07 June 2009

NURUL AIN Part 4 : Siapa Sebenarnya Yang Didakwah?


“Ada orang duduk kat sini ke?” tanya Vivian tanpa memandang orang yang ditanya.

“Ada orang?” Nurul balas balik dengan pertanyaan.

“Tempat duduk ni ada orang punya ke?”

Vivian menunjuk tempat yang sedang didudukinya.

“Oh,” Nurul baru sedar tentang apa yang ditanya. “Tempat ni memang kosong pun. Biasanya tak ada sesiapa pun nak duduk tepi sekali.”

“Hmmm…”

Vivian memandang surat khabar yang berada diatas meja.

“Hari ni punya?”

Nurul angguk. Dia melihat Vivian mula membaca surat khabar itu.

“Ada apa berita hari in-”

Kata-kata nya terhenti. Dia terus pusing surat khabar itu, dan membacanya dari belakang. Najwa dan Nurul hanya melihat perlakuan Vivian.

“Biasa baca surat khabar dari belakang ke?” tanya Nurul yang kehairanan.

“Budak berumur 5 tahun kebingungan, ibu bapa berlainan agama,”

Vivian membaca tajuk berita.

Pertanyaannya tidak dijawab.

***

Sesi persekolahan tamat.

Koridor mula dipenuhi para pelajar, suasana senyap menjadi riuh.

Ada pelajar yang baru keluar kelas, ada yang menuju ke bilik guru. Ada yang berjalan sambil memerhati seorang pelajar yang bukan beragama Islam yang sedang membaca artikel-artikel di papan kenyataan.

Matanya memandang ke atas, ke bawah, mencari sesuatu yang penting.

Peringatan tentang kes keculikan, notis kepada mereka yang belum memulangkan buku pinjaman, senarai kelab dan pengerusinya – macam-macam ada di papan kenyataan.

“Senarai kelab?”

Vivian melihat senarai itu. Kelab Kraftangan, Kelab Multimedia, Kelab Bowling, Kelab Memanah…

Dia terserempak dengan nama yang dia kenal.

“Kelab Seni Pertahanan Pedang. Pengerursi - Nurul Ain bt. Azmi,” baca Vivian.

“Baru dilantik minggu lepas.”

Vivian dapat dengar bunyi tapak kaki Nurul mendekati papan kenyataan, menghampirinya.

“Kenapa? Berminat?”

“Entah,” Vivian menjawab dengan intonasi biasa. “Mesti pilih kelab ke?”

“Untuk pelajar IAISP memang perlu, tapi tak pasti pelajar sementara perlu atau tidak.”

Nurul melihat Vivian yang masih lekat matanya pada senarai kelab.

Hatinya masih ragu-ragu. Kalau peraturan tentang pakaian seragam pun dia tak patuhi, maknanya dia pun tak perlulah menyertai sebarang kelab.

“Sekurang-kurang nya satu kelab. Maksimum dua, tapi biasanya yang pilih dua tu pelajar yang pandai agih masa dan yang tiada masalah dengan pembelajaran.”

Vivian berhenti memandang papan kenyataan.

Nurul pandang ke mukanya. Dia melihat tangan kanan Vivian yang sedang memegang kitab sucinya.

“Selalu bawa Bible ke mana-mana sahaja ke?”

“Bergantung.”

Pendek sahaja jawapannya.

“Apa hukum orang Kristian memegang Al-Quran?”

Nurul terserempak dengan pertanyaan dari Vivian. Baru sahaja sedang bercakap tentang kelab, tiba-tiba pulak masuk bab ni. Dah lah soalan pun bukan soalan biasa.

“Aaa… hukum orang Kristian memegang Al-Quran?”

Nurul menggaru dagunya sambil mencari jawapan, biji matanya meliar ke merata tempat.

“Ada hukum ke?”

Dia cuba mengorek setiap pelusuk otaknya untuk menjawab pertanyaan Vivian.

“Kenapalah tiba-tiba dia tanya soalan ni? Saja nak uji ke?” tanya hatinya.

Mindanya kembali ke alam realiti.

“Entahlah, tak tau pulak ada hukum.”

Muka Vivian tidak ceria langsung.

“Belajar agama, sekolah agama, tapi tak tau hukum-hukum?! Buat malu saja.”

Bagai terkena panah yang tiba-tiba menusuk hati, mulut Nurul hanya mampu senyap.

Tapi hatinya tidak tahu senyap.

“Aaaaaah, ada-ada saja dia ni. Ingat dia ni tahu sangat pasal agama ke hah? Banyak lagi kesalahan dalam Bible yang dia tak tahu, kalaulah dapat sebut satu persatu.”

Teringat dia akan pesanan dari Najwa – jangan terus lemparkan fakta-fakta kesalahan dalam Bible, bukan itu caranya.

Hatinya disaluti perasaan geram.

Nurul menarik nafas yang panjang.

“La taghdob. La taghdob. La taghdob.”

Dia menghembuskan nafasnya. Hilang rasa geramnya.

“Ada sesuatu yang patut saya bagi,” kata Nurul sambil mengeluarkan sesuatu dari koceknya. “Nah.”

“Kunci?”

“Kunci bilik. Awak akan duduk di asrama sini,” kata Nurul. “Melainkan awak nak bapa saudara awak yang tengah sibuk mencari sekolah convent yang masih ada kekosongan datang sini setiap pagi untuk hantar ke sekolah dan datang setiap petang untuk bawak kamu balik.”

“Tinggal kat asrama?”

“Laaa, tak pernah duduk asrama ke? Jangan risau, bilik besar. Lebih kurang 10 x 10 sentimet- eh, bukan, 10 x 10 meter persegi. Walaupun besar, tapi alasan nak solat dalam bilik memang takkan diterima – untuk kami disini lah.”

Nurul tahu Vivian tidak akan memberi alasan sebegitu.

“Bilik kongsi dua orang. Ada shower air panas, air-con, wireless. Katil dan segala perabot ada untuk dua orang.”

“Dua orang…” kata Vivian sambil melihat kad yang disertakan dengan kunci biliknya. Bilik 5-11. Tingkat lima, bilik yang kesebelas.

“Kongsi bilik dengan siapa?”

“Mmmm, nanti berkenalan lah. Itupun kalau nak berkenalan untuk kali kedua.”

Nurul mengukir senyuman pada mukanya.

Dengan itu sahaja, dia terus beredar. Tinggal Vivian yang melihatnya pergi, kemudian memerhatikan kunci biliknya.

“Kali kedua?”

***

Mereka membawa tangan ke muka. Doa selepas solat sudah selesai dibaca. Semua pelajar mula mengemas.

Najwa menyimpan telekungnya kedalam beg yang dibawanya. Dia perasan telefon bimbitnya ada mesej.

“Dari Nurul.”

Dia membacanya.

“Studygroup tempat biasa.”

Najwa memandang mesej tersebut. “Bila dia hantar ni? Pukul 8.47? Mentang-mentang uzur. Nasib baik tak berbunyi tadi.”

Dia membalas mesej Nurul.

“Balik asrama dulu. Nak ambik buku. Send.”

Selesai memastikan mesejnya telah dihantar, dia pun turut bersiap untuk keluar dari surau.

Blok yang ada surau dan kantin dibina berhampiran dengan blok asrama demi memudahkan para pelajar yang tinggal diasrama.

Najwa turun melalui tangga yang menghubungkan kedua-dua blok sambil menghayunkan begnya. Dia melihat diluar tingkap, hujan turun dengan lebat, mengeluarkan bunyi hentakan yang bising pada kaca tingkap.

“Boleh demam kalau kena hujan yang lebat ni,” kata Najwa dalam monolog dalamannya.

Setiap laluan di IAISP memang berbumbung. Boleh dikatakan seluruh blok dari sayap kiri hinggap sayap kanan IAISP berada dalam satu bangunan besar. Satu-satunya masa untuk berada di luar adalah pada waktu sukan.

“Musim hujan lah ni,” katanya lagi, lalu menyambung perjalanannya ke asrama.

Dia menekan butang lif. Malas nak naik tangga.

Melihat lif sedang turun dari tingkat 25, dia pergi ke dinding untuk menyandar. Dia melihat lif-lif yang lain.

“Aduh, empat-empat lif tengah turun dari tingkat tinggi-tinggi.”

Sedang dia menyandar sambil menanti lif turun, dia mengambil bekas pembalut gula-gula dari koceknya dan membuangnya ke dalam tong sampah besi yang berada di tengah-tengah dua lif dihadapannya.

“Eh?”

Najwa nampak sesuatu dalam tong sampah. Seperti buku.

Dia cuba untuk ambil, tapi tak boleh. Dia melutut dan cuba lihat ke dalam.

“Buku ke tu? Takkan ada orang nak buang buku dalam tong sampah? Kalau ya pun bagi saja pada orang lain, tak perlu membazir.”

Bunyi lif terbuka.

Najwa terus bangun dengan segera, tak ingin dilihat seperti orang jakun dengan tong sampah.

Setelah semua keluar dari lif, Najwa pun masuk kedalamnya. Dia menekan nombor lima, dan pintu lif pun tutup.

Lampu lif berkelip-kelip. Najwa mendongak kepalanya keatas, melihat lampu lif yang tidak bermaya, tinggal nyawa-nyawa ikan sahaja.

“Tolonglah. Bertahanlah sekejap sahaja. Sekejap sahaja.”

Padam terus lampu lif.

“Aduh,” rungut Najwa dalam kegelapan.

Lif mengeluarkan bunyi menandakan sudah tiba di tingkat lima. Pintunya terbuka, dan Najwa keluar dari lif itu.

Dia menuju ke biliknya.

Sepanjang berjalan di koridor di tingkat lima, kunci biliknya dipusing-pusing dengan jari telunjuknya. Bila bilik bernombor 5-11 berada didepan mata, dia meletakkan begnya di lantai.

Belum sempat dia memasukkan kuncinya kedalam lubang kunci, Najwa perasan ada cahaya dari celah bawah pintu.

“Takkan…ada orang? Patutnya ana sorang je tinggal dalam bilik ni?”

Dia memusing tombol pintu. Sah, ada orang – pintunya tidak dikunci.

“Siapa dalam ni?” teriak Najwa, sekelip mata pintu biliknya dibuka seluas yang mungkin.

Tiada seorang pun dalam bilik. Sunyi sahaja. Tapi lampu dan air-con sudah dipasang.

Hairan.

Najwa baru hendak menyangka kebarangkalian dia terlupa tutup semua suis dan terlupa untuk mengunci biliknya. Tapi kebarangkalian itu tidak dapat dijadikan kebarangkalian langsung.

Sekali nampak, boleh tahu ada penghuni lain dalam bilik ini. Katil lebihan yang sepatutnya kosong – kini ada selimut baru. Rak tuala kini ada tuala asing, bukan miliknya. Meja belajar yang bersebelahan meja belajarnya sendiri pada asalnya bersih seperti tidak disentuh – kini penuh dengan buku. Apa dah jadi?

“Ada orang baru masuk ke? Siapa dia?”

Najwa menghampiri meja belajar yang baru dipenuhi buku. Diatasnya, dia menjumpai…

“Bible.”

“Boleh ke kamu sentuh?”

Di pintu yang terbuka luas, Vivian sedang mengangkut kotak yang penuh dengan barang-barangnya.

Najwa melihat muka rakan sebiliknya yang baru, berwajahkan keturunan cina, rambut panjangnya masih basah selepas mandi.

“Rasanya tak salah saya sentuh Bible.”

“Lagi senang kan? Dari Al-Quran yang banyak halangan untuk disentuh.”

“Kalimah suci kenalah dijaga kesuciannya. Mana boleh main sentuh sahaja,” balas Najwa kepada Vivian yang sedang berjalan dalam bilik sambil membawa kotak yang dibawanya kedalam bilik.

“Ana kena tinggal dengan dia ni?” hati Najwa bertanya.

“Kalau macam ni, siang malam kena serang dengan dia,” detik hatinya lagi setelah baru sahaja dipersoalkan tentang etika menyentuh Al-Quran.

“Sangka baik jelah.”

Kotak yang baru dibawa Vivian diletakkan di atas lantai.

“Baru mandi ke?” tanya Najwa. “Patutnya selesai angkut semua barang baru mandi, nanti berpeluh balik.”

“Kotak ni tertinggal di depan lif tadi.”

“Oh.”

Najwa melihat kearah kotak tadi.

“Ada apa dalam tu?”

“Botol air mineral,” jawab Vivian sambil memindahkan kotak tersebut ke bawah meja belajarnya.

“Beli satu kotak. Boleh membantu pengaliran darah ke seluruh badan, tak mengantuk dalam kelas. Lebih efektif dan lebih sihat berbanding gula-gula yang awak selalu makan.”

“Macam mana awak boleh tahu yang saya makan… ”

Vivian menuding jarinya kearah tong sampah dalam bilik mereka. Najwa melihat kearah tong sampah itu – banyak bekas pembalut gula-gula dibuang kedalamnya.

“Lagipun,” sambung Vivian yang tiba-tiba menghampiri Najwa.

“Eh, t- tunggu, apa kamu nak buwaaa…”

Jari Vivian masuk ke dalam mulut Najwa.

“Aaarrh.”

“Enamel gigi geraham kamu dah banyak terhakis. Boleh masuk lapisan dentin nanti. Jangan sampai tembus lapisan pulpa, situ banyak kapilari darah.”

Vivian mengeluarkan jarinya dari mulut Najwa lalu membasuhkannya dalam sinki bilik air.

Sambil mendengar bunyi air paip yang deras berbunyi, Najwa memasukkan jari sendiri kedalam mulutnya. Memang sakit sedikit jika ditekan gigi gerahamnya.

Vivian keluar dari bilik air.

“Kalau nak tau, orang yang asyik makan gula-gula boleh bertambah kedutan muka sebab gula yang tak dioksidakan akan kekal dalam saluran darah dan melekat pada sel. Dalam kes yang lagi serius, boleh dapat penyakit Type 2 Diabetes.”

“Banyak kamu tahu,” kata Najwa. “Ada niat nak jadi doktor gigi ke?”

“Tak,” jawab Vivian yang sedang lap tangannya.

“Jadi macam mana…”

“Melalui pembacaan,” kata Vivian sebelum Najwa sempat menghabiskan pertanyaannya.

“Hobi kamu membaca ke?”

“Membaca bukan hobi. Membaca ialah kewajipan. Bukan ke dah ada ayat yang suruh kamu membaca? Ayat pertama dalam Surah Al-Alaq.”

Terdiam Najwa.

Lansung tak terkata.

“Itu… itu pun dia tahu? Bukan sahaja fakta sains, tapi… tapi fakta dalam Al-Quran pun…”

Dia memerhati Vivian sedang mengemas barang-barangnya.

Najwa langsung tidak boleh menafikan bahawa gadis yang berada dihadapannya ini bukan insan biasa.

Setelah suasana senyap berlarutan selama beberapa saat, Najwa kembali bersuara, “Jadi kamu selalu membaca lah ya?”

“Kalau ada masa,” balas Vivian. Dia sedang menyangkut baju-bajunya dalam almarinya. Dalamnya ada beberapa pakaian seragam sekolah lamanya yang kemas digantung.

“Nak pakai baju tu masa kelas ke?”

“Perlu pakai baju macam yang kamu sedang pakai tu ke?”

“Paling kurang pun yang sopan lah.”

“Maksud kamu selama ni saya berpakaian tak senonoh?”

“Eh, bukan. Bukan tu maksud saya.”

Najwa cuba untuk menukar subjek.

“Bible yang kat atas meja tu awak punya kan?”

“Kenapa? Kamu ada hilang Bible ke?”

“Mana ada.”

Najwa melihat Bible milik Vivian.

“Agak usang sedikit.”

“Itu diberikan oleh mak bapak saya selepas majlis pembaptisan. Banyak memori Bible tu.”

“Memori? Memori apa?”

Vivian tidak bersuara. Dia tidak henti mengemas pakaiannya.

Sunyi sahaja.

“Banyak buku kamu,” Najwa berkata untuk memecah kesunyian. “Siri buku ni satu set ke?”

Vivian menoleh ke belakang, kearah rak bukunya.

“Itu siri ensiklopedia. Lengkap, semuanya tentang fizik. Bapa saudara saya yang bagi pagi tadi.”

“Memang minat fizik lah ni?”

Najwa duduk diatas kerusi rakan sebiliknya dan memerhatikan set ensiklopedia itu, semuanya berwarna biru laut. Nombor jilidnya diletakkan pada muka hadapan setiap jilid.

“Banyaknya,” kata Najwa dengan kagum. “Force and Motion, Electromagnetism, Quantum Physics, Acoustics, Space and Time, Astronomy… eh?”

Najwa memerhatikan set buku itu dengan lebih teliti.

“Ada jilid yang hilang,” katanya selepas memastikan yang jilid ke-38 terus mendahului jilid ke-36.

Kali ini Vivian tidak toleh ke belakang.

Najwa mengambil salah satu jilid dari set tersebut dan membelek mukasurat terakhir yang mempunyai senarai jilid-jilid dalam set itu.

“Jilid ke-37 ialah…”

Vivian terus menutup almari bajunya dan menuju ke arah Najwa.

“Aviation.”

Buku yang sedang Najwa pegang dirampas terus oleh Vivian.

Terkejut, Najwa yang sedang duduk di atas kerusi mendongak kepalanya ke atas.

Serta-merta, matanya menerima ketajaman sinaran mata Vivian yang sedang berdiri tinggi, tangan kanannya memegang bukunya yang baru sahaja dirampas kembali.

“Jangan ganggu.”

“Maaf.”

Vivian meletakkan kembali bukunya ke tempat asal.

“Saya nak keluar,” katanya sambil mengangkut begnya.

Najwa melihat Vivian memakai kasutnya.

“Pergi mana?”

“Pulangkan surat khabar Nurul.”

Terus terbuka mata Najwa bila dengar nama Nurul disebut.

“Alamak! Macam mana boleh lupa?!”

***

Pusing ke kiri. Pusing ke kanan. Berpusing-pusing pensel mekanikal Nurul diantara jari-jarinya.

Dewan di tingkat dua amat sunyi. Tak ramai yang turun belajar di dewan tingkat dua malam ni.

Nurul cuba mengimbangkan penselnya pada mulut cawan kertas. Dah entah berapa cawan air dia beli dari mesin yang menjual air itu. Dompetnya yang dulu berat kerana penuh dengan duit syiling yang melambak – kini rasa ringan semacam.

Tiba-tiba dia dengar pintu lif terbuka.

“Hah, dah sampai…”

Vivian keluar dari lif.

“…pun,” nada suara Nurul berubah. “Eish, mana lah si Najwa ni?”

Budak perempuan yang baru keluar dari lif itu menghampiri meja Nurul.

“Awak tak duduk asrama kan? Tak balik rumah ke?”

“Nanti dulu lah,” balas Nurul yang sedikit mengantuk.

“Nah, ni surat khabar tadi. Lupa nak pulangkan,” kata Vivian sambil memberi Nurul surat khabarnya.

“Ni IAISP punya.”

Ekspresi muka Vivian berubah sedikit. “Laaa. Buat penat je turun. Takpe lah, ada mesej dari Najwa. Dia kata sekejap lagi dia turun.”

“Sekejap lagi?! Boleh tahan lama dia duduk kat bilik dia.”

Nurul meletakkan dagunya diatas meja, penat menunggu.

Matanya melihat surat khabar yang Vivian letakkan diatas meja.

“Tadi, kenapa awak baca dari belakang?”

“Salah ke?”

“Tak salah. Saja tanya kenapa.”

“Tak ada sebab.”

“Hmmmmmmm…”

Nurul pandang muka Vivian.

“Awak ada tabiat baca dari belakang ke?”

Vivian menggeleng kepalanya.

“Tapi ada jugak buku yang dibaca dari kanan ke kiri tau,” kata Nurul, dagunya masih diatas meja. “Macam komik jepun.”

“Macam Al-Quran,” kata Vivian.

Sekali lagi, seperti ditusuk dengan panah yang tajam, terdiam Nurul.

Terus Nurul pusing mukanya kebelakang, nak menyorok mukanya yang surah merah akibat malu.

“Apa nak jadi dengan ana ni?!” jerit hati Nurul.

“Banyak-banyak buku yang dibaca dari kanan ke kiri, sempat lagi ana fikir pasal komik? Ni pulak ada orang Kristian kat depan mata tegur yang Al-Quran pun dibaca dari kanan ke kiri! Aaaaaaaah, teruknya ana ni!”

Sambil Nurul melawan keinginan untuk menghentakkan kepalanya pada bucu meja, pintu lif terbuka lagi.

Kali ni, Najwa pula yang keluar.

“Sori lambat. Terlupa. Betul-betul terlupa,” kata Najwa sambil termengah-mengah. Dia meletakkan buku-bukunya diatas meja.

“Naik dulu,” kata Vivian yang memasuki lif yang baru turun tadi.

Bila dia nampak pintu lif tutup, Najwa berkata, “Dia sama bilik dengan ana! Sama bilik!”

“Tau. Ana dah nampak nombor bilik dia pada kunci dia.”

Najwa mengambil kerusi lalu duduk bertentangan dengan Nurul.

“Mengantuk lah. Ada gula-gula tak?” tanya Nurul.

Najwa mengeluarkan dua botol air mineral dari begnya, salah satu diberikan kepada Nurul.

“Aik? Apa pulak ni?”

“Air Mineral. Boleh membantu pengaliran darah ke seluruh badan, tak mengantuk dalam kelas. Lebih efektif dan lebih sihat berbanding gula-gula yang kita selalu makan.”

Mulut Nurul terlopong sedikit, mukanya penuh dengan tanda soal.

“Ni Vivian yang ajar. Dia…”

Kata-kata Najwa terhenti. Mukanya menjadi sedikit sedih. Dia sambung balik, tapi dengan suara yang dipenuhi kekesalan.

“Dia… dia tahu banyak.”

Najwa menundukkan kepalanya ke bawah, seolah-olah berasa kesal kerana sesuatu yang amat memeritkan hati telah berlaku.

“Banyak yang dia tahu. Bukan sahaja fakta-fakta sains, tapi dia tahu jugak tentang Al-Quran, siap tahu nama surah dan ayat-ayatnya sekali.”

Nurul senyap, tidak boleh menafikan yang kata-kata Najwa adalah benar.

Najwa menaikkan kepalanya, melihat muka Nurul.

“Vivian ambil bidang Tafsir Al-Quran sebagai majornya untuk subjek agama kan?” tanya Najwa. “Kelasnya masih belum bermula lagi, tapi dia dah tahu banyak ni. Bila dia dah belajar dengan lebih mendalam nanti…”

Mata Najwa memandang terus ke mata Nurul, wajah kerisauan jelas terpapar pada ekspresi muka Najwa.

“Siapa yang akan berdakwah kepada siapa nanti?”

7 comments:

Anonymous said...

ada sikit spelling mistake

untk = untuk
perabaot = perabot
menghubungi kedua-dua blok = menghubungkan kedua-dua blok

itu je yang ana dapat jumpa

lagi satu pasal penggunaan 'di' dan 'ke'

bukan ke ada beberapa perkataan yang kena selang lepas 'di' dan 'ke'?

tak sabar nak tunggu part yang seterusnya

Venopolymede said...

yg kesalahan ejaan "untuk", "perabot", dan "menghubungkan kedua-dua blok" dah betulkan

tapi pasal penggunaan "di" dan "ke" tu ana x sbbrapa mahir

(ana kena akui tatabahasa bahasa melayu ana lebih lemah daripada tatabahasa bahasa inggeris ana)

tp terima kasih byk2 sbb bagitahu, kalau ada masa insyaAllah ana cek balik

Abdullah Munir said...

salam, man..
ana ada satu cdgn..apa kata nta buat blog khas utk novel nta ni...pastu anta tulis intro sedikit mungkin 1-3 ayat pastu linkkn ke blog khas tu..agak memakan ruang yg panjang dan banyak..nnt nk tengok post yg sebelumnya kt DC kena scroll panjang ke bwh..just my opinion..

Venopolymede said...

to munir:

ana terima pandangan nta tu

cuma nk kata yg tujuan ana post kn kt DC sbb pembaca nya ramai, jauh lebih ramai dari blog ana sendiri

and ana mmg xde niat pun nak seksakan tangan para pelawat DC utk scroll kan mouse ke bawah

mawar said...

teruskan sambungannya...

TawfiqRahmat said...

btol ckp munir.. mkn ruang GILA la bro..
use your IT knowledge to squeeze it la..

btw, keep on writing..

Shadow said...

salam . . .memang best ar post ni =)

Related Posts with Thumbnails