20 June 2009

bila 'ia' berbicara...

assalamualaikum teman2
alhamdulillah Allah memberi peluang untuk diri ini berkongsi sesuatu yang mungkin bakal atau sedang kita tempuhi sekarang...
sedikit ilmu yang diperoleh pada hari jumaat tanggal 24 jamadilakhir...

Jam di tangan menunjukkan jam 7 pm.
kereta yang dipandu ayahanda laju meluncur ke destinasi yang ingin dituju.
CUCMS kelihatan jelas di depan mata saat mereka yang lain sedang khusyuk mendirikan solat maghrib.
bertemankan teman yang lain, kami melangkah masuk agak lewat...ketika itu Abang Nash sedang memberi tazkirah pendek di hall CUCMS.

bercakap tentang syahadah,mungkin hanya kelihatan biasa. tapi saat dirungkai, sedarlah bahawa diri ini banyak terlalai.

baiklah, sekarang kita pergi kepada tajuk utama program malam ini berjalan.
Bila Cinta Berbicara...(ada yang terbatuk-batuk ke?)
pada awalnya,diri ini dan teman2 tidak tahu apakah yang bakal kami peroleh malam ini.



tapi saat terdengar
"hulurkan tanganmu dan berjanjilah untuk menyampaikan jeritan cinta ini.."
muqaddimah si penceramah cukup untuk menyatakan tujuan utama papan kekunci ini diketuk-ketuk..

sebagai permulaan, mari kita menyelusuri daftar sejarah cinta:
(ada yang dah tertidur ke?)
-our prophet Muhammad saw & Siti Khadijah
bagaimanakah kisah permulaan pertemuan mereka?
tidakkah indah perjalanannya?
Siti Khadijah sanggup menyerahkan perniagaannya kepada Rasulullah demi mengetahui sifat amanah baginda..

-zaman khalifah Yazid
Suhail (hamba khalifah Yazid) & Aiqis (ahli ibadah)
berakhir dengan istilah happy ending... kerana takutnya mereka pada Allah, Aiqis sanggup berhijrah ke negeri lain demi menjaga imannya...dan Suhail pula mula menyedari dosanya, bertaubat serta menjadi seorang pesyair yang kreatif...

Segalanya terasa indah saat bercinta..."betulke?" kata si penceramah.

Bercinta ini baik atau buruk?
(siapa nak jawab tak perlu angkat tangan ye..)

Jawapannya....ya, memang baik (eh, tak pernah dengar pula orang kata baik)
nak tahu sebabnya?
1) kreatif-melahirkan insan yang 'bijak memberi alasan'
kenal tak Abdullah Makhtum?
seorang sahabat yang buta tapi celik hatinya...
kerana cinta pada syahid, beliau bijak memberi alasan. pelbagai alasan diberikan pada Rasulullah. tapi apakan daya. apa yang mampu seorang insan buta memegang pedang melawan musuh, menunggang kuda menyerang lawan dan memanah mereka di hadapan?

Nak tahu apa alasanya?
"Rasulullah, berilah aku peluang untuk mati syahid pada kali ini...biar aku yang memegang panji dan maju ke depan...sudah pasti aku tidak takut kerana aku tidak tahu berapa banyak jumlah musuh di hadapan...betul tak Rasulullah?"

kerana cintanya itu, maka syahidlah insan mulia itu

si penceramah memberikan sesuatu yang special...
tips jika kita didatangi orang yang bermasalah dengan cinta:
1) beri cinta padanya
layan sahabat kita sebaiknya.
(bak kata penceramah, "jangan jadi qadi,sayang...kita tak boleh tetapkan hukum")
seperti Rasulullah, tak akan kedengaran perkataan buruk dari bibirnya kecuali yang baik sahaja.

2) be a good listener
janganlah tiba-tiba, kawan tu baru nak start muqaddimah...kita dah 'serang'...
"eh HARAM..." "La taqrabuzzina..!"
tak ke menangis kawan kita tu?

jadi sekarang...demi menjaga diri kita yang kerdil ini...selaklah semula surah an-nur...ayat 30-31
"katakanlah kepada laki2 yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya;yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."

"Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang biasa terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali pada..."

akhir kalam, kembalilah kepadaNYA...jangan menyalah tafsirkan kalimah hubb itu..

2 comments:

+akufobia+ said...

simple pimple.best la cerita ni.semoga ada hikmahnya untuk semua.lalala.

nawalSham~~Martyr said...

rindu saat2 bersama xgen..
jemput dtg KMJ tangkak pula...
ramai juga xgen berlabuh disini :)

Related Posts with Thumbnails