22 June 2009

Keberangkatan; suatu takdir Tuhan...

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamulaikum w.b.t

Kata orang, pemergian bukan terpisah, selagi matlamat masih satu arah...
Insya-Allah, harapnya begitulah...

Pada tanggal 13 Jun 2009 yang lepas bersamaan hari sabtu,
x-gen dari Johor (Penulis, Munir, Asyiq dan Amin Nassir) telah berjaulah ke Seremban dan sekitarnya menaiki sebuah bas jenis Plusliner berwarna putih sebahagian besarnya, ditambah celoreng hijau pucuk pisang pula di serata tubuhnya. Kami mewakili sebahagian lain yang tidak dapat hadir.
..................................

Sebenarnya, tujuan asal ke sana adalah untuk menemani dua orang sahabat yang akan bakal terbang ke luar negara melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Insya-Allah, dengan sedikit perkongsian ini, dapat bersama2 kita mendoakan kejayaan setiap dari mereka berjaya meningkatkan ketaqwaan diri, istiqomah dengan amalan fardhi setelah sampai ke destinasi nanti.

1. Muhammad Hilman bin Fazli- Tennese, Amerika Syarikat (Kejuruteraan)
2. Ahmad Muzakkir bin Mohamad- Colmar, Perancis (Pengurusan Perniagaan)

Alhamdulillah, akh Muzakkir sempat kami temani sehingga saat beliau memasuki kapal terbang.
Malangnya, Hilman pula berlepas lebih awal, tenyata kami tidak berpeluang bertemu pada saat itu (Hilman bertolak pagi, sekitar subuh 13 Jun, Sabtu). Jutaan kemaafan kami pohonkan.

"Jika Allah tidak izin, tidaklah sesuatu itu bakalan terjadi"
(Maksud firman)

Insya-Allah Hilman, ada rezeki bertemu lain kali!

....................................................

Perjalanan (x-gen dari Johor) disambung selepas beberapa jam perjalanan (agak ketidakpastian) untuk tiba di terminal bas Seremban. Lantas terus berjalan dari situ terus ke Stesen KTM Komuter, Seremban lalu membeli tiket untuk ke Stesen Nilai.

Alhamdulillah, perjalanan tidaklah terlalu penuh dengan onak, ranjau mahupun duri, mungkin cuma gelagat dan keletah masyarakat umum di Malaysia yang dapat diperhatikan sejenak, menjelaskan bibit2 realiti kehidupan sebenar di Malaysia; yang jelas memaparkan pelbagai bentuk dan tahapan dalam latar belakang sosio-ekonomi mereka. Ralit juga memerhati.

Setelah beberapa ketika, kedengaran suara yang agak tipikal. Suara seorang wanita(rasanya) dari corong speaker mengingatkan bahawa komuter kini sudah tiba di stesen Nilai, Nilai. Setelah keluar, bergegas menunggu sebuah kenderaan yang menurut Munir, pemandunya penuntut UIA, Nilai, teman sebilik Zahid Jamaluddin dan Irfan Mohd Nor.

Kami dibawa ke sebuah gelanggang makanan(food court) berhadapan halaman penginapan pelajar2 UIA, Nilai. Waktu itu sekitar jam 830 malam. Di sinilah kali pertama bertemu Amir Syafiq dan Muaz bersama beberapa orang lagi sahabat mereka sejak tiba tadi. Alhamdulillah, kami datang tepat ketika mereka baru sahaja hendak membuat pesanan makanan. Amir mencadangkan cuba satu hidangan yang kebanyakan orang disini (student) biasa makan.
- Nasi bujang -namanya.


"Nasi ni 2 ringgit je. Kitorang kat sini taklah loaded sangat..." -Muaz.

Sebelum menu yang dipesan tiba, barulah Zahid dan Irfan muncul. Terasa lama juga tak bersua dengan mereka. Baru lebih kurang tiga minggu je sebenarnya. Wajah ceria mereka seperti biasa kelihatan menambahkan lagi kehangatan menyambut kami di sana. Selesai makan, Amir terus mengajak bermain futsal. Di kawasan Nilai ni ada dianjurkan futsal pada permulaan setiap malam minggu. Lantas kami berjalan kaki dari cafe tadi ke gelanggang futsal yang dimaksudkan.

"Anta memang biasa main kat sini ke, Mer?" -Amin.

"Setakat ni seminggu pun ana tak pernah miss (ceeh)...."-Amir


Amir Syafiq- wajah terkini

Sesampainya di sana ternyata memang ramai yang mengisi masa pada waktu2 malam selepas Isya' begini dengan bermain futsal. Di situ terjumpa Halim. Katanya baru selesai membasuh baju tadi. Lalu terus ke sini bermain futsal.

Halim- setelah 3 minggu di USIM

Kami yang tak berkesempatan main, terus menuju ke Masjid Nilai untuk menghimpunkan solat Maghrib dan Isya'. Malam itu bermalam di apartment Sutera Indah, di bilik Amir Syafiq dan Muaz yang agak besar. Bilik Halim jauh sikit, tapi masih di tingkat yang sama.

Pagi 14 Jun 2009 barulah berjalan jauh sedikit.
Selepas bersarapan dan menunggu pula ketibaan Zahid dan Irfan dari UIA ke Sutera Indah.


Di hadapan Sutera Indah

Di hadapan Bas USIM

Kalau tertinggal bas solat Jumaat, habislah..
(jarak tempat penginapanan dengan masjid ternyata jauh, setelah dikaji)


Lambakan bas di USIM

Kebetulan pada hari Ahad 14 Jun, berlangsungnya pertandingan debat Bahasa Arab antara sekolah2 seluruh Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia. Jadi, bas2 pun memenuhi kebanyakan ruang sekitar apartment. Rasanya SMIH, JB pun ada menghantar pasukan juga, tetapi selaku pemerhati.

Mengikut perancangan mahu ke Seremban dahulu. Fahim dan Afif pula akan ke Nilai selepas Asar nanti dari UM. Di sebuah 'roundabout' Nilai kami menunggu bas untuk ke Terminal Komuter, Nilai.

Menunggu bas dari Nilai ke Terminal KTM, Nilai

Di dalam bas yang sedang kelajuan

Irfan & Zahid

Setibanya kami di Terminal KTM Komuter, Nilai, tiket ke Seremban pun dibeli. Kami menuju Seremban dengan komuter. Agak memakan masa menunggu.

Tempat menunggu, Nilai

Setibanya di Seremban, kami putar2 sekitar Seremban Parade, Setelah penat berjalan, kami pun menunaikan fardhu Zuhur di surau berhampiran (ada satu je surau). Petang itu juga kami pulang ke Nilai. Sekitar jam 4-5 petang kami tiba di Nilai dari Seremban. Sekali lagi dengan komuter. Di Nilai berhampiran Mydin, barulah bertemu Fahim dan Afif. Mereka baru tiba dari Universiti Malaya nun jauh ke sini. Masya-Allah. Alangkah indahnya, pabila ukhuwwah yang bertaut, pengorbanan pula yang dipertaruhkan.

Tanpa membuang banyak masa, kami terus menaiki bas untuk ke KLIA. Hampir satu jam juga perjalanan. Muzakkir sudah tiba di KLIA bersama keluarga sejak jam 3 petang lagi. Lebih kurang jam 6.45 petang barulah kami tiba lantas menuju ke tingkat atas sekali yang menempatkan balai perlepasan. Barulah kami berjumpa Muzakkir dan menunaikan fardhu Asar di surau KLIA.

Muzakkir sebelum diterbangkan

Amir, Halim dan Muaz baru tiba

Agak lambat juga Muzakkir dan 6 orang lagi rakannya untuk masuk ke dalam kapal terbang.
Lebih kurang sekitar 830 malam barulah mereka masuk. Sempat juga bertukar2 hadiah sedikit sebanyak. Sejurus selepas itu barulah kami pulang menaiki bas yang sama ke Nilai.


Wajah2 bertopeng kesedihan


Keesokan harinya, barulah kami pulang ke Johor.

................................................

Alhamdulillah, SMS dikirim Muzakkir memberitahu yang dia sudah selamat tiba di Perancis pada hari berikutnya waktu Malaysia. Rasanya entah bila pula lagi dapat berjumpa dengan Muzakkir dan Hilman lagi. Zaman bersekolah di Hidayah, JB sejak dari sekolah rendah, terus ke sekolah menengah yang tempohnya jika dijumlahkan lebih kurang 11 tahun (1998-2008) itu, rasanya seakan2 cukup pendek dan pantas untuk sampai ke tahap sekarang ini. Alhamdulillah sekali lagi.

Apapun, hidup kita perlu diteruskan, perlu pandang ke hadapan. Perjuangan tidak patut dipandang ringan, tanpa apa2 persediaan. Perjuangan dakwah, menuntut ilmu, nak dapat 4 flat, nak gembirakan ibu ayah dan sebagainya. Tak kiralah di mana pun kita berada, perjuangan itu sentiasa akan ada untuk dikejar. Mungkin cuma kondisinya dan situasinya yang berbeza2. Terpulang pada bagaimana usaha2 kita atas janji2-Nya.

Rasanya sekadar ini,

Wallahu'alam.

P/s:
Info tambahan,
  • Mohammad Zahid bin Jamaluddin (Asasi Undang2, UIA, Nilai) setakat ini
  • Mohd Irfan bin Md Nor (Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan, UIA, Nilai)
  • Amir Syafiq bin Alias (Tamhidi Perakaunan dan Muamalat, USIM, Nilai)
  • Muaz bin Mazlan (Tamhidi Perakaunan dan Muamalat, USIM, Nilai)
  • Halim bin Hamidi (Tamhidi Sains dan Teknologi, USIM, Nilai)
  • Fahim bin Abu Bakar (Asasi Alam bina, UM)
  • 'Afif bin Hanapiah (Asaasi Sains Fizikal, UM)





9 comments:

+akufobia+ said...

perghh.ni berita penuh.

zubayrafiq said...

Taklah penuh mana...

TawfiqRahmat said...

yg takley handle ustz halim!! haha..

+akufobia+ said...

tapi tetap da kalahkan report dari munirkan.

HambaYgHina said...

Nukilan Terbaik!
x terfikir nk tulis novel jgak ke?

Abdullah Munir said...

memangla...ana tulis dlm masa kurg 10 minit je...zubayr tulis berhari-hari...ye kan??

HambaYgHina said...

huhu
ade jeles nmpk

irfanmn_91 said...

jaulah yg menyeronokkan.mgkn lps ni kami pulak ke subang or sri iskandar nak ziarah rkn disana.

doakan yg terbaik buat kami disini,smg dakwah ttp berjalan dan dithabatkan.mgkn keseorangan lbh baik dr berdua...

HambaYgHina said...

kesian ifan
huhu

Related Posts with Thumbnails