11 May 2009

NURUL AIN Part 1 : Titik Permulaan Takdir

Bila ia tiba?


Sesuatu itu...


Tidak dijangka...


Itulah dia...


Takdir.


Sedar. Sudah beberapa minit dia terlena dibuai angin fajar yang tidak jemu menghembuskan nafasnya. Rambutnya yang panjang tidak henti-henti mengerbang mengikut arah tiupan angin. Matanya terbuka sedikit, dengan kepenatan menjadi temannya yang setia.


Sudah lebih sejam dia tunggu. Penantian yang tiada hasilnya. Diatas bukit yang terbina kukuh sebuah gereja. Simbol salib di puncak teringgi bangunan ibadah agama Kristian itu mencorakkan lagi bayangnya akibat disinar dengan pancaran cahaya matahari.


"Huh."


Keluhannya tidak bermaya. Tiada makna. Penat dia menunggu sambil menggeselkan tumit kasutnya kedepan dan kebelakang diatas jalan.


"9.48," katanya sambil melihat jam tangannya. Kilauan wajahnya pada permukaan jam tangannya jelas menunjukkan mukanya yang kepenatan. Wajah cina yang dilihatnya begitu hauskan berita baik yang sentiasa dinanti-nanti. Sehingga kini, rasa pahit akibat kegagalan rasih terasa.


Gagal. Gagal. Semuanya gagal. "Ahhh!"


Daun turun bagaikan hujan dengan tiba-tiba. Batang pokok yang ditumbuknya meninggalkan sedikit kesan lekuk.


"Mengapa semuanya penuh?"


Jeritan hatinya inginkan jawapan. Tapi soalannya tidak terjawab.

Kekal tanpa penyelesaian.


"Kalau kali ni pun gagal..."


Dia cepat-cepat menggelengkan kepalanya, mencuba dengan begitu kuatnya untuk menafikan kebarangkalian itu. Inilah peluangnya yang terakhir. Tidak ingin dia meleburkan semangatnya dengan memikirkan perkara-perkara yang bukan-bukan.

Peluang terakhir. Peluang terakhir. Peluang terakhir. Kalau kali ini pun gagal...


"Vivian."


"Huaah," jerit gadis tersebut, terkejut. Dia pusing ke belakang, melihat bahunya dipegang oleh bapa saudaranya. Tanpa pemberitahuan, dia terus menepiskan tangan tersebut.


"Main sergah orang saja kau ni!" teriaknya tanpa perasaan malu atau segan didengari orang lain.


"Maaf," kata bapa saudaranya, nadanya dipenuhi bunyi simpati.


"Huh," keluh Vivian sekali lagi sambil menepis rambutnya yang menari di dahinya, menghalang penglihatannya. "Jadi? Bagaimana?"


Soalannya hanya dijawab dengan gelengan kepala dari bapa saudaranya. "Penuh."


"Penuh?! SINI pun penuh juga?!" ekspresi tidak dapat mempercayai kebenaran terukir pada mukanya. "Habis tu? Nak saya terus hidup tanpa pendidikan? Nak jadi apa nanti? Paling tinggi pun kerani sahaja!!!"


Bapa saudaraya tidak mampu menjawab soalannya. Tapi tiba-tiba dia membuka mulutnya.

"Ada satu lagi pilihan," katanya. "Ada sekolah tak jauh dari sini."


Vivian secara tiba-tiba mengubah ekspresi wajahnya, seolah-olah tidak percaya.


"Baguslah tu!"


Bapa saudaranya berasa ketakutan melafazkan hakikat sebenar. "Tapi itu sekolah agama."


"Kristian kan?" tanya anak saudaranya yang sudah tidak sabar. Tapi lelaki yang berada dihadapannya itu hanya mampu menelan air liur.


"Bukan. Islam."

1 comments:

Unknown said...

next.hu.tak sabar.

Related Posts with Thumbnails