

“Itu dalam John 1:14 tapi dalam Matthew 16:17 dicatit sebagai berita yang turun dari syurga.”

“Semua ni…”

“Adakah Jesus terus bangkit ke syurga pada hari yang sama beliau disalib?”

“Ya. Jesus berkata kepada kepada perompak yang melindunginya yang mereka akan bersama dengannya pada hari ini ke syurga.”

“Itu dalam Luke 23:43 tapi dalam John 20:17 tercatit yang Jesus berkata kepada Mary Magdelene dua hari kemudian yang dia belum naik kesyurga untuk berjumpa dengan Father.”

“Tunggu dulu…”

“Bila Jesus disalib? Sebelum Passover atau selepas Passover?”

“Selepas Passover.”

“Itu dalam Mark 14:12-17 tapi dalam John 1 dicatat sebelum Passover, dalam John 13:30 dicatatkan Judas keluar pada waktu malam. Dalam John 13:29 dicatatkan yang pengikutnya yang lain sangkakan yang Jesus keluar untuk belikan makanan untuk Passover. Dalam John 18:28 dicatatkan yang bila Jesus ditahan, para Yahudi tidak memasuki Pilates Judgement Hail sebab nak mengekalkan kesucian untuk Passover. Dan dalam John 19:14 pula dicatatkan yang Jesus dijatuhkan hukuman pada jam keenam pada hari persediaan Passover.”

“SUDAH! CUKUP!”

Vivian terus melenting.

“Awak ingat nak buat apa hah? Nak saya dengar semua bukti-bukti merepek tu?”

“Kenapa pulak merep– ”

“Awak DENGAR sini!” tegas Vivian sambil menghalakan jari telunjuk kanannya beberapa sentimeter dihadapan muka Nurul.

“Saya bukan datang ke sini untuk tukar agama saya! Saya cuma datang ke sini sebab semua sekolah convent yang lain sudah penuh! Itu sahaja! Saya langsung tidak ada minat pun nak masuk sekolah Islam! Saya dilahirkan senagai seorang Kristian dan akan hidup sebagai seorang Kristian! Awak buatlah apa yang awak suka, tapi saya tetap dengan agama saya! FAHAM?!”

Dengan jeritan yang menamatkan perbualan antara mereka berdua, Vivian terus keluar dari Pejabat Pendaftaran.

***

“Jadi enti biarkan sahaja dia?” tanya Najwa.

“Yalah. Nak buat macam mana?” rungut Nurul kepada rakannya yang duduk disebelah kirinya dalam kelas. “Entah macam mana dia boleh melenting terus.”

“Tu lah. Cara enti ni salah. Mana ada patut terus tembak dia dengan fakta. Lembutkan hati dia dulu. Baru senang dia terima. Ni tidak. Terus lemparkan bukti-bukt kesilapan dalam Bible. Mana dia tak marah.”

Nurul senyap.

“Pastu siap kena tegur sebab datang lewat pulak tu, hihi.”

“Aaaaah, itu tak penting,” jawab Nurul yang cuba untuk menyorokkan mukanya yang sudah merah padam.

“Bangunan IAISP besar tau. Dahlah ada banyak blok. Nanti takut dia sesat entah mana nanti. Lagipun…”

Najwa pandang ke muka Nurul.

“Lagipun ini tanggungjawab enti. Manalah tahu, mungkin dia boleh terima hidayah.”

Nurul hanya mampu terdiam.

Kata-kata Vivian masih jelas kedengaran dalam kepalanya.

“Awak buatlah apa yang awak suka, tapi saya tetap dengan agama saya! FAHAM?!”

Seperti gema yang berulang, suara gadis Kristian itu masih berdering lagi dalam kepala Nurul.

Dia mengeluh. Melihat suasana kelasnya yang meriah sedikit. Memang waktu rehat sebegini. Sudah separuh hari Nurul tidak masuk ke kelas. Entah berapa banyak pembelajaran yang dia terlepas.

Setiap kelas direkabentuk dengan susunan meja yang seperti lengkukan, diaturkan dari paras tertinggi tangga yang menurun kepada paras yang sama dengan meja guru yang berada dibahagian bawah sekali. Ini untuk memberikan skop pandangan yang baik untuk para pelajar melihat skrin projektor yang berada di dinding belakang meja guru.

“Banyak ke kerja rumah hari ni?” tanya Nurul.

Najwa memberikannya longgokan kertas yang amat tebal.

“Aaaaaah,” layu terus Nurul diatas mejanya.

“Ni pulak surat khabar hari ni.”

“Hmmmm, ana lebih sanggup baca surat khabar dari buat semua ni,” kata Nurul sambil berusaha memuatkan longgokan kerja rumahnya dalam failnya.

“Ada apa berita hari ni?” tanya nya sambil membelek-beleknya. “Kalau ya pun letakkan lah berita-berita yang penting di mukasurat yang paling awal. Ini tidak, muka surat kedua dah mula membebel pasal rekabentuk kapal terbang yang terbaru. Cuma budak-budak yang berminat dengan Aviation sahaja yang akan baca.”

“Cuba tengok muka surat 18, kalau tak silap.”

“Ada apa?” tanya Nurul.

“Pasal sepasang suami isteri, selepas lima tahun berkahwin, baru tahu yang si isteri tu Kristian. Kesian betul anak pasangan tu, tak tahu mana ajaran nak ikut. Dahlah pemikiran masih mentah.”

Nurul membaca artikel itu. “Manusia zaman sekarang. Cinta dan rupa paras sahaja yang menjadi prioriti. Agama pasangan pulak tak habis siasat.”

“Itulah sebabnya kita kena tetap teguh dengan agama sendiri,” kata seseorang.

Terkejut tahap maksimum bila Nurul sedar siapa yang sedang duduk dibahagian kanannya.

“Vivian?”

Gadis yang masih lagi dalam pakaian seragam sekolah convent itu memandang kearah Nurul.

9 comments:

TawfiqRahmat said...

ada spelling mistake la bro..
xingt kat mana..huhu

1more thing..
"guna webcam kat atas komputer tu, 8.5 megapixel"
omg!wtf? haha..

Venopolymede said...

heh, yg webcam tu saje je merepek...

tp yg spelling mistake tu tak jumpa ah, dah berkali-kali baca pun x jumpa (spelling error sbb slang2 spt pulak, je, tu etc. mmg jumpa ah)

harap ada sesiapa tlg detect-kan

thnx

+akufobia+ said...

belum jumpa.best gila webcam.kalah camera jiran ana.ngee.

Anonymous said...

permpuan = perempuan
masuh = masuk

kalau tak silap

lansung = langsung

Venopolymede said...

oh, ok ok... dah jumpa dah spelling mistake dia

byk2 terima kasih, domo arigato gozaimas

p/s: Anonymous boleh jd editor yg mantap suatu hari nanti, heheh...

bikrunnajah said...

mantap2 la fakta bible tu...
cari kt tenet ke??
seriously, xpenah bce bible...

Venopolymede said...

ana jumpa kt website ni:

http://www.answering-christianity.com/101_bible_contradictions.htm

boleh buat hujah nanti, insya-Allah

Nur Jannah said...

Awesome!

Tak sangka Loqman boleh tulis novel Melayu gak. Dah lah kalau tulis Englishnye pun mantap!

Keep it up!

Venopolymede said...

thanx for the comment

really appreciated it

Related Posts with Thumbnails